Tuesday, January 4, 2011

Khalid Ibrahim Jual Nama Sultan Selangor

Hari ini sekali lagi lagi kita didedahkan tentang pembohongan Khalid Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kenyataan itu adalah kenyataan Khalid sendiri, kemudian dia tipu pihak media dan rakyat kononnya Sultan bertitah sedemikian. Sini

Itu satu bab.

Sekarang kita masuk bab lain pula.

Semalam juga si gagap itu mengesahkan perlantikan Datuk Khusrin oleh SPA adalah sah di sisi undang-undang. Sini

Habis yang dia dan juak-juaknya duduk melalak selama seminggu apa ke bendanya ?

Seperti yang saya kata sebelum ini, mereka-mereka semua bodoh. Tidak tahu memerintah, tidak tahu peraturan dan tidak tahu undang-undang. Mereka buat ikut suka hati mereka sahaja.

Mereka tak tahu apa-apa, tetapi seminggu mereka duduk melalak menjatuhkan air muka orang lain sampai nak ajak rakyat berperang dengan Sultan, alih-alih semalam mereka akui pula perlantikan itu sah di sisi undang-undang.

Satu bab lagi , untuk membuktikan bahawa si Khalid Gagap memang bodoh dan bangang tahap cipan apabila semalam dalam sidang media yang sama dia beritahu tidak membenarkan Datuk Khusrin mengangkat sumpah menyimpan rahsia di depannya dan tidak membenarkan Datuk Khusrin mengikuti mesyuarat exco.

Anda semua lihatlah betapa bebalnya si gagap tersebut, dalam sidang media itu dia beritahu perlantikan Datuk Khusrin adalah sah dan dalam masa yang sama juga, di sidang media yang sama dan depan wartawan yang sama dia beritahu Datuk Khusrin tidak dibenarkan mengangkat sumpah serta hadir mesyuarat exco.

Tak ke bangang namanya tu ?

Kalau sudah sah apa lagi yang nak halang-halang ?

Itulah bukti dia nak bermain politik, dan dia sanggup buat apa walaupun melanggar undang-undang atau peraturan asalkan kehendak politik PKR dan DAP tercapai.

Bukan sekadar melanggar undang-undang atau peraturan, nama Sultan pun dia boleh guna untuk mencapai matlamat politiknya.

Monday, January 3, 2011

Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Sahkan Dia Pembohong

Selama seminggu kita bertegang leher dan bertegang segala jenis urat pasal kuasa untuk melantik SUK Selangor.

Kita kata kuasa melantik terletak di tangan SPA dan Sultan.

Khalid Ibrahim, Monica Lewinsky Selangor, Lau Weng San, Khalid Samad, Suhaimi Shafie dan konco-konconya berkata Kerajaan Negeri yang berkuasa.

Kita kata mereka tiada hak, mereka kata mereka ada hak.

Maka dengan itu mereka pun tafsirlah undang-undang tubuh negeri mengikut suka hati kepala mak bapak mereka dan sampai ada yang nak berperang dengan Sultan.

Dengan izin Allah SWT hari ini segalanya telah terbukti. Hari ini telah terbukti kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim adalah sebuah kerajaan pembohong. Yang lebih manisnya orang yang membuktikan Kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang pembohong adalah MBnya sendiri.

Selepas mengadap KDYMM Sultan Selangor hari ini ,MB yang menghadapi krisis minda paling kronik dalam negara kita mengumumkan kerajaan negeri pimpinannya akan memanggil satu sidang dun tergempar bagi meminda undang-undang tubuh negeri untuk mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri kepada Sultan dan Menteri Besar. Sini

Kepala bapak kamu !

Sebelum ini kita kata kamu tiada kuasa, kamu kata kamu ada kuasa. Kalau ada kuasa mengapa perlu untuk panggil sidang dun tergempar untuk mendapatkan kuasa melantik SUK ? bangang punya MB.

Sekarang terbukti sudah siapa yang benar dan siapa yang pembohong sebelum ini.

Selama seminggu berturut-turut mereka hentam Datuk Khusrin, hentam KSN, hentam Sultan Selangor, hentam kerajaan pusat dan tidak semena-mena Umno dan BN pun turut sama mereka kaitkan, kononnya mereka berkuasa untuk melantik SUK. Mereka hentam bukan hentam sikit-sikit, hentam sampai rapat ke dinding sampai jadi lempeng.

