Wednesday, October 13, 2010

Kekecohan Di Stadium Shah Alam

Menonton perlawanan bolasepak seolah-olah berada di medan perang. Bunyi mercun macam bunyi senjata tempur, kemudian dicabutnya kerusi dan dibaling. Tidak cukup dengan itu botol air minuman juga beterbangan.

Lebih parah lagi ada yang jahat, mereka buang air kecil dalam botol air minuman kemudian baling kepada penyokong lawan. Saya tidak perlu cakap penyokong pasukan mana baling kepada pasukan mana kerana bimbang berlaku balas dendam di masa akan datang.

Apa yang berlaku di Stadium Shah Alam malam tadi, tidak boleh nak dikatakan siapa yang bersalah. Penyokong kedua-dua pasukan semuanya bersalah. Penyokong Selangor pun boleh tahan, manakala penyokong Kelantan pula panas baran.

Ejek mengejek atau provok memprovok adalah perkara biasa dalam kita menonton bolasepak. Jika semua orang boleh terima ejekan ianya tidak menjadi masalah. Tetapi oleh kerana ada orang-orang yang memang tak boleh tahan dengan perkara itu mulalah tercetus masalah. Apabila satu atau dua orang mula, maka ianya mulalah merebak.

Dalam kejadian malam tadi saya lebih salahkan kepada penganjur perlawanan. Mereka semua bukan tak tahu setiap kali perlawanan antara Kelantan dan Selangor ianya mesti akan menjadi masalah. Mereka tidak mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi di masa lepas.

Penyokong antara kedua pasukan dipisahkan dengan dua blok kerusi kosong di bahagian penyokong Selangor. Manakala penyokong Kelantan rapat ke pagar sebelah kanan. Jarak lebih kurang 20-30 meter. Lebih lucu lagi garis pemisah hanya diletakkan tali lilitan. Apabila berlaku ejek mengejek maka penyokong Selangor mulalah menghampiri penyokong Kelantan. Kemudian meletuslah perang. Habis segala benda terbang, termasuklah air kencing.

Sepatutnya penganjur mengosongkan terus di ruangan pagar tengah dimana terletaknya 'score board'. Apabila kawasan itu dikosongkan maka jarak pemisah antara penyokong lebih kurang 70-80 meter. Apabila jarak jauh , maka ketegangan pun akan berkurangan.

Selesai sahaja perlawanan dalam stadium, langkah sahaja keluar maka mulalah mereka berperang di luar. Sungguh cepat perkara itu berlaku, tiba-tiba datang satu kereta peronda polis dengan siren dan tangkap seorang pencetus masalah yang telah diperhatikan oleh seorang polis yang berpakaian preman.

Kemudian mereka pakat kejar kereta polis pula, pecah cermin kereta polis dikerjakannya. Lebih malang lagi ada yang baling mercun ke kereta polis. Selesai disitu mereka kejar pula anggota polis yang berpakaian preman.

Tidak habis disitu, dibahagian depan bertempur pula. Kali ini penyokong Kelantan di luar pagar dan penyokong Selangor di dalam pagar. Kebetulan pula mana datang buluh sesat dua tiga batang dan ianya dijadikan senjata. Bukan setakat buluh, anak-anak batu pun jadi senjata. Habis gerai-gerai orang jual cenderamata bertaburan akibat pergaduhan.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada PDRM kerana berjaya mengawal keadaan pada malam tadi dan saya lihat dengan mata saya sendiri polis lebih banyak berdiplomasi dengan penyokong-penyokong walaupun mereka kelihatan agak agresif. Adalah yang keras-keras kepala kena tangkap beberapa orang.












16 comments:

fan said...

mentaliti manusia zaman purba ni la yg susah nak ubah di kalangan penyokong bola sepak dari dulu smpi sekarang..terutama penyokong kelantan..maaf la org kelantan..tapi sejarah dah mengatakan begitu..salah siapa??? waallahualam...

Anonymous said...

N.ajis gagal mengajar orang kelantan bertamadun ?, berani melayu vs melayu je kot.

nanti pasal bola duduk penjara.

