Thursday, October 28, 2010

Juak PKR Diupah RM 30.00 Untuk Hantar Komen

Komen ini diterima semalam dan ada tersiar di sini

Salam Saudara,

Cuba perhatikan kemajuan yang dibawa untuk rakyat oleh kerajaan pimpinan Khalid,cukup kita lihat di bandaraya shah alam.sepanjang 2 tahun PR memerintah,trlampau banyak kemudahan dinaik taraf di shah alam.ruang pejalan kaki,landskap di naik taraf,jalan rosak cepat diperbaiki dan yg terbaru,MBSA sibuk menaik taraf bus stop di sekitar s.alam.rakyat dapat lihat bagaimana duit ni digunakan utk kesenangan rakyat.tidak seperti zaman khir toyo,bandaraya s.alam kelihatan sangat2 lesu...walaupun khir toyo sibuk mengatakan rizab selangor sgt tinggi dibawah pimpinan beliau..

seperkara lagi,saudara jgn lupa semasa pemerintahan BN,kerajaan selangor dapat banyak bantuan dari kerajaan pusat.dan kini di bawah PR,mereka berusaha atas kaki sendiri utk menggerakkan negeri Selangor.

Saya dapat rasakan orang yang menghantar komen tersebut adalah orang upahan PKR. Saya dan isteri gelak sampai terguling-guling bila dia berkata Bandaraya Shah Alam kelihatan sangat-sangat lesu semasa zaman pemerintahan Khir Toyo.

Saya rasa bukan saya dan isteri sahaja yang tergelak-gelak, mungkin warga Shah Alam yang lain pun turut sama gelak sakan. Mungkin juga Khalid Ibrahim pun turut sama gelak jika beliau terbaca komen ini sambil dalam hatinya berkata "bagus lembu-lembu aku buat kerja".

Ada perkara yang saya setuju dengan penghantar komen tersebut. Dulu bandar Shah Alam tidak ceria kerana tiada rumah urut dan bar. Sekarang bertambah ceria kerana kedua-dua itu telah ada.

Dulu mat rempit berleluasa di Shah Alam, sekarang tiada lagi kerana jalan berlubang sana-sini. Pasal hentian bas pula janganlah saudara nak kelentong. Itu projek kerajaan pusat di bawah ICU.

Pasal kemudahan-kemudahan lain itu tidak usahlah saudara nak kelentong. Saya bukan orang baru di Shah Alam, sudah lama di sana. Saya tahulah saudara dapat upah RM 30.00 orang suruh hantar komen ke sini maka saudara pun hantarlah dan pakai nama anon tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Saudara adalah seorang kaki kelentong , saya buktikan

Saudara kata semasa pemerintahan BN mereka dapat banyak bantuan dari kerajaan pusat dan kini di bawah PR mereka berusaha atas kaki sendiri untuk menggerakkan negeri Selangor.

Nah lihat carta yang dikeluarkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009

Tolong lihat betul-betul , kalau tak nampak sila klik pada imej dan boleh lihat dengan jelas

BN dapat banyak bantuan pusat ?

PR berdiri atas kaki sendiri ?

Zaman siapa yang banyak dapat pemberian daripada Kerajaan Persekutuan ?

Sebab itu saya kata saudara orang upahan, orang bagi RM 30.00 suruh hantar komen, maka saudara hantar komen membabi buta tanpa usul periksa terlebih dahulu. Sekarang siapa yang malu ?

Apa komen rakan-rakan pembaca semua ?



30 comments:

sikucingsiam said...

bengong punya orang..inilah yang dikatakan bijak tak mau kongsi dgn orang, bila bodoh, bodoh sorang sorang..

Sampul Kecil said...

hahahaha.. nampak sangat la die ni buta fakta.. tak kaji dulu sebelum berkata.. Bagus fbf!!!

Anonymous said...

Macam mana saudara tu nak buat analisa, kalau kau suruh baca fakta tu pun tak pandai. Nampak banyak nombor je. Dia nomber 4 digit tahu le. Sebab cara komen dia pun dah tahu taraf pendidikan setakat GALUS je.. GAGAL tak LULUS pun tak. Kerja komen tahap haprak lepas tu dapat RM30 kira ok lah... Boleh beli rokok 3 kotak...

