Thursday, July 7, 2011

Stadium Sudah Standby, Permit Akan Approved

Petang semalam saya ke Singapura dan sempat berjumpa dengan seorang rakan pembaca blog ini yang bernama Wadi setelah selesai urusan kerja malam tadi. Katanya berita mengenai perhimpunan Sabtu ini turut menjalar ke sana. Katanya lagi , ramai warga Singapura yang kebiasaannya menghabiskan cuti hujung minggu mereka di KL membatalkan niat mereka untuk ke KL hujung minggu ini. Tidakkah ini satu kerugian kepada negara ?

Wadi bertanya kepada saya bagi menjawab kekeliruannya , siapakah sebenarnya penganjur bersih ? Ambiga atau parti pembangkang.

Ambiga kata penganjur bersih adalah NGO dan tiada kaitan dengan politik. Tapi yang lebih-lebih bagi kenyataan adalah Anwar , Mat Sabu dan Lim Kit Siang. Adakah mereka bertiga itu pemimpin NGO ? Tanya Wadi kepada saya.

Jawapan saya senang, Ambiga diletakkan sebagai alat untuk mengabui mata sahaja. Perancang dan pemain utamanya adalah Pas, PKR dan DAP.

Ambiga kata dia nak kumpul 50 ribu orang di Stadium Merdeka. Anwar kata nak kumpul 300 ribu orang. Apa cerita ni ?

Ketua Polis Negara hari ini telah meminta penganjur perhimpunan menghantar permohonan permit dengan segera. Permit atas nama bersih tidak dibenarkan kerana mereka sebuah pertubuhan haram. KPN meminta mereka mohon atas nama pertubuhan yang berdaftar atau atas nama individu. Selain itu KPN juga meminta mereka menggunakan stadium di Shah Alam untuk tujuan itu sejajar dengan tawaran yang dikemukan oleh MB Selangor. Sini

Nampaknya tahun ini MB Selangor tidak sebodoh tahun lepas. Tahun lepas masa dia nak buat demo isu air Selangor tidak pula dia terfikir nak buat di stadium.

Berbalik kepada isu permit perhimpunan. Jika mengikut peraturan sebarang permit perhimpunan yang hendak diadakan hendaklah dipohon dalam tempoh 14 hari. Tetapi dalam isu ini pihak polis telah bertolak ansur kerana meminta penganjur memohon permit dua hari sebelum perhimpunan berlangsung.

Stadium sudah ditawarkan oleh MB Selangor dan permit sedia diberikan sebagaimana memenuhi janji PM . Tetapi Ambiga menolak semua itu dan berkeras hendak mengadakannya di Stadium Merdeka. Siapa yang salah sekarang ini ?

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya kerana satu niat sahaja , iaitu menghuru-harakan KL sabtu ini. Mereka berkeras hendak adakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka kerana hendak berarak keliling KL.

Secara logiknya mari kita fikirkan, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 45 ribu orang termasuk di atas padang. Stadium Shah Alam pula boleh memuatkan hingga 80 ribu lebih orang. Target Anwar Ibrahim 300 ribu orang bersamaan dengan lebih kurang 1 % dari jumlah rakyat Malaysia.

Jadi bagaimana mungkin Stadium Merdeka yang kecil dan kawasan sekelilingnya juga kecil dapat menampung jumlah itu ? Maka sudah tentulah orangnya akan melimpah-limpah keluar sehingga ke jalan-jalan raya sekitarnya. Apabila jalan raya sudah penuh dengan orang maka sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku di KL.

Jika di Stadium Shah Alam , bukan stadiumnya sahaja yang besar, kawasan sekelilingnya juga luas. Tetapi Ambiga tetap berkeras hendak adakannya di tempat yang boleh menyusahkan orang ramai. Sudah tentulah dia mempunyai agenda tersembunyi.

Sekarang terpulang kepada 99 % lagi rakyat Malaysia untuk menilai apakah sebenarnya tujuan mereka hendak mengadakan perhimpunan tersebut. Secara logiknya perhimpunan tersebut tidak perlu diadakan kerana beberapa hari lepas Ambiga telah pun berjumpa dengan Agung. Tidakkah itu peluang terbaiknya untuk menyerahkan memorandum dan dapat terangkan sedikit sebanyak kepada Baginda tentang kandungan memorandum itu berbanding dengan dia menyerahkan memorandum di pintu pagar istana ?

Nampaknya segala maklumat-maklumat risikan yang polis terima sebelum ini yang mengatakan ada rancangan buruk yang bakal mereka lakukan hampir menampakkan kebenarannya. Penemuan senjata-senjata dan bahan letupan semalam sebagai bukti awal rancangan jahat mereka.

