Saturday, July 24, 2010

Kenapa KSSB Mengelak Bawa Wartawan Ke Lombong Haram ?

Saya baru mendapat info dari seorang rakan wartawan yang mengikuti rombongan KSSB melawat lombong pasir di Selangor hari ini.

Untuk pengetahuan anda, pada hari ini KSSB menyediakan sebiji bas dari pejabat mereka di Shah Alam untuk ke kawasan perlombongan pasir 'haram' dan pasir 'halal' di Selangor.

Saya diberitahu oleh rakan saya yang bas berkenaan penuh dengan wartawan sehingga tidak cukup tempat duduk dan ada yang terpaksa pergi dengan kenderaan sendiri.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pejabat MB para-para wartawan akan dibawa melawat lombong pasir 'halal' terlebih dahulu dan kemudiannya ke lombong pasir 'haram'.

Mereka bertolak dari Shah Alam jam 9.30 pagi dan tiba di lokasi lombong 'halal' di Olak Lempit lebih kurang 1 jam kemudian.

Setibanya di sana , mereka memberi penerangan tentang operasi lombong berkenaan kepada para wartawan dan juga dibawa melawat kawasan sekitar.

Semuanya selesai lebih kurang jam 11.30 pagi. Mengikut jadual para wartawan sepatutnya dibawa pula untuk ditunjukkan kawasan lombong pasir 'haram' bagi tujuan mereka membuat perbandingan.

Tiba-tiba sahaja pihak atasan KSSB memberitahu wartawan yang mereka tidak akan dibawa ke kawasan lombong 'haram'. Katanya buat apa kita nak melawat lombong 'haram' sebab ianya haram dan tidak cukup masa juga dijadikan alasan oleh mereka.

Para wartawan agak terkejut dengan keputusan itu, ini kerana mengikut jadual asal mereka sepatutnya dibawa ke kawasan berkenaan dan mereka juga telah bersedia untuk melawat kedua-dua tempat itu.

Selepas itu semua wartawan dibawa diminta menaiki bas dan dibawa ke hotel Mariott Putrajaya untuk jamuan makan tengahari sebelum bertolak balik ke Shah Alam.

Persoalannya,

Mengapa KSSB tidak mematuhi jadual yang dikeluarkan oleh pejabat MB ?

Mengapa KSSB tidak mahu membawa wartawan ke kawasan lombong haram ?

Jawapannya,

KSSB sendiri adalah dalang utama yang terlibat dengan pencurian pasir di kawasan lombong haram. Mana ada pencuri yang sanggup bawa orang dan tunjuk kepada orang tempat dia mencuri ? Nanti terbongkarlah rahsia.

Apa yang berlaku hari ini sudah terang lagi bersuluh bahawa KSSB lah dalang utama pencurian pasir Selangor.


Thursday, July 22, 2010

Rakyat Diutamakan: Mana Janji Kerajaan ?

Setiap kali harga minyak naik kerajaan sering berjanji akan meningkat mutu perkhidmatan awam. Tetapi sampai ke hari ini nampaknya janji kerajaan banyak yang tidak dipenuhi.

Ingat

RAKYAT DIUTAMAKAN !
RAKYAT DIUTAMAKAN !
RAKYAT DIUTAMAKAN !

Jangan hanya pandai mencipta slogan dan melaung-laungkannya sahaja. Buktikan !!!
..........................................................................................................

E mel yang dikirimkan oleh seorang pembaca yang bernama Ziee Lipan

Assalamualaikum bro...

Tolong buat posted didalam blog tuan bekenaan dengan kesusahan yang dialami oleh pekerja yang berulang alik daripada seremban keKL dengan menaiki bas. Dahulu bas boleh diambil di puduraya...kemudian pabila tidak dibenarkan beroperasi disitu beberapa tahun dahulu bas beroperasi didepan pasar seni..

Tetapi....

Bermula daripada hari ni bas tidak dibenarkan menurun dan mengambil bas disitu dan diarahkan supaya berpindah ke stesen bas jalan hang tuah.Bukan itu sahaja perjalanan bas pun telah tidak dibenarkan melalui jalan daripada brickfield ..menuju pasar seni dalam perjalanan ke jalan hangtuah..bas cuma dibenarkan mengikut laluan jalan san peng....

