Thursday, January 14, 2010

BLOGGER TULANG BESI LEBIH BERANI DARI ANWAR

Haramkah pun kata "Islam membenarkan sumpah dengan sayrat menyebut nama Allah' Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Sama seperti sumpah Saiful dan Tulang Besi. Tapi mengapa pula Nik Aziz kata cara kristian dan Hj.Hadi kata kerja bodoh? Wan Azizah doreamon pula kata sumpah tiada dalam Islam melainkan antara suami isteri sahaja. Adakah Anwar sudah bersumpah dengan W.Azizah yang beliau tidak meliwat Saiful ?


Blogger Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman, pemilik blog Malaysia Waves adalah salah seorang blogger PAS. Tetapi beliau lantang menyerang PAS, terutamanya Datuk Hassan Ali.

Ada pihak mengatakan beliau menyerang Hassan Ali kerana marah akibat permohonan beliau untuk memegang jawatan dalam GLC di Selangor ditolak. Tetapi beliau menafikan semua itu dan berkata ianya adalah fitnah. Rujuk di sini

Untuk membersihkan dirinya dari tuduhan-tuduhan jahat, beliau tidak takut untuk bersumpah dengan nama Allah. Rujuk di sini

Syabas diucapkan kepada Tulang Besi kerana berani bersumpah, tidak seperti Anwar Ibrahim yang sudah hampir dua tahun berdolak-dalik.

Jangan bagi 1001 alasan, termasuk alasan jangan bermain dengan sumpah. Kalau kita tak bersalah apa yang kita nak takutkan. Lihat contoh, Tulang Besi, beliau berani bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan-tuduhan jahat.

Sewaktu Saiful bersumpah pada tahun 2008, Nik Aziz kata sumpah cara kristian, Hj.Hadi kata, Saiful buat kerja bodoh. Tetapi tulang Besi tidak peduli semua itu, walaupun dia pengikut PAS, dia tetap bersumpah untuk membersihkan imejnya.

Sumpah adalah satu-satunya, cara yang paling cepat, berkesan dan paling dipercayai oleh orang-orang Islam di negara kita. Kalau Anwar tetap mengatakan yang Saiful memfitnahnya, kenapa dia tidak bersumpah sehingga kini.

Harap Tulang Besi dapat bisik-bisik sedikit kepada Anwar agar bersumpah untuk bersihkan imejnya daripada 'fitnah' dan 'tuduhan-tuduhan jahat' yang dibuat oleh Saiful terhadapnya.

Kalau hari ini Anwar berani bersumpah seperti mana Tulang Besi dan Saiful bersumpah, seleps tiga hari saya akan datang cium kaki Anwar untuk minta ampun dan maaf terhadap tuduhan-tuduhan yang saya lemparkan kepada beliau sebelum ini.

Berani ke Anwar bersumpah ???

Wednesday, January 13, 2010

PENJELASAN DARI PEMUDA UMNO NIBONG TEBAL

Dibawah ini adalah komen yang dihantar oleh pengendali laman blog Pemuda Umno Nibong Tebal berhubung dengan posting saya sebelum ini bertajuk Umno Juara Rakyat ??? berkaitan dengan kes seorang ibu yang membakar diri di Nibong Tebal.

salam sdr...
jgn teriku2 dgn rentak pembangkang..
sblm ni keluarga beliau
selalu dibantu smd oleh jkkk, cwgn dan bhgn..
semua org x sangka mangsa sanggup bertindak dmikian
knp perlu nk salahkan pemimpin umno ntebal??

sblm nk post, check dulu..
org2 umno ramai yg pi ziarah lps kejadian tu..
ahad lps,ADUN UMNO, tim ketua bhgn, s/u bhgn, ketua cwgn dh pi melawat..
masuk sinar hari ni edisi utara,,
nanti berkesempatan, saya upadte blog saya utk tunjukkan..
jgn nk menonong x tentu hala..

Nampaknya Umno Nibong Tebal tidak seperti yang saya sangka. Mereka memang juara rakyat. Sebelum kejadian bakar diri tersebut berlaku ,Umno Nibong Tebal selalu membantu keluarga tersebut. Syabas !