Sekiranya mereka tiada rancangan jahat, mereka tentu menerima tawaran MB Selangor supaya menggunakan Stadium Shah Alam.

Wednesday, July 6, 2011

Tindakan Datuk Najib Kemas dan Bijak

Tindakan yang diambil oleh PM iaitu menawarkan stadium untuk penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan adalah satu langkah yang bijak dan bertanggungjawab. Tindakan penganjur menerimanya juga satu langkah bagus. Bagus dari segenap sudut. Bagus dari sudut keselamatan serta imej negara dan bagus juga untuk politik kepada PM dan BN. Akhirnya penganjur yang keras kepala sebelum ini tunduk kepada seorang PM dari parti yang mereka keji,caci dan hina.

Suara-suara batu api mula kedengaran sejak semalam sebaik sahaja penganjur perhimpunan menyatakan persetujuan menerima tawaran PM supaya perhimpunan yang dirancang di jalan raya dipindahkan ke dalam stadium.

Ada yang kata PM bekerjasama dengan pertubuhan haram kerana bersetuju berunding serta membenarkan pertubuhan haram mengadakan perhimpunan di stadium.

Satu perkara yang kita harus ingat dalam hal ini. Selain menjadi Pengerusi BN dan Presiden Umno , Datuk Najib juga adalah seorang PM. Maknanya Datuk Najib pakai 3 baju utama. Ada lagi baju-baju lain yang dipakainya. Setiap baju yang dipakainya mempunyai tanggungjawab serta tugas yang berbeza.

Sekarang saya nak bercakap pasal tugas Datuk Najib sebagai seorang PM. Tanggungjawab serta tugas Datuk Najib sebagai seorang PM berbeza dengan dua tugasnya yang lain. Sebagai seorang PM , Datuk Najib bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama , bangsa atau mazhab.

Dalam isu perhimpunan jalanan yang dirancang sabtu ini adalah menjadi tugas PM untuk memastikan tidak ada perkara-perkara buruk yang berlaku. Soal mereka pertubuhan haram atau halal itu dah jadi perkara kedua. Soal keselamatan rakyat yang perlu diutamakan. Tambahan pula apabila benda pelik-pelik telah djumpai oleh polis semalam. Bermacam-macam perkara boleh berlaku jika kerajaan terus membiarkan mereka berhimpun dan berarak di jalan raya. Jika perkara buruk itu tidak dilakukan oleh mereka sekali pun , boleh jadi ianya akan dilakukan oleh pihak-pihak asing yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan Malaysia. Kita kena ingat balik apa yang dituturkan oleh Shamsul Iskandar dan anak Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah kata rakyat Malaysia harus mengambil semangat apa yang terjadi di Dataran Tahrir , Kaherah , yang mana dalam kejadian itu lebih 800 orang yang terbunuh dan ribuan yang cedera. Manakala Shamsul Iskandar pula menghasut agar kerajaan digulingkan melalui jalan raya.

Apakah kita mahu itu terjadi ? Mungkin Ambiga tidak berniat untuk melakukan begitu, tetapi bagaimana pula dengan mereka-mereka yang telah memasang niat untuk melakukan begitu dalam perhimpunan tersebut ?

Polis telah melarang agar perhimpunan tidak dilakukan di jalan raya, tetapi penganjur bertegas hendak melakukannya juga. Dalam perhimpunan yang lepas-lepas pun sama juga, polis larang tapi mereka lakukan juga walaupun penganjurnya seorang MB.

Tapi tindakan polis kali ini agak luar biasa berbanding dengan yang lepas-lepas kerana difahamkan polis telah menghidu sesuatu yang tidak baik yang telah dirancang oleh penganjur atau mereka yang terlibat. Polis telah hidu yang mereka akan melakukan hura-hara. Buktinya dengan penemuan pelbagai senjata semalam.

Sekiranya penganjur tetap mengadakan perhimpunan di jalan raya sabtu ini dan berlaku keganasan yang boleh menyebabkan kematian serta kecederaan seperti mana yang diseru oleh Nurul Izzah , siapakah yang mereka salahkan dan siapakah yang perlu bertanggungjawab ? Sudah tentu PM dan polis yang disalahkan dan mereka perlu menjawabnya.

Peristiwa Memali yang berlaku lebih 20 tahun lalu sampai ke hari ini pun masih lagi dijadikan modal pembangkang.

