Friday, August 13, 2010

Concorde S.Alam Tiada Sijil Halal ? Concorde KL Pula ?

Sungguh mengejutkan...

Sungguh tak ku sangka, ku ingatkan halal ,rupa-rupanya haram.

Kepada sesiapa yang pernah makan di Hotel Concorde baik di KL atau di Shah Alam selama ini saya harap anda semua beristighfar banyak-banyak.

Mengikut senarai hotel-hotel yang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAIS sepertimana disiarkan Utusan Malaysia semalam dan hari ini, jelas menunjukan Hotel Concorde Shah Alam tidak mempunyai pengiktirafan halal oleh JAIS.

Astaghfirullah! sejak Concorde Shah Alam dibuka hingga kini sudah berapa belas kali Ramadhan berlalu dan sudah beribu-ribu orang islam berbuka puasa di sana, baru kini diketahui bahawa hotel berkenaan tidak mempunyai pengiktirafan halal.

Ayam apakah yang kita makan selama ini di Concorde, adakah ayam yang disembelih atau ayam yang dicucuk ? Wallahualam...

Itu cerita bab Concorde Shah Alam...

Sekarang mari kita cerita bab Concorde KL pula.

Yang ini lagi dasyat, sudah terang lagi bersuluh.

Anda lihat promosi di bawah.

Pada saya ini satu penghinaan kepada orang-orang Islam. Kesucian dan kemurnian Ramadhan diletak sebaris dengan babi.
Klik sini

Lebih hina lagi apabila seorang perempuan Islam yang diberi tugasan untuk menguruskan tempahan hidangan babi.

Klik sini

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar lagi tentang perkara ini, dah tak larat nak menulis. Sama-samalah kita fikirkan dan sama-samalah kita sebarkan kepada saudara-saudara kita.

Terima kasih kepada seorang pembaca yang menghantar komen kepada saya untuk memberitahu tentang kisah daging babi diatas.


Kamera Pengintip Dijumpai Di Rumah RBF

Saya telah menemui sebuah kamera tersembunyi di dalam rumah saya pagi tadi. Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti seharian RBF.

Ketika bangun untuk bersahur jam 4 pagi ini saya terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik , saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya.

Saya sudah teliti rakaman berkenaan, tiada apa-apa yang berjaya dirakamkan oleh perakam berkenaan melainkan gambar kain langsir rumah saya sahaja.

Ini kerana perakam itu diletak dibelakang langsir, maka sudah tentu langsir itu menjadi penghalang untuk perakam tersebut merakamkan gambar-gambar lain.

Saya tidak akan membuat laporan polis dan hanya akan melakukan siasatan sendiri. Saya juga telah berpesan kepada anak dan isteri saya agar meningkatkan kawalan keselamatan di rumah saya sewaktu saya tiada di rumah.

Persoalannya di sini:

Kenapa si pengintip ini terlalu ngok sangat ?

Apa ke jadahnya kalau nak mengintip letak perakam di belakang langsir, apa yang nak dirakamnya ? Nak rakam aktiviti orang atau nak rakam aktiviti langsir ?

Lain kali kalau nak mengintip letaklah perakam yang kecil sikit, janganlah letak perakam yang saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa.

Tolong pastikan juga bunyi amaran bateri lemah disetkan kepada 'silent mode'.

Tamat


Percayakah anda pada cerita saya di atas ?


Percayakah anda pada cerita ini ? Klik sini

Ha ! Ha ! Ha !

Wa...kah...kah...kah...kah..

Semuanya nak divert isu sahaja. Sudah tak tahan dengan serangan bertalu-talu dan pembohongan demi pembohongan yang didedahkan. Akhirnya kamera pengintip yang menjadi mangsa untuk tutup pembohongan.

Kalau berani buatlah laporan polis. Pencerobohan pejabat ketua kerajaan negeri bukan benda main-main,ianya satu perkara serius.

Dalam kes curi pasir bukan main lagi salahkan polis kerana tidak membantu. Apabila pejabat sendiri diceroboh, tak mahu pula minta bantuan polis. Pelik !

