Tok Him kini sedang berada di CCU Hospital Ampang Puteri kerana mengalami masalah jantung.Beliau merasakan dirinya tidak sihat dua hari lepas (khamis) lalu beliau pergi ke HAP untuk membuat pemeriksaan. Pada mulanya doktor yang merawatnya melakukan ECG ke atas beliau dan beliau dibenarkan pulang dan diminta ke HAP semula keesokannya (jumaat).
Semalam sekali lagi beliau ke sana dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan doktor terus menahan beliau di wad kerana jantungnya mengalami masalah injap yang agak serius.
Walaupun ditahan wad, semalam dia keluar juga dari wad untuk ke Parlimen bagi mengikuti pembentangan bajet oleh PM.
Selesai bajet dia kembali semula ke HAP, dan sehingga kini masih lagi berada di wad. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.
Beliau akan menjalani pembedahan by pass pada hari isnin ini. Oleh yang demikian sama-samalah kita berdoa semoga beliau selamat menjalani pembedahan tersebut.
Satu majlis sembahyang hajat bagi mendoakan keselamatan beliau akan diadakan pada malam esok (ahad) di Surau tingkat 3 Hotel De Palma Ampang. Kepada sesiapa yang ada kelapangan dijemput hadir bersama.
4 comments:
Salam..
InsyaAllah, tok Him akan sihat walafiat.. Amin.
---------
Kisah PERMATA negara milik bini PM
Kisah PERMATA Yang Ramai Tak Tahu
Moga Tol Him selamat menjalani pembedahan
hidup tok him! hidup perkasa!
Assalamualaikum RBF
Berdoalah kita kepada Allah semuga beliau selamat menjalani pembedahan dan sembuh segera..aminnnn
Aku doakan semoga pembedahannya selamat.
Post a Comment