Kematian seorang yang bernama Teoh Beng Hock yang bunuh diri itu pun boleh membuatkan kerajaan berpeluh jantan untuk menjawabnya, bagaimana pula sekiranya berlaku satu kematian dalam perhimpunan sabtu ini jika mereka terus berhimpun di jalan raya ? Tidakkah berbuih mulut kerajaan dan polis untuk menjawabnya ?

Itu jika berlaku satu kematian, bagaimana pula jika lebih daripada satu yang mati ?

Satu perkara yang kita kena ingat, dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang bermacam-macam perkara yang mereka fikir supaya timbul huru-hara demi untuk mencari keuntungan politik kepada mereka dalam PRU akan datang.

Tidak mustahil mereka akan menimbulkan huru-hara sesama mereka atau mengupah orang-orang tertentu melakukan huru-hara sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Apabila itu berlaku, mereka cepat-cepat lemparkan kesalahan kepada polis dan kerajaan. Mereka akan ceramah keliling negara 24 jam sehari untuk memburuk-burukkan kerajaan serta polis diatas kecelakaan yang terjadi.

Semenjak kejadian rusuhan di Kaherah awal tahun ini ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang meleleh air liur melihatnya dan mahu kejadian itu berlaku di Malaysia. Untuk memastikan impian mereka tercapai mereka sanggup lakukan apa sahaja. Contohnya dalam kejadian seorang peniaga beras yang meninggal dunia semasa dikejar UPP di Kelantan awal tahun ini, seorang pemimpin Pas Kelantan dalam ceramahnya cuba menghasut rakyat agar bertindak seperti rakyat Mesir dan menerangkan kejadian di Mesir bermula dari seorang remaja yang dipukul polis dan satu kempen dijalan melalui FB dan itulah yang membuat rakyat Mesir bangkit di Dataran Tahrir. Taktik serupa cuba diguna pakai dalam kes itu apabila satu laman FB diwujudkan kononnya untuk menuntut keadilan kepada mangsa dan laman FB itu turut dipromosi oleh harakah daily.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mengambil pendekatan berunding dengan musuh. Apabila berunding bukan bermakna kalah. Sebab itu saya puji pendekatan yang diambil oleh Datuk Najib dalam hal ini. Beliau bijak....

Berunding dengan musuh tanpa perlu menggunakan senjata dan menitiskan setitik darah adalah lebih baik dari menewaskannya dengan menggunakan senjata dan mengorbankan ramai orang. Tindakan berunding juga boleh membuatkan kita mengetahui banyak rahsia musuh.

Sebenarnya tindakan berunding dengan pertubuhan haram kali ini bukannya tindakan kali pertama yang diambil kerajaan. Perkara ini pernah berlaku di Baling pada tahun 1955 yang dinamakan Rundingan Baling. Pada masa itu kerajaan bukan sahaja berunding dengan pertubuhan haram, malah berunding dengan pertubuhan pengganas komunis yang diketuai
Chin Peng.
Tunku Abdul Rahman terpaksa mengambil langkah tersebut kerana tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin demi untuk menghentikan pertumpahan darah serta kekejaman terhadap rakyat pada masa itu.

Tun Dr M , Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor pernah pergi berunding dengan Chin Peng di Hadyai pada tahun 1989 yang akhirnya menyaksikan PKM meletak senjata. Jika tidak sebelum itu rakyat kita yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan Thailand tidak tenteram hidup kerana takutkan komunis. Saya masih ingat lagi pada waktu itu jalanraya timur barat yang menghubungkan Kelantan dengan Perak hanya boleh dilalui sehingga jam 5 atau 6 petang sahaja. Selepas dari jam itu tidak dibenarkan kerana bimbang serangan komunis. Sebagai PM yang bertanggungjawab Tun mengambil langkah itu demi tanggungjawabnya terhadap rakyat walaupun imejnya mungkin kelihatan tercalar kerana berunding dengan komunis.

Walaupun mereka berunding sampai meletak senjata, kerajaan tidak pernah mengiktiraf pertubuhan haram PKM sehingga ke hari ini.
Kenapa pula pada masa itu tiada pihak yang pertikai kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pengganas-pengganas komunis dan komunis pula tidak pertikai orang-orangnya yang telah mati kerana bertempur dengan pasukan keselamatan negara ?

Hari ini apabila kerajaan mengambil langkah berunding dengan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Bersih, ada pula ketua pengarang sebuah akhbar yang saya difahamkan pernah bertugas di BTN mempertikaikan dan berpura-pura bertanya soalan kepada kerajaan tentang tindakan yang diambil oleh polis sebelum ini. Komunis pun tak tanya seperti itu, bekas orang BTN pula boleh tanya.

