Saturday, October 30, 2010

Menitis Air Mataku Malam Ini, Tahniah Tan Sri Anuar Musa


Tahniah Tan Sri Anuar Musa !

Menitis air mata saya malam ini sewaktu melihat di kaca tv saat kapten Kelantan , Indera Putra menjulang Piala Malaysia. Saya merasa seolah-olah bagaikan mimpi melihat Kelantan menjulang Piala Malaysia. Saya betul-betul gembira dengan kejayaan ini,tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi.

Ianya menjadi lebih sedih lagi kerana saya tidak dapat berada di Bukit Jalil melihat peristiwa bersejarah tersebut kerana saya kini berada di Batu Sapi.

Saya mengikuti bolasepak Kelantan semenjak zaman persekolahan lagi, begitu lama menunggu sehingga kini saya telah ada empat orang anak barulah Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia.

Saya mula mengikutinya semenjak pasukan Kelantan dilatih oleh Arwah Hj Md Che Su, manakala pemain-pemainnya ialah Salim Mahmod, Ahmad Mohamed, Yap Kam Choon, Hashim Musthapa, pemain import Thailand Boonpup Pranhut dan pelbagai pemain import lain lagi.

Pasukan bolasepak Kelantan pernah diswastakan kepada Zaid Ibrahim melalui syarikatnya Ringgit Kreatif, tetapi pencapaian yang terbaik hanya setakat separuh akhir sahaja.

Bolasepak Kelantan tidak boleh maju kerana faktor pengurusan dan politik dalaman termasuklah tiada sokongan dari Kerajaan Pas Kelantan yang pada masa itu menganggap bermain bola haram kerana memakai seluar pendek.

Tetapi semenjak Tan Sri Anuar Musa mengambil alih teraju bolasepak Kelantan beberapa tahun lepas beliau telah mengubah landskap bolasepak Kelantan.
Beliau berjaya mengatasi segala masalah dan beliau bijak mengurus pasukan. Akhirnya dalam masa yang singkat ianya telah mengalami perubahan sehingga berjaya membawa Kelantan dua kali ke perlawanan akhir pada tahun lepas, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sudah menjadi lumrah, kejayaan tidak akan datang bergolek yang penting tidak putus asa. Atas semangat kental dan tidak pernah jemu-jemu Tan Sri Anuar Musa dan para pemain, akhirnya Kelantan sekali lagi layak ke Piala Malaysia pada musim ini dan seterusnya membolehkan Kelantan muncul sebagai juara pada tahun ini.
Rakyat Kelantan harus berterima kasih kepada Tan Sri Anuar Musa kerana beliaulah punca kepada kejayaan Kelantan pada hari ini. Tidak dinafikan juga sumbangan para pemain.

Yang jelas dan nyata, Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh ambil kredit diatas kejayaan ini kerana ianya bukan hasil usaha mereka. Sewaktu pasukan Kelantan berada dalam keadaan lemah sebelum ini, Pas tidak peduli dan tidak pernah berusaha untuk mengubahnya sehingga Tan Sri Anuar Musa sanggup mengambil alih dan berjaya merubah keadaan. Sekarang nampaknya mereka (Pas) yang terlebih mengada-ngada. Lembu punya susu sapi dapat nama.

Satu kerugian jika orang Kelantan, tidak menukar kerajaan Pas Kelantan pada hari ini. Orang Umno ambil alih beberapa tahun sahaja beliau mampu memberi kejayaan kepada bolasepak Kelantan. Cuba diberi peluang perintah negeri, sudah tentu Umno juga dapat memberi kejayaan kepada negeri Kelantan yang mana sekarang ianya tidak ubah seperti pasukan bolasepak Kelantan beberapa tahun lepas sehingga diambil alih oleh Tan Sri Anuar.

Oleh yang demikian, sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada Tan Sri Anuar kerana berjaya menguruskan pasukan Kelantan dengan baik sekali sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dijulang Kelantan sebelum ini, pengundi-pengundi di Galas harus mengundi BN dalam prk Galas pada 4.Nov.2010 .

Kemenangan BN di Galas juga sebagai perintis kepada usaha merampas Kelantan daripada Pas dalam p.raya umum akan datang.

BN akan ubah Kelantan

Umno akan ubah Kelantan

Negeri Kelantan akan bertambah maju dan makmur dan mencapai kejayaan yang gemilang sebagaimana kejayaan pasukan Kelantan pada hari ini atas usaha seorang pemimpin Umno.

