Friday, October 22, 2010

Fesyen Hina Islam: RBF Tabik Spring Kepada Parpukari, Syabas Bro !

Saya betul-betul tabik spring kepada parpukari hari ini.

Parpu telah membuktikan kepada musuh-musuhnya bahawa dia bukan blog copy paste semata-mata.

Disaat puak-puak sebelah sana kecoh berkenaan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu, hari ini parpu telah menjawab segalanya. Baik punya spin dari parpu.

Sila lihat di sini

Tidak semestinya penaung tahu segalanya apa yang terjadi kepada badan yang dinaungnya. Kebanyakan orang yang lantik seseorang menaungi sesuatu badan atau organisasi mereka adalah untuk mendapat dana atau kemudahan-kemudahan lain.

Tidak semestinya Datin Sri Rosmah bersetuju 100 % dengan apa yang terjadi di majlis tersebut. Dia sendiri pun sudah tentu tidak menjangka yang ianya akan terjadi begitu.

Benar apa yang dikata oleh parpu, Datin Sri Rosmah kena berhati-hati sekarang dengan sebarang jemputan. Musuh dalam selimut banyak berkeliaran di sana-sini.

Mereka sedaya upaya untuk mengulangi sentimen di zaman Pak Lah dulu, iaitu sentimen kebencian orang kepada KJ serta Pak Lah dan seterusnya BN menerima kesan dalam PRU 2008.

Sekarang mereka sedang cari jalan supaya rakyat benci Datin Sri Rosmah dan seterusnya berjangkit kepada Datuk Sri Najib dan akhirnya berjangkit kepada BN.

Setiap hari ada sahaja laporan di media dajal malaysiakini yang memburuk-buruk isteri PM. Tajuknya sengaja diletak dengan nama Rosmah. Semua ini untuk membina sentimen kebencian orang kepada isteri PM dan seterusnya kepada PM.

Sentimen sedemikian telah berjaya menjatuhkan Pak Lah. Sebab itu mereka ulang balik perkara yang sama. Tetapi mereka lupa perbezaan antara Rosmah dan KJ dan juga kekuatan yang ada pada Datuk Sri Najib.

Tetapi, jika kita semua tidak berhati-hati tidak mustahil ianya akan berlaku lagi. Mereka pandai cipta fitnah dan bijak wujudkan kebencian. Dalam kedudukan kita sekarang, kita kena pandang kiri dan pandang kanan. Jangan main terjah, silap haribulan kita masuk telaga buruk. Awasi musuh dalam selimut dan kenali siapa dia rakan-rakan anda di sekeliling.

Dato' Raja Rezza Shah atau pun lebih dikenali sebagai Shah Rezza dalam dunia lakonan harus menjawab perkara ini. Ini kerana dia adalah pengasas IFF dan dia sudah tentu tahu lebih awal pakaian fesyen apa yang nak diperagakan pada malam tersebut.

1 comment:

Mustaqim Abdul Rahman said...

RAIS patut tau di mana bumi dipijak...disitu langit dijunjung....

masa zaman dol lah...mmg betullah perbuatan rais nie.,...

tgk zaman najib....rosmah, najib kalau nak report dah berlori orang dan notebook kena angkut ke balaipolis...

RAIS22...salah kiblat ker???