Apabila kerajaan sudi berunding dengan pertubuhan haram dan membenarkan mereka berhimpun bukannya bermakna pertubuhan itu sudah halal.
Masih ingatkah anda pada peristiwa Al Maunah satu masa dulu ? Pihak berkuasa pada mulanya mungkin sukar untuk bertindak kerana bimbang ada kematian dan sudah tentulah pihak berkuasa juga mahu menangkap mereka hidup-hidup kerana untuk memudahkan siasatan dan mengetahui siapa dalang di sebaliknya.

Sebaliknya kumpulan tersebut pula yang membunuh dua anggota keselamatan. Jika hendak bertindak kasar, pihak berkuasa tentera dan polis boleh bertindak kasar. Pasukan elit komando tentera dan polis kita boleh bertindak menembak mati ahli kumpulan berkenaan sekelip mata sahaja.

Tapi oleh kerana kebijaksanaan PM pada masa itu , Tun Dr M , dan Menteri Pertahanan, Datuk Najib, serta dibantu kebijaksanaan anggota-anggota tentera dan polis pada masa itu mereka menggunakan kaedah rundingan. Akhirnya semua ahli kumpulan Al Maunah menyerah diri hidup-hidup dan kini semuanya telah memasuki alam barzakh.

Itulah yang dinamakan buat kerja menggunakan akal fikiran dan bukannya menggunakan emosi. Berundur setapak ke belakang untuk maju seribu tapak ke hadapan.

Sedikit info yang saya dapat berkenaan taktik kotor yang akan digunakan penganjur dan parti-parti politik terlibat sekiranya mereka berdemo di jalan raya pada hari sabtu ini. Formasi susunan mereka semasa berarak menuju ke Istana Negara seperti berikut.

Barisan pertama : OKU yang menggunakan kerusi roda dan orang buta.

Barisan kedua : Kanak-kanak.

Barisan ketiga : Wanita

Barisan keempat : Lelaki

Bayangkan bagaimana polis hendak bertindak dalam keadaan begitu bagi menghalang perakakan. Sekiranya polis melepaskan gas pemedih mata atau tembakan air , keadaan akan kelam kabut dan mereka akan lari lintang punkang. Apabila semua bertempiaran lari apa akan jadi kepada kanak-kanak dan OKU ?

Jika mereka cedera atau mati kerana terpijak siapa yang akan disalahkan dan siapa yang akan menanggung bahana ?

Akhir kata, tindakan Datuk Najib menawarkan stadium kepada penganjur adalah satu langkah bijak yang perlu dipuji. Ianya boleh menyelesaikan banyak masalah. Anggota-anggota polis juga tidak perlu lagi dikerah bertungkus lumus untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Mereka boleh beri tumpuan kepada tugas hakiki. Sekiranya apa-apa perkara buruk yang berlaku dalam stadium adalah menjadi tanggungjawab penganjur. Mereka tidak boleh lagi salahkan kerajaan atau polis.

Maaf Cakap : Sinar Harian Nak Jadi Batu Api Ke ?

Agak berat bagi saya sebenarnya untuk menulis mengenai Sinar Harian seperti di bawah ini. Maklumlah selama dua hari berturut-turut Sinar Harian memberi peluang kepada saya dalam akhbar mereka. Lebih manis lagi pada hari isnin liputan muka depan yang mereka berikan dan sama dalam semua edisi di seluruh negara. Jarang perkara tersebut dilakukan oleh Sinar Harian melainkan berita yang benar-benar penting.

Setelah difikirkan berulang kali , saya rasa tidak menjadi masalah untuk saya menulisnya kerana saya tiada niat hendak bergaduh atau menimbulkan masalah dengan mereka. Sekadar bertukar-tukar pandangan dan menyuburkan lagi demokrasi di dalam negara ini.

Sinar Harian melalui ketua pengarangnya, Norden Mohamed , menyiarkan satu tulisan di muka surat 4 hari ini yang menyatakan tujuh kemusykilan mereka terhadap keputusan PM memberi peluang kepada penganjur perhimpunan untuk mengadakannya di stadium.
Norden Mohamed , pertama dari kanan

Antara kemusykilan-kemusykilan yang mereka nyatakan ialah tentang Bersih yang diistiharkan haram oleh KDN, penangkapan mereka yang terlibat sebelum ini dan isu baju. Selanjutnya anda boleh baca di sini.

Setelah membaca keseluruhan tulisan tersebut saya merasakan Sinar Harian tidak patut menimbulkan isu-isu seperti itu. Tindakan mereka itu lebih kepada hendak mengeruhkan keadaan. Boleh juga dikatakan sebagai batu api.