Alih-alih hari ini baru mereka sedar yang mereka tiada kuasa dan baru nak panggil sidang dun tergempar untuk dapatkan kuasa.

Selama ini mereka bohong rakyat, mereka bohong. Mereka bohong kata mereka berkuasa dan itu hak mereka untuk lantik SUK sedangkan mereka tiada kuasa selagi undang-undang tubuh kerajaan negeri tidak dipinda di Dewan Undangan Negeri.

Lihatlah wahai rakyat Selangor, lihatlah betapa pembohongnya pemimpin-pemimpin yang memimpin negeri anda pada hari ini. Mereka sanggup berbohong untuk mencapai kehendak politik mereka.

Siakap Senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama jadi pencuri

Berbohong dan mencuri memang sudah serangkai, sama seperti kencing manis dan darah tinggi. Mereka tidak dapat dipisahkan lagi.

Begitu jugalah dengan pemimpin yang ada di Selangor pada hari ini, berbohong sudah menjadi amalan mereka dan dalam masa yang sama entah berapa banyak sudah harta Selangor yang mereka curi.

Oleh yang demikian bangkitlah wahai rakyat Selangor, bangkitlah dengan segera. Jangan tangguh-tangguh lagi. Bergeraklah anda semua ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, angkat dan humban ke laut MB yang ada pada hari ini. Dia seorang MB yang pembohong. Orang yang pembohong tidak layak untuk memimpin rakyat.

Kepada KDYMM Sultan Selangor dan kepada Ketua Setiausaha Negara, akhirnya hari ini kebenaran menyebelahi Tuanku dan Tan Sri. Itulah hasilnya berkat dari kesabaran Tuanku dan Tan Sri. Allah SWT sentiasa menyebelahi orang-orang yang benar dan dianiaya.

Pengkhianat, penipu dan pembohong dimalukan oleh diri mereka sendiri.

Mana dia Aziz Bari, kononnya pakar perlembagaan ? pakar perlembagaan kepala otak dia. Lari tak cukup tanahlah kau kali ni. Itu pun kau tak tahu, lagi nak jadi profesor ke ?

Krisis Selangor: Tunggu Khamis Ini....

Semenjak isu perlantikan SUK Selangor timbul, hanya puak-puak PKR dan DAP yang memuntahkan peluru mereka menembak Datuk Khusrin, Ketua Setiausaha Negara dan Sultan Selangor.

Pihak-pihak yang diserang oleh mereka tidak pun membuat kenyataan balas. Bagi Datuk Khusrin dan KSN mereka sudah tentu tidak boleh terjebak dalam peperangan yang dilancarkan oleh MB Selangor dan sekutunya kerana mereka terikat dengan peraturan sebagai kakitangan kerajaan.

Pihak Istana pula hanya menjawab sekali, iaitu sehari selepas pengumuman yang dibuat oleh Monica Lewinsky Selangor (Faekah) bahawa perlantikan Datuk Khusrin belum muktamad. Pihak Istana melalui Datuk Munir mengatakan perlantikan itu sudah disahkan. Itu sahaja.

Selepas itu, selama lebih kurang seminggu MB yang sedang menghadapi krisis minda paling kronik dan orang-orangnya terus menerus memuntahkan peluru menyerang tanpa dibalas apa-apa oleh pihak yang mereka serang.

Kini perkara itu sudah hampir sampai ke kemucaknya. Saya difahamkan pada hari angkat sumpah Datuk Khusrin 6hb Jan 2011, pihak Istana akan menjawab segala-galanya. Sama-sama kita tunggu hari khamis ini apa yang akan berlaku.

Krisis Di Selangor Semakin Tegang

Diberitakan krisis antara Kerajaan Selangor dan Istana semakin tegang.

Khalid Gagap mengadap Tuanku pagi tadi bagi membincangkan soal perlantikan SUK.

Selesai mengadap Tuanku, Khalid mengumumkan akan memanggil sidang dun khas bagi meminda perlembagaan untuk membolehkan dia melantik sendiri SUK pilihannya.

Ada majoriti 2/3 ke untuk pinda perlembagaan ?