Oleh yang demikian saya rasa wajar saya memohon maaf kepada Umno Nibong Tebal berhubung artikel saya sebelum ini. "Maafkan chet ".

Cuma satu saya nak tanya, pernahkah keluarga ini diberi kaunseling atau semangat, atau kata-kata peransang. Setakat bagi gula, bagi beras, bagi tepung, tak berkesan. Sebab itu saya kata, mereka-mereka yang begini kita kena bagi pukat atau batang pancing. Jangan bagi ikan kepada mereka.

Oleh yang demikian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUNT kerana sudi memberi penjelasan. Kalau tidak saya pun tak tahu. Yang keluar di Sinar Harian edisi utara, saya pula berada di kutub selatan. Disini belum ada lagi Sinar Harian edisi kutub selatan.

Kepada Umno-Umno bahagian lain pun , jenguk-jenguk sikit masalah rakyat Jangan sampai pisang berbuah empat belas kali. Rajin-rajin sikit naik motosikal meronda kawasan dan singgah berbual-bual dengan orang ramai. Barulah boleh tahu masalah rakyat.

Tentang dakwaan saya mengikut rentak pembangkang, itu tak betul. Sebenarnya pembangkang yang mengikut rentak saya.

Opsssss lupa nak tanya, di P.Pinang siapa yang pembangkang ?

Apa-apa pun maafkan saya. Kirim salam kepada Datuk Non.

UMNO JUARA RAKYAT ?

Klik pada imej untuk membaca dengan jelas

Miskin
Anak ramai
Anak degil
Tertekan ? Bakar diri.
Negara 53 tahun merdeka

Disaat para pemimpin Umno sedang bertungkus lumus dengan program Umno Juara Rakyat di Hulu Selangor pada jumaat hingga ahad lepas, lain pula ceritanya di Nibong Tebal.

Seorang ibu yang baru berusia 33 tahun, tetapi mempunyai tujuh orang anak melecur separuh badan kerana membakar diri sendiri akibat tekanan hidup, kemiskinan dan sikap anak yang degil.

Persoalannya , dimana pemimpin masyarakat setempat sehingga tidak tahu kemiskinan dan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini ?

Mana ketua kampung baik negeri atau persekutuan ? mana ketua cawangan Umno, mana ketua pemuda cawangan ? mana ketua wanita cawangan ? mana ketua puteri cawangan ? mana wakil rakyat ? mana pegawai kebajikan masyarakat ? Semuanya duduk goyang batu.

Umno Juara Rakyat ??? Wa kah...kah...kah.... Setakat pemimpin atasan saja yang duduk sibuk , tetapi pemimpin bawah duduk goyang batu, boleh lupakan semua itu. Tak ke mana program yang dirancang, akhirnya tinggal nama dan hasilnya makan diri balik. Tiga tahun lagi bungkus lebih teruk lagi di P.Pinang.

Halo, adik, abang, makcik, pakcik pemimpin Umno sekalian. Juara rakyat bukan setakat, tolong orang buat rumah, buat jalan, tolong orang masuk universiti atau bagi beras dan gula. Kehidupan rakyat juga harus dipantau. Rajin-rajinlah berjalan rumah kampung , tanya masalah dan kehidupan mereka. Kalau mereka ada masalah, tolong hantar kaunselor untuk bantu mereka.

Kalau mereka susah, gaji tak cukup nak tampung kehidupan, tolonglah cari kerja yang sesuai atau pendapatan tambahan untuk mereka. Tak perlu bagi mereka ikan, bagi mereka pukat, jala atau batang pancing.

"Hangpa semua tak buat kerja , hangpa semua dok melilau dan berlagak dengan jawatan ketua cawangan, ketua kampung,ketua wanita dan ketua pemuda serta ketua puteri. Bila pergi mesyuarat bahagian atau perhimpunan agung di Kl, hangpa semua yang lebih dok berkokok pasal tolong melayu. Podahhhhh....."

Cuba anda semua bayangkan, saya yang ada lima anak, walaupun gaji ribu-ribuan pening juga bila kita duduk di bandar besar, semuanya duit . Ada masanya kita juga tertekan. Tapi masalah yang saya hadapi mungkin tak seteruk yang dihadapi wanita berkenaan.