Saya menyeru kepada rakyat negeri Selangor yang prihatin dan sayangkan kepada MB Selangor agar membuat satu laporan polis tentang perkara ini.

Rakyat Selangor tidak boleh pandang enteng perkara ini. Ianya satu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas mesti diambil terhadap penceroboh.

Ini soal keselamatan seorang MB, apatah lagi ianya MB kita semua. Sayangilah MB anda, dan tolonglah buat laporan polis sebagai tanda kasih dan sayangnya anda pada beliau dan juga tanda keprihatinan anda terhadap keselamatan MB anda.

Jika hari ini ada orang boleh ceroboh pejabatnya dan letak perakam video, tidak mustahil satu satu hari nanti pejabatnya diceroboh lagi dan diletak bom pula. Jika ditakdirkan bom itu berbunyi terlebih dahulu sebelum meletup dan dapat dikesan oleh MB bom itu berada di belakang langsir, tidak mengapalah. Buatnya bom itu terus meletup tanpa sebarang amaran atau tanpa sempat dikesan oleh MB, apa nak dikata. Waktu itu, nasi sudah menjadi bubur.

Sebagai rakyat Selangor yang prihatin, sudah tentu anda semua tidak mahu pisang berbuah dua kali. Bertindaklah sekarang, tolonglah buat laporan polis sekarang bagi pihak MB anda. Biar polis siasat, tangkap dan dakwa penceroboh berkenaan secepat mungkin.

Mana dia Pemuda Pas yang pernah buat laporan polis tak masuk akal terhadap blog RBF satu masa dulu ? Nah ! sekarang pergilah buat laporan polis terhadap kes ini. Ini kes penting, kes pencerobohan pejabat MB dan keselamatan seorang MB, pergilah buat laporan polis. Klik sini


Thursday, August 12, 2010

Ezam dan Wan Azizah : Anwar Arah Isteri Berbohong

Semakin hari semakin kalut jadinya. Inilah padahnya jika suka menipu dan berbelit-belit, satu hari pasti akan menjerut leher sendiri.

Kasihan pula saya bila melihat laki bini, Anwar dan Azizah. Nak ke depan tak boleh, nak gostan ke belakang tak boleh. Terperangkap di tengah-tengah.

Dengan siapa mereka terperangkap ?

Anwar terperangkap dengan Karpal Singh, manakala Azizah pula sudah terperangkap dengan Ezam.

Sebagaimana yang kita tahu, dalam siri roadshow ceramah SSDE sejak tiga minggu lepas Ezam ada memberitahu tentang kisah Wan Azizah memberitahunya bahawa Anwar seorang peliwat dan juga kisah Wan Azizah menelefon Ezam dari Amerika supaya Ezam memastikan tiada jantan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu. Klik di sini

Tengahari semalam (rabu) Agenda Daily ada menyiarkan temubualnya bersama Wan Azizah berhubung dakwaan Ezam.

Dalam temubual tersebut secara terang-terangan Wan Azizah mengakui yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar. Klik di sini.
Walaupun Wan Azizah cuba memutar belit apa yang sebenarnya beliau pesan kepada Ezam dalam perbualan tersebut, bagi saya itu tak kisah. Yang pentingnya Wan Azizah sendiri mengakui dan mengesahkan dia menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.

Tanpa disangka-sangka tiba-tiba pada sebelah petangnya hari yang sama iaitu semalam (rabu) Wan Azizah membuat pusingan 360 darjah dengan menafikan yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.Klik di sini.
Kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Wan Azizah di Agenda Daily adalah kenyataan beliau sendiri dan beliau cuba berlapik sedikit dengan menggunakan ayat seperti dibawah

"Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah"

Tetapi setelah disiarkan oleh Agenda Daily dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan Anwar , Anwar amat marah kepada Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan begitu seolah-olah Azizah mengesahkan dakwaaan Ezam.

Kenyataan Wan Azizah yang dikeluarkan malaysiakini bukanlah kenyataan Wan Azizah sendiri, tetapi kenyataan Anwar. Dari segi gaya bahasa pun kita sudah boleh nampak ianya bahasa Anwar dan cuba anda buat perbandingan dengan apa yang disiarkan Agenda Daily.

