Tuesday, October 26, 2010

FAM Cekik Darah !

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan atau musim perayaan, tidak kira raya apa sekali pun, Aidilfitri, Tahun Baru China, Depavali atau krismas maka berkokok-kakailah si menteri yang berkenaan mengeluarkan amaran agar peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barang kerana permintaan tinggi pada waktu itu. Jika peniaga melanggar arahan maka tindakan tegas akan diambil.
Tetapi dalam kes perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu ini, menteri mana yang akan berkokok. FAM mengambil kesempatan menaikkan harga tiket pada perlawanan yang dijangka mendapat sambutan yang luar biasa itu.

Sekarang menteri mana yang berani ambil tindakan terhadap FAM yang terang telah mengambil kesempatan untuk menghisap darah peminat bolasepak.

Tolong pakai otak dan fikirkan kepada penyokong-penyokong Kelantan yang datang dari jauh. Semuanya pakai wang. Minyak kereta, tol,makan minum dan juga tempat tinggal. RM 10 memang nampak kecil tetapi ianya besar bagi orang-orang kampung yang mengharungi perjalanan beratus kilometer untuk ke Bukit Jalil.

Jangan pentingkan poket FAM sahaja, fikirkan poket orang lain sama.

Turunkan balik harga tiket kepada RM 20.00 !










13 comments:

Anonymous said...

Ini pun nak jadi ISU, tak nak tengok pergi lah tengok kat TV, BODOH punye org. Kalau M.U lawan Tiket 100 higgit tak lah marah. BODOH

Anonymous said...

sokong rbf 100 %

Anonymous said...

anon,MU datang sini berapa kos dan dianjurkan oleh syarikat swasta yang menguruskan serba serbi.

red warrior said...

benar apa yang dikata oleh rbf,fam ambil kesempatan nak cekik darah!

Anonymous said...

Anon 10.42..Cuba tengokkalo kena negeri yang ko sokong..mau melalak melolong sampai gila..Gua sokong lu Bro RBF..turunkan balik harga tiket..jika tidak , Tentera Semut Merah akan demo..dah la tgh marah B.Sathia kena gantung..x kisahlah dah tunda apa ke,hukuman yang di kenakan tidak berpadanan dengan kesalahan

Anonymous said...

Kalau nak naikan harga tiket pun janganlah diwaktu yang mendadak begini, sepatutnya kenaikan ini diumumkan awal-awal lagi sebelum sepak mula piala malaysia bukannya disaat akhir begini, barulah tidak dicop sabotaj/atau dendam kesumat daripada....kepada.....

Paritbuntarmali said...

Hal harga tiket ni sepatutnya tak menjadi hal besar. Siapa yang mampu boleh pergi dan beli tiket RM30 tu. Tak mampu boleh tengok siaran langsung kat TV.

Kalau betul minat sangat atau fanatik bolasepak, jauh mana dan harga berapa pun tak menjadi soal. Yang penting pasukan sokongan kita yang bermain terutama di final pulak tu.

Yang banyak soal ni biasanya adalah peminat yang timbul hanya pada masa pasukan sokongan mereka kuat atau masuk final aje. Apabila pasukan merudum akan hilang sokongan mereka bahkan kritikan yang tidak membina yang akan dilemparkan. Ini yang dinamakan peminat palsu.Timbul bila menang, hilang bila kalah.

FAM tak sepatutnya digelar cekik darah jika kita hendak bandingkan jumlah pelaburan yang mungkin sudah mencecah ratusan juta RM dalam bentuk geran bantuan dan subsidi yang diberikan kepada setiap FA negeri dan Kelab setiap tahun sejak dari zaman Semi Pro lagi.

Inilah masanya untuk peminat berkorban untuk sukan bolasepak yang amat mereka cintai terutamanya kepada peminat bolasepak Kelantan dan Negeri 9.

Semoga yang terbaik akan menjadi juara Piala Malaysia 2010.

Anonymous said...

setahun sekali jer FAM nak saukkkkkkkkk besar bhai .... biaq pi laaa kalo tak nak tengok kat rumah jer bhai .... jangan marahhh pasai aku memang tak minat langsung bola game bodoh berlari macam nak mapos keliling padang sermata-mata nak dapat sebiji GOL ... hahahahhaha kedeboom

Anonymous said...

PERISTIWA KARBALA BHAI ...

Anonymous said...

kita tengok nanti kalau pasukan pahang dapat masuk final,harga tiket turun atau naik????

tokawe

Anonymous said...

orang yang tak setuju dengan rbf semua bodoh kot. FAM ada dendam dengan Kelantan FA. klau buat keluar semuanya tak cukup nak tulis. salah satu kemenangan percuma KL plus ke atas kelantan kerana hujan lebat. bodoh punya FAM.

Anonymous said...

Memang FAM cekik darah. Kalau naik sikit tak apa. Ni sampai 50% naik.Memang FAM ambil kesempatan kali ni. RM 10 memang tak besar, tapi kalau stadium penuh.. RM10 boleh jadi 1 juta... memang ambik kesempatan..

Anonymous said...

N3 ni kawe sokong RBF 110%.