Dia ibu muda, ada tujuh anak, bekerja sebagai pembantu restoran, suami pula pengawal keselamatan, gaji entah berapa ratus sebulan bila dicampur pendapatan mereka berdua. Anak pula tujuh orang, ada yang degil pula, hidup miskin, ditambah pula sekolah baru bermula, semuanya perlu duit. Itulah yang membuat dia tertekan, dan kebetulan pula pada masa itu mungkin dia ada darah tinggi, terus gelap mata dan bakar diri. Itu belum dikira lagi jika ada masalah dengan suami, ahli keluarga, jiran tetangga atau rakan sekerja.

Itu sebab saya kata ,mereka perlu dibantu dari segi nasihat, kaunseling, tunjuk ajar dan sebagainya. Bila kita kata bantu, tak semestinya bantu itu bermaksud duit. Duit bukan penyelesai kepada segala masalah.

Jangan pula ketua cawangan Umno, ketua kampung atau pegawai kebajikan masyarakat kata mereka tak tahu masalah yang dihadapi oleh mangsa. Kalau kamu semua tak berjalan dan tak menyelami hati rakyat , macamana kamu nak tahu.

Kepada MT Umno, hentikanlah dulu program Umno Juara Rakyat selagi MT-MT Umno tak 'menjuarakan' dulu pemimpin Umno atau BN peringkat bawahan. Percayalah cakap saya, kalau diteruskan juga dalam suasana yang begini sekarang, maka Umno cari nahaslah....


Pssttt...mungkin di Nibong Tebal tiada bahagian atau cawangan Umno kot

PM NAIK ANGIN. SALAH SIAPA ?

Jumaat lepas kita semua menonton di kaca tv bagaimana Datuk Seri Najib 'naik angin' dengan wartawan Malaysia Insider apabila wartawan berkenaan menanyakan soalan berkaitan gereja dibakar dengan Umno.

Sepertimana yang kita semua tahu Malaysia Insider dan Malaysiakini memang portal berita yang p*****k. Malaysia Insider boleh dikategorikan masih boleh tahan berbanding dengan Malaysiakini. Malaysiakini 100 kali lebih p*****k.

Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat terhadap kerajaan,Islam dan melayu. Jahat mereka memang sudah sampai tahap melampau. Salah siapa ?

Bukan salah ibu mengandung, salah bapa tak baca Bismillah.

Kerajaan yang salah dalam hal ini. Kerajaan yang beri mereka peluang dan beri mereka muka. Sepatutnya kerajaan tidak mengiktiraf mereka-mereka ini. Belum sampai setahun memerintah P.Pinang dan Selangor, kerajaan DAP dan PKR mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan terhadap mereka dan memboikot Utusan. Mereka tegas dalam keputusan mereka.

Tetapi tidak bagi kita, kerajaan terus menerus memberi peluang kepada mereka atas nama kebebasan media. Sepatutnya kerajaan tidak mengiktiraf mereka dan Kementerian Penerangan tidak memberi pas -pas media kepada mereka. Ini tidak, kerajaan melayan mereka seperti mana melayan media-media utama negara.

Siapa mereka ? Mereka bukannya media yang berdaftar dan mempunyai permit atau lesen. Mereka hanya berbekal sebiji komputer riba. Jika begitu saya dan rakan-rakan juga harus diberi pas media. Jika mereka media baru, saya pun media baru. Tapi permohonan saya dan rakan-rakan tidak pernah dilayan. Inilah yang dikatakan kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Sepatutnya sudah lama, kerajaan menyekat mereka, bukannya dibiarkan dan semakin hari mereka semakin besar kepala. Mereka juga harus disekat daripada menggunakan nama Malaysia sebagai jenama mereka.

Kementerian Penerangan juga harus memilih wartawan-wartawan yang betul-betul berkualiti untuk sesuatu sidang media yang melibatkan PM, TPM dan Menteri-menteri. Bukannya main hentam kromo saja, siapa ada pas media boleh buat liputan.

Kalau nak tegas, biar tegas sungguh, jangan kluk-klek. Sekejap begitu, sekejap begini. Lihat kerajaan P.Pinang dan Selangor , bila mereka kata Utusan tak boleh buat liputan, maka tak boleh lah. Sampai sekarang pun tak boleh. Bukan setakat kerajaan negeri yang halang, orang-orang bawah pun halang. Kita ????

