Tuesday, October 12, 2010

Utusan Malaysia Di Sabotaj ?

Seorang pembaca dari Melaka memberitahu saya, katanya dia adalah seorang pembaca tegar Utusan Malaysia (UM) dan menyokong penuh kempen 111 yang saya lakukan. Tetapi dia menghadapi masalah untuk mendapat bekalan UM di Melaka.

Kebiasaannya dia akan membeli UM sebelum masuk ke pejabatnya yang terletak di Air Keroh. Tetapi katanya sejak kebelakangan ini sukar bagi pembaca-pembaca UM untuk mendapatkan akhbar itu di waktu pagi.

Adakalanya mereka terpaksa pusing satu Air Keroh dan menerima jawapan 'belum sampai lagi' daripada penjual atau pengedar akhbar. Sedangkan semua akhbar-akhbar lain telah ada.

UM sampai antara jam 9-10 pagi setiap hari. Apabila sampai jam 9-10 pagi, faham-faham sajalah. Kebanyakan orang membaca akhbar sebelum mula bekerja.

Semalam (isnin 11.10.2010) katanya bukan satu Air Keroh tiada UM, malah satu Melaka tiada UM di waktu pagi.

Pihak UM harus menyiasat perkara ini, sebarang kemungkinan boleh terjadi. Mungkin juga ini adalah sebahagian dari usaha untuk mensabotaj UM.



13 comments:

Anonymous said...

bukan saja susah nak dapatkan akhbar UM, saya yang tinggal di australia pun selalu melihat laman web Utusan Malaysia selalu lambat update...kadang-kadang tu sampai 2-3 hari asyik2 berita yang sama juga terpapar..contohilah the star selalu update dan berita terbaru akan segera sampai kepada pembaca

Anonymous said...

Utusan Malaysia memang susah nak dapat, kalau ada pun selalunya tak cukup. Yang banyak suratkabar kecik. banyak Iklan dan cerita hiburan.

Pasir Gudang, Johor.

Anonymous said...

salam tuan,

ketika hari raya lepas saya balik Melaka berhariraya selam seminggu.

Memang susah nak dapat utusan malaysia.bila kita tanya mereka jawab dah habis.

apa yang saya terfikir pada masa itu ialah wah sungguh laris utusan malaysia kat melaka.

harap utusan malaysia dapat memantau edarannya dimelaka.saya juga ada rasa something wrong.

x-pkr said...

kawan juga ada terima emel dari sahabat yg mendakwa dari melaka, mungkin org yg sama rasanya....

Apakah ini cara halus mengurangkan jualan akhbar UM. Jika hingga 3pm masih kelihatan byk akhbar UM yg belum terjual, org akan kata mmg UM tak laku sedanggkan pagi2 ramai yg mencari UM

akhbar2 lain terutama star dan akhbar cina byk dan ini adalah sama dari vendor yg mengedar UM.

Perlu disiasat perkara ini.

Anonymous said...

rasenye ye kot, sbb kekadang 7-11 pun ade yg tak jual utusan, paper lain byk.

Anonymous said...

akhbar UTUSAN sedang laris ler. di johor bahru nak dpt utusan kena datang awal pagi.datang lepas kul 11 jgn harap nak dapat.

akhbar start nst dan bharian...ok..berlambal lagi kat stand ..

kawasan lain aku tak tahuler..cakap utk kawasan johor bahru aje..hehe

drputera

Anonymous said...

anon 8.13

aku setiap hr baca um melalui web,tkda plak smpai 2/3 hr tak update.stiap hr berita yg brlainan..

Anonymous said...

aku pun hari-hari baca utusan online mana ada tak update ... hari-hari update kot cache computer kome yang tak clear pasai tu bila bukak asik benda yang sama jer .... cuba come check kat recent @ temporary file berapa juta file dah bertenggek kat situ ... take out

Anonymous said...

utusan malaysia memang sukar didapati pada waktu pagi di Pt Raja Batu Pahat ..... minta pihak UM melihat kembali jadual lori yg membawa akhbar tersebut

Anonymous said...

Salam RBF;

Tok sah kata kat Malacca atau Johor susah dpt Utusan, yg kat KL nih pun kalu lambat sket, Utusan abis! Tuh yg buak kawe baco online jah.

En Utusan Mesia;
Tlglah tambahkan print paper tuh, esp aghi minggu.

Anonymous said...

betul ka di melaka & johor paper UM ssh nk dapat..sy d cni stakat ini xda masalah nk dptkan UM..

adakah paper xcukup @ ada pihak yg xnak mjual UM..pekara ni mmg perlu disiasat sgera..

PPWT said...

Salam,
Terima kasih atas keperihatinan tuan2 terhadap akhbar Utusan.
Mohon kalau sukar mendapatkan UM sila call 017-7771443

Anonymous said...

sesuatu yang nyata di tempat sana pontian johor utusan memang lambat sampai..kalau pukul 630 pagi akhbar lain dah ada utusan belum sampai..ini masalah dah jadi kebiasaan dan boleh menurunkan jualan utusan pd saya sb org akan bertukar ke akhbar lain..harap di ambil perhatian segera..