Ayat-ayat Anwar

Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,”


Jika tanpa arahan Anwar tidak mungkin sesekali Wan Azizah sanggup membuat pusingan 360 darjah, dari beliau mengakui ada menghubungi Ezam kepada tidak menghubungi langsung.

Kita semua sudah tahu cara politik Anwar, iaitu politik NAFI. Apa sahaja tuduhan yang datang semua dia nafi. Anda lihat sajalah dalam kes liwat beliau, sudah nampak terang-terang dia meliwat , tetapi dia tetap menafikannya.

Lihat pula dalam kes 'ais krim' elizabeth wong, Zahrain telah mendedahkan apa yang Anwar kata, tetapi Anwar tetap nafi.

Kesimpulannya dalam kes ini, Wan Azizah sendiri telah mengakui dia ada menghubungi Ezam untuk berpesan supaya 'tengok-tengokkan Anwar'.

Apa yang Wan Azizah cakap di malaysiakini sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kenyataan pertama dia kata tak hubungi Ezam dan dia tukar dalam kenyataan kedua kepada ada hubungi ezam, itu lain. Yang itu boleh dipakai.

Ini tidak, dalam kenyataan pertama dia dah cakap ada hubungi Ezam dan bercakap panjang lebar, kemudian dalam kenyataan kedua dia nafikan 100 % ada menghubungi Ezam. Apa punya tur ni Kak Wan oiii.....

Saya difahamkan apa yang sedang diperkatakan oleh Ezam sekarang ini hanya bunga-bunga sahaja. Pucuk , daun, batang, ranting dan buah semuanya belum keluar lagi. Wan Azizah dan Nurul Izzah kena bersedia sepanjang masa untuk menjawab dakwaan Ezam.




Wednesday, August 11, 2010

Buffet Ramadhan: Senarai Hotel Yang Tiada Sijil Halal dan Mungkin Ada Daging Babi

Pembetulan: Maaf diatas kesilapan, saya terlepas pandang. Hotel Legend termasuk dalam senarai hotel yang mempunyai sijil halal. Saya sudah tarik balik nama Hotel Legend dalam senarai hotel-hotel yang tiada sijil halal yang saya senaraikan sebelum ini. (Lihat keratan akhbar senarai hotel yang dapat sijil halal dan hotel legend tersenarai di no 11)

Saya sengaja nak memanjangkan perkara ini, mungkin ada dikalangan pembaca-pembaca blog yang tidak membeli akhbar. Mohon juga rakan-rakan blogger yang lain memanjangkan lagi perkara ini. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main kerana ianya satu ibadat.

Bab ini kita kena jaga. Makan minum ini satu perkara penting, apatah lagi ianya menjadi darah daging kita. Tambahan pula di bulan puasa. Penat kerana seharian berpuasa, bila tiba masa berbuka ada kawan ajak "jom buka puasa sama aku di Hotel Westin atau JW Mariot hari ini" .
Bila dengar hotel hebat-hebat mulalah kita pun rasa seronok nak pergi, tetapi kita kena juga ambil tahu yang hotel itu ada mendapat pengiktirafan halal atau tidak. Tahukah kita siapa yang membekal ayam kepada hotel tersebut ? Ayam sembelih atau ayam cucuk ? Babi mungkin tiadalah, tapi belum tentu.

Pernah berlaku beberapa tahun dulu di sebuah hotel di kawasan sekitar Sungai Besi sebuah hotel yang diserbu didapati menyimpan daging babi bersama dengan daging ayam serta ikan dalam peti sejuk yang sama dan tanpa sebarang pemisah.

Gunalah kuasa kita sebagai orang islam, boikot sahaja mana-mana hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal. Pergi kepada yang ada sahaja. Lama-kelamaan mereka rasa rugi dan mereka terpaksa dapatkan juga sijil halal.



Keratan akhbar diatas adalah senarai Hotel yang telah mendapat sijil halal jakim serta yang masih dalam proses.

Sekarang mari kita pakat-pakat senarai pula hotel-hotel dalam Wilayah Persekutuan KL yang tiada sijil halal dan tidak tersenarai dalam senarai diatas.

