Saturday, October 23, 2010

Kelantan Kerajaan Abu Nawas, Menteri Besar Kuat ‘Auta’

'Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah'
klik di sini

Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti. Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti.

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

“Saya nampak pakatan ini sama dengan sebelah sana yang kononnya diketuai oleh orang Islam sedangkan pada hakikatnya adalah tidak benar sama sekali kerana Pas “junior partner”, PKR juga “junior partner”. Pakatan mereka sebenarnya dipelopori DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP,”katanya.

Justeru katanya jangan biarkan pakatan terbabit menghancurkan Islam dengan memastikan UMNO terus kuat dan mantap untuk mempertahan serta meningkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan syiar Islam yang telah digarap sekian lama.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini. Pas ini celaru.

“Saya meminta agar Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan Islam berdasarkan sistem Piagam Madinah iaitu bersama dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah sebuah negara di mana Islam menjadi teras asas perjuangan,” katanya.

Dipetik dari Umno Online

8 comments:

shonzu said...

Hahahaha... bebal sungguh Mudallilul AmPAS ni. Bukan sahaj bebal, pekak badak pula tu. Orang soal lain, beri jawapan lain. Inilah contoh pemimpin hamPAS yang tak sedar diri, sepatutnya bukan layak jadi pemimpin sebab dirinya sendiri pun terpaksa orang lain pimpin.

Sudahlah pekak badak, kuat kencing pada penganut2nya pula......

mosry said...

Saudara RBF, bagi saya saudara seorang yang hebat dalam memberi teguran dan pandangan tetapi kaum dasar karat biru, apa yang buruk dalam UMNO nampak baik saja.Ini bukan satu pegangan yang baik. Ok saya nak tanya saudara kalau diberi pilihan untuk sembahyang jenazah anda suatu hari nanti- antara nik aziz dan najib sapa boleh imamkan sembahyang mayat anda. Maaf cakap saya nampak anda memberi kredit yang sangat tinggi kepada najib seumpama malaikat tiada cacat cela.

Anonymous said...

assalam..astaghfirullah....saudara,adakah saudara tlh benar2 mengenali tok guru nik aziz tu..jgn buat fitnah,sesungguhnya fitnah itu lbih teruk drp org yg membunuh...di dunia ni saudara bleh kate ape yang saudra ingin ktekan walaupn tidak benar tp ingat ar kat tmpt dimana akan terbongkar ape yang hak dan yang batil..semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kpd saudara kebenaran yang SEBENAR...

Anonymous said...

sdh tentu bukan nik aziz juge... ade org lain lg, yg lebih bagus wahai mosry...
kalau kami nmpak baik saja dlm Umno, x da la sampai kami menegur secara lembut/keras pd pemimpin kami...jdkan paklah sbg cth... hahaha...
x pyh jd munafik la mosry kakakakakka... sblah hang, hang ada tegur ka? Pirrrrrahhhh!!! kekekekeke

Anonymous said...

mosry,
kalau saya,saya pilih dr harun din sebab akhlak nya yang cantik..

ds najib bukan tak ada cacat cela..tapi nik ajis ni walaupun ilmu ugama dia tinggi tapi akhlak dia teruk lebih2 lagi sesama islam.
kalau eli bogel dia bela..kalau sesama islam dia doa minta kena bala..ni jenis pa punya ulamak''

yang jahil buat dosa dapat satu hukuman..yang ada ilmu buat dosa..fitnah..mengumpat..dapat berkali kali ganda..sebab dia tahu hukum tapi wat dosa gak..

inilah yang dikatakan syaina Ali orang yang masuk syurga dalam keadaan compang camping..ada ilmu tapi tak dapat manafaat dari ilmu.

lagi sekali..aku pilih dr harun din..

ReJaM© said...

betul tu! Najib razaklah pejuang Islam yang sebenar! segala tingkah laku Najib mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W! Usahlah dipertikai lagi kewibawaan Najib!!

Anonymous said...

Wali selipar nik aziz tidak perlu buat sambutan 20thn pemerintahan Pas...tidak nmpak satu pun hasil kerajaan kelantan yg maju dan bleh dbanggakan oleh rakyat m'sia...yg nmpak semakin maju dr segi pembohongan dan fitnah semakin dasyat...lebih baik letak Khalifah LGE kat kelantan setidak tidaknya bleh bg warga mas Pas rmm100 setahun duit judi ekekek...

komenje said...

saya nak komen satu je pemberita tu dari tv pas tak penah dengar pon yang saya tahu tv kat malaysia sume cerita umno je. "saya sokong kerajaan menaik harga barang"..