Sebagai sebuah akhbar Sinar sepatutnya bertindak untuk menjernihkan keadaan dan bertindak selari dengan hasrat kerajaan untuk menenangkan suasana. Sinar kena ingat , mereka bukannya blog-blog hantu yang tidak bertuan atau akhbar-akhbar politik seperti harakah, suara keldaian dan roket. Sebagai sebuah akhbar yang berlesen Sinar sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya agar menerang serta menenangkan orang ramai supaya tidak berlaku huru-hara dalam negara. Bukannya menjadi batu api agar suasana yang baru hendak tenang menjadi keruh kembali.

Saya tidaklah sehebat ketua pengarang Sinar . Saya hanya blogger picisan yang nak hidup pun segan-segan dan nak mati pula malu-malu. Malu dengan tuhan kerana amal ibadat belum cukup dan sempurna. Tapi saya rasa saya boleh menjawab sindrom kekeliruan yang sedang dialami Sinar Harian sekarang.

Sinar Harian harus ingat sejarah yang pernah terjadi di Baling pada tahun 1955 yang dinamakan rundingan Baling.

Dengan siapakah kerajaan berunding pada ketika itu dan apakah tujuan rundingan diadakan ?

Saya akan jelaskan dan jawab dalam satu tulisan lain tengahari ini.

Tuesday, July 5, 2011

Mereka Fikir Hanya Mereka Yang Hebat

Ada masanya kita akan ketawa sendirian melihat gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka-mereka ini sebenarnya terlebih perasan. Mereka rasa mereka hebat sangat dan seluruh rakyat Malaysia bersama mereka sekarang.

Lihat sahaja dalam isu demontrasi bersih. Cara mereka bercakap mereka gambarkan seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama mereka dan menyokong perhimpunan tersebut.

Kalau dalam dunia percintaan ibarat si dara percayakan si teruna dan serah segala kepercayaan kepada si teruna. Satu hari nanti apabila si teruna cabut lari, boleh gila si dara dibuatnya. Sebab itu orang selalu berpesan, kalau bercinta jangan sepenuh hati. Tolong simpan sedikit ruang untuk kecewa dalam hati.

Begitulah juga dengan parti-parti pembangkang di Malaysia sekarang. Dalam kepala mereka sekarang , mereka fikir seluruh rakyat Malaysia bersamanya dan mereka akan menang serta memerintah Malaysia dalam PRU 13 kelak. Mereka beri harapan yang besar kepada penyokong-penyokong mereka.

Percayalah cakap saya huru-hara yang teruk akan berlaku seandainya keputusan PRU 13 kelak masih lagi memihak kepada BN. Mereka tidak dapat menerima keputusan itu kerana mereka terlalu mengharap yang mereka akan memerintah negara.

Dalam isu perhimpunan-perhimpunan yang mereka lakukan, baik yang akan datang atau yang telah berlaku. Mereka ingat mereka hebat apabila Anwar, Kit Siang atau Nik Aziz arah penyokong-penyokong turun dan mereka dapat kumpul 10-20 ribu orang.

Mereka tak fikir apa akan jadi kalau Datuk Najib arah semua penyokong-penyokong BN turun ke jalan raya. Sudah tentu jumlah jauh lebih besar dari yang mereka kumpul. Maklumlah itu arahan dari seorang PM.


Lihat sahaja dalam perhimpunan yang diadakan di Pulau Pinang dan Ipoh hujung minggu lepas. Tidak diketahui siapa penganjurnya dan diatur dalam keadaan senyap-senyap, tahu-tahu wujud perhimpunan. Berapa ramai orang ? Itu diaturkan dalam keadaan senyap-senyap. Cubalah diaturkan secara terbuka dan guna segala saluran media yang ada , apa akan jadi ?

Bayangkan pula kalau arahan datang dari PM.

Paling mengejutkan perhimpunan anak-anak muda yang diadakan di Ipoh sabtu lepas. Ribut tiada, angin pun tiada, tiba-tiba ribuan anak muda menaiki motosikal mengelilingi bandar Ipoh sambil melaungkan anti bersih. Saya difahamkan perhimpunan itu diatur sesama mereka sendiri. Itu baru di Ipoh, belum lagi di daerah-daerah lain di negeri Perak. Belum lagi di negeri-negeri lain di Malaysia. Cuba gabungkan mereka semua dan arahkan mereka berkumpul di KL, apa akan jadi ?

Janganlah Pas, PKR dan DAP nak perasan mereka hebat. Tolong ingat juga kehebatan orang lain.

