Tuesday, October 26, 2010

Apa Status Calon Pas Yang Sebenarnya ? Bujang atau Beristeri ?

Petikan dari blog kickdefella

Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya.

Saya juga cuba mencari di googles status perkahwinannya tetapi gagal. Hanya ada dicatatkan bilangan adik beradik sahaja. Semasa menafikan tuduhan khalwat terhadapnya beberapa hari lepas dia ada menyebut nama isterinya, Zainab Jalar. Klik sini

Jika dia tidak pernah berkahwin kenapa pula ada nama isteri ? Atau adakah dia sudah bercerai ? atau isterinya telah meninggal dunia ? atau dia tidak mahu isterinya dikenali.

Kebiasaannya dalam profail atau biodata seseorang calon akan dicatatkan status perkahwinan dan bilangan anak. Tetapi tiada bagi calon Pas di Galas kali ini. Kenapa ?

Rujuk di sini (seperti gambar atas) dan begitu juga di harakah daily. sini

Harap Pas dapat jelaskan apa status sebenar calon mereka.

Beristeri ? Bujang ? Bercerai ?




6 comments:

JoN said...

rasanya calon pas ni gay kot..

Anonymous said...

BAHANG DARI UTARA ....

Anonymous said...

Biodata Calon

Ditulis oleh Administrator Ahad, 10 Oktober 2010 01:29

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980

Kelayakan Akademik :

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.


Pengalaman Kerja :

1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.


Kerjaya Politik :

2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.


*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

Anonymous said...

Atau pun dia ni pondan kot?

komenje said...

korang ni ikut kan sangat bengap rbf nape, bujanglah, gay, pondanlah kat buat dosa je..apara rbf nak terjun lombong biarlah terjun sorang sorang

Anonymous said...

kamu ni sama bodoh dgn azidi.

status adalah benda yg sangat ringkas...

PAS bukan sedungu UMNO.