Wednesday, October 6, 2010

RM 8 Juta ? Wow Mahalnya ?

Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyediakan sebuah pesawat B747-400 yang diubah suai bagi membolehkan lebih ramai jemaah haji dibawa ke tanah suci sepanjang musim haji ini.

Naib Presiden Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, pengubahsuaian yang melibatkan RM8 juta itu siap pada hujung bulan lalu.

Ia membabitkan pertambahan tempat duduk dari 359 kepada 454."MAS juga akan menggunakan dua lagi pesawat lain untuk membawa jemaah haji ke tanah suci iaitu B747-400 (359 tempat duduk) dan B777-200 (282 tempat duduk)," katanya selepas memperkenalkan sebuah pesawat khas haji di Sepang, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia 6.10.2010 ms 27

Tujuan saya tulis perkara ini bukan nak mempertikai mana-mana pihak. Saya ini bukannya tahu dalam bidang penerbangan, sebab itu saya tulis di sini. Tujuannya kerana saya nak tahu. Jika ada rakan-rakan yang mahir dalam industri penerbangan yang membaca blog ini boleh tolong jelaskan pasal RM 8 juta tersebut.

Saya pun tak tahu RM 8 juta itu sebenarnya angka-angka biasa atau angka besar dalam industri penerbangan.

Jika melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan MAS hanyalah sebuah pesawat sahaja yang diubahsuai dan pertambahan tempat duduk dari 359 kepada 454.

Maknanya pertambahan 95 tempat duduk untuk sebuah pesawat tersebut. Jika dibahagi RM 8'000'000.00 dengan 95 tempat duduk bermakna satu tempat duduk bernilai RM 84'210.526. Wow , mahal juga harga kerusi kapal terbang ya walaupun kecil dan sempit.

Mungkin juga ada tambah benda-benda lain kot. Ya lah apabila penumpang bertambah maka beban pun bertambah. Mungkin juga dia punya lower arm dan absorber turut ditukar untuk menampung beban yang bertambah. Mungkin, mungkin, mungkin dan pelbagai kemungkinan.

Hanya mereka yang arif sahaja yang tahu dan boleh terangkan. Orang yang tak arif hanya boleh kata mungkin, mungkin, mungkin.

Harap kepada pembaca yang tahu boleh tolong berkongsi maklumat. Saya pun nak tahu juga, boleh tambah pengetahuan.

5 comments:

Anonymous said...

sama gak macam rocky brew cakap hospital petronas Rm5 jutasatu kaatil!

mungkin, mungkin, mungkin dio orang ada belasah sama kot?

tenderlah!

Anonymous said...

cuba hang kira lagi satukali
jangan bahagi dengan 95 dia kena campur semua baru bahagi
pasai yang lama pum kena ubahsuai untuk bagi ruang kepada yang baru.......betui kaa....

Anonymous said...

bro itu sebenarnya sudah murah.dari kapal biasa convert kpd kargo pun kurang-kurang usd 15 juta.

bagus juga u carry cerita ini. pembaca boleh dapat penjelasan sebelum pembangkang jadikan isu.

samsul said...

just for yr info
kos basic airline seat around usd 2500.seat untuk 1st class as high as usd150,000 each

komen je said...

sudah dua perkara kerajaan lakukan untuk keselesaan para jemaah haji dalam waktu terdekat ini, syabas pertama menaikan subsidi haji dan kedua itulah pengubahsuiaan penerbangan. saya tak tahu pula kapal terbang bolih dimodify tambah tempat duduk ke ape? walauapapun ini bolih dibawa ke kabinet untuk dipolitikkan..lihat kerajaan lakukan untuk rakyat..saya bukan nak membangkang tapi kita lihat dimusim haji ini kaota telah diturunkan akibatnya berapa ramai direject walaupun persediaan telah dibuat..saya tak tahulah kenapa kaota dikurangkan mesti bersebab. kerajaan kurangkan ke tak pula diberitahu kenapa..kerajaan saudi arab kurangkan ke tapi kenapa pula sedang mereka juga telah membuat modifikasi untuk menampung bakal haji yang semakin meningkat..atau mereka tidak suka pada kerajaan yang kita ada sekarang ini? jika kita lihat kerajaan tak membayar lebih pun subsidi haji kerana mungkin hanya mengeluarkan sedikit budget setelah kaota dikurangkan. cuma ia ia nampak membantu dan diwar war terlebih dahulu. saya tak tahu jika pengubahan kepada kapal terbang hingga jutaan ringgit banyak membantu bakal haji yang setiap tahun hanya mendapat surat menunggu sahaja jika jumlah penerbangan telah dikurangkan dan tidak pernah kita dengar rungutan sistem penerbangan haji kita tidak selesa dan kenapa perlu pengubahan..? di Malaysia wang peruntukkan telah ada cuma perlu dikeluarkan atau dibelanjakan sahaja atau perlu di cekau sebab tahun depat ada lagi..