Friday, October 8, 2010

Galas: Nik Aziz Bersilat Lagi

SPR menetapkan tarikh prk Galas pada o4.Nov.2010 iaitu pada hari khamis.

Pas tidak senang dengan tarikh tersebut.

Dua alasan yang mereka berikan

1) Sidang DUN Kelantan sedang berlangsung.

2) Hari bekerja dan semalam Nik Aziz kata dia mungkin akan umum cuti peristiwa pada tarikh itu. Sini

Itu semua tak betul wahai sahabatku sekalian. Ada sebab lain lagi yang mereka marah sangat pada tarikh dan hari itu. Temui jawapan nanti.

Mari kita lihat tarikh-tarikh dan hari prk yang lepas dalam penggal ini.

P.Pauh - 26.8.08(selasa) PKR menang.

K.Trengganu - 17.1.09(sabtu) PAS menang

B.Gantang - 7.4.09(selasa) PAS menang

B.Selambau - 7.4.09(selasa) PKR menang

Batang Ai - 7.4.09(selasa) BN menang

Penanti - 31.5.09(ahad) PKR menang

M.Urai - 14.7.09(selasa) PAS menang

Pmtg Pasir - 25.8.09(selasa) PAS menang

Bgn Pinang - 11.10.09(ahad) BN menang

Hulu Selangor - 25.4.10(ahad) BN menang

Sibu - 16.5.10(ahad) DAP menang

Galas - 4.11.10(khamis) ? memang

11 prk, tiga sahaja yang dimenangi BN, lapan di menangi Nik Aziz dan rakan-rakannya.

Daripada lapan yang dimenangi mereka kebanyakan hari mengundi jatuh pada hari bekerja, kecuali K.Trengganu, Penanti dan Sibu.

Sepatutnya dalam soal hari mengundi BN yang perlu bimbang, bukannya Pas. Ini kerana setakat ini jika hari pengundian jatuh pada hari bekerja ianya tidak membawa tuah kepada BN. Tuah untuk BN hanya ada di hari cuti iaitu ahad, kecuali di Sibu dan Batang Ai. Sila lihat rekod di atas.

Selain dari isu hari mengundi hari bekerja, Pas juga tidak setuju tarikh itu kerana ianya bertembung dengan sidang Dun Kelantan. Apa masalahnya ?

Semua adun Kelantan dalam dewan itu nak pergi mengundi ke ?

Husam Musa nak pergi pandu kenderaan angkut pengundi ke ?

Sebelum ini pernah juga berlaku prk parlimen pada masa Dewan Rakyat sedang bersidang, tiada masalah pun.

Itu semua alasan sahaja.

Sebab utama Pas nak hari mengundi pada hari cuti seperti berikut.

Hari cuti di Kelantan adalah jumaat dan sabtu.

Tak mungkin ianya diadakan pada hari jumaat. Sudah tentu pada hari sabtu.

Pas nak menang di Galas dan dia nak akan 'all out' untuk menang. Keputusan Manek Urai serta bayang-bayang Ku Li dan Kickdefella sentiasa menghantui Pas.

Apabila nak menang sudah tentu dia kena guna apa cara sekali pun untuk menang.

Sebab itu dia nak hari mengundi jatuh pada hari Sabtu.

Kenapa rbf ?

Kerana dia nak gunakan mimbar jumaat hari terakhir kempen pada 3.nov.2010 iaitu lebih kurang 20 jam sebelum pembuangan undi bagi menurunkan 'wahyu-wahyu' Nik Aziz untuk menakut-nakutkan pengundi dan seterusnya mengundi Pas.

Dalam pilihanraya 24 jam terakhir adalah saat-saat penting dan genting, sesiapa yang pandai menggunakan waktu itu dia akan berjaya kerana lawan tak sempat nak balas balik.

Jumaat terakhir sebelum hari mengundi ialah 29.10.2010 iaitu kira-kira lima hari sebelum mengundi. Hari itu bukan hari terbaik untuk mereka menurunkan 'wahyu-wahyu' Nik Aziz kerana ianya sempat dijawab balik atau dijelaskan kembali kepada rakyat oleh lawan mereka.

Jadi, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz dan anak emasnya itu hanya pembohongan semata-mata. Sebab sebenarnya ialah kerana nak gunakan mimbar jumaat untuk kepentingan politik Pas









7 comments:

asemalpg said...

Satu analysis yang cukup menarik. Selama ini saya tak berapa perasan akan hal ini.

hanizam said...

memang depa ni lidah biawak...hari tu kata tak kisahlah kalau PRK ni jatuh masa sidang DUN...ni lain lak...

ape yang hang tulis tu memang betul...paling aku setuju tang "WAHYU" bertaraf Ayah PIN dibacakan masa khutbah...biasalah, tu je tempat yang paaaaalling bagus untuk menyampaikan masej bodoh mereka...

paling kuat pun akan keluar FATWA "UNDI PAS, masuk SYURGA..."
Mu pangkoh UMNO, nerako mu ambik..

kalau tak gunakan saluran begini, bukan PAS namanya...

kontolan said...

..hamPAS dengan tektik basi mereka..

Anonymous said...

agreed.. mmg disedari perkarani.. PiS tekenal dgn dakyah kepartian di masjid..

paling jahat bile sengaja putar belit dngn samakan politik zaman nabi.. perasan PAS shj yg islam, UMNO tak Islam.. memang patut kene laknat la ularmak politik mcmni.

mosry said...

Alhamdulillah... hati rbf ni cukup sakit dengan PAS dan Nik Aziz. Sucikan diri dengan wuduk, dengan wuduk dan kebersihan hati, anda tidak akan menghina nik aziz dengan macam-macam gelaran.Sejahil saya rasa tak sanggup untuk menghina orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi mcm nik aziz(walaupun kadangkala ada kesilapan dalam tutur kata beliau)

mosry said...

maaf rbf saya ahli PAS dan pernah menjadi ahli umno , kemudian join pkr, dua-dua parti ini banyak buruk daripada baik berbanding dengan PAS.Ramai yb umno yang saya kenal semuanya mengkayakan diri sendiri berbanding bekerja untuk rakyat.Penyelewengan dan salah guna kuasa berlambak dalam umno.Mana ada pemimpin umno yang miskin berbanding dengan rakyat jelata.

Anonymous said...

Tahniah le rbf..saya suka blog anda. Anda berani mendedahkan apa yang orang tidak tahu.
tapi dedahkanlah apa saja, penyokong PAIS grenti kata fitnah 100 kali fitnah..! Semuanya mereka yang betul biar pun mereka sendiri jalan tak betul. Mosry kata penyelewengan dan salah guna kuasa berlambak dalam umno. Apa dia tak tahu ke dalam pas pun salahguna kuasa juga bertimbun-timbun..? Atau tahu buat-buat tak tahu..? Ambo tahu la weh..ambo dulu pun ore kuat pas kelate..!Kalau kata tak ada rasuah..memang bapak penipu. Masa pilihan raya dulu entah berapa banyak pitih puak ni bagi pada orang kampung..secara terang-terangan. Dan yang tamak nak tambah bini keempat ialah adun ditempat ambo lah.Umur dah nak senja tapi nak yang muda sebaya anak...ish..ish..! Suruh orang sucikan diri dengan wuduk konon, untuk bersihkan hati..? Hati puak pas ni bersih ke..? Kalau bersih, yang dok hina dok kutuk orang tu apasal? Lagu ni nak ikut sunnah NABI ke...?? Piiiiiiiiraaaahhhhh...!!