Apa yang menjadi masalah nya kebanyakan pekerja daripada seremban..bekerja dipersekitaran pejabat di Kuala Lumpur serta Selangor menjadikan kawasan pasar seni sebagai tempat perantaraan untuk mendapatkan kemudahan bas ..LRT untuk menuju destinasi tempat kerja. cuba bayangkan sekiranya dahulu kami terus boleh mendapatkan kemudahan bas untuk balik dan datang kerja tetapi sekarang terpaksa membelanjakan wang untuk mendapatkan teksi..putra dan juga bas rapidKl untuk kejalan Hang Tuah. Cuba bro sendiri melawat dikawasan bas stesyen Hang Tuah..terletak dikawasan lapang tiada kemudahan untuk duduk dan cuma terdapat 2 kemah untuk berlinding daripada hujan dan panas..sekira nya diwaktu puncak beribu penumpang yang hendak balik keseremban.

Apa yang dikesalkan, hentian bas di depan daya bumi tidak menganggu laluan jalanraya sebab bas cuma datang mengambil dan menurunkan penumpang sahaja..cuma memakan masa 5-10minit sebelum berlepas. Disebabkan maukan keuntungan syarikat rapidKL kami yang menjadi mangsa. sekarang ini pihak kenderaan bas SKS terpaksa mencari altenatif lain untuk mengambil penumpang yang menggunakan bas khas..iaitu di jalan Petaling(bersebelahan dengan Petaling Street)..tetapi rasanya taklama beroperasi disitu sebab ada sahaja pihak rapidKl akan buat aduan kepada pihak agensi kerajaan yang berkaitan...kami penumpang bas KL - Seremban seolah-olah menjadi pelarian dinegara sendiri.

Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kemudahan awam tetapi diwaktu yang sama menyusahkan rakyat demi kerenah ungtuk menguntung syarikat bas dibawah kuasa kerajaan..sekiranya ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepatutnya mengambil tindakan ketas bas metro dan juga rapidKl yang berhenti sesuka hati dan menunggu penumpang dan bukan nya tidak membenarkan bas syarikat lain yang beroperasi cuma untuk mengambil dan menurunkan penumpang yang mekan masa cuma 5-10minit sahaja. Sekarang ini masa kami terbuang dengan terpaksa mengharungi kekesakan jalan raya dijalan pudu selama 30 - 40minit untuk kejalan hang tuah dan juga terpaksa mengambil masa 20-30minit pulak untuk menunggu bas penuh sebelum bergerak balik keseremban....bayangkan berapa banyak masa terbuang disebabkan kerenah birokrasi.

Wednesday, July 21, 2010

Siapa Dia Setpol Baru Sahak Gobek ?

Walaupun kecil sedikit, tetapi nampak seperti pinang dibelah dua. Jadi, Puan Sri Salbiah dan Puan Rahimah kenalah hati-hati sikit ya. Setpol suami awak itu masih belum berkahwin lagi.

Wah....nampaknya andartu yang baru dilantik sebagai setpol sudah mula tunjuk taringnya. Dia juga cuba nak campur dalam kemelut pasir yang melanda Selangor sekarang sepertimana yang dilaporkan oleh media dajal di sini.

Tak mengapa, kita bagi dia campur dulu, selepas itu kita pakat-pakat timbus dia dengan pasir. Perempuan kalau sudah sampai umur 40 tahun lebih masih belum kahwin lagi dan sepanjang usianya tak pernah pancut air lain, asyik pancut air kencing sahaja, jadi kita faham-fahamlah macamana perangainya.

Dia nak jaguh andartu lah kononnya bila dia kata kerajaan sekarang lebih cekap menjana hasil pasir untuk negeri.

Saya nak beritahu anda semua, mereka hanya tunjukan jumlah keuntungan, tetapi mereka tidak beritahu perkara sebenar. Malah jumlah keuntungan yang dilaporkan oleh mereka belum tentu betulnya.
Semasa zaman BN memerintah semua hasil pasir yang dikutip oleh kerajaan BN pada masa itu adalah hasil perlombongan di tanah persendirian. Tiada sebarang aktiviti melombong dibenarkan di atas tanah kerajaan. Sebab itu hasil kutipan mereka rendah.

Kerajaan sekarang pendapatan tinggi (jika betul ) kerana pasir yang dikorek adalah diatas tanah kerajaan. Apa gunanya kutipan royalti tinggi jika habis semua bumi Selangor berlubang ? Anda semua lihat di sini bagaimana PKR berdolak dalik pasal kes pasir. Maklumat disana semuanya lengkap.

Berkenaan dengan andartu yang cuba nak jadi jaguh pasir pula, untuk pengetahuan anda dia adalah seorang peguam. Masih belum berkahwin,usia sudah melewati 40 an. Lagi info mengenainya ada di sini.