Khalid tidak akan hadir ke majlis mengangkat sumpah Datuk Khusrin pada 6hb ini.

Khalid juga tidak membenarkan Datuk Khusrin mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapannya.

Semua drama ini telah dirancang dengan rapi oleh PKR dan DAP.

Lihat kenyataan Khalid di muka depan Sinar Harian hari ini yang beliau meminta wartawan melihat drama apa yang berlaku minggu ini.

Nampaknya krisis yang hampir sama berlaku di Perak akan berlaku di negeri Selangor. Seorang lagi MB pak-khatan rakyat menyembah derhaka kepada Sultan melalui perbuatannya walaupun tidak dinyatakan secara lisan seperti Nizar.

Kepada rakyat Selangor, lihatlah kualiti dan sikap pemimpin anda yang ada pada hari ini. Mereka sanggup merubah apa saja bagi memenuhi tembolok politik mereka.

Ulasan lanjut malam ini.

Kenyataan pertama Datuk Khusrin semenjak kontrovesi mengenainya timbul. Klik di sini

MB Kelantan Salah Guna Kedudukan ?

Semalam blog Cucu Tok Selampit melaporkan Nik Aziz sudah berubah menjadi broker tanah pula. Sini

Saya cuba menyemak di laman FB dan Twitter yang dimaksudkan, tetapi saya tidak jumpa dengan posting seperti mana yang disiarkan oleh blog Cucu Tok Selampit.

Saya cuba membuat semakan di FB Nik Abdul Aziz Nik Mat (sini) dan saya dapati di FB tersebut tercatat "Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan".

Sila klik pada imej untuk melihat dan membacanya dengan jelas

Hasil semakan di laman tersebut saya dapati ada beberapa postingnya yang menunjukkan pemilik FB tersebut menjalankan kegiatan perniagaan, promosi atau iklan. Antaranya barangannya vcd, buku, rumah dan agensi pelancongan.

Oleh yang demikian saya merasakan adalah lebih baik pihak SPRM bekerjasama dengan SKMM bagi menyiasat kesahihan laman FB tersebut, samada ianya benar milik MB Kelantan atau milik pihak lain.


Ini kerana, jika benar FB tersebut milik MB Kelantan bermakna beliau telah melakukan kesalahan. Kesalahannya kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai MB untuk berniaga atau mempengaruhi orang ramai membeli apa yang beliau iklan kerana kedudukan dan kuasa yang ada padanya.

Dibawah ini antara dua keratan yang saya sempat print screen.

Sila klik pada imej untuk melihat dan membacanya dengan jelas


Saya tidak mahu mengulas panjang lebar lagi tentang perkara ini. Adalah lebih molek ianya disiasat oleh SPRM dan SKMM terlebih dahulu atau pun MB Kelantan sendiri memberi penjelasan.



Selangor Perlu Diselamatkan

Selangor Daily.com melaporkan lebih dari 60 tahun sudah 28 orang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik tanpa sebarang masalah. Masuk sahaja PKR dan DAP memerintah habis jadi kacau bilau kerana mereka ingin merubah peraturan dan undang-undang mengikut selera mereka. Sini

Saya nak sambung apa yang dicatatkan oleh Selangor Daily.

Dalam dunia ini tidak ada kerajaan yang sebodoh Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini. Mereka ini semua orang-orang yang tidak ada pengalaman untuk memerintah. Apabila tidak ada pengalaman, maka sudah tentulah tidak pandai memerintah. Apatah lagi untuk memerintah negeri maju seperti Selangor.

Dalam barisan kepimpinan Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini, kalau ada yang cerdik dan ada pengalaman hanya dua orang sahaja. Mereka ialah Teng Chang Kim (speaker) dan Datuk Dr Hassan Ali. Yang lain semua hampas.

Sebab itu KDYMM Sultan Selangor sayang kepada dua orang itu walaupun Teng dari parti DAP. Tuanku tidak pernah memilih bulu dari parti mana mereka itu. Sebab itu Teng menjadi satu-satunya wakil rakyat Selangor yang menerima pingat daripada Sultan Selangor baru-baru ini. Manakala Dr Hassan Ali telah pun mempunyai pelbagai pingat dan gelaran sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dulu.

Cuba anda lihat balik senarai wakil-wakil rakyat dan exco-exco pak-khatan rakyat yang ada di negeri Selangor sekarang. Siapa mereka sebelum ini dan apa pengalaman mereka ?