Aku duduk di Shah Alam selama lebih 20 tahun,. .. dari seksyen 16,17,18 tu macam padang jarak padang terkukur sampai lah puchong jadi sebuah bandar. Jangan dok kelentong lah yang PR memerintah semua jadi lebih baik... lebih teruk adalah...

Malu aku bila ada melayu tahap RM30 ni.

paspispus said...

salam,

banyak duit org paspispus ni ye!

paspispus

Shahfrizan said...

memang penyokong diorang tu tak reti membaca atau jenis bodoh sombong. pada mereka apa saja fakta yg dikeluarkan atau dibentang adalah TIPU. yg benar cuma kelentong dr pemimpim mereka atau dari HARAKAH.
Bukti, semua puak tu percaya anwar x menjubur pasal katanya mahkamah dah bebaskan anwar. hakikatnya dalam penghakiman, mahkamah dapati memang terdapat bukti jelas berlaku hubungan sejenis tu, tp kerana masa dan tarikh kejadian yg agak meragukan maka anwar dibebaskan...

Anonymous said...

harga maruah bdak2 pro-jubo ni 30hinggit jekkk hahahaha.....

sama mcm harga pelacur lorong chow kit.....hahahahaha....

Zahari S said...

Salam RBF,

Saya juga nak tumpang gelak dan berguling-guling.

Saya telah menetap di Shah Alam ni selama 20 tahun. Pasal jalan ni, dah berapa banyak kereta kena masuk bengkel sebab berlobang-lobang dan tidak/lambat di tampal. Jalan2 yang berloban-lobang ni bukan jalan nak masuk ke rumah tetapi kebanyakan jalan2 utam di sekitar bandaraya Shah Alam.

Dari segi lanskap, duit utk lanskap setiap bandaraya kat Malaysia ni menggunakan peruntukan kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri.

Kalau setakat menjalankan kerja2 penyelenggaraan yang mana sememangnya mesti dilakukan, baik tak payah ada YB. Lagipun si Khalid ni AP, bukanya ADUN, apasal pulak si Khalid yang dapat kredit.

Saya difahamkan bahawa ketelusan pemberian kontrak tender dan sebutharga hanya untuk kaum kerabat PR sahaja dan kadar "tol" yang dikenakan lebih tinggi dari kerajaan yang lalu.

Sebagai penutup, sebagai rakyat Shah Alam, saya tahu perkara yang sebenarnya dan jangan la mamat sorang ni nak menegakan benang yang basah.

Wassalam

Zahari S

Fitri said...

hahahaha.. kantoi... buek malu ajo...

Fitri said...

hahahha.. kantoi... buek malu ajo..

Anonymous said...

kita booo sama anon tu..

3...4..
booooooooooo..........

Anonymous said...

hahhahha..kesian betui dgn dornag nih..sbb RM30 pun dornag sanggup nak kelentong..kalau bg upah RM300 ke atau 3000 patutlah fitnah pun dorang x kesah...

Syabas rbf......kebahlolan puak2 pembangkang nih mmg patut benar dijawab dgn fakta2 black and white.

Ms Pearl said...

shah alam bawah PKR
- kelabu gelap!
shah alam bawah PKR
- papan tanda koyak rabak
shah alam bawah PKR
-jalan raya gali lobang tutup lobang!
shah aalam bawah PKR
-semak samun sihat sihat
shah alam bawah PKR
-sampah sarah merata

p/s: tang mana yang ceria nya?
I dari lahir sampai umur 30 an tinggal kat shah alam ni.

Anonymous said...

Biasalah lembu pkr mana ada otak bercakap tanpa fakta yg kukuh..mcmlah hebat sngt khalid gagap bleh buat dlm 2thn semua bagus...org pkr ni semua ckap mcm abang nuar brahim aljuburi..bila bercakap bagai nak runtuh langit dan bumi tp habuk pun yeeleekkk!! kepada lembu pkr lebih baik pulangkan rm30 tu,kemudian tonggeng depan abang nuar aljuburi tahulah mcm mana abang nuar nak beresskan ahahaha....hidup abg nuar.

