Friday, October 1, 2010

Mana Dia Suara Hata Wahari ?

Sebaik sahaja dipilih sebagai Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari (gambar atas) terus sahaja menghala muncung senapangnya ke arah majikannya iaitu Utusan Malaysia.

Tembakan bertubi-tubi dan tidak putus-putus. Boleh dikatakan hampir saban hari ada sahaja kenyataannya menghentam Utusan Malaysia yang disiarkan oleh media dajal malaysiakini.

Tak mengapalah, itu soal dia dan majikannya biar mereka selesaikan , saya tak mahu campur. Cuma saya lihat kelantangan Hata Wahari agak luar biasa sikit. Sebab apa saya kata luar biasa ? saya difahamkan belum pernah lagi Presiden NUJ yang lepas-lepas memusuhi akhbar tempat mereka bekerja. Kesempatan ini dipolitikkan oleh media anti Islam dan melayu iaitu malaysiakini.

Kesimpulannya saya boleh rumuskan, masalah Hata Wahari yang sebenarnya adalah masalah peribadi dia dengan bos-bosnya di Utusan. Baginya peluang yang ada sekarang setelah dipilih sebagai Presiden NUJ digunakan sebaik mungkin untuk membalas dendam. Itu pandangan saya.

Tamat bab itu.

Masuk bab apa yang sebenarnya saya nak cakap.

Dalam satu kenyataannya di malaysiakini pada 24.September.2010 Hata Wahari berkata yang NUJ akan menggesa kerajaan-kerajaan negeri di bawah pak-khatan rakyat menarik balik larangan kepada wartawan-wartawan yang bertugas di akhbar arus perdana daripada membuat liputan dalam acara-acara anjuran mereka.

Pada masa yang sama, Hata Wahari berkata BN juga seharusnya membenarkan portal berita alternatif membuat liputan acara-acara anjurannya. Sini

Part yang paling membuatkan saya 'syahdu' sekali adalah apabila Hata berkata seperti di bawah,

"wartawan-wartawan di bawah naungan NUJ Malaysia merupakan wartawan profesional yang mendukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan yang tinggi".

Baguslah kalau begitu, syabas kepada NUJ kerana mempunyai wartawan-wartawan yang beretika tinggi.

Tup...tup...empat hari selepas Hata berkata begitu, satu ujian yang besar datang menduga Hata.

Tiba-tiba dunia politik dan dunia kewartawanan dikejutkan dengan berita seorang wartawan dari portal media alternatif yang menyelinap masuk ke majlis tertutup Puteri umno dengan menyamar sebagai ahli Puteri Umno.

Ujian sungguh bagi Hata , dalam agendanya sebagai Presiden NUJ yang baru dia cuba untuk mengangkat kedudukan portal-portal media alternatif setaraf dengan media-media sedia ada, tetapi baru nak mula dia dah kena.

Etika seorang wartawan ialah, mereka tidak akan masuk ke sesuatu program jika majlis yang dianjurkan itu adalah majlis tertutup. Mereka tidak akan merayu atau cuba-cuba masuk, mereka faham dengan sendiri.

Bermula semalam, boleh dikatakan setiap jam saya melayari web malaysiakini untuk mengetahui apa komen Hata tentang sikap wartawan berkenaan. Tetapi hampa, kerana sehingga kini Hata belum mengulasnya.

Hari ini ada dua berita mengenai Hata di malaysiakini, tetapi bukan berita yang saya tunggu-tunggu, sebaliknya Hata mendesak KDN memberikan permit akhbar kepada malaysiakini (sini).

Satu lagi ialah berita menghentam Utusan dan Umno (sini). Di sini saya sedikit seronok, kerana Hata menyokong kempen yang saya buat dua hari lepas iaitu setiap ahli Umno perlu beli Utusan Malaysia setiap hari (sini). Terima kasih bro kerana menyokong usaha saya.

Kepada bro Hata Wahari, saya menunggu komen anda tentang 'etika kewartawanan yang tinggi' wartawan malaysia insider yang menyelinap masuk ke program tertutup.

Sekali imbas nasib Hata Wahari hampir sama dengan nasib Presiden Majlis Peguam. Sebelum ini Majlis Peguam berada dalam saat 'kegemilangan' dan 'keriangan' yang paling klimak apabila mereka berpeluang menghentam kerajaan dari segenap sudut. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita seorang peguam dari Majlis Peguam yang terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. Tiba-tiba sahaja Presiden Majlis Peguam menjadi orang yang paling 'mukmin', 'bertaqwa' dan 'beriman'.

Begitu juga dengan Hata. Hata berada dalam saat 'kegemilangan' dan 'keriangan' menghentam Utusan Malaysia dan memuja portal berita alternatif. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita seorang wartawan portal media alternatif melanggar etika kewartawanan. Kita sama-sama tunggu dan lihat reaksi Hata.

9 comments:

Semut Hitam said...

Pengerusi BAR Counsil juga perlu menjelaskan mengenai 35orang Peguam lain yang turut terlibat dalam kes - kes jenayah.
Jangan main tutup mata sahaja.
Mana dia Hata Wahari? Mana dia pejuangan 'Beretika Tinggi' beliau? Atau sekadar cakap kosong sahaja?

rinandamku said...

entahlah ...dewasa ini semakin ramai melayu yang terlebih pintar , sehingga berani mengiggit tangan yang menyuap makanan ke mulutnya ,

kes Hatta dengan bos-bosnya , tutup kes ! tapi bila Hatta bersuara seolah mewakili pihak2 kiasu , ini yang menarik perhatian ,,,

adakah beliau dalam kecelaruan ? atau sengaja utk menarik perhatian ?

Anonymous said...

Look at her f**king face!

Anonymous said...

muka pon macam paria

Anonymous said...

Damn it!....malaysian insider

Anonymous said...

rbf:
ko mana tau hal utusan, yang dok kasi info semua level bos2 dan kalau hang nk tau ramai budak2 utusan tak suka bos2 atas termasuk yang dok bagi info kt hang tu, ramai orang utusan bukan orang umno....jadi lebih baik hal2 utusan biar orang dalam saja la hang tak tau apa diam cukup la...

johnlabu said...

Hata Wahari cam si botak nazri juga, cam anjing gigit tuan... tuan dia bukan malay


tolong promote

http://si-putar-alam.blogspot.com/

Anonymous said...

sdr RBF,

dlm merdeka review hata dakwa dia wartawan senior 15 tahun pengalaman:

jawapan: betul.

hata dakwa: dia tak diberi tugasan dan kena petisejuk sejak dia kondem utusan:

jawapan : apalah bodoh sangat hatta ni, wartawan berpengalaman 15 tahun tak tunggu office assignment, carilah sendiri berita-berita eksklusif, nama lagi wartawan hebat, lantang tapi masih harap orang bagi assignment. apa punya turrr lah dia ni!!

sheedah sheepet

Anonymous said...

rbf,

presiden nuj yang disokong akhbar-akhbar cina ni memang nampak mcm wartawan hebat. Tembak sana, tembak sini, berapi-api ! Tapi di office saja tau!

dekat rumah `tembakan ' tak pernah menjadipun!!! Kesian!!!


styer