Rata-ratanya semua orang baru dan baru kali pertama menjadi wakil rakyat atau pentadbir. Yang pernah ada pengalaman sebagai wakil rakyat hanyalah Teresa Kok, Hassan Ali dan Teng. Yang lain-lain semuanya kaki tepi jalan yang pertama kali menjadi wakil rakyat dan pentadbir.

Khalid Ibrahim walaupun pernah menerajui GLC yang besar tetapi tidak semestinya boleh mentadbir negeri. Dua situasi tersebut berbeza, mentadbir negeri tidak sama seperti menguruskan perniagaan.

Jika Khalid Ibrahim seorang yang cerdik dan waras dia tidak akan berperang dengan Syabas. Ini kerana dalam Syabas kerajaan negeri ada saham 30 % melalui anak syarikatnya. Mana ada kerajaan dalam dunia ini yang sanggup berperang secara terbuka dengan syarikat yang mereka sendiri ada saham ? Jika ada yang tidak puas hati sekali pun mereka akan bincang secara tertutup.

Satu lagi bukti yang menunjukkan Khalid Ibrahim tidak waras ialah apabila beliau mengumumkan Syabas akan menaikkan harga air sebanyak 37 %. Itulah buktinya PKR sanggup tukar apa sahaja mengikut selera dan kehendak politik mereka. Dalam perjanjian antara Syabas dan kerajaan negeri telah dinyatakan secara jelas yang Syabas tidak boleh menaikkan harga air tanpa persetujuan kerajaan negeri.

Begitulah juga dengan perlantikan SUK Selangor. Mereka baca dan tafsir undang-undang tubuh negeri mengikut selera mereka sehingga menimbulkan kelam kabut. Mereka sanggup tukar dan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Hancurlah negara ini jika mereka diberi peluang menjadi pemerintah kelak. Mereka akan buat ikut sesuka hati dan kehendak mereka.

Sekarang isu yang dimainkan di Selangor ialah kononnya perlantikan Datuk Khusrin untuk meruntuhkan kerajaan negeri. Orang yang mula-mula melontarkan perkara ini ialah bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin. Katanya itu yang terjadi di Perak. Selepas Nizar diikuti pula oleh Khalid Samad dengan nada yang sama. Eloklah, mereka berdua sama-sama bebal.

Cakap Nizar jangan dipakai, kerana dia orang bodoh. Kalau dia seorang yang cerdik tidaklah kerajaan pimpinannya bertahan hanya 11 bulan.

Apa kena mengena SUK dengan runtuhnya kerajaan ? Adakah kuasa SUK yang membuatkan tiga wakil rakyat Perak keluar parti sehingga tumbangnya Nizar ?

Adakah apabila Datuk Khusrin memegang jawatan SUK akan ada 9 orang wakil rakyat PKR, DAP dan Pas akan keluar parti dan menyokong BN sehingga membuatkan Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini runtuh dan BN boleh membentuk kerajaan ?

Kerajaan Selangor hari ini sedar atau tidak yang pegawai-pegawai kerajaan yang ada di Selangor pada hari ini semuanya adalah pegawai peninggalan kerajaan BN dulu. Adakah mereka-mereka pernah mengganggu gugat kerajaan atau cuba meruntuhkan kerajaan Selangor hari ini ?

Sekiranya kamu semua benar-benar menjalankan pemerintahan dengan adil, telus dan suci , maka tidak perlulah kamu semua hendak takutkan kepada Datuk Khusrin. Tindakan kamu semua melalak-lalak sekarang tidak lain tidak bukan kerana bimbang tidak dapat melakukan penyelewengan lagi kerana Datuk Khusrin seorang kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dengan tegas dan jujur.

Sebagaimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, jika wakil rakyat BN pun mereka bersungguh-sungguh hendak lantik sebagai Pengerusi PAC bagi membuktikan mereka suci, tetapi kenapa pula dengan Datuk Khusrin mereka takut ? Sini

Nasihat saya pula kepada Adun Sri Muda yang cuba menentang Sultan Selangor, pastikan cop jari di tangan kering dulu, sebelum nak berperang dengan seorang Sultan yang penuh dengan pengalaman mentadbir dan telah menyelesaikan pelbagai krisis.

