Semalam Mahkamah Seksyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM 400,000 kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam kerana menyalahguna wang peruntukkannya sebagai wakil rakyat RM 10,000 sebanyak 8 kali bersamaan dengan RM 80,000. Pembantunya juga dijatuhkan hukuman yang sama.
Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan pembantunya juga pernah disiasat oleh SPRM kerana kesalahan yang sama. Tetapi oleh kerana pembantunya, Teoh Beng Hock telah terjun bangunan, maka adun berkenaan selamat kerana bukti dan keterangan tak cukup.
Teoh Beng Hock telah menyelamatkan Adun Seri Kembangan daripada pintu jeriji besi. Dia telah menjadi lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangkan orang lain.
Nasib MP Sabak Bernam tidak berapa baik kerana pembantunya tidak terjun bangunan. Jika tidak beliau juga mungkin terlepas.
SPRM dan mahkamah sering dituduh menjadi alat kepada kerajaan yang memerintah untuk menekan pembangkang. Akan tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Bukan niat saya untuk mempertikaikan tugasan SPRM serta keputusan mahkamah.Tetapi jika melihat trend sejak kebelakangan ini banyak keputusan SPRM serta mahkamah memihak kepada orang-orang pembangkang.
Adakah mahkamah dan SPRM merasa tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap mereka , maka mereka terpaksa membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang dan mengenakan orang-orang BN untuk menunjukkan mereka telus ? Wallahualam
Sepertimana yang kita sedia maklum, beberapa hari lepas SPRM telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa menantu MB Kelantan sewaktu dia menerajui PMBK. Dalam hal ini saya agak keliru sedikit. Jika SPRM tidak mendakwa Adun Seri Kembangan kerana tidak cukup bukti dan keterangan tidak mengapa. Yang itu kita faham kerana saksi utama telah membunuh diri. Tetapi dalam hal Ariffahmi saya agak keliru.
SPRM pernah membebaskan Nik Aziz kerana tidak mengikut prosedur yang betul semasa melantik menantunya sebagai CEO. Blog gelombang merah ada menunjukkan minit mesyuarat bagaimana cara Nik Aziz melantik menantunya dan saya yakin benda itu juga sudah sampai ditangan SPRM. Minit itu jelas menunjukkan Nik Aziz mengumumkan perlantikan menantunya selepas mesyuarat tamat. Perkara tersebut langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat. Lihat di sini
 |
| Mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat baru Nik Aziz umumkan perlantikan Ariffahmi |
Soal SPRM tidak mendakwa Nik Aziz kerana tajaan untuknya dan keluarga menunaikan haji tidak mengapa. Itu kita faham kerana dia belum terima walaupun sudah pasang niat.
Berhubung yang terbaru pula, SPRM tidak mendakwa Ariffahmi kerana menggunakan wang PMBK untuk membeli tiket kapal terbang kelas bisnes bagi dirinya dan isterinya juga membuatkan saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh lepas sedangkan bukti telah ada. Lihat di blog gelombang merah.
Begitu juga dalam hal menipu tuntutan-tuntutan pembayaran dengan PMBK. Ariffahmi juga terlepas. Lihat di
sini.
Bukti-bukti yang ditunjukkan secara jelas menunjukkan Ariffahmi melakukan kesalahan. Tetapi mengapakah SPRM mengatakan bukti tidak cukup ?
Saya bukannya hendak bersangka buruk kepada SPRM, malah saya juga berharap rakan-rakan pembaca juga tidak bersangka buruk terhadap SPRM. Cuma kita perlukan penjelasan lanjut....