Ini kerana supaya rakan-rakan kita semua tahu dan dapat mengelak daripada tertipu dengan hotel-hotel yang buat promosi berbuka puasa tetapi mungkin terdapat daging babi di dapurnya.

RBF mulakan

Hotel JW Mariot

Hotel Westin

Hotel Istana

Hotel Imperial (Sheraton Imperial)

Hotel Concorde

Hotel Parkroyal

Hotel Equatorial

Hotel Berjaya Time Square

Hotel Nikko

Hotel Grand Millenium

Hotel Palace Of Golden Horses

Hotel Impiana

Hotel Ritz Carlton

Hotel Hilton KL Sentral

Hotel Le Meridean

Hotel Cititel, Boulevard dan Garden (Mid Valley)

Banyak, memang banyak kalau nak disenaraikan betul-betul. Jangan pening dan jangan susahkan diri, pergi saja makan di hotel yang sudah tentu halal seperti senarai di atas.

Harap pihak-pihak berkuasa agama islam negeri-negeri juga dapat mengeluarkan senarai nama-nama hotel di negeri masing-masing yang mempunyai sijil halal.

BN Jangan Pandang Enteng Kemampuan Datuk Nalla

Saya terlintas untuk menulis perkara ini setelah terbaca apa yang ditulis oleh blogger Medan Info Kita.

Situasi politik sekarang menunjukan masyarakat india sudah berpatah arang berkerat rotan dengan PKR,DAP dan Pas.

Mereka sedar yang mereka telah ditipu oleh tiga parti berkenaan dalam pru 2008. Bagaimana pun kaum india masih lagi berada dalam keadaan 50-50 untuk kembali menyokong BN atau tidak.

Mereka merasa muak kerana parti yang mewakili suara mereka dalam BN iaitu MIC masih lagi berada ditakuk yang lama. Masih lagi dipimpin oleh ditaktor Samy dan kuncu-kuncunya.

Inilah yang membuatkan mereka menjadi tawar hati untuk kembali menyokong BN walaupun mereka sudah meluat dengan PKR,DAP dan PAS. Manakala parti Makhal Shakti pula yang dilancarkan gilang-gemilang oleh PM, belum sampai setahun usianya telah berpecah-belah.

Masyarakat india seolah-olah tergantung begitu. Parti itu tak boleh harap, parti ini pecah belah dan parti itu pula menipu. Mereka kehilangan tempat bergantung harap.

Oleh yang demikian apa yang saya nampak ialah, BN perlu memberi tugasan menjaga dan menarik kembali sokongan orang-orang india yang tidak mahu bersama BN kerana MIC kepada Datuk Nalla.

Jangan pandang enteng kemampuan Nalla. Beliau mempunyai pengaruh yang tersendiri kerana beliau datang dari keluarga india yang susah. Kebanyakan orang india yang bermasalah dengan BN sekarang dan juga orang india yang boleh memberi undi kepada BN ialah golongan india peringkat bawahan yang hidup susah sekarang. Hanya orang susah yang boleh memahami orang susah.

Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh rakan blogger Medan Info. Klik di sini


Tuesday, August 10, 2010

Memori Menjelang Puasa dan Raya Yang Tak Dapat Dilupakan

Alhamdulillah panjang lagi usia kita semua dan dapat sekali lagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Bagi saya pula inilah kali pertama berpuasa sebagai anak yatim setelah bapa meninggal dunia enam bulan lepas. Sedihnya tidak terkira.

Bila melihat gambar Tan Sri Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu(PMBRRM) diatas , maka saya terus terkenang arwah bapa.

Saya masih ingat lagi di zaman saya dan adik beradik kecil-kecil dulu, setiap kali malam pengumuman tarikh puasa arwah bapa panggil kami adik beradik duduk depan tv hitam putih di rumah kami dan dengar pengumuman oleh PMBRRM.

Pada masa itu tv di rumah kami hanya pakai kuasa bateri sahaja. Setiap hari sabtu ayah akan bawa bateri pergi caj di kedai cina. Jika tidak caj pada hari sabtu jangan haraplah dapat tengok cerita Chip pada hari ahad atau isnin kerana bateri sudah habis.