Kepada rakyat Selangor pula, inilah bahananya apabila memilih pemimpin yang tidak ada pengalaman dan tidak pandai memerintah untuk memerintah. Mereka buat memerintah negeri seperti main pondok-pondok.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada rakyat Selangor, cukuplah memilih mereka dalam p/raya akan datang. Hajat anda untuk mengajar BN dan Umno dalam p/raya 2008 telah pun tercapai dan mereka telah pun sedar dan insaf sekarang. Kembalilah kepada BN dalam p/raya akan datang sebelum negeri Selangor yang aman , makmur dan maju yang dibina berpuluh tahun rosak di tangan mereka-mereka yang tidak pandai memerintah.

Ingat pada kata-kata ini, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bukannya senang untuk membina negeri Selangor sepertimana yang anda lihat hari ini. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Bukannya susah untuk susahkan (hancurkan) apa yang ada pada hari ini. Sekelip mata sahaja pak-khatan rakyat boleh hancurkan dan tanda-tanda kehancuran itu telah pun boleh dilihat sekarang.

Oleh itu, adalah menjadi tugas anda semua untuk menyelematkan Selangor dari hancur di tangan penyokong kaum nabi luth dan di tangan saki baki suku sakat komunis yang memerintah Selangor pada hari ini.

Perhatian: Kepada sesiapa yang masih keliru dengan prosedur perlantikan SUK Selangor, sila baca penjelasan di blog Zulkifli Nordin. Beliau telah menjelaskan dengan bahasa yang cukup mudah untuk kita fahami tentang sistem pengasingan kuasa yang diamalkan di negara kita dan juga negeri Selangor. Klik di sini.

Sunday, January 2, 2011

Biar Betul Beb ?

Blogger unspinners semalam melaporkan Monica Lewinsky Selangor (Faekah Husin) pernah terlibat menjalinkan hubungan dengan seorang Adun Selangor sehingga menyebabkan rumahtangga Adun berkenaan runtuh.

Sedikit petikan dari Unspinners,
Kalau baca posting AIDC memang perangai begini. Faekah akan himpit lelaki dan kemudian tinggalkan. Tapi yang peliknya semua suami orang. Peel dah macam Fasha Sanda.

Nampaknya Faekah ada selera pada lelaki, tetapi malangnya tak setia dan mungkin hanya untuk 'sedap-sedap' dan 'geli-geli' sahaja.
Sambung baca di sini.

Apa Sudah Jadi Dengan Karam Singh Walia ?



Apa sudah jadi dengan Karam Singh Walia ?

Mengikut apa yang dicatatkan oleh blog keris putera video di atas menunjukkan sekumpulan anak-anak muda melayu menyerbu wartawan tersohor tanahair di Restoran Bidayah Taman Sri Andalas Klang.

Difahamkan beliau datang ke restoran itu dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan perkataan atau ayat yang tidak sedap di dengar oleh orang-orang melayu.

Difahamkan tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan sekumpulan anak-anak muda melayu yang berada di restoran itu dan mereka menyerbu Karam Singh Walia untuk meminta dia memohon maaf diatas keterlanjuran kata-katanya itu.

Sejauh mana kebenaran dakwaan itu tidak dapat disahkan lagi, tetapi jika melihat kepada video diatas ianya kita boleh lihat dia memohon maaf kerana keterlanjuran kata-katanya itu.

Harap-harap Karam Singh Walia atau TV 3 boleh tampil untuk menjelaskan kesahihan cerita tersebut.

Sah ! Hata Wahari Putus Wayar

Jika sebelum ini saya menulis tentang Hata Wahari dan meletakkan tajuknya dengan tanda soal. Sini

Hari ini pula tajuknya tidak memerlukan lagi tanda soal, kerana persoalan itu telah pun terjawab.

Hata Wahari sendiri yang mengesahkan dia memang gila.

Hata Wahari adalah seorang wartawan kanan di Utusan Malaysia dan dalam masa yang sama dia juga Presiden NUJ.

Hari ini dia buat kenyataan dan dilaporkan di media dajal malaysiakini yang dia menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengarang Utusan Malaysia, kononnya UM cuba mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini dan boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah. Sini

Hata oh hata, kecil-kecil tak nak mati, sudah tua mulalah gila meraban. Orang jadi presiden, kau pun nak jadi presiden. Tapi otak kau putus wayar hijau.