Anonymous said...

Kalau penyokong baling air kencing tu mesti la org PAS, sebab semua nya HALAL...

Anonymous said...

kesian bro tgk org melayu ramai2 mcm ni. org cina ketawa berguling2. kalau la ramai2 melayu mcm ni bersatu dan boikot bisness cina dah lama org cina balik tanah besar.

Anonymous said...

Kalau setiap kali kelantan bermain walau dimana saja tetap akan jadi rusuhan.Mungkin ini lah ajaran wali selipor ke umat nya.Sukan diadakan demi persahabatan dan keamanan tapi bagi kelantan lain pula jadinya.Negeri lain pun fanatik juga tapi tak lah sampai jadi hancur macam tu. Tahniah kepada N.Ajis kerana dapat membentuk generasi yang brutal.Kepada Anuar Musa dan puak UMNO Kelantan, serahkan pengurusan pasukan bolasepak Kelantan kepada kerajaan negeri Kelantan. Mungkin anda pula di tuduh penyebab segala kekecohan dan kebrutalan penyokong kelantan.

Anonymous said...

kepada anon 10:05am

kenapa perlu dikaitkan dgn politik. walhal kami penyokong kelantan tak pernah berkira dari parti mana ttp jadi penyokong pasukan kami.ketidak adilan dalam laporan media menjadikan orang luar beranggapan begitu.ada player team lain buat aksi zidane pada player lawan takde bising pun...sendri mau pikir la.dan kalau nak main politik sangat,, blaja dgn tan sri anuar musa la macam mana dia pujuk juak juak pas dgn bolasepak.ape yg damalkan media skrg ni lebih menyebabkan dibencti oleh pas kerana mereka nampak bolasepak pun dipolitikkan oleh umno/bn menerusi media dan rtm.

Anonymous said...

nilah org melayu. sesama melayu semua nak tunjuk samseng konon2 dialah hero tp ngan india dan cina pijak semut pun tak mati. boleh lak cakap elok2, sembah mayat kafir pun snggup. tp klu ngan melayu tak cukup page nak caci maki.

irs-Hursaini said...

Pinje gamba demo bro..

wassalam

Anonymous said...

Org Kelantan ni fanatik byk, tak kira apa2, politik ke sukan ke lawan belalang ke etc. Sampai kat U pun nak gadoh sesama Melayu. Kalah lawan kalu, bawak geng. Ni kalu pasai bola ni lagi gila, sampai kenderaan polis pun diaorg bakar.

Anonymous said...

tan sri anuar musa tu sapee?

Anonymous said...

Kat tempat sendiri gaduh, kt perlis gadu..kt selangor gaduh.. apa nk jadi dgn 'mu' nih...

Anonymous said...

FAM yang salah. Patut nya semua pemain dikeluarkan dari padang. Tempat pemain digantikan dengan penyokong kedua dua pihak. Disini tak perlu ada refere. Setiap penyokong diatas padang tersebut dikehendaki mempamirkan skill yang terkini samada terbang, ghaib, atau tendangan kilas dengan sepakan gunting sekali. Baru lah adil kepada dua dua menteri besar Kelantan dan Selangor. Tak gitu pok nik...

Anonymous said...

TU LA KOJE NYE..main x seberapa..gaduhh je lebihh..

Mae said...

Cina dan India kutuk Melayu tak marah, kena ejek boleh marah pulak, baling itu baling ini. Pelik Melayu ni.

Anonymous said...

sbb tu sy bosan ngn segelintir penyokong bola sepak yg sering kali wat kecoh kat stadium.. mmg sesuai ditangkap sumbat dlm lokap..

Anonymous said...

Kenapa bila ada perlawanan melibatkan Kelantan ni mesti ada pergaduhan. Dulu ada sekali, penonton Kelantan dilarang menonton di stadium sbb mencetuskan pergaduhan. Ingatkan tu dah jadi pengajaran. Tapi sia2 je. Kenapa? Org2 Kelantan igt mereka hebat sgt ke? Tak sedar ke mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri seolah org tak bertamadun.