Apa yang saya nak perkatakan ialah tentang Tan Sri PMBRRM yang sungguh lama berkhidmat dan beliau dikurniakan Allah SWT usia yang panjang dan masih berkhidmat sehingga kini. Alhamdulillah. Daripada zaman saya kanak-kanak hingga kini saya mempunyai lima orang anak. Moga-moga Allah SWT panjangkan lagi usia Tan Sri.

Zaman kanak-kanak dulu, bila nak menjelang puasa kami adik beradik sering mengelak untuk melihat wajah Tan Sri di tv. Biasalah, nak puasa liat sikit.
Tapi bila nak umum tarikh hari raya, selepas berbuka puasa semua sudah berkumpul depan tv dan masing-masing mengeluh " mana pakcik ni, tak muncul-muncul lagi?" Bila dia muncul pula, pengumuman belum buat lagi, mulut kami semua masing-masing mulalah berkata "minta-mintalah esok raya".

Apabila pengumuman dibuat dan katakanlah hari raya jatuh pada lusa, masing-masing muka moyok dan seorang adik saya akan berkata "pakcik, tukarlah esok" . Ha..ha..ha, semuanya sudah tinggal kenangan. Zaman berlalu begitu cepat, kalau boleh rasanya mahu undur ke belakang 20 tahun balik.

Monday, August 9, 2010

Terkini Kes TBH: DAP Mula Kepanasan Apabila Kebenaran Hampir Muncul

Sewaktu mula-mula kes TBH timbul saya pernah katakan kepada rakan-rakan saya yang kes ini bakal membawa keuntungan kepada kerajaan satu hari nanti. Bila tak tahu, tapi ianya akan berlaku. Antara cepat dan lambat sahaja.

Setelah setahun ding dong-ding dong berlarutan, maka kini ianya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Kebenaran sudah mula menunjukkan bayangnya.

Sebelum ini kerajaan hanya biarkan sahaja mereka (DAP,PKR dan PAS) serang dan jaringkan gol awal. Tetapi disaat kerajaan 'menyerang' balik dan hampir nak menjaringkan gol kemenangan , maka tiba-tiba DAP cuba mengalihkan tiang gol.

Berita yang saya terima hari ini, satu pertemuan antara para-para peguam yang mewakili Teoh dan mewakili kerajaan dengan koroner Azmi Mustapha Abas telah berlangsung di dalam kamarnya.

Dalam pertemuan itu peguam yang mewakili kerajaan telah memberitahu bahawa mereka akan mengemukakan satu 'suicide note' yang ditulis oleh TBH sebelum beliau mati. Klik di sini untuk mengetahui kandungan nota tersebut.

Apabila mendengar perkara itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga TBH iaitu Gobind Singh telah naik angin, marah-marah dan meninggikan suara agar 'suicide note' itu tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Akibat tidak puas hati maka Gobind keluar meninggalkan kamar koroner dalam keadaan marah. Seorang rakan saya yang memerhatikan gerak geri Gobind memberitahu semasa di luar mahkamah juga Gobind kelihatan angin satu badan dan berkata mahkamah menyalahguna kuasa. Apa yang salah guna ni wahai benggali ? Seperti biasa, bila kena batang hidung dia, mulalah dia salahkan mahkamah. Bila memihak kepadanya mahkamah adil.

Yang menjadikan saya merasa pelik ialah, keluarga TBH saban hari menuntut agar keadilan dapat ditegakkan kepada mereka. Manakala Gobind pula adalah peguam yang mewakili keluarga mendiang TBH.

Apabila keadilan hampir berjaya ditegakkan kepada keluarga TBH kenapa pula peguam yang mewakilinya cuba menghalang ? Pelik...

Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh DAP. Apa dia yang mereka cuba sembunyikan ? Saya tidak mahu mendahului mahkamah untuk memberitahunya di sini. Biarlah saya simpan apa yang saya nampak dan saya rasa kawan-kawan semua juga nampak apa yang saya nampak. Nampak tak ? Siapa tak nampak tandanya orang itu nak mati.

