Monday, October 4, 2010

Perjanjian Langgak Golf Bakal Menangkan BN Di Galas

Tidak pernah lagi dalam sejarah prk BN menentang Pas ianya menjadi sekalut ini. Belum pun penamaan calon bermula Pas sudah menjadi seperti kucing kehilangan anak.

Pas begitu resah dan susah hati apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Ku Li akan dilantik sebagai pengarah prk BN Galas. Sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut Din Puduraya terus melatah tidak tentu pasal seperti mana yang saya catatkan di sini.

Selepas dari pengumuman oleh TSMY, ada pula cadangan ahli-ahli dan pemimpin Umno yang meminta supaya Ku Li diletak sebagai calon.

Sekali lagi Pas melatah, kali ini yang melatah bukannya Din Puduraya atau cicak mengkarung, tetapi giliran Nik Aziz pula yang melatah. Lain macam dia punya latah, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Ya benar, memang ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Teruskan membaca dahulu, saya ceritakan step by step supaya anda mudah faham dan tahu kisah sebenar.

Mari kita lihat Nik Aziz bersilat dalam menghalang Ku Li sebagai calon.

Antara kata-katanya ialah meletak Ku Li bertanding di Dun satu penghinaan dan Ku Li berketurunan Raja.

Saya jawab...

Kalau bertanding di Dun satu penghinaan, kenapa Nik Aziz sendiri sudah berkali-kali pilihanraya bertanding di Dun ?

Nik Aziz kata Ku Li berketurunan raja. Apa masalahnya berketurunan raja dan bertanding di Dun. Politik adalah politik, Istana adalah Istana dan kedudukan Istana mengatasi politik. Syed Razlan, adik kepada Raja Perlis pun bertanding di Dun. Tiada masalah pun.

Nik Aziz cuba nak menunjukkan yang kononnya dia menghormati Ku Li yang berketurunan raja. Hormat kepala otak dia ! Dia sedar atau tidak yang Pas pernah menipu Ku Li semasa Pas bergabung dengan S46 dan kemudiannya memaksa S46 keluar dari APU . Bukti Nik Aziz tipu Ku Li yang dia minta kita hormat kepada Ku Li kerana berketurunan raja ada di sini dan juga di sini.

Tidak cukup dengan itu pada tahun 1999 Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz, iaitu Wan Ismail Wan Jusoh yang kini adalah Adun Melor pernah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah,

Jika Sultan Kelantan bertanding menentang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pilihan raya nanti, raja pun akan kalah. Jika Sultan Kelantan sendiri ditolak oleh rakyat, apatah lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah yang hanya bapa saudara Sultan. Sini

Tetapi oleh kerana Wan Ismail orangnya walaupun telah menghina Sultan dan Ku Li, Nik Aziz tetap meletak Wan Ismail sebagai calon Pas dalam pru 1999, 2004 dan 2008. Kenapa ? Jika Nik Aziz betul-betul hormatkan Ku Li minta Wan Ismail letak jawatan sekarang. Buat pilihanraya baru dan Pas akan memang mudah di kerusi Wan Ismail kerana BN tidak akan bertanding di sana selaras dengan keputusan mereka sebelum ini iaitu BN tidak akan bertanding dimana-mana kerusi yang adun letak jawatan. Sila buktikan wahai Nik Aziz. Sila buktikan yang lidahmu tidak bercabang.

Sekarang apabila ada orang Umno cadangkan Ku Li sebagai calon dia kata satu penghinaan kerana Ku Li berketurunan raja. Bukannya orang Umno hina Ku Li atau Sultan , mereka nak angkat Ku Li sebagai calon dan pemimpin. Hinakah begitu ?

Wahai-wahai kawan-kawanku sekalian, apa Nik Aziz kata diatas itu semuanya adalah pembohongan semata-mata. Ada perkara lain yang lebih besar lagi sebenarnya yang cuba hendak ditutup olehnya.

Sebenarnya Pas terperangkap sekarang. Terperangkap dengan janji mereka sendiri. Ditelan mati Nik Aziz diluah mati Hadi Awang.

Baiklah, saya ceritakan perkara sebenar kenapa Pas cuba halang BN letak Ku Li sebagai calon.

Blogger ABITW telah mendedahkan satu peristiwa yang berlaku di Langgak Golf sekitar Oktober atau November tahun lepas. Peristiwa tersebut saya namakan Perjanjian Langgak Golf.

Kata blogger ABITW pada masa berkenaan seorang manusia yang telah kalah dengan begitu hina sekali dalam pemilihan Pas tahun lepas telah pergi berjumpa dengan Ku Li di rumahnya di Jalan Langgak Golf KL.

Manusia yang kalah tersebut juga adalah seorang adun di Kelantan di mana baru-baru ini telah berlaku satu kejadian buang bayi di kawasannya. Bercakap pasal Islam berdegar-degar, tapi masalah moral di kawasan sendiri tidak dapat diatasi.Opsss lupa, dia tengah sibuk dengan duit royalti berbilion-bilion sekarang ini, sebab itulah tak sempat nak jaga rakyat di kawasan sendiri. Siapa dia adun berkenaan ? Klik sini

Adun dimana kawasan bayi berkenaan dibuang telah pergi berjumpa Ku Li dan mengikut tulisan ABITW 'Husam had suggested to Ku Li to run for the Galas seat with the promise that PAS will not run against him if he runs'. Sini

Jeng...jeng....jeng.... kepada yang tak faham BI biar saya terangkan secara ringkas.

