Wednesday, October 13, 2010

Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Di Stadium

Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan.... sambung di sini

Di bawah ini gambar yang saya sempat rakam malam tadi.

Saya pun perlu menjelaskan perkara ini di sini sekali lagi demi untuk mengelakkan salah tanggapan atau balas dendam di kemudian hari.

Lelaki ini meninggal dunia disebabkan sesak nafas, bukannya terlibat dalam insiden pergaduhan antara penyokong. Saya sendiri melihat pada waktu itu semasa berjalan keluar. Beliau rebah di tengah-tengah kesesakan penyokong Kelantan ketika berjalan keluar.

Di kesempatan ini saya juga nak beritahu disini tentang insiden yang berlaku malam tadi. Saya berani bercakap kerana saya berada di sana dan saya nampak dengan mata sendiri. Ramai pembaca cuba menyalahkan penyokong Kelantan dalam insiden malam tadi. Bagi saya pula, penyokong Kelantan tidak boleh disalahkan 100 % dalam insiden malam tadi. Penyokong Selangor pun sama juga.





Mati boleh berlaku dimana-mana sahaja. Arwah masuk ke stadium dengan penuh semangat untuk menonton bolasepak. Siapa sangka keluar sahaja stadium beliau meninggal dunia. Semuanya kuasa Allah SWT.

Oleh yang demikian luangkan seminit dua masa anda untuk berdoa kepada arwah. Kalau kita tidak berdoa kepada orang lain , bila kita meninggal kelak orang tidak berdoa kepada kita. Jadi, kita kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Hari ini hari orang, esok atau lusa mungkin hari kita.

Al-Fatihah


Ya Allah yang tuhanku, tuhan yang maha esa , tuhan yang maha agung, tuhan yang maha berkuasa. Sesungguhnya tiada tuhan yang lebih berkuasa selain daripada engkau Ya Allah.

Ya Allah ta tuhanku, tuhan yang maha pengasih ,penyayang dan pengampun. Ya Allah, daripada mu kami datang dan kepada mu kami kembali. Ya Allah engkau ampuni segala dosa-dosa sahabat kami yang meninggal dunia ini.

Ya Allah engkau permudahkanlah urusan pengkebumian jenazahnya. Ya Allah engkau permudahkanlah urusan kuburnya. Ya Allah ya tuhanku, engkau cucurilah rahmat ke atasnya dan engkau tempatkanlah rohnya ditempat-tempat orang yang beriman.

Ya Allah engkau perkenankanlah permintaan hamba-hamba mu yang serba kekurangan ini.

Amin

Jika ada kenalan atau ahli keluarga arwah yang membaca tulisan ini, malam tadi satu kutipan derma kilat telah dilancarkan di sekitar tempat arwah meninggal. Ianya bertujuan untuk meringan beban ahli keluarga untuk urusan penghantar jenazah ke kampung halaman. Saya tidak tahu berapa jumlah yang berjaya dikutip. Ada beberapa lelaki yang menjalankan kutipan tersebut. Harap-harap semuanya telah sampai ke tangan ahli keluarga.

4 comments:

Sampul Kecil said...

Al-Fatihah..

Anonymous said...

Innalillah hi winna ilaihirajiun.. Ayuh kita pakat2 sedekah Al-fatihah buat insan ini. Semuga roh dicucuri rahmah.

Al-fatihah...

Amin.

Anonymous said...

alfatihah utk kelaurga mangsa...bro rbf tolong sound blogger keris puyra ia srh dato nuar letak jawatan lm posting bru dia...

Anonymous said...

ada blogger dari kedah cuba api-apikan kejadian, kata arwah mati kerana kena objek. Dia kata media putar belit.