Ingat bola, ingat Kelantan

Ingat Kelantan, ingat Piala Malaysia

Ingat Piala Malaysia, ingat Kelantan juara

Ingat Kelantan juara, ingat Tan Sri Anuar Musa

Ingat Tan Sri Anuar Musa, Ingat Umno

Ingat Umno, Ingat BN

Ingat BN, apa lagi nak tunggu, undilah BN.

Horey...horey...horey...horey....

Kelantan juara....Kelantanlah juara

Horey...horey...horey...horey....

Undi BN....BN lah juara.....

Ingat pengundi Galas, undilah BN jika mahu berjaya seperti pasukan bolasepak Kelantan mencapai kejayaan pada hari ini.




17 comments:

Anonymous said...

lembu punya nama, sapi dapat nama..

Anonymous said...

Tahniah kepada Pasukan Kelantan...penantian yang cukup lama akhirnya membuahkan hasil....Tahniah kepada pemain-pemain juga terutamanya Tan Sri Anuar...Tanpa anda tak mungkin Kelantan juara.Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS Kelantan tidak berwibawa kerana tak layak jadi presiden.Sepatutnya MB atau orang kanannya....

Panglima Perang Cyber said...

KAWE PUN TURUT GEMBIRA.

PINJAM ARTIKEL DEMO DEHHH

Anonymous said...

saya sokong kenyataan anda rbf.tsam musa susah payah buat kerja, hari ini pas kata berkat doa tok guru.

tok guru kepala bapak kamu !

man said...

tulisan anda benar2 menyentuh perasaan&dlm masa sama m'jadi pembakar semangat.saya akan pesan kpd my family yg menetap di gua musang& m'undi di galas supaya undi bn.saya sendiri x m'undi di galas kerana belajar di luar negara

tq rbf-man uk

Anonymous said...

sokong rbf 100 %

kingnek said...

nak harapkan Tok Guru dengan Husam Musa, sampai kiamat Kelantan tak menang, UMNO, dengan berkat Ilahi, mengambil alih saja menang! Petunjuk tu!

Anonymous said...

Tahniah Tan Sri...dan harap semua peminat dan rakyat kelantan juga dpat memberikan kredit kepada Haji Ahmad Jazlan (timbalan presiden)..beliau adalah presiden sebelum Anuar ambik alih dan beliau jugalah yang berjaya mengangkat kelantan dari liga FAM dulu..dan memg tidak dinafikan jasa beliau sebagai pengrevolusi kebangkitan kelantan (bukannya tok guru seperti yang di gembar gemburkan penyokong p*s)

Anonymous said...

Yup
Smlm masa menang
Saya pun menitis air mata

Wenkt

Eljay said...

Salam.,

Mungkin Nik Ajis kata Psukan Kelantan main cara Islam pulak.....

Anonymous said...

Sekiranya pemimpin PAS jadi Pesiden KAFA mesti digunakan untuk kepentingan politik PAS. Setiap kali ada perlawanan mesti ceramah dulu.Penonton ramai, sebelum perlawanan ceramah, semasa rehat perlawanan buat ceramah, selepas tamat perlawanan lagi sekali ceramah....

Anonymous said...

bravo ..... sauk laaa lepas ni .... beringat sebelum kena sengat ..... hohoh

Anonymous said...

tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan dan pengurusannya, juga penyokong2 atas sokongan.

haram, nampak lutut.. N.Aziz lupa tutup matakah?

Anonymous said...

maaf..sy terkejut dgn komen dr yg tak d kenali..komen berbunyi "tok guru kepala bapak kamu"
sy xtahu ape maksud beliau tp bagi sy ianya keterlaluan untuk kita katakan kepada seorng ulama wlaupon ianya pembangkang..

Anonymous said...

olos... banyak buat cerito tekk..

stadium sapo punyo??? ado puok stadium amik gapo2 cukai dari jualan tiket?? berapo percent??

ha ha ha.....

sudah lah.... nuar muso pun sesuai jadi presiden persatuan sukan jah...

persatuan hok mano duit/dana dok banyok mano... sesuai lah ngan dio...

apo2 pun tahniah pado player/pegawai/penyokong kelate..

wlwpun aku keno caj rm200 utk seat vip...atah tiket rm50 jah...

kayo kayo kayo salesman kafa...

dinKlang said...

dlm harakah, tG hadi awang kata kemenangan kelantan adlh hadiah 20 thun pemerintahan pas d kelantan????!!! xmalunyer....

manusia biasa said...

tahniah rbf...teruskan perjuanganmu..artikel yg menarik. menceritakan ttg ranjau pasukan kelantan dibawah pas dimana mereka gagal menaikkan nama pasukan kelantan utk memenangi piala malaysia. tahniah ts anuar musa. terbukti umno hebat. tahniah sekali lagi.