Tolong sedar sikit, rakyat Malaysia ada 25 juta. Seandainya kamu semua dapat kumpul 500 ribu orang dalam perhimpunan sabtu ini, ianya masih lagi tidak menggambarkan kamu mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Jumlah 500 ribu dari 25 juta baru 2 %. Kalau kamu dapat kumpul sejuta orang baru 4 %. Seandainya kamu dapat kumpul lebih 50 % atau pun lebih dari 12.5 juta barulah kamu boleh umum yang kamu mewakili rakyat Malaysia.

Ada faham ke bongok ?

Jangan ingat kemenangan kamu dalam PRU 2008 kerana kekuatan kamu. Kamu menang kerana protes rakyat terhadap kepimpinan negara pada masa itu. Ahli-ahli Umno sendiri pun turut mengundi kamu kerana protes.

Tapi sayangnya kerana kamu semua itu dari keturunan yang bebal-bebal tidak mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang pengundi beri. Patutnya kamu semua tunjuk contoh yang kamu semua lebih baik dari BN, maka sudah pastilah berpeluang mengambil alih pemerintahan negara kelak.

Tapi sayangnya kamu semua lebih berpolitik dan gimik dari bekerja. Pergi parlimen pakai tali leher kuning dan pakai baju t bersih. Macam orang bodoh. Malah ada yang tak insaf-insaf masih lagi berani pergi meliwat. Apabila kantoi salahkan BN dan guna alasan BN takut dengan kemaraan kamu.

Tiga tahun masa untuk kamu semua dihabiskan untuk melayan kerenah-kerenah Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng.

Apabila lihat sudah ada tanda-tanda tidak berpeluang untuk menang, maka mulalah nak buat demo ulangan seperti tahun 2007. Halo, tolong ingat sikit , kamu menang 2008 bukan kerana demo 2007, tapi kerana protes seperti yang saya nyatakan di atas.

Kalau benar SPR itu alat BN, tahun 2004 lagi BN dah berjaya tawan Kelantan kerana pada masa itu Pas hanya menang dengan majoriti 1 kerusi dan 2 undi sahaja di Dun Kemuning. Bodohnya BN kalau dah ada alat yang bernama SPR tapi tak guna alat tersebut sebaik mungkin untuk membolehkan mereka memerintah Kelantan.

Kalau BN ada alat yang bernama SPR bodohnya BN sehingga mereka boleh kalah 65 undi dalam PRK Manek Urai.

Tolong-tolonglah sedar diri sikit. Kata parti islam, ketayap atas kepala, serban sebesar buah kelapa tapi tidak dapat terima kehendak Qada dan Qadar.

Apakah Tabiat Husam Tentang Perempuan Cina Yang Bakal Didedahkan Kickdefella ?

Satu hari di One Utama.

Di pertengahan jalan yang menghubungkan old wing dan new wing bangunan pusat membeli belah tersebut terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.

Dalam banyak-banyak gerai tersebut terselit sebuah gerai yang menjual madu, dimana jurujualnya seorang wanita cina yang boleh dikategorikan sebagai 'boleh tahan' .

Dalam banyak-banyak orang di pusat membeli-belah tersebut pada hari berkenaan terselit seorang ahli Pas di dalamnya, yang mana ahli Pas itu juga seorang tauke kambing janapari.

Tauke kambing itu pun berjalan menuju ke gerai yang menjual madu berkenaan dan dilayan oleh wanita cina tersebut.

Sambil tengok-tengok madu dia bertanya kepada wanita cina itu , "apa khasiat madu ?"

Dalam dunia ini, siapa yang tidak mengetahui khasiat madu ? Kanak-kanak pun boleh tahu, tak mungkin tauke kambing tak mengetahuinya pula.

Ditambah pula dia sebagai seorang lelaki mustahil dia tidak mengetahui khasiat madu. Dia tahu, tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu dan bertanya kerana dengan niat hendak menggatal. Mungkin harapannya wanita itu akan jawab madu mempunyai banyak khasiat untuk tenaga batin lelaki.

Tapi sayangnya wanita cina tersebut tidak menjawab begitu, maka hasratnya untuk pergi lebih lanjut terbantut. Wanita itu menjawab khasiat madu boleh menyihatkan kulit.

Tanpa di sangka-sangka, ahli Pas tersebut terus memegang tangan wanita cina tersebut sambil menggosok-gosok kulitnya sampai ke siku dan berkata "tapi kulit u tak sihat pun" . Fuyooooooooo...... Fewitttt.......

Wanita tersebut tersipu-sipu malu, mungkin terkejut kerana tak menyangka tangannya akan dibelai-belai oleh seorang ahli Pas.

Itulah video yang saya lihat dimana saya percaya ianya dirakam menggunakan gadjet terselindung di badan si perakam. Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis perakam yang kita tidak sedari. Ada pen, ada tag nama dan ada jam tangan.

Satu lagi video yang saya pernah lihat ialah bagaimana tauke kambing itu terbeliak biji mata melihat wanita cina pakai mini skirt di atas eskelator di KLCC.

Semenjak setahun yang lepas saya menerima pelbagai-bagai cerita, dokumen dan rakaman mengenai kisah tauke kambing janapari tersebut. Beberapa minggu lepas juga saya ada menerima satu folder dokumen dan sekeping cd mengenainya. Bagaimana pun saya tidak akan mendedahkannya sekarang. Tidak ada keperluan untuk mendedahkannya sekarang, kita tunggu apabila hampir PRU 13 kelak.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah orang yang saya maksudkan ? Saya tidak bercadang untuk memberitahunya sekarang.

Sementara itu kickdefella dalam posting terbarunya semalam menyatakan beliau akan mengeluarkan posting bertajuk "Husam dan tabiatnya tentang wang dan perempuan cina". Tetapi hajatnya itu tertangguh seketika kerana terpaksa menjawab terlebih dahulu isu tuduhan pembohongan terhadap PM dan beliau yang dilemparkan oleh Husam.
Hari ini saya tertangguh untuk mengeluarkan posting saya yang bertajuk “Husam dan tabiatnya tentang wang dan perempuan cina”, kerana terpanggil menjawab penjelasan yang tidak jelas oleh pihak Husam. Tidak mengapa, esok masih ada.

kickdefella
Apakah apa yang saya ceritakan diatas dengan apa yang bakal didedahkan oleh kickdefella melibatkan individu yang sama ?

Kita tunggu pendedahan kickdefella terlebih dahulu. Saya akan ikut dibelakangnya nanti. Bak kata Salih Yakob, "I follow".

Siapalah saya ini, saya tidaklah sehebat kickdefella. Sebab itu Husam pernah kata saya hanya blogger picisan.

Cuma satu sahaja saya nak pesan kepada Husam, gajah tak mati dengan harimau atau singa. Kebiasaannya yang mematikan seekor gajah adalah nyamuk. Nyamuk mati kerana gajah adalah biasa.



Aku hanya blogger picisan....

Monday, July 4, 2011

Penjelasan Kepada Rakan-Rakan Pembaca

Sejak sebulan yang lepas sebarang komen yang masuk ke blog ini tidak lagi ditapis. Walaupun tidak ditapis tetapi setiap jam saya akan memantau komen-komen yang dihantar dan tersiar untuk memastikan tidak ada komen-komen yang boleh memberi implikasi buruk kepada saya dari sudut undang-undang negara.

Sepertimana yang kita semua tahu, suasana politik dan keselamatan negara yang panas pada minggu ini, maka bermula hari ini saya terpaksa mengaktifkan balik sistem tapisan komen.

Ada beberapa pembaca yang bertanyakan saya melalui e mel dan komen kenapa ianya ditapis semula. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan diatas.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk meneliti setiap komen-komen yang dihantar dan akan menyiarkannya setiap jam.

Saya tidak kisah dengan komen yang memaki hamun atau mencerca saya. Cuma saya tidak mahu ada komen yang boleh menimbulkan masalah antara saya dengan pihak berkuasa.

Faham-faham sahajalah, dalam keadaan yang panas minggu ini mungkin ada sesetengah orang sukar mengawal emosi mereka dan menghantar komen yang bukan-bukan. Jika timbul masalah kelak sudah pasti saya juga boleh diheret sama.

Maaf jika tindakan ini menyusahkan anda.

Harap bersabar untuk seketika.

Al Fatihah dan Salam Takziah

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan hulurkan salam takziah kepada bekas Ketua Muslimat Pas diatas kematian anaknya.

Berita dipetik dari harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.
Pas sering menggambarkan parti dan pemimpin mereka miskin dan tiada duit. Kutip derma dengan orang ramai sana-sini, katanya nak lawan BN tak boleh kalau tiada duit.

Tapi boleh pula hantar anak yang umur 13 tahun (tingkatan 1) belajar ke luar negara. Hebattttttttttt

Setakat ini dulu.

Kita sambung balik selepas jenazah di kebumikan.

Terkini: Lagi Percubaan Menggulingkan Agung

Keratan di bawah ini saya ambil dari ruangan komen di malaysiakini di ruangan berita, Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong.

Komen yang dihantar oleh pembaca di bawah ini meminta supaya Seri Paduka Yang Dipertuan Agung digulingkan.

