Friday, October 29, 2010

Batu Sapi : Siapa Yong Teck Lee ?

Karier politik Yong Tee Lee (YTL) bermula pada 1985 bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pada pru 1990 YTL telah menghasut Pairin agar PBS keluar dari BN dan menyertai Angkatan Perpaduan Ummah. Alasan yang diberikan pada masa itu sama seperti kempennya sekarang kononnya Sabah ditindas oleh kerajaan pusat dan Sabah untuk Sabahan.

Kemudian pada 1994 apabila PBS dilanda masalah, dia mengetuai sekumpulan ahli parlimen dan adun keluar PBS dan menubuhkan SAPP yang kemudiannya menyaksikan SAPP diterima menyertai komponen BN.

Pada tahun 2002 PBS kembali kepada BN, manakala pada 2008 pula YTL membawa SAPP keluar dari BN. YTL pernah menjadi KM Sabah pada 1996-1998. Dia juga pernah digantung daripada bertanding dalam sebarang pilihanraya selama lima tahun sejak 2002 dan tidak bertanding dalam pru 2004.

Sekarang dalam prk Batu Sapi dia berdepan dengan PBS yang diketuai oleh Pairin dimana Pairin adalah orang yang bertanggungjawab membawa YTL terjun ke dalam kancah politik.

Apabila kita melihat sejarah politik YTL seperti diatas , kita boleh nampak dia seorang yang rakus kuasa dalam politik. Perjuangannya tidak ada hala tuju, dimana ada keuntungan untuk dirinya dia akan ke sana.

Sekarang dalam kempen di Batu Sapi dia ingin memperjuangkan autonomi untuk Sabah. Dia melalak sewaktu dia tidak ada kuasa. Sewaktu dia ada kuasa sebagai KM kenapa dia tidak lakukan semua itu ? Jawapannya mudah, kerana pada masa itu dia kenyang, sekarang dia sudah kembali lapar maka mulalah dia melalak-lalak.

Perjuangan YTL bukan untuk rakyat, tetapi perjuangannya hanyalah perjuangan peribadi semata-mata. Rakyat hanya menjadi rubber stamp untuk membawa dia ke Dewan Rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

YTL...MAHU JADI KETUA MENTERI SABAH....MAHU JAHANAMKAN HAK BUMI PUTERA SABAH....SEMASA MENJADI KETUA MENTERI...ADA TENGOK TV SEMALAM ..ULASAN SETIAUSAHA BN SABAH...YTL....MENGHANCURKAN RATUSAN JUTAN SAHAM SABAH DAN BEBERAPA SAHAM LAIN...MANA PIGI DUIT SAHAM SABAH...BANKRAP...PESANAN KEPADA ORANG SABAH YTL...BERSELINDUNG DI SEBALAIK PERJUANGAN HAK SABAH UNTUK....MENJADIKAN SABAH CINA PUNYA....CINA PUNYA.....SELAMATKAN SABAH DARI JAJAHAN CINA YTL

Ms Pearl said...

politik sabah dan kelantan
ke dua dua nya jatuh dalam kategori "pelik tapi benar"

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.