Wednesday, October 27, 2010

Kenapa Pembangkang Serang Rosmah?

Seksa sungguh hidup menjadi insan yang bernama Rosmah Bt Mansor. Hidupnya sentiasa diburu fitnah. Semenjak akhir-akhir ini serangan terhadapnya semakin menjadi-jadi. Sedangkan beliau bukannya seorang ahli politik, hanya isteri kepada PM.

Beliau tidak pernah mengutuk atau menghentam mana-mana pemimpin politik. Tetapi kenapa beliau sering sahaja diserang oleh parti lawan?

Tidak lain tidak bukan kerana parti lawan sudah ketandusan idea dan cara untuk berlawan dengan suaminya, maka mereka mula pindahkan serangan kepada isterinya dengan niat untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Rosmah dan secara tidak langsung ianya akan terpalit sama kepada DS Najib.

Dulu beliau difitnah kononnya terlibat dengan pembunuhan seorang pelacur dari Mongolia. Sehingga ke hari ini pihak yang menuduh gagal membuktikan perkara tersebut, malah pihak kita pula berjaya membuktikan pada masa dituduh Rosmah berada pada satu majlis berbuka di Tabung Haji.

Akhirnya orang yang membuat tuduhan tersebut menjadi anjing kurap dan sekarang hidup sebagai pelarian di luar negara. Akibat dimakan fitnah hidupnya menjadi kucar-kacir dan keluarga berpecah belah sekarang.

Selepas itu pula sekali lagi Rosmah difitnah kononnya terlibat dalam konspirasi kes liwat 2 Anwar Ibrahim. Dengan kemunculan Rahimi baru-baru ini mendedahkan perkara sebenar dan juga keterangan-keterangan saksi di mahkamah, akhirnya sekali lagi kebenaran menyebelahi Rosmah.

Kedua-dua fitnah diatas semasa DS Najib memegang jawatan TPM. Selepas DS Najib dilantik sebagai PM, muncul pula sekali lagi fitnah terhadap Rosmah. Kononnya Rosmah yang menentukan barisan kabinet dan mengawal segala projek kerajaan serta satu pejabat dibina untuknya di Kementerian Kewangan.

Sekali lagi itu semua tidak benar dan cerita itu mati begitu sahaja. Segala projek-projek di semua kementerian bukannya ditentukan oleh menteri sepenuhnya, ia turut sama diputuskan oleh KSU kementerian. Sehingga ke hari ini pembangkang gagal membuktikan wujudnya pejabat Rosmah di MOF.

Pembangkang tidak pernah kecewa dan putus asa untuk memfitnah Rosmah. Mereka tidak berhenti setakat itu dan mereka akan guna apa sahaja medium yang ada untuk memfitnahya. Di pentas ceramah juga nama Rosmah tidak lekang dari mulut pemimpin pembangkang termasuk dari mulut Anwar sendiri.

Sewaktu pembentangan bajet minggu lepas pun begitu juga, nama Rosmah dijerit-jerit sewaktu DS Najib membentangkan bajet. Tidak cukup setakat itu, selepas bajet pula ianya menjadi bahan di twitter dan fb pemimpin pembangkang.

Sepanjang minggu lepas pula boleh dikatakan setiap hari ada sahaja tulisan untuk mencalarkan imej Rosmah di media dajal malaysiakini.

Kerja-kerja amal yang lazimnya sinonim dengan mana-mana isteri PM pun dipertikaikan. Salah satunya cadangan Rosmah adalah supaya diwujudkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin.

Ahli Parlimen Ampang atau lebih dikenali dengan nama Mak Tam Mulut Pantat Ayam yang berkata Rosmah tiada jawatan rasmi tetapi berlagak menteri. Bodoh tahap mangkuk hayun MP, Rosmah bukannya mengarahkan ditubuh, tetapi sekadar mencadangkan. Beliau melontar ideanya sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Bakti, iaitu sebuah badan amal.

Di Selangor diwujudkan sebuah pusat yang di kenali Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa. Rumah tersebut diuruskan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) yang diterajui oleh isteri Khalid sendiri, Puan Sri Salbiah .