Petikan komen tersebut
Rakyat nak mengadu pada Agung sebab Najib dan regimnya. Agung kata tak perlu mengadu pada dia sebab dia percayakan Najib. Penyelesaiannya: Gulingkan kedua-dua susuk ini. Selesai masalah.
Sepertimana yang kita tahu percubaaan menggulingkan Yang Dipertuan Agung adalah satu kesalahan yang amat-amat serius.

Malaysiakini sering mendabik dada kononnya merekalah satu-satu media yang paling adil dan patuh kepada segala peraturan , tetapi boleh menyiarkan komen tersebut di lamannya.

Semoga pihak berkuasa dapat bertindak dengan segera terhadap penghantar komen tersebut dan juga kepada pihak yang menyiarkannya. Ini kerana kesalahan yang dilakukan oleh si penghantar komen tersebut amat serius.

Jika pengikut-pengikut PSM yang ditahan di Pulau Pinang minggu lepas kini ditahan di bawah ordinan darurat kerana kesalahan yang sama, maka tindakan yang sama juga harus diambil terhadap penghantar komen tersebut kerana terang-terangan dia menghasut agar SPBYDPA digulingkan.

Friday, July 1, 2011

Otak Aziz Bari Perlu Diperiksa Secukupnya

Profesor Aziz Babi, opssss maaf, silap. Profesor Aziz Bari hari ini mengeluarkan kenyataan yang cuba hendak mengajar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung berhubung perhimpunan bersih. Sini

Katanya SPBYDPA patut campurtangan dalam isu berkenaan. Selain itu dia juga meminta supaya Agung sendiri keluar mengambil memorandum berkenaan. Katanya ini untuk menyelamatkan negara.

Kepala otak dia lah !

Dah terang-terang juak-juak PKR minta peserta demo supaya jadikan KL berdarah seperti Mesir dan nak gulingkan kerajaan melalui jalan raya , lagi dia nak suruh Agung pula terlibat sama dengan puak-puak itu pula.

Tak ke bangang namanya itu ?

Kerajaan yang ada di Malaysia hari ini adalah Kerajaan SPBYDPA dan kerajaan yang ada di Selangor pada hari ini adalah Kerajaan KDYMM Sultan Selangor dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Tindakan hendak meruntuhkan Kerajaan SPBYDPA melalui jalan raya adalah satu kesalahan besar. Boleh pula seorang profesor yang dikatakan pakar perlembagaan meminta SPBYDPA bersekongkol dengan orang yang hendak meruntuhkan kerajaan Baginda sendiri melalui jalan raya.

Tak ke gila profesor itu ?

Kita ada pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Kalau teringin sangat nak runtuhkan kerajaan sila runtuhkan melalui peti undi , dan setakat ini terbukti peti undi berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan.

Aziz Babi ni, opssss maaf, silap lagi. Aziz Bari ni elok diperiksa otaknya betul-betul untuk mengetahui samada dia masih waras atau telah mereng. Bukan apa kesian kepada anak-anak dan isterinya. Orang yang putus wayar kebiasaannya akan mengamuk waktu bulan mengambang. Manalah tahu satu hari nanti dibuatnya dia mengamuk tengah malam kemudian tetak habis anak bininya.

PKR Mahukan KL Berdarah Seperti Kaherah

Anak puaka pasangan Anwar dan Azizah, Nurul Izzah, awal-awal lagi telah terlepas cakap tentang rancangan yang ingin dilakukan bapanya pada perhimpunan 9 Julai ini.

Nurul Izzah dalam satu ucapannya berkenaan perhimpunan tersebut telah meminta rakyat Malaysia supaya menjadikan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini sepertimana kejadian berdarah di Dataran Tahrir di Kaherah.

Dalam peristiwa di dataran tersebut yang berlaku awal tahun ini lebih 800 orang yang terbunuh manakala ribuan lagi yang cedera.

Jika mereka sudah berniat untuk melakukan begitu, apakah patut pihak polis hendak membiarkan kejadian tersebut berlaku ?

Jangan ingat polis kita tunggul kayu, terang-terangan anak Anwar berkata mahukan rusuhan seperti di Mesir berlaku di KL, tak mungkin polis nak biarkan sahaja. Menjaga keselamatan negara dan rakyat negara ini adalah tugas polis. Kalau mereka tidak bertindak dari awal , apabila berlaku sesuatu yang buruk maka sudah pasti polis akan dipersalahkan.

Oleh yang demikian marilah kita semua memberikan sokongan padu kepada polis kerana telah bertindak lebih awal dan tegas untuk memastikan tidak berlaku sebarang peristiwa berdarah di KL pada 9 Julai ini sepertimana yang terjadi di Kaherah awal tahun ini.