Saya nak beritahu anda, dia adalah antara orang yang tahu tentang perangai buruk Anwar . Dia pernah menceritakan perkara itu kepada beberapa orang dan saya difahamkan dia memberitahu bahawa Wan Azizah sendiri yang menceritakan kepadanya. Pasal itu saya tak mahu mengulas lanjut lagi. Saya nak tengok dulu apa reaksinya atau pun jika lebih banyak dia buka mulut selepas ini lagi banyak saya bongkar pasalnya. Lagi maklumat mengenai andartu tersebut ada juga di sini.

Saya juga tahu satu peristiwa yang terjadi dalam sebuah bilik hotel di Pulau Pinang antara diantara dia ,Azizah dan Anwar. Saya akan bongkarkan segalanya bila dia cakap lebih banyak lagi selepas ini.

Demontrasi Saman Ekor. Setuju ?

E mel Pembaca

Salam,
Dear RBF,

Saya merasa terpanggil untuk mengulas isu berkenaan saman ekor ini. Saya percaya begitu ramai rakyat kita yang telah disaman tetapi tidak menyedarinya sehinggalah mereka hendak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Ia telah berlaku kepada saya baru-baru ini ketika hendak memperbaharui cukai jalan kereta yang didaftarkan atas nama isteri saya. Saya terpaksa menggunakan kad kredit saya semata-mata untuk melangsaikan saman ekor terhadap isteri saya melalui laman web myeg.com.my. Itu belum lagi saman yang dikeluarkan atas nama saya. Saya tidak tahu bila saya boleh membayarnya kerana sekarang ini kehidupan kita bukannya mewah, kebanyakkan barangan agak mahal sekarang berbanding dengan pendapatan kita. Sudah tentu kita akan mendahulukan keluarga sebelum membayar saman.

Saya bersetuju dengan pendapat sesetengah rakyat Malaysia bahawa sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk menghukum rakyat. Saya bersetuju bahawa kita seharusnya mematuhi undang-undang jalanraya, tetapi penguatkuasaan secara paksa dan tergesa-gesa di bawah kerajaan pimpinan BN sekarang ini agak keterlaluan dan menyebabkan rakyat menjauhi BN dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pilihanraya umum akan datang. Saya mencadangkan agar rakyat dibeli pilihan tentang bagaimana kaedah terbaik untuk melangsaikan hutang saman tersebut. Salah satu daripadanya ialah rakyat dibenar untuk membayar saman secara ansuran, sudah tentu ini tidak akan membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Apa pendapat RBF ??

Rgds,
Hazman
Ampang, KL

Hazman, saya sudah letih sebenarnya pasal isu saman ekor. Setiap hari inbox saya dipenuhi dengan isu ini. Saya pun tak tahu apa nak buat lagi.

Pendapat saya , saya sudah nyatakan di sini sebulan yang lepas. Punca terjadi semua ini juga saya sudah nyatakan. Sekarang saya paste sekali lagi di bawah

Punca utama saman ekor boleh tertunggak banyak adalah kerana sikap kerajaan juga. Selama ini kerajaan tidak tegas melaksanakan penguatkuasaan. Jika selama ini penguatkuasaan tegas, tiadalah saman ekor menimbun.

Kenapa selama ini kerajaan tidak senarai hitamkan penerima-penerima saman ekor dari memperbaharui cukai jalan atau lesen ? Sekarang bila dilaksanakan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan penerima harus membayar sekaligus semua saman sebelum memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Pandangan sudah diberi, pendapat sudah dilontar, tetapi nampaknya kerajaan buat keras kepala sahaja. Apa kata kita sebagai rakyat tunjuk keras kepala kita pula. Apa kata kalau kita pakat-pakat buat demontrasi mengenai perkara ini.

Setuju atau tidak ?

Kalau setuju, kita pakat-pakat bincang, bila, dimana dan apa nama demo. Bab nak promo jangan bimbang, ramai blogger boleh promo.

Kalau buat demo pun tak jalan juga, hangpa faham-faham sendirilah, mai p/raya nanti pandai-pandailah hangpa guna 'senjata' yang ada. Kita tidak berniat untuk 'membunuh' kerajaan sedia ada, tetapi kerajaan mencabar kita 'membunuh' mereka.



Tuesday, July 20, 2010

Pasir: Baik Punya Wayanggggg.....

Perompak pasir tangkap peyamun pasir

Baik punya wayang yang dijayakan oleh pencuri pasir dan penyamun pasir.