Kepada sesiapa yang mengenali keluarga mendiang TBH saya menyarankan agar anda memberitahu mereka supaya menukar sahaja peguam yang mewakili mereka. Minta mereka lantik peguam yang bebas dari kepentingan politik jika mereka benar-benar ingin menuntut keadilan. Jika mereka terus dengan situasi sekarang, keadilan yang sebenarnya tidak akan ditemui.

Mungkin juga keluarga TBH mengalami masalah kewangan untuk membayar kos guaman. kerana peguam yang mereka guna sekarang semua 'free' dan ditaja oleh DAP. Saya rasa itu bukan masalah besar. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan penyayang, kita semua boleh berpakat dan menghulurkan sumbangan kepada mereka. Setuju atau tidak ?

Bukan setakat keluarga TBH sahaja yang ingin keadilan untuk mereka, jutaan lagi rakyat Malaysia juga ingin melihat keadilan ditegakkan untuk TBH. Kami juga ingin tahu siapa dalang sebenar yang menyebabkan kematian TBH.

Berita Terkini : Gobind Singh Halang Peguam Kerajaan

Berita yang baru saya terima berhubung kes Teoh Beng Hock

Peguam kerajaan hendak kemukakan satu nota yang ditulis oleh TBH sebelum beliau mati.

Tetapi peguam pemerhati kepada keluarga TBH iaitu Gobind Singh menghalang habis-habisan ianya dikemukakan.

Kenapa ?

Ulasan lanjut bakal menyusul

Sunday, August 8, 2010

Jantina Anak Hasil Dari Hubungan Kelamin (18 SX)

Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nuftah ke rahim waktu jima', iaitu dari segi samada mani suami atau isteri terdahulu keluar dari segi banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk di dalam kitab Ubab.

Menurut Sheikh Ajhuri (bukannya sheikh anwar ibrahim al-juburi), anak dijadikan oleh Allah SWT dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika mani lelaki itu banyak dari mani perempuan,maka anak yang bakal dilahirkan itu menyerupai bapanya dan jika mani perempuan lebih banyak maka akan menyerupai ibunya.

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.

1) Mani lelaki keluar dahulu dan lebih banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.

2) Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah lelaki yang menyerupai ibunya.

3) Mani lelaki dahulu yang keluar, tetapi mani perempuan yang banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan menyerupai ibunya.

4) Mani perempuan dahulu keluar, tetapi mani lelaki banyak - Anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan yang menyerupai bapanya.

5) Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan - Anak yang bakal dilahirkan anak lelaki yang tidak serupa samada dengan bapa atau ibunya.

6) Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki - Anak yang bakal dilahirkan anak perempuan yang tidak serupa samada dengan bapa atau ibunya.

Dipetik dari buku Permata yang Hilang tulisan Ibnu Yusof, cetakan 1992 yang saya beli pada 1995 dan masih tersimpan sehingga kini.

Sekadar berkongsi dengan teman-teman semua dan lari seketika dari berbicara pasal dunia politik.

Pendedahan Menggemparkan Malam Ini


Jangan Lupa !

Pendedahan menggemparkan malam ini.

Tempat : Tapak Pasar Pagi Minggu @ Pasar Tani , Jalan Kebun, Klang

PASTI GEMPAR


Panduan untuk ke lokasi ceramah yang dikirimkan oleh Saudara Abd Rauf Mokhtar.

Dari KL/Subang/Puchong: Sila guna Lebuhraya Kesas hingga ke Plaza Tol Kemuning. Selepas tol , keluar di Persimpangan Kebun (persimpangan pertama selepas tol) , kemudian belok ke kiri. Dari sana lebih kurang 1.5 km ke lokasi ceramah. Sila ikut panduan petugas yang ditugaskan dan bendera-bendera yang dikibarkan di tepi jalan.

Dari Klang/Pelabuhan Klang: Sila guna Lebuhraya Kesas dan keluar di Persimpangan Kebun, kemudian belok ke kanan di lampu isyarat persimpangan tersebut. Dari sana lebih kurang 1.5 km ke lokasi ceramah. Sila ikut panduan petugas yang ditugaskan dan bendera-bendera yang dikibarkan di tepi jalan.












Ceramah ini ditaja sepenuhnya oleh malaysiakini.com