Tuesday, October 19, 2010

RON 95 Punca Kebakaran Akibat Kemalangan?

Gambar sekadar hiasan

UTUSAN Malaysia semalam menyiarkan satu lagi berita korban kemalangan jalan raya mengakibatkan dua orang terbunuh di Butterworth. Salah seorang daripadanya yang memandu van rentung apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.

Minggu lepas satu keluarga enam orang juga rentung selepas berlaku kemalangan di Kampar, Perak. Beberapa minggu sebelum itu, tiga orang pemuda rentung selepas berlaku kemalangan di Kuala Lumpur.

Sepanjang ingatan saya, banyak lagi kejadian yang serupa berlaku akhir-akhir ini. Tentu ada yang tak kena, mengapa berlaku kebakaran kenderaan dalam satu-satu kemalangan? Adakah kenderaan kita sudah tak selamat lagi? Bagaimana dengan pembuatan tangki petrol kenderaan sekarang, adakah dibuat menurut piawaian? Ini semua harus dijawab oleh pembuat-pembuat kenderaan bagi meyakinkan pembeli.

Satu punca yang saya fikir menjadi penyebab semua kejadian ini ialah berlakunya pertukaran minyak petrol kenderaan dari RON92 kepada RON95. RON95 mengandungi octane yang lebih tinggi berbanding RON92.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, dalam jawapannya kepada soalan seorang Senator di Dewan Negara Julai lalu menyatakan, RON95 mengandungi benzene sebanyak lima peratus mengikut spesifikasi EURO 2M. Negara kita adalah negara tropikal yang sentiasa panas berbanding dengan -negara Eropah. Adakah kita ada membuat penyesuaian?

Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F).

Ini menunjukkan jika terdapat spark ketika impak dalam kemalangan, tumpahan petrol akan memudahkan kenderaan terbakar.

Walaupun Timbalan Menteri sudah memberi jawapan kepada persoalan ini, tiada salahnya satu kajian dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama syarikat minyak bagi menentukan keselamatan pengguna. Apabila ia berlaku terlalu kerap sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Esa Adam

Bandar Sunway, Selangor

Sumber: Utusan Online

Jika ada rakan-rakan pembaca yang arif tentang perkara ini atau yang bekerja dalam bidang yang berkenaan, minta jasa baik anda beritahu kepada saya dan pembaca-pembaca lain sejauh mana kebenaran dakwaan ini.


8 comments:

r0 said...

Bro,

masa Ron 97 murah and masa tu kita tak pandang pun Ron 92... takde pun pasal kisah terbakar ni. Kalau ikut logik, bukankah 97 mempunyai bahan yg lebih berkesar terbakarnya berbanding ron 95?

Macam musim kot? Musim rogol, semua cete pasal rogol. musim PAU, semua cete pasau PAU. Musim org mati pasal ragut, tetiap hari ada je cete pasal tu. Biasa la, media nak cari pendengar...

Anonymous said...

salah satu punca utama kebakaran kereta berpunca dari ketiadaan ruang kosong di dalam tangki minyak(tangki minyak penuh). ---Tak dapat nk bg penerangan yg penuh sbb x pndai nk explain. Harap maaf.

Anonymous said...

hang try kat website ni... mana tau bleh jumpak apa yg hang nk carik..

http://www.themotorreport.com.au/6915/the-real-mccoey-on-ron-research-octane-number

Anonymous said...

saudara RBF dn para pembaca skalian sila rujuk link dbawah,agar boleh dkongsi brsama.... http://ondscene.my/kemalangan/teori-konspirasi-mengenai-ron-95

Anonymous said...

pasai apa kerap terbakar bila kemalangan ... HUKUM KARMA LA KOT ... DAH TERTUlis sipolan bin/binti sipolan punca kematian anda disebabkan kemalangan dan terbakar .... dah namapun islam kena laa yakin dengan qadar & qadar tuhan .... so buat apa nak pening kepala dok kaji pasai minyak tu minyak nie ... kalo nak ikut mudah terbakar GAS pun mudah terbakar .... jawapan pada persoalan diatas mudah aje ....HUKUM KARMA....bye take out both of you.....

Anonymous said...

Salam,

Flashpoint untuk Benzene hanya -11C, kalau nak dibandingkan dengan flashpoint petrol@gasoline -43C, benzene bukan penyebab utama kepada masalah ini...

Anonymous said...

isyk.. xde kaitan dengan benzene pun.. kalau macam tu kat malaysia ni xleh pakai petrol langsungla... kebetulan je kereta tu memang nak terbakar.. lagipun memang pasti ke kereta yang terbakar tu pakai RON 95? entah2 kete tu pakai RON 97?

Anonymous said...

RON97.. hehe

http://ondscene.my/kemalangan/honda-city-yang-terbakar-itu-menggunakan-petrol-ron97