Saya masih ingat lagi ditahun 90 an dulu, seorang wartawan Utusan Malaysia pernah dipukul oleh penyokong PAS di depan pejabat Utusan Kelantan di Kota Bharu kerana tidak berpuashati dengan laporan Utusan. Si penyerang dengan selamba saja datang ke pejabat Utusan dan tanya nama wartawan yang berkenaan. Apabila wartawan berkenaan keluar , dia terus pukul dan lari. Saya tidak ingat siapa nama wartawan berkenaan.

Begitu juga di zaman reformasi 98/99 dulu. Hampir hancur kereta TV 3 dikerjakan oleh penyokong-penyokong reformasi di Jalan Tun Perak KL.

Adakah pemuda Umno berani bagi penumbuk sebiji kepada wartawan-wartawan malaysiakini ?

Saya sudah jangka jawapannya akan berbunyi begini dengan nada suara yang paling lembut "tidak, kita Umno tak boleh buat begitu,bukan budaya kita begitu" , podahhhhhhhhh. Sampai bila kita harus bertahan, bertahan, bertahan. Lawan asyik serang kita, kita asyik bertahan saja, bila nak gol ? kalau tak gol, bagaimana nak memang.

Tuesday, January 12, 2010

PAK LAH, KJ, KAMALUDDIN & TONY , TOLONG JAWAB




Ulasan daripada artikel asal seperti link dibawah

Raja Petra bersembunyi di rumah Helinna Hanum Dadameah

Apakah pertalian diantara semua pengkhianat negara ini ?

Antara Thaksin dan Kalimullah

Kalimullah Hassan, seorang lelaki yang berasal dari Uttar Pradesh, India adalah orang yang rapat dengan Pak Lah, KJ, Kamaluddin (anak lelaki pak lah) di zaman Pak Lah menjadi PM.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar lagi tentang perkara ini semua sekarang. Saya menuntut Pak Lah , Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin menjawab semua ini. Kenapa orang anda jadi begini atau pun memang anda bertiga yang suruh dia jadi begitu ? Tidak adil pada mereka , jika saya membuat tuduhan sekarang sebelum mereka menjelaskan keadaan sebenar.

Tolong jelaskan kepada rakyat, jika tidak mahu imej anda semua terpalit sama. Jika tiada penjelasan diberikan dalam masa seminggu, saya anggap anda semua bersengkongkol dengan Kalimullah untuk menjahanamkan negara dan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai PM.

Hatiku kini semakin dekat untuk mempercayai apa yang di 'dendangkan' oleh Parpukari selama ini. Selama ini aku banyak menjadi penghalang kepada Parpukari supaya tidak memecah belahkan parti dengan membuat hentaman secara terbuka dan bagi dia peluang. Tetapi sekarang, hatiku sudah mula goyang. Anak sungai pun berubah, apa pula hati orang.

Saya bukan pengikut dia yang setia, saya hanya ahli parti dan menghormati ketua yang dipilih. Tapi sekarang, dia pula kena hormat kepada ahli dengan membuat penjelasan perkara yang sebenar kepada ahli-ahli bawahan, jika tidak mahu berlaku pemberontakan dalam parti.

Tony Fernandez, selaku bos Air Asia juga harus menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Kalimullah dalam syarikat yang dimiliki oleh Air Asia. Jangan sampai rakyat mengecop Tony sebagai pembekal utama duit kepada Kalimullah dan Raja Petra.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU




DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

INI NEGERI, NEGERI YANG BERDAULAT

INI NEGERI, NEGERI YANG BERTUAN

SIAPA TUANNYA ? SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH

SIAPA BERKUASA DI NEGERI INI ? SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH

BUKANNYA , TERESA KOK, RONNIE LIU , CHARLES SANTIAGO, XAVIER, ELIZABETH WONG.

ADA FAHAM KE SEMUA ? DAP KOMUNIS TOLONG FAHAM SIKIT

INI NEGERI SULTAN YANG PUNYA....