Kesimpulannya apa yang dicadangkan oleh Rosmah dan apa yang dibuat oleh Salbiah di Selangor lebih kurang sama, cuma Rosmah isteri PM manakala Salbiah isteri MB. Wahai MP Ampang yang bodoh nak mampus, memang itu kerja isteri-isteri PM, TPM, Menteri, MB dan Timbalan Menteri. Inilah padahnya apabila seorang yang bodoh diangkat jadi ahli parlimen. Saya pernah katakan dulu mereka-mereka ini ibarat beruk mendapat bunga.

Minggu lepas pula media dajal malaysiakini melaporkan kononnya kos lawatan PM ke luar negara meningkat kerana Rosmah. Alahai bodohnya malaysiakini. Rosmah isteri PM dan dia layak untuk mengikut suaminya. Begitu juga dengan Azizah jika Anwar jadi PM.

DS Najib dan TSMY adalah PM dan TPM yang baru, lebih kurang setahun setengah. Adalah menjadi perkara biasa kepada mana-mana pemimpin baru mana-mana negara sekali pun untuk melawat negara-negara lain bagi memperkenalkan diri dan merapatkan hubungan antara negara dan juga menarik pelaburan asing masuk. DS Najib juga turut menghadiri beberapa persidangan yang penting dan patut dihadiri oleh ketua negara dan kesempatan itu juga dapat digunakan untuk mengenali pemimpin-pemimpin negara lain yang turut hadir.

Satu bagi satu contoh mudah,

Jika kita baru berpindah ke sesuatu tempat baru apa yang perlu kita lakukan ? sudah tentu kita pergi ke rumah-rumah jiran dan orang-orang keliling untuk berkenal-berkenalan antara satu sama lain. Selepas itu pula jika ada orang buat apa-apa majlis dan jemput kita sudah tentu kita kena pergi kerana kita orang baru di kawasan tersebut. Itulah peluang terbaik yang kita ada untuk nak berkenalan dengan orang sekeliling kita. Jika kita buat sombong dan buat tak kenal orang, jika berlaku sesuatu atau kecemasan kepada kita atau keluarga kita, pada siapa kita nak minta tolong ?

Saya nak tanya rakan-rakan sekalian, semasa kita bergerak ke rumah-rumah jiran untuk berkenalan adakah patut kita pergi seorang diri atau bawa isteri kita bersama ?

Saya dapat rasakan jika nak dibandingkan antara DS Najib dengan Anwar saya rasakan Anwar lebih kerap ke luar negara. Boleh dikatakan hampir setiap bulan Anwar ke luar negara. Baru berjawatan Ketua Pembangkang, tetapi lagaknya mengalah PM. Apa yang Anwar berjaya bawa balik untuk negara ? habuk pun tarak ! Memburukkan nama negara adalah.

Mungkin akan ada juak-juak PKR akan kata yang Anwar ke luar negara menggunakan perbelanjaan sendiri. Betul ke ? cuba periksa dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Cukupkah gaji Anwar untuk terbang ke luar negara setiap bulan ?

Fitnah yang terakhir setakat hari ini kepada Rosmah adalah berhubung dengan Festival Fesyen Islam yang diadakan di Monte Carlo.

Wah, bukan main hebat lagi pemimpin Pas baik jantan atau betina yang berkokok-kakai. Mereka-mereka semua ini orang yang dahagakan fitnah, pantang ada syaitan berbisik di telinga maka mulalah melompat-lompat dan terkinjal-kinjal mencanangkan fitnah tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Saya tidak perlu jelas panjang lebar di sini tentang perkara berkenaan, kerana perkara sebenar telah diterangkan dengan begitu baik sekali oleh blogger satulimatiga dan beberapa blog lain. Klik di sini

Sekarang isu ini telah mati sebaik sahaja blogger-blogger kita bangkit menjelaskannya.

Oleh yang demikian kepada penyokong-penyokong BN , berhati-hatilah dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh wakil-wakil syaitan di bumi Malaysia terhadap isteri PM.

Mereka memang mahu anda termakan apa yang mereka canang. Ini kerana ianya telah terbukti sewaktu zaman Pak Lah dahulu. Imej KJ diburuk-burukan (memang buruk pun) kemudian disahut pula oleh orang kita dan hasilnya kita terima pada pru 2008.