Hoi Hata, kau jadi presiden tidur ke ? kau semak atau tidak apa yang dilaporkan oleh surat khabar cina dan malaysiakini setiap hari ?

Sedar atau tidak oleh kamu yang merekalah sebenarnya akhbar dan media yang rasis ? jangan jadi presiden yang bangang bro....

Opsss maaf, terlupa, dia bukan bangang, dia gila.

Dia gila ?

Betul ke rbf ?

Ya betul, kalau tak percaya baca apa kenyataannya dalam malaysiakini.

Dia , kata UM tidak bermaruah, akhbar murahan dan tiada harga diri, tetapi dalam masa yang sama dia masih bekerja dengan UM dan setiap bulan pergi cucuk dinding bank untuk beri makan anak bini dia dengan gaji yang dibayar oleh majikan tidak bermaruah dan tiada harga diri.

Orang gilalah namanya begitu. Kalau orang yang tidak gila dia tak sanggup kerja dengan syarikat yang tidak bermaruah dan tiada harga diri.

Maknanya dia sendiri pun tidak bermaruah dan tiada harga diri kerana bersekongkol dengan majikan yang begitu.

Kalau kau seorang yang betul-betul berprinsip dan bermaruah, aku cabar kau letak jawatan dari UM sekarang juga wahai Hata Wahari. Duit yang kau bagi makan anak bini kau setiap bulan itu adalah duit haram kerana kau bersekongkol dengan majikan yang kau sendiri kata tidak bermaruah dan tiada harga diri.

Buktikan kau seorang Presiden NUJ yang tidak gila, bermaruah dan berprinsip. Letak jawatan sekarang !

Saturday, January 1, 2011

Betul Ke Rais Yatim ?

Sejak minggu lepas lagi orang bercakap di kedai-kedai kopi, kedai mamak, di coffee house hotel dan juga melalui sms mengenai pendedahan wikileaks kononnya ada seorang menteri kita terlibat merogol pembantu rumahnya. Khabar-khabar angin yang tersebar itu mengaitkan nama Menteri Penerangan, Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSRY) yang terlibat dalam kes itu.

Saya sendiri tidak mengetahui sejauh mana kebenaran ceritanya itu. Blogger Azli Shukri ada menulis mengenainya dan mengatakan khabar angin tersebut adalah satu fitnah terkutuk. Sini

Masalahnya, benda ini telah lebih seminggu diperkatakan , tetapi sehingga hari ini DSRY tidak bangkit untuk menafikan perkara itu. Tidak diketahui pula oleh saya sekiranya beliau tidak tahu menahu yang beliau dikaitkan dengan tuduhan itu.

Oleh yang demikian saya menyokong apa yang ditulis oleh blogger GAP dan House PK iaitu DSRY perlu bangkit dan jelaskan perkara itu. Sini dan sini

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ianya boleh menjejaskan imej kerajaan, BN dan DSRY sendiri. Khabar angin kalau dibiarkan ianya akan menjadi semakin ribut taufan Jangan biarkan persepsi buruk melekat kepada rakyat. Kerana persepsilah yang membuatkan BN kalah teruk dalam pru 12.

Dalam soal menangkis khabar angin, saya perhatikan orang-orang sebelah kita selalunya terlalu lembab untuk bertindak. Mereka selalu biarkan khabar angin itu menjadi ribut taufan. Apabila telah menjadi begitu ianya tidak mampu dihalang lagi.

Perkara ini tidak berlaku kepada pihak sebelah sana. Apabila ada cerita tidak baik terhadap mereka, mereka bangkit sepantas kilat menjelaskan kepada rakyat, walaupun tidak dinafikan ada benda yang mereka jelaskan tidak benar.

Lihat sahaja contoh yang terjadi baru-baru ini. Apabila wikileaks mendedahkan Singapura tahu tentang kegiatan liwat yang dilakukan oleh papa Nurul Izzah, sepantas kilat mereka bangkit dan putar belitkan cerita kepada rakyat dan Anwar sendiri terpaksa turun ceramah di pasar malam.

Itulah cara nak tangkis persepsi buruk.