Anonymous said...

tak payah la suruh pembaca komen sebab tahu yang kena upah tu memang sama bangang cam khalid Pas dan Khalid PKR....

audit negara kata merosot , Pakatan Rakyat kata tipu...hahahahaha bangang ke apa?

Anonymous said...

alamak..camna buleh kantoi nih!..tak pa rbf,ko tunggu,ko tunggu..aku tak puas ati ni..tapi mana ko tau aku dpt 30 ringgit,sapa bgtau kat ko..pengkianat betol!

Anonymous said...

hahah itu lah lembu kalau bagi komen, tetap nampak bodoh...

Anonymous said...

murahnya 30 jer ker kaaa .... bodo piang ... terlampau hahaha

Anonymous said...

Alhamdulilah bagus ada respons...

persoalan pasal dana baiki jalan tu berjaya RBF jawab..TETAPI persoalan kenapa kerajaan BN dahulu akan perbaiki jalan2 tar dibandaraya s.alam bila menjelang PRU sahaja??sesapa yg berpuluh tahun duduk kat s.alam tu boleh jawab x??

termasuk la flet2 di seksyen 6 dan seksyen 8 yang di cat sebulan sebelum PRU 12 2008...

knapa kerajaan UMNO-BN perlu tunggu PRU baru nak berabis untuk rakyat??

kalau saudara RBF mengatakan saya adalah juak PKR,anda silap...
saya menulis berdasarkan apa yg 'kami' sebahagian rakyat di shah alam ni nampak...

kami nampak bagaimana kerajaan PR menggunakan wang secara berhemah..satu contoh lagi,cuba perhatikan perbelanjaan UMNO S.Alam mengadakan jamuan aidilfitri semasa menjadi kerajaan dahulu.tiap2 tahun diadakan di Pusat Belia seksyen 7.s.alam dengan secara besar-besaran..siap dgn karaoke,pertunjukan bunga api..duit siapa yg mereka gunakan??

kenapa PKR yg menjadi kerajaan masih menjadikan ruang letak kereta di pejabat mereka di seksyen 9 sebagai lokasi majlis hari raya untuk kali ke-2 baru2 ini??mereka masih berhemah dlm brbelanja...tidak bermegah dgn harta yg ada...

ingatla saudara RBF dan lain..jgn andaikan kami sebagai juak2 pencacai...kami rakyat biasa seperti anda..

tanyalah warga2 s.alam yg rajin mengimarahkan surau2 di shah alam ni..berapa kerap mereka dapat berjemaah bersama yaakop sapari dan khalid samad...kedua2 adun dan MP ini sangat rajin menjenguk dan megimarahakan surau2 di sekitar s.alam...sampaikan kadang2 kehadiran adun dan MP ini tidak kami sedari.KEADAAN INI TAK PERNAH KAMI RASAI SEMASA ADUN BN-DATO NAWAWI DAN MP BN-AZIZ SAMSUDIN MENJADI WAKIL KAMI DAHULU..mereka hanya datang menjengah surau untuk menyampaikan sumbangan...saya hanya menyampaikan apa yg kami nampak sebagai warga s.alam..ternyata RBF dan rakan2 lain di sini memandang rendah pada kami...

to be continue....

Anonymous said...

salam,
tadi aku nampakla sekumpulan pekerja India sedang menukar bumbung bus-stop kat Seksyen 13. Tak rosak apa pun... tukar jugak!

Aku kata ini kes bagi projek kat geng. Diorang gasak abis duit MBSA skang ni..

Anonymous said...

oit jgn hina aku...dorg bg aku bukan 30, tapi 100 lar...at least dapat jugak dari habuk pun tak dapat....

Hana said...

Saya tinggal di Seksyen 9 dah hampir 11 tahun. Sebelum PKR perintah, dari bulatan Kayangan sampai ke Seksyen 7, landskapnya sangat cantik. Pokok di trim dan bunga2 cantik sentiasa ada di traffic light simpang 4 depan Hotel Concorde/Plaza Masalam. Sekarang macam hutan...pokok buluh merimbun macam belukar.

Saudara yang memberi komen, sila bawa kereta dari bulatan kayangan sehingga ke seksyen 7..lihat pokok di kiri dan kanan anda. Semua tak terurus. Lanskap depan SUK pun teruk. Pokok sawit dah tak layak dijadikan pokok hiasan.. dah macam kat kebun kelapa sawit sebab batang pokok sawit tu penuh dengan paku pakis...