Apa salahnya penyamun korbankan sebiji lori yang bernilai hanya puluhan ribu semata-mata tak nak bagi nampak yang perompak bekerjasama menyamun pasir yang bernilai ratusan juta.

Kemudian suruh pemandu atau pembantu ambil gambar dan esoknya e mail kepada wartawan Sinar Harian supaya siarkan.

Wayang kulitttttttt beb........

Mengapa lagi Khalid Ibrahim@Sahak Gobek perlu meminta tolong kerajaan pusat atau Dr Lo' Lo' nak mintak minta PGA atasi masalah kecurian pasir di Selangor jika exco sendiri yang boleh tangkap penyamun.

Exco seorang diri, dengan hanya memakai kain pelikat dan tidak pakai seluar dalam boleh cekup penyamun pasir maka tiada alasan jika Sahak Gobek kata sukar untuk atasi masalah kecurian pasir di Selangor.

Saya berharap selepas ini Tan Sri Musa Hassan dapat menghantar anggota-anggota polis pergi belajar dengan exco terbabit cara-cara nak tangkap perompak,penyamun atau pencuri. Maklumlah dia lebih hebat dari polis, tak perlu senjata dan tak perlu ramai-ramai untuk tangkap penyamun.

Saya sudah mendapat satu tips untuk menangkap penyamun atau perompak, mesti pakai kain pelikat, pakai kopiah dan satu lagi , jangan pakai seluar dalam, confirm kita semua dapat tangkap penyamun atau pencuri. Ingat, jangan pakai seluar dalam.

Agak-agak anda berapa upah yang pemandu lori terbabit dapat untuk menjayakan wayang di atas ?


Monday, July 19, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Cerita dibawah dikirim melalui e mel kepada saya oleh saudara Lukman-rbf

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Saman Ekor : Tolonglah Wahai Mr PM

Masalah saman ekor yang menghantui rakyat sejak kebelakangan ini nampaknya belum reda lagi. Makin hari makin banyak rungutan. Tolonglah kerajaan, tolonglahhhhhhh.

Bulan puasa sudah dekat, raya pun tak lama lagi, minyak pun baru naik, semua itu duit. Tolonglah jangan tekan rakyat yang nak bayar cukai jalan atau lesen memandu.

Nanti ramai yang nak balik beraya di kampung halaman pandu kereta tiada cukai jalan. Bukan niat saya hendak melindungi pesalah jalanraya, cuma bagi sedikit ruang kepada mereka. Mereka bukannya lakukan kesalahan jenayah, hanya kesalahan traffik. Bulan lepas saya pernah tulis perkara ini dan cadangannya di sini.

Setiap hari ada sahaja e mel atau komen-komen yang ditinggalkan oleh rakyat di blog ini berhubung dengan saman ekor. Begitu juga di akhbar-akhbar, tetapi kerajaan masih lagi buat tak tahu, seolah-oleh tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Di bawah ini satu lagi e mel yang saya terima dikirimkan oleh Faizal Abu Bakar dari Kulim, Kedah.

Salam saudara Faisal, Saya nak syorkan kepada saudara agar dapat menambah tulisan dalam blog saudara berkenaan dengan saman ekor yang dikatakan akan dilaksanakan oleh PDRM. Adakah kerajaan yang memerintah sekarang betul2 mengamalkan moto 1Malaysia iaitu 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', rasanya hanya duit yang diutamakan. Ok kembali kepada saman ekor, ada beberapa perkara yang boleh di persoalkan;

1. Dari sudut ekonomi kerajaan, adakah kerajaan untung dengan menyenaraihitamkan rakyat yang tidak membayar saman; rakyat nak bagi cukai dekat kerajaan tapi kerajaan tak nak ambik! Nampaknya kerajaan kita ni memang banyak duit, rakyat nak bagi kerajaan tak nak ambik! Saman ni umpama bonus saja bagi kerajaan, cukai tu adalah gaji saja, tak kan tak dapat bonus, gaji tak nak ambik?


2. Sejak bila pulak penjawat awan dibenarkan membuat kenyataan dengan dasar kerajaan? Pada 10/07/2010, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata tindakan saman ekor itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. Katanya, pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis saman diserahkan akan disenaraihitamkan. Kenyataan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam kerana ia akan memberi kesan kepada kerajaan yang memerintah! Rakyat akan kata tak apa, tunggu PRU13, kami bukan suka Pakatan Rakyat, tapi kami benci BN yang tak tau jaga rakyat.


