Thursday, October 21, 2010

DAP, PAS, PKR Tertelan Biji Rambutan

DAULAT TUANKU

Ketiga-tiga parti yang bersekongkol dan sedang memperjuangkan 'keadilan untuk semua' atau dalam bahasa mudahnya semua bangsa yang ada di negara ini mendapat hak sama rata , telah tertelan biji rambutan hari ini.

Ini semua gara-gara pendedahan menggemparkan yang diberitahu oleh Presiden Umno sebentar tadi iaitu, keistimewaan orang melayu dan juga isu kerakyatan bangsa lain selepas merdeka tidak boleh diubah atau dipinda oleh sesiapa pun tanpa kebenaran Raja-Raja Melayu . Daulat Tuanku !

Selama ini saya sendiri pun tidak mengetahui perkara ini.

Mana-mana parti yang memerintah sekali pun, walaupun mereka mempunyai majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat, hatta menguasai 100 peratus kerusi sekali pun mereka tidak boleh mengubah atau meminda perkara tersebut tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu walaupun darurat diisyhtiharkan. Daulat Tuanku !

Kepada yang selama ini hanya senyum sinis kepada Raja-Raja Melayu pasti akan terbeliak biji mata hari ini.

Istilah yang digunakan selama ini iaitu 'RAJA PAYUNG RAKYAT' adalah tepat sama sekali. Sesungguhnya payung kita dan benteng kita adalah Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku !






10 comments:

Komuniti Waris Melayu KeramaT said...

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

AeminEdia said...

betul bro aku pun baru hari ini tau .... DAULAT TUANKU .... SYABAS DATUK SERI NAJIB ... UCAPAN PERASMIAN SAMPAI BEREMANG BULU ROMA AKU .... HIDUP UMNO

Anonymous said...

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Zul Zab

Anonymous said...

daulat tuanku!

Anonymous said...

Sekarang dah cakap, kita tunggu perlaksanaannya.

Macam pakai helmet tu wajib, polis sengeh je bila lihat wanita Rohingya naik motor tak pakai helmet tapi tahan pelajar kita yg tak pakai helmet di jalan yg sama.

Nani PJ.

VoidDance said...

Ish.. itulah asyik dok baca blog pro kerajaan saja. Sudah banyak yang menulis mengenainya. kena rajin cari la bro.

Rasanya dah sebulan lebih tahu pasal ni.

irs-Hursaini said...

Tu la yang cuba di ubah oleh Perlembagaan baru yg diberi nama Perlembagaan Rakyat.

Mereka ni mahu mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mahu demokrasi yg sejajar dengan pendokong mereka iaitu KAS.

Blog Angin Perubahan ada ceritanya dulu-dulu.

mindanelayan said...

DAULAT TUANKU!!!!!

Anonymous said...


Dalam perlembagaan juga termaktub tentang penubuhan pasukan tentera Askar Melayu (Orang Melayu Sahaja) yang tugas utamanya ialah menjaga kepentingan Raja-Raja Melayu dan subjeknya.

Jadi, kalau ada ura-ura pihak cibai nak menghapuskan Raja-Raja Melayu, mereka kenalah berdepan dengan Askar Melayu dulu.

Anonymous said...

pasti sangat ke terjamin?
kan imuniti Raja pernah ditarik?