Sunday, January 10, 2010

MALAYSIAKINI MAKIN MELAMPAU

Klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Nampaknya malaysiakini makin melampau. Kita tidak boleh biarkan lagi. Kita sudah lama bersabar lagi . Semakin hari semakin melampau. Kerajaan harus bertindak segera. Jangan asyik beri amaran lagi. Jika kerajaan tidak mahu bertindak,biar rakyat yang bertindak sendiri.

Ayuh kita semua buat laporan polis seluruh negara. Semalam Perkasa telah pun membuat laporan polis seperti dibawah. Kita tidak boleh tunggu dan lihat lagi. Tindakan segera harus diambil. Malaysiakini memang celaka besar dan penjahat taraf barua. Mereka sengaja memilih jalan untuk mencetuskan huru-hara, kemudian mereka kata Umno yang buat.



KUALA LUMPUR 7 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen pembaca yang boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.


Komen pembaca yang dikenali Ablastine itu disiarkan kelmarin di bawah berita bertajuk Kumpulan merancang membantah penggunaan kalimah Allah.

Dalam reaksi berbahasa Inggeris itu pembaca berkenaan menyatakan, ”Jika bukan Muslim dilarang untuk menggunakan perkataan Allah, saya menganggap perkataan itu boleh digolongkan sebagai F**K, bangsat, anak luar nikah, lubang d***r dan lain-lain.

”Tidak boleh dinyatakan melainkan anda adalah penulis Muslim. Kita akan menjadi lebih buruk daripada pihak Taliban. Moga tuhan membantu kita.”

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, komen pembaca tersebut mengandungi perkataan-perkataan sensitif menghina kesucian agama Islam.

“Tindakan pengendali portal berita terbabit menyiarkan komen pembaca berkenaan umpama mencurah minyak ke dalam api dan tidak bertanggungjawab.

“Malaysiakini tidak wajar menyiarkan komen seperti ini demi mengelakkan suasana yang sudah tegang menjadi tidak terkawal,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perkasa Negeri Perak, Ahmad Zaini Ismail dan beberapa ahli Perkasa.

Syed Hassan berkata, beliau membuat laporan itu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan terhadap portal berita tersebut termasuk pemberi komen terbabit.

“Setiap pemberi komen di Malaysiakini perlu melanggan, maka pada pendapat saya amat mudah untuk mengetahui identiti individu berkenaan,” katanya.






Saturday, January 9, 2010

BERLAKON ALA ANWAR IBRAHIM


Patah tumbuh hilang berganti.

Ketika Anwar Ibrahim sudah senja dan berada di penghujung dunia politiknya, lahir pula pelakon politik yang baru sebagai ganti.

Semuanya dia mahu ikut gaya Anwar, daripada gaya percakapan, gaya pakaian hingga ke gaya politik.

Gambar diatas dirakam semalam sewaktu lelaki mabuk diatas kerusi roda tersebut hendak menuju ke masjid untuk sembahyang jumaat.

Cedera ditangan hanya satu jahitan, tetapi lagaknya bagaikan lumpuh separuh badan hingga pucuk pun mati. Tak boleh berjalan, hingga terpaksa diletak diatas kerusi roda untuk bersembahyang.

Itulah dia politik, nak berjaya, kena pandai berlakon. Silap berlakon masuk dalam kubur politik.

Esok atau lusa mamat yang diatas kerusi roda tersebut akan pakai bengkung di leher pula. Sama seperti Anwar.

Lepas itu, dia kata pula air kencing dia ada arsenik atau dia dicucuk dengan darah yang ada virus hiv.

Lepas itu dia kata pula lagi, dia terlibat dalam kemalangan kerana disabotaj oleh Dr.Zambry.

Begitulah kisah manusia munafik yang dimakan sumpah. Tempohari dia mengkartunkan Perak Darul Ridzwan kepada Perak darul kartun. Sekarang dia pula yang menjadi kartun.

Gambar diatas dirakam semalam, sewaktu nizar keluar dari wad seketika untuk bersembahyang jumaat di Masjid berhampiran Hospital Ipoh.