Jalan berlubang sana sini... tampal hari ni esok berlubang semula. Kalau tak percaya, dari Bulatan Kayangan sila ke Persiaran Dato Menteri.. kalau tak hati2 rim kereta boleh bengkok.

SHAH ALAM dah tak layak di panggil BANDAR ANGGERIK...

pijut82 said...

salam,
baru2 nie ada melepak di shah alam dan paling terkesima biler tgk bangunan MBSA sendiri ada tingkap yg pecah2 dan berlubang tanpa diganti...
ini kerk yg dieorg kata prihatin?
huhuh

Anonymous said...

kalo x bagi RM30 tuh, mau die kutuk kakau PR tu gamaknya.

panglima hitam said...

memang nincompoop betul si anon & yg puji Yaakob Safari & Khalid Samad yg mghina kalimah Allah..kononnya rajin ke surau & masjid. Cakap politik pecacai Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim @ Sahak Gobek sembahyang kt mana?..Kalau Bndr Anggrik pun teruk, apa lagi di daerah2 lain spt S.Bernam, H.Selangor, K.Lgt dll..punyalah teruk jln2 dlm kwsn PBT. Belum lg longkangnya, landskapnya..setakat ganti tutup longkang dah masuk Sinar, apa barang...Zaman BN jadi kerajaan, sentiasa ada diperuntukkan utk frasarana dlm PBT. La ni, ahli majlis yg loaded, Pengerusi JKKKN kenyang...RAKYAT MENDERITA.

Anonymous said...

malunya aku...mana nak letak muka ni

Anonymous said...

anon october 28, 2010 12:06 PM

Kamu kata kerajaan PR bebelanja dengan berhemah.? dan zaman BN bebelanja dengan membazir.?

Persoalan.. kenapa zaman PR baki kewangan selangor merosot dengan begitu ketara sekali.? kemanakah wang itu.? sedangkan byk perkara yg tidak diuruskan, jalan berlubang, rumput tak berpotong, langskap usah cakap la.. hancur..!! dan byk lg lah.. cite pon tak abis..

Nak kata kerajaan selangor buat masjid.. tak dengar la pulak tp nak buat kuil dan kandang babi terbesar ada la.. itu jimat duit rakyat ke.?

kata kerajaan PR berhemah membelanjakan duit.. adakah saya bodoh atau anda bodoh.. nak kata khalid samad datang surau memang tak dipertikaikan.. adakah dengan datang kesurau dan tunjuk muka pada org melayu islam dah cukup dah dan tak payah buat keja lagi.. jika dibandingkan dgn zaman BN dahulu bukannya pemimpin tu tak turun kesurau.. ada, cuma dibuat tak nampak je.. sebab otak dah terpengaruh dgn anasir negatif.. walaupon pemimpin terdahulu anda tak nampak dimata anda tetapi hasil kerja nya telah anda nampak, itu tak boleh dipertikaikan..

Jawapan saya cukup senang kenapa kerajaan PR buat majlis dgn cara kesederhaan..

1-kerajaan PR tak ada duit

2-Kurang sposer daripada ahli koperat jika dibandingkan dgn kerajaan dahulu, ini diakui oleh menteri besar Khalid ibrahim sendiri

3-sebab majlis itu hanya untuk org melayu islam.. (cuba bandingkan dgn sambutan tahun baru cina diklang awal tahun 2010 yg dibuat oleh kerajaan selangor sendiri.. cukup hebat bunga api sampai 10 mnt tanpa henti siap dengan peruntukan besar untuk tokong dan persatuan cina.. ada masuk paper sinar dan asto avani.. adakah anda lihat dan baca.?)

4-pemimpin2 PR terutama dishah alam lebih gemar berpolitik dr buat keja.. anda setuju atau anda nafikan.?

5- datang masjid, tunjuk muka dan buat tazkirah menhasut.. org PR kata itulah pemimpin yg buat keja.. anda setuju atau anda nafikan,?

6- modal air liur lebih mudah dari modal wang ringgit sebab org melayu ni lebih mudah terpengaruh dengan air liur je.. buat je hadis sendiri, terus pecaya.. setuju.?