3. Kenapa PM Datuk Najib mengulas dengan menyatakan polis hanya menjalankan tanggungjawab dalam penguatkuasaan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kalau Ketua Trafik tu pandai sangat, ambik saja dia jadi menteri kewangan. PM kita ni nak jaga polis sorang ni ka atau rakyat yang 28 juta!


4. Menteri yang patut ulas pasal polis ni adalah Menteri KDN, bukan PM, apasai la PM kita jadi macam ni, kalau zaman Tun Dr. M dulu benda-benda macam ni tak jadi. Ini lah jadinya orang yang tak pernah susah jadi pemimpin.
Salam, nanti lain kali kalau ada perkara yang menyusahkan, saya akan beri komen lagi. Sekian, semoga sebarkan kepada bloger yang lain supaya kita sama-sama ingatkan PM 1Malaysia kita.....

Faizal, Kulim, Kedah

Sahak Gobek




Tunggu apa lagi ???



Komenlahhhhh !!!

Sunday, July 18, 2010

Letak Jawatan:Sekalung Tahniah Kepada Suhaimi

Saya difahamkan oleh beberapa sumber bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Ghazali telah menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Difahamkan juga satu pengumuman rasmi untuk mengumumkan perkara tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.

RBF ingin mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana bertindak secara gentlemen. Beliau berani mengambil tanggungjawab atas kegagalannya. Beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan beri peluang kepada orang yang boleh menjalankan tugas.

Semoga pemimpin-pemimpin lain yang gagal, berani juga mengambil tanggungjawab sebagaimana yang dilakukan oleh Suhaimi.

Sekali lagi tahniah kepada Suhaimi.

Habis cerita bab Suhaimi, sekarang timbul pula persolan baru. Siapakah yang layak menggantikan Suhaimi sebagai Ketua Pemuda Selangor. Yang ini pun satu masalah juga, KJ perlu berhati-hati dalam hal ini.

KJ kena ingat, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Di saat begini, UMNO/BN Selangor memerlukan seorang KP yang gigih, berani, bijak berpolitik serta kreatif. P/raya makin hari makin dekat , Selangor perlu ditebus kembali. Sesiapa yang bakal memegang jawatan tersebut perlu bekerja keras 24 jam sehari, 7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Tiada masa untuk berbulan madu.

KJ tidak boleh melantik KP Selangor mengikut selera atau kehendak dia sahaja
. Pandangan ahli-ahli bawahan dan ketua-ketua pemuda bahagian perlu diambil kira. KJ berada di KL, yang nak bekerja pemuda di Selangor. Jika KJ melantik orang-orang yang tidak boleh diterima oleh ahli bawahan atau ketua-ketua pemuda bahagian maka masalah yang sama akan berulang balik.

Apa kata KJ lakukan sedikit reform dalam hal ini, buka tawaran kepada semua ketua-ketua pemuda bahagian yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan. Sesiapa yang berminat datang 'temuduga' serta present di depan kepimpinan pemuda pusat kenapa dia patut dipilih sebagai KP Selangor serta nyatakan visi dan misinya dalam usaha menawan kembali Selangor.

Apa yang saya nyatakan diatas adalah sebahagian elemen yang harus diambil kira, tidak boleh pakai yang itu 100 %, elemen lain juga perlu diambil kira termasuk perangai-perangainya. Ada orang yang hanya boleh bercakap tetapi tidak boleh buat kerja, ada orang yang pendiam tetapi kerja laju.

Perkara ini mungkin nampak pelik, tetapi tidak salah jika ianya dilaksanakan sesuai dengan pembaharuan yang dilakukan oleh UMNO. Lagi pula Selangor agak istimewa, orang nak jadi KP harus gigih ,rajin, bijak serta kreatif. Masa untuk pegang jawatan bagi tujuan berlagak sudah berlalu. Zaman sekarang ketua kena jadi kuli.

Di bahagian atas blog ini terdapat senarai 21 nama ketua-ketua pemuda bahagian di Selangor. Siapakah yang anda rasa layak ? Sila lakukan undian anda.

Sesiapa sahaja yang dipilih, saya serta rakan-rakan blogger lain sedia menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang terpilih bagi menjayakan misi memusnahkan PKR dan DAP di bumi Selangor.

Terkini : Ketua Pemuda Umno Selangor Letak Jawatan




Berita yang baru diterima.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Ghazali dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Khairy Jamaluddin.

Difahamkan KJ akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Ulasan lanjut bakal menyusul...