Friday, January 8, 2010

KHALID SAMA DIPIJAK OLEH ORANG SHAH ALAM

Banner yang paling menarik perhatian
Yb Badrul, Adun Pelabuhan Klang. Kiri,berbaju batik
Gambar khalid samad di tempat meletak selipar.
Sebelum polis rampas, pijak cukup-cukup
Pijak,pijak,pijak. Jangan tak pijak
31.dec.2009 adalah hari yang paling malang bagi umat Islam di Malaysia, bilamana Mahkamah Tinggi KL membuat keputusan bahawa perkataan ALLAH boleh digunakan di gereja katolik.

Bagi orang Islam Shah Alam, malang mereka berganda. Keputusan mahkamah satu malang ditambah pula dengan sikap ahli parlimen mereka sendiri yang menyokong gereja menggunakan perkataan ALLAH.

Hari ini mereka dapat memuaskan hati mereka sendiri, mereka pijak-pijak gambar ahli parlimen mereka sendiri. Mengikut perancangan mereka , selepas pijak mereka akan membakar gambar khalid. Tetapi, tak sempat bakar, polis sudah rampas gambar berkenaan. Nasib khalid baik hari ini, kerana polis telah menyelamatkan beliau.

Penduduk Shah Alam berkata, mereka memilih khalid dalam p/raya yang lepas dengan harapan beliau dapat memberi yang terbaik kepada warga Shah Alam berbanding dengan ahli parlimen mereka sebelum ini. Mereka ingatkan syiar Islam akan berkembang subur di bumi Shah Alam apabila memilih calon dari parti Islam.

Tetapi, mereka kecewa. Harapan mereka meleset. Bukan syiar Islam yang subur, syiar kristian pula yang terlalu menyubur-nyubur. Itulah dia wajah sebenar seorang wakil rakyat Pas yang selama ini dikatakan mengembangkan syiar Islam.

Penduduk Shah Alam sudah bertaubat. Mereka bersumpah tak akan undi lagi Khalid Samad dalam p/raya akan datang. Bagi mereka khalid samad adalah seorang pelacur dan peliwat agama demi untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Pendapat saya pula, karier politik khalid sudah hancur di Shah Alam. Kalaulah beliau letak jawatan hari ini dan undang-undang membenarkan beliau boleh bertanding semula, saya rasa dia akan hilang deposit.

Saya merasakan khalid tidak akan bertanding di Shah Alam dalam p/raya akan datang. Dia akan lari. DAP akan bagi satu kerusi di kawasan cina untuk dia.

Kepada penduduk Shah Alam pula, inilah yang dipesan oleh orang tua-tua dulu, 'menyesal kemudian tak berguna'. Anda yang pilih dia, maka anda tanggunglah akibatnya. Sebab itu kita kena guna kuasa mengundi kita sebaik mungkin. Walaupun sewaktu mengundi hanya sebatang pensil dan sehelai kertas kecil, tetapi impaknya besar. Lebih bahaya dari mata pedang. Jangan buat sambil lewa atau jangan main-main dengan pensil dan kertas. Kelak merana badan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Adun Pelabuhan Klang. Walaupun ada orang sering merendah-rendahkan beliau, tetapi tidak bagi saya. Ternyata beliau seorang yang berani. Saya puji beliau, kerana beliau berani datang ke demontrasi di Masjid Shah Alam. Ternyata beliau bertelur, berbanding dengan Adun-adun melayu Selangor yang lain. Semuanya telur menyusuk masuk ke dalam seperti kepala kura-kura.

Saya cuba juga mengintai-ngintai kelibat wajah ketua pemuda Umno Selangor, tetapi hampa, bayang pun nak nampak. Ini pun jenis telur masuk ke dalam juga. Letak jawatan sajalah wahai Suhaimi.

Esok atau lusa, kita boleh dengarlah khalid samad berkata 'ini semua Umno punya kerja'. Hi..hi..hi... bagi dia senang saja, apa-apa saja yang tak menguntungkan dia ,semuanya Umno punya kerja. Nasib baik bini dia mengandung , dia tak kata Umno punya kerja.

Lihat disini , video gambar khalid samad dipijak

Lagi gambar ada disini.

KHALID SAMAD DILANYAK CUKUP-CUKUP DI MASJID SHAH ALAM

Maaf, saya tak sempat nak buat posting berkenaan demo di Masjid Shah Alam hari ini.

Untuk sementara waktu lihat dulu di blog ini

Juga video disini

Posting bakal menyusul kemudian