Sekarang kita tidak mahu perkara sama berulang lagi kepada PM kita dan isterinya. Isteri adalah orang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang suami, tidak kira siapa suaminya, samada nelayan, petani, jurutera, yb, menteri atau PM.

Saya bagi satu contoh,

Sejak bila Pak Lah mula rosak ? sejak arwah Kak Endon sakit dan seterusnya meninggal dunia. Al Fatihah untuk Kak Endon.

Semasa sakit sudah tentu Kak Endon tidak dapat menumpukan perhatian kepada suaminya, apatah lagi Kak Endon kerap berada di luar negara untuk mendapat rawatan.

Pada masa itulah KJ mula masuk daun dan kacau sana-sini. Pak Lah pula jenis orang baik dan betul. Jika ada Kak Endon di sisi mungkin ianya boleh jadi pengimbang kepada peranan yang dimainkan oleh KJ.

Lelaki tidak usah nak cakap besar lah, sehebat mana, sekuat mana sekali pun mereka tetap akan cair dengan anak menantu. Ibu yang tenaga tidak kuat tetapi memainkan peranan penting dalam pencorakan kehidupan anak-anak dan tegas. Sebab itu orang tua-tua selalu kata, kalau nak mati biar mati ayah dulu, kalau mati mak dulu anak-anak jadi rosak. Tetapi itu semua kuasa Allah SWT. Orang lelaki kena terima hakikat yang perempuan lebih matang dari lelaki.

Saya akui Pak Lah adalah seorang yang baik. Berpuluh tahun dia membina imej baiknya bermula dari pegawai kerajaan hingga menjadi seorang PM. Beliau pernah jatuh dalam politik, tetapi Allah SWT angkat dia naik balik sehingga jadi pemimpin nombor satu negara. Tetapi nama dan imej baiknya rosak sekelip mata kerana seorang menantu. Sayang seribu kali sayang. Bila termenung sendirian saya menjadi sedih mengenangkan nasib yang dialami Pak Lah.

Kepada DS Najib dan DS Rosmah, TSMY dan Puan Sri Noorainee berhati-hatilah kalau nak pilih menantu nanti. Jangan terperangkap dengan menantu.

DS Rosmah tak kenal saya, tapi saya kenal dia. Walaupun dia tak kenal saya dan tak mungkin dia membaca blog ini , cuma saya nak minta jika ada orang-orang yang kenalnya dan membaca blog ini harap tolong sampaikan pesanan dari seorang blogger cabuk kepadanya.

DS Rosmah kena berhati-hati dengan orang sekelilingnya dan berhati-hati dalam menerima sebarang undangan di masa akan datang. Kerana kita takut ada hantu-hantu yang berkeliaran di sekeliling DS dan ada juga majlis-majlis atau program-program yang sengaja memerangkap DS.

Pembangkang sudah ketandusan isu untuk menyerang DS Najib sekarang, sebab itu mereka beralih kepada DS Rosmah. Mereka tahu testimoni ini telah berjaya pada pru 2008. Mereka ingin cuba lagi sekarang terhadap DS Najib dan DS Rosmah, walaupun ianya fitnah semata-mata.

Mereka akan cuba dengan sedaya upaya untuk mencalarkan imej DS Rosmah dan ianya akan berjangkit kepada DS Najib dan seterusnya boleh memberi kesan kepada BN dalam pru akan datang.

Semoga Allah melindungi dan merahmati Datuk Seri Najib dan Datin Sri Rosmah.

















17 comments:

hanizam said...

biasalah bro, bab kencing & tabur fitnah tu memang dah jadi darah daging mereka...

tak guna solat tonggang-tonggeng, mulut komat-kamit baca zikir, bila dah memfitnah orang,

HHmmmm...fikir-fikirkan...

Anonymous said...

zzzzz boring... Kenapa ek? Membiarkan Fesyen Islam di gondolkan di Monte Carlo? mentang2 la negara Kafir, bj Islam pun di telanjangkan...

Kenapa lagi ek.. Membazirkan duit rakyat dgn anjuran 1st Lady (sepatutnya Permaisuri agung la First Lady)...

Angkuh kerena tidak bertudung (Pelik dan jelik sebagai penaung IFF tapi tak berpakaian Islamic)

Fuhh byk lagi nie...