Dalam bulan Oktober atau November Husam telah pergi berjumpa Ku Li di rumahnya yang juga pejabatnya di Jalan Langgak Golf KL. Husam telah mencadangkan kepada Ku Li untuk bertanding di Galas dengan janji Pas tidak akan bertanding sekiranya Ku Li bertanding.

Ha ! Itulah sebabnya Pas gelabah beruk sekarang. Itulah sebabnya mereka cuba nak halang supaya Ku Li tidak dicalonkan. Kemudian dia guna pelbagai alasan lain. Apabila orang umno cadang Ku Li sebagai calon dia kata hina Ku Li. Anak emasnya pergi jumpa Ku Li dan cadangkan sebagai calon tidak hinakah ?

Din Puduraya adalah kawan baik Husam, sebab itu Din Puduraya gelabah beruk dan menjadi pemimpin Pas pertama menentang Ku Li sebagai pengarah prk. Dilantik sebagai pengarah pun mereka sudah takut, cuba anda bayangkan jika Ku Li jadi calon.

Sebab itu dalam kes ini Husam tidak berkokok. Dia sudah berada dalam keadaan ketakutan. Tidak mustahil juga apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz semalam diminta oleh Husam. Budak itu anak emasnya, jadi apa yang diminta olehnya sudah tentu Nik Aziz akan buat demi menyelamatkan anak emasnya. Mereka berdua samalah seperti Anwar dan Azmin.


Mereka berada dalam dilema sekarang. Jika BN benar-benar meletak Ku Li sebagai calon dan Pas tidak meletak calon kerana Husam pandai-pandai pergi berjanji, maka sudah tentulah ahli-ahli Pas seluruh negara akan mengamuk dan karier politik Husam akan Inalilah hi wa ina illah.

Sekiranya pula Ku Li calon dan Pas tetap meletakkan calonnya, maka seluruh rakyat Malaysia akan melihat Pas sebagai penipu besar dan hayat politik Pas akan hidup dengan bantuan alat pernafasan sahaja. Sekiranya ini berlaku berlaku bermakna Ku Li sudah dua kali ditipu oleh Pas selepas ditipu kali pertama semasa dalam APU dulu. Maka benarlah kata-kata Ku Li pada 31.Ogos.1999 di Kota Bharu yang berbunyi "Ambo (saya) benar-benar percaya (kepada Pas) tapi rupanya kena tipu tetapi bukan saja ambo (saya) kena tipu, rakyat Kelantan turut ditipu termasuk Tuhan kena tipu".

Seperkara lagi jika itu berlaku, maknanya kerja-kerja kempen BN menjadi mudah dan BN akan menang dengan selesa. Jadi sekarang BN tiada pilihan, nak kerja senang dan nak menang letak sahaja Ku Li sebagai calon.

Berbalik kepada kisah seorang exco yang bijak pandai mengira duit berbilion-bilion, pandai kira duit sahaja tapi kerja sampah.

Mengikut ABITW, dia berjumpa Ku Li pada Oktober dan November tahun lepas. Pada masa itu Adun Galas sedang bertarung dengan kesakitan dan belum meninggal dunia lagi. Arwah meninggal pada isnin lepas (27.9.2010) . Husam berjumpa Ku Li setahun lepas.

Ini bermakna Husam tidak menghormati kawannya yang sedang sakit. Sepatutnya pada masa itu dia berdoa dan memberi semangat kepada rakan seperjuangannya agar cepat sembuh dan boleh kembali bertugas seperti biasa.

Tetapi tidak, dia pergi jumpa Ku Li dan bercakap pasal pilihanraya. Pilihanraya akan berlaku jika kawannya meninggal dunia. Sebelum kawan dia meninggal dia sudah pergi berbincang pasal pilihanraya. Seolah-olah dia mahu kawannya itu meninggal dunia. Itulah wajahnya sebenar Husam Musa. Kawan masih ada nyawa lagi dia sanggup pergi bercakap dan berjanji pasal pilihanraya.

Bersambung kelak.

Masa untuk saya buka pandora box sudah tiba. Satu demi satu rahsia Husam akan saya bongkarkan.



3 comments:

Anonymous said...

bila n.ajis baca citer ni atau orang lain bagi tau dia n.ajis akan kata celako! celako! celako! si husam ni!!! bukan husam je yang kena celako tapi dengan n.ajis2 sekali kena celako!

Anonymous said...

cerita pasal din pudu, I'da world, Husam mmg sangat dinantikan... sebelumni ahli UMNO/PAS sendiri agak bimbang utk keluarkan cerita2 taik dibelakang pentadbiran PAS kelantan disebabkan pengaruh PAS yg selalu berlindung di sebalik nama Islam..

tetapi, turning point berlaku pd ramadhan yg lalu.. pendirian PAS pasal Islam hanya sebgai alat politik terdedah satu persatu, ditambah lagi bantuan LGE yg menambah cepat membuka pekong PAS..

cafemlm.com said...

Syabas bro,

satu pendedahan /ulasan yang baik yang bisa menyengetkan serban nik ajis dan haji hadi.

puak2 pas ni termasuklah pemimpin2 UMNO yang dok sibuk kira duit dan kira bini tak tahu cerita2 disebalik tabir ni.

Untuk geng2 PAS bawak2lah berfikiran terbuka dalam menilai agenda sebenar pemimpin2 kat atas tu..

Untuk pemimpin2 umno,jangan dok jadi bebal keldai...apa lagi pergunakanlah tips ini ..

Bro RBF dah hidang nasi ngan lauk sekali..hangpa cuma tuang air ngan pencuci mulut jer..tu pun tak leh buat''..

cafemlm.com