Jadi dalam soal ini, itulah yang perlu dilakukan oleh DSRY. Beliau perlu bangkit segera untuk menafikan tuduhan tersebut. Jangan biarkan khabar angin menjadi barah. Ini soal maruah dan harga diri, apatah lagi individu seperti DSRY , seorang ahli politik veteran yang penuh dengan pengalaman dan imej yang baik sebelum ini. Sesuatu yang agak malang di penghujung karier politiknya beliau telah dituduh dengan tuduhan yang amat berat. Tuduhan ini boleh merosakkan nama baik dan jasa-jasa yang dicurahkan selama ini.

Oleh yang demikian, saya amat-amat berharap agar DSRY bangkit dan jelaskan perkara ini secepat mungkin sebelum ianya menjadi barah. Apatah lagi isu ini pula melibatkan negara jiran Indonesia. Jika tidak dinafikan ianya akan menjadi isu pula di Indonesia dan boleh menambahkan lagi ketengangan antara mereka dan kita yang telah pun tegang sebelum ini dengan pelbagai isu lain.

Sekarang segelintir rakyat Indonesia masih lagi berdendam dengan kita, apatah lagi dengan kekalahan mereka dalam perlawanan bolasepak beberapa hari lepas. Mereka akan mengambil kesempatan itu untuk ganyang kita dengan kes pembantu rumah mereka dirogol.

Jika pembaca bertanyakan kepada saya, apakah tuduhan itu benar ? saya memilih untuk sukar mempercayainya.

Kenapa saya begitu ?

Pertama, kerana mengikut tulisan blogger Kickdefella beliau tahu tentang perkara itu semasa beliau bersama dengan seorang pemimpin tertinggi Pas dalam kenderaan rasminya. Walaupun tidak dinyatakan secara terus terang siapa pemimpin tertinggi Pas itu , tetapi kita sendiri boleh faham siapa bos Kickdefella semasa beliau bekerja di Kelantan. Bukan setakat terima berita malah beliau ke Indonesia untuk menemuramah mangsa. Bagaimanapun menurut Kickdefella pemimpin tertinggi Pas tidak mahu mendedahkan perkara tersebut. Ikuti tulisan Kickdefella di sini.

Bagi saya ianya sesuatu perkara yang pelik apabila pemimpin Pas mendiamkan perkara tersebut. Kenapa mereka tidak dedah atau gunakan itu sebagai modal p/raya 2008. Jika tidak mahu dijadikan modal p/raya 2008 sekali pun mereka tidak gunakan isu itu sebagai modal dalam dua pilihanraya kecil yang telah berlangsung di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas.

Adalah sesuatu yang mustahil, jika Pas sudah tahu tentang perangai buruk musuh mereka tetapi mereka tidak dedahkan.

Saya berpendapat, pemimpin Pas tidak mendedahkan perkara itu kerana mereka merasakan tuduhan itu tidak betul, apatah lagi apabila mereka sendiri berjumpa dan menemuramah mangsa. Jika mereka dedahkan juga benda yang tidak betul, mereka bimbang ianya akan menjadi senjata makan tuan.

Perkara kedua yang membuatkan saya sukar mempercayai adalah kerana DSRY adalah seorang pemimpin yang terkenal yang lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Beliau juga sewaktu menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkenalkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Kempen yang dijalankan beliau boleh dikatakan berjaya dan berkesan. Bukan sahaja berkesan di kalangan rakyat malah di kalangan pemimpin pembangkang sendiri. Buktinya, sebelum Anwar meliwat Saiful, dia terpaksa bertanya terlebih dahulu kepada Saiful dengan penuh budi bahasa dan sopan santun, "can i fu*k you today". Itulah bukti keberkesanan kempen berkenaan yang dibuat oleh DSRY.

Dua perkara inilah yang membuatkan saya sukar untuk mempercayai tuduhan yang dilemparkan terhadap DSRY. Bagaimana pun itu setakat saya sahaja. Saya tidak tahu orang lain percaya atau tidak, dan saya tidak boleh memaksa mereka bersependapat dengan saya.

Jalan terbaik untuk DSRY bersihkan namanya sepertimana yang berulang-ulang kali catitkan di dalam blog ini iaitu beliau perlu bangkit dan jelaskan perkara tersebut dengan sejelas-jelasnya.