Anonymous said...

penat nak baca panjang bebenor .... tapi apapun tq atas artikel yang menarik ... dab nampun pembangkang pasai tu semua tuduhan terkangkang jeeee....sauk lagiii...

Anonymous said...

RBF,
Skrg ni kau orang bermati2an utk pertahan isteri PM tp percayalah wahai UMno jika Pak Lah jatuh sbb menantu, DSN pula sbb isteri. Sebagai isteri PM sepatutnya hanya dok dibelakang je, ni tidak tiap2 malam masuk tv mengalahkan menteri yg jaga wanita. Bekas2 isteri PM belum ni hanya sibuk masa nak raya je gotong royong sediakan buah tangan utk tentera dll sempena raya atau bila Bakat ada pertandingan badminton. Kena ingat RBF, jika ada arahan dari Rosmah orang akan anggap itu adalah dr PM - inilah bahayanya!!!!!!!

Anonymous said...

sbb tu aku meluat dgn pembangkang. tu politik BENCI namanya yg dipolupori oleh nik aziz. patutnya politik islam ialah kasih sayang.

Anonymous said...

KITA PUN TAK TAHAN NAK JAWAB DAH. nAMPAKNYA BLOG PRO KERAJAAN ASYEK TEPIS SAJA. ORANG SERANG KJ DULU MACAM TU LAH. aKHIRNYA MEREKA BERJAYA. PATUTNYA KITA TAK SERABUT DGN DIA BRO... DIA PATUT BERSARA HIHIHI. bIAR pm SAJALAH BUAT KERJA.

Anonymous said...

memang dasar puak pas ni. kalau puak depa perangai macam tahi pun depa kata baik. kalau musuh depa perangai macam malaikat pun depa cari dan burukkan sehabisnya. itulah namanya akhir zaman.

MMR said...

RBF,
Tahniah dan terima kasih.....penjelasan yang terperinci dari saudara...moga-moga ia akan dijadikan garis paduan utk semua agar lebih berhati-hati dgn pihak pembangkang atau yg ingin menghuru-harakan negara

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bukankah marah itu tandanya sayang?...jadi sebenarnya bewak-bewak ni sayang kat DS Najib dgn DS Rosmah tu..tapi apa nak buat dah terlajak kata..he..he..he

ruang bicara faisal said...

dlm sesuatu isu biasalah, mesti ada pro dan kon.

saya pun tidak mengharap pembaca perlu patuh kpd apa yang saya tulis. terpulang kpd masing2. saya cuma bg pendapat.

ada yg kata rosmah kena bersara, apa jwtn dia ? selagi dia isteri najib dan selagi itulah dia bekerja.

isteri2 pm lain pun sama juga dulu. cuma dulu tidak ada fitnah sedasyat sekarang ,kerana zaman dulu tiada internet dan jika ada pun penggunaan tidak meluas.

apa pun terpulang kpd pandangan masing2.

saya akuilah ada satu dua yang tak kena, tapi tidaklah seteruk yg digambarkan pembangkang.

Anonymous said...

dunia nak kiamat dah...dekat dah...islam dipermainkan..fitnah semakin berleluasa..

Tamil Selvam said...

Pakatan Rakyat when comes to Lies, OMG!! they are so good!! no one can beat them!! idiots!!

Mohd Imran said...

hello,if brave enough put your name and comment la! what the hell posting out without name! DS Rosmah doing alot of good works for the public.not like anwar weii !!

Aaron Lai Kah Jun said...

DS Rosmah,please continue your services.we need a person like you in our country! anwar,please get out from this country.we knows you got a lot of black money so just get out from malaysia and stay somewhere else!!

Nurul Shamira said...

its a very good article rbf!
im very sure DS Rosmah dont really care about this PR. PR people just losing their votes by coming up with stupid lies!! The public is really aware now about the current situation and they know who is really doing work and who is not.

Puteri Farihah said...

to the haters!i just have something to say..DONT TRUST PR! they good in coming up with a lot of promises but never do anything at the end.for example about the free water issue.half of rakyat selangor never get! LOL. they are full of lies people.dont trust them and lose a good leader like DS Rosmah. :)