Thursday, November 12, 2009

NIZAR KKK - SI DAJAL MENDAJALKAN NIK AZIZ

Pembantu ayahanda
Pembantu ayahanda,nama tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dua ekor di atas inilah yang menjadi serangga pemusnah kepada Nik Aziz. Jerangkap samar yang dipasang oleh mereka berdua sudah hampir mengena Nik Aziz. Tapi tak tahu lagi samada jerangkap itu akan kena pada Nik Aziz atau akan makan tuan sendiri.

Inilah yang pernah dikatakan oleh anak Nik Aziz ,Nik Adli beberapa bulan lepas iaitu pembantu ayahanda.

Usaha terancang yang dilakukan oleh mereka berdua adalah dengan tujuan mencalarkan imej Nik Aziz dan dengan harapan dajal yang gambar di bahagian bawah akan dipilih sebagai MB.

Perkara ini mula dirancang beberapa tahun lepas. Siapa yang bersungguh-sungguh untuk meletak menantu Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ? Tak lain tak bukan ialah dajal yang di gambar nombor dua. Manakala yang di gambar nombor satu pula mencari nas-nas untuk dibaca oleh Nik Aziz yang mengatakan Islam benarkan kroni.

Jika kita lihat apa yang berlaku sehari dua ini ,sudah terang lagi bersuluh penglibatan dajal tersebut untuk mencalarkan imej Nik Aziz.

Siapa dia Kickdefella ?

Dia adalah budak peliharaan dajal yang saya maksudkan. Kerjanya di PMBK,tetapi banyak masanya dihabiskan untuk berblog dan di pejabat dajal tersebut. Gaji ribuan ringgit sebulan,punch card kosong. Kerja di Kota Bharu, tinggal di KL. Bukankah ini semua mengkhianati wang rakyat seperti mana yang sering dilaungkan oleh PAS. Berikut adalah antara komen yang saya petik dari sebuah blog yang pro PAS.Rujuk di sini

1) Bukan isu menzalimi kickdefella tapi isu tak datang kerja dan tak buat kerja untuk PMBK.

Semua di Kelantan maklum bahawa kickdefella (KD) bekerja dengan Husam bukannya dengan dengan PMBK hatta beberapa beberpa orang excopun beranggapan KD bekerja dengan Husam kerana tempatnya hari-hari di pejabat Husam bukannya di PMBK.Sehinggalah tersebarnya berita pemecatannya kelmarin oleh PMBK barulah kita maklum rupanya KD bekerja dengan PMBK.Betulkah KD bekerja di PMBK kerana PMBK mengatakan KD tak pernah pun datang pejabatnya untuk bekerja selama tiga tahun ini.Tak pernahpun mohon MC dengan PMBK.Tak pernahpun mohon untuk ke mana-mana dengan PMBK.TAPI PELIK mengapa pula PMBK yang membayar gaji bulanannya walaupun KD tak pernah pun bekerja di pejabatnya.

Siapa sebenarnya yang membawa masuk KD ke PMBK pada 3 April 2007.Untuk kepentingan siapa KD di bawa masuk ke PMBK.Dengan siapa sebenarnya KD bekerja bermula dari tarikh tersebut.Setakat yang kita maklum tidak pernahpun KD datang bekerja di bilik yang disediakan untuknya di PMBK.Atau mungkin di sana ada benda lain yang cuba disembunyikan oleh kedua-dua belah pihak dari diketahui umum.Atau kepentingan dan kekuasaan seseorang (Exco) ke atas PMBK selama ini sudah terhakis sekarang dengan kuasa CEO yang baru sehingga orang-orang pentingnya di dalam PMBK di cabