Wednesday, October 6, 2010

Laporan Sidang Media Rohimi Osman

Sumber Gambar : Darul Ehsan Today

Saya mendapat khabar tengahari tadi bahawa satu sidang media akan dibuat oleh Rahimi Osman, iaitu bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim sebelum Saiful mengambil alih jawatan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca di sini dan juga di sini.

Berita yang saya terima mengatakan sidang media tersebut akan diadakan di Restoran Lotus Klang jam 4 petang. Khabarnya ia berkaitan kes liwat antara Saiful dan bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Saya ke lokasi pada jam 3 petang. Sebaik sahaja tiba disana sudah ada beberapa wartawan yang sedia menunggu dan sekumpulan india juak-juak PKR.

Rahimi tiba jam 4 petang diiringi peguam dan beberapa orang pengawalnya. Ketibaan Rahimi disambut dengan jeritan india-india PKR, 'apa kamu nak buat Rahimi', 'sudahlah Rahimi' dan pelbagai kata-kata lagi.

Rahimi masuk ke sebuah bilik yang berukuran lebih kurang 10 x 20 kaki dan diletakkan kerusi lebih kurang 50 biji untuk media.

Sebaik sahaja Rahimi ingin memulakan sidng media tersebut, india-india juak PKR mula membuat bising bagi menghalang sidang media tersebut. Pelbagai kata-kata hina, cacian,dan kata-kata lucah dihambur kepada Rahimi.

Mereka semakin agresif, mula menarik kerusi-kerusi keluar dan ada yang baling kerusi dan memaksa para wartawan keluar. Petugas-petugas media yang berada di sana lebih kurang 60-70 orang tidak mempedulikan arahan mereka.

Mereka semakin berang, mereka tutup lambu dan penghawa dingin kemudian seorang india samseng mengarahkan kawan-kawannya memanggil rakan-rakan mereka yang berada diluar agar masuk dan angkat Rahimi keluar.

Mereka cuba menghampiri Rahimi , tetapi petugas-petugas media menjadi penghalang kepada mereka untuk mengangkat Rahimi keluar.

Keadaan tidak berubah dan Rahimi mengambil keputusan untuk membatalkan sidang media tersebut atas alasan keselamatan.

Selepas itu baru pihak polis tiba, itu pun setelah ada wartawan yang menghubungi polis kerana terasa keselamatan mereka terancam.

Rahimi keluar dari bilik tersebut sambil diiringi cacian oleh samseng-samseng terbabit. Semasa dalam kenderaan Rahimi sekali lagi didekati oleh seorang samseng yang memakai baju lengan panjang dan memberi amaran kepadanya.

Kemudian mereka mengarahkan orang-orang mereka mengekori kenderaan Rahimi.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada peristiwa tersebut ialah, samseng lebih berkuasa di Malaysia.

Pihak berkuasa harus mengambil serius perkara ini, jangan biarkan samseng-samseng politik bermaharajalela.

Saya tidak membawa kamera bersama hari ini, kerana saya datang dari tempat kerja. Untuk gambar dan video boleh lihat kemudian di Minaq Jinggo, Gap , Det, House PK dan My Anger.

5 comments:

ahmad said...

Apa yang berlaku tadi benar-benar membuktikan bahawa Menteri amaran KDN sememangnya lembik. Kita rakyat Malaysia tidak lagi selamat.Undang-undang bukan lagi dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tetapi siapa paling samseng. Mengapa polis begitu takut kepada samseng india ini. Mudahnya di Malaysia kalau nak sembunyikan sesuatu cetuskan huru-hara, Maka Polis yang hadir akan membatalkan majlis. Mana hak kita rakyat Malaysia untuk bersuara di bumi bertuah ini. Cina dan India di Malaysia bebas berbuat apa saja walaupun menceroboh hak orang dan melanggar undang-undang, tapi kalau melayu....

Anonymous said...

wah2 samseng keling PKR kurang ajar....harap D9 kena ambil port kt samseng2 tu...takut nanti ada kes culik,bunuh dan bakar berulang lagi...

Anonymous said...

Comel comel pembantu peribadi si Nuar ni.. Macam zaman purba China, maharaja pakai gundik2...

Anonymous said...

hahahaha.. makin terselah kebusukan Punggung Koyak Rabak..

Anonymous said...

adakah ini satu strategi rahimi yang berlakon bagi pihak anwar ibrahim untuk melambat-lambatkan lagi kes saiful??