Sunday, October 10, 2010

Allahuakbar ! Kiblat Masjid Kembali Ke Kedudukan Asal




Mungkin ada rakan-rakan yang telah membaca kisah ini dan mungkin ada yang tidak membaca lagi.

Sebab itulah saya memasukkan di blog ini. Untuk membolehkan kita berkongsi dengan rakan-rakan kita yang tidak mendapat bekalan Mingguan Malaysia hari ini, juga untuk rakyat-rakyat kita yang sedang berada di luar negara. Juga untuk rakan-rakan kita yang memboikot Mingguan Malaysia.

Nabi kata carilah ilmu sampai ke negara China. Itu pesan Nabi, sekarang ini pula ada orang berpesan supaya memboikot benda yang boleh menyampaikan ilmu kepada umat. Tak ke gila namanya itu ?

Apa yang terjadi diatas, buktinya Allah SWT kasih dan sayang kepada hambanya. Allah SWT tidak mahu umatnya melakukan ibadat sia-sia apabila bersembahyang tidak mengikut kiblat yang betul.

Ya Allah yang tuhanku, tuhan yang maha kaya dan dan maha agung. Kepada mu kami meminta Ya Allah, tiada tuhan yang lebih berkuasa di muka bumi ini melainkan engkaulah ya Allah. Ya Allah tunjukkan jalan yang benar kepada segelintir hamba-hamba mu di bumi Malaysia ini yang telah dan sedang ditipu oleh manusia-manusia yang menjualkan agama engkau ya Allah untuk kepentingan politik mereka. Kembalikanlah mereka ke jalan yang benar ya Allah.

Daripada mu kami datang dan kepada mu kami kembali ya Allah. Ya Allah perkenankanlah permintaan hamba-hamba mu yang serba kekurangan ini. Bimbinglah kami semua ke jalan yang engkau redhai ya Allah.

Amin

Amin

Ya Rabal Alamin.

Kepada sahabat-sahabat sekalian kita semua pakat-pakat berdoa disini sahaja. Kita tidak mampu untuk mencari wang beratus ribu untuk kita dan kawan-kawan kita pergi berdoa di Mekah sepertimana yang ini.

Cuma kebetulan sekarang ini musim orang pergi Haji. Kalau boleh berpesan-pesanlah kepada saudara-mara atau kenalan kita yang naik Haji musim ini agar mereka berdoa supaya tunjukkan jalan yang benar kepada mereka-mereka yang telah disesatkan oleh Pas.




Terima kasih kepada Cedik Cenun


3 comments:

wmu350 said...

tak lama lagi lingkup la pakatan rakyat ni....?

Panglima Perang Cyber said...

kawe baca doa demo dan rasa nak panggil Haji RBF hihihi


tapi serius kawe kata doa demo tu molek benar.

dan kawe aminkan sebanyak bintang di langit dan pasir di bumi.


amin amin amin

Anonymous said...

salam saudara rbf...hanya sekadar ingin berkongsi dengan saudara...

setahu saya hadis tuntutlah ilmu sampai ke negeri china adalah tergolong dalam hadis lemah atau palsu...sini

maka bagi saya adalah elok sekiranya kita cuba elakkan dari menggunakan hadis tersebut