7- Yang pasti peruntukan DAP lebih besar dari PAS dan PKR diselangor

org melayu dapat apa.? dapat air liur dr pemimpin PR je.. sedangkan org melayu adalah mejoriti..

Kesian Melayu.!!!!!

Buta Mata ke Buta Hati..?


to be continue....

Anonymous said...

hehe...bukak isu kuil kandang babi???
sudah2 lah tu...dah terang lagi bersuluh kes kuil tu hanya dijadikan isu utk jadi jaguh melayu...

apa kes najib nak bukak hab hiburan??pasti org UMNO berbangga..

cuba la jd jaguh agama islam pulak..

buat pengetahuan anon,saya mengatakan yg yaakop sapari dan khalid samad rajin berjemaah di surau2 sekitar s.alam..mereka ini tidak pula memberi tazkirah mengutuk sesiapa selepas solat.jgn la selalu berburuk sangka...ada masa cube jenguk surau...

satu yg pasti,program ilmiah islam cukup banyak di s.alam sekarang..kuliah agama di surau2 semakin diperbanyak..


dalam bulan ramadan ,surau2 tidak lagi mengadakan qiamullail pd mlm tertentu,sebaliknya 10 mlm terakhir...

surau2 di kariah masing2 juga sudah
dibenarkan megadakan solat2 sunat aidilfitri dan aidiladha...

ceramah besar2an dari ulama terkenal diadakan tiap2 hujung minggu di masjid s.alam...kehadiran amat2 menggalakkan..sambutan warga s.alam pada program sebegini x penah surut sejak PR ambil alih..

sedarlah,terus terang sapa yg tidak sayangkan melayu...tp tgk la sendiri,program kerohanian dibawah pentadbiran UMNO-BN amat kurang dianjurkan oleh pemimpin anda...apalah bina masjid besar2 tp tidak diimarahkan...

cuba tgk keadaan surau seksyen 8 yg dikunci semasa pemerintahan BN dulu..keadaan surau ini cukup brbeza sekarang...penuh dgn program2 keagamaan...

berbalik pada kemudahan2 di shah alam,terima kasih pada kerajaan pusat yg menggantikan pondok2 bas yg ada di s.alam skang..menariknya semlm,saya berhenti di salah satu perhentian bas yg sedang dibina dan ternampak papan tanda yg mengatakan projek itu dari kerajaan pusat..dan antara syarikat yg mendapat tender pondok bas ini adalah pansure enterprise..tersenyum simpul saya..penuh lagi poket si polan :)

-warga shah alam-

Anonymous said...

Hana:

cube perhatikan balik jalan di sekitar persiaran kayangan HARI INI...banyak yg telah dinaiktaraf dan diperbaiki...

dana diberikan kerajaan pusat..Alhamdulillah jalan diperbaiki sebelum PRU...barulah rakyat senang hati...



-warga shah alam-

Anonymous said...

Kepada anon biawak Khalid Samad. Kalau nak puji Khalid samad pun patutla... Yaakob safari kira ok lagi. Kerana biawak Khalid Samadlah suasana di surau serta taman ixora sekesyen 23 jadi huru hara. Babi punya khalid samad pemecah belah ummah.
Kepada anon pemuja khalid samad, kalau anda hebat datanglah ke seksyen 23 dan duduk minum di kedai india chettined, kau akan jumpa aku, babi punya orang.


siamang gagap

Anonymous said...

Siamang Gagap:

kedai india chettined??
dari tepi highway tu kita boleh nampak kan??
terang2 kedai bukan islam,dkt dgn MIC cawangan kalau x salah..

lebih baik menjauhi keadaan bukan islam saudara...belum tentu halalnya..apa yg kita makan akan mempengaruhi perangai kita..tgk la cara posting saudara...

yup saudara,perwatakan yaakop sapari mmg lebih elok dibandingkan dgn adun2 UMNO sebelum ni...rajin2 la menjengah surau bertemu rakyat.kerana surau mampu menjadi pusat utk sama2 berbincang masalah yg timbul pada hari ini...

dan paling penting,kurangkan budaya karaoke yg UMNO slalu amalkan selama ini..percayalah,kerana rakyat sering memerhati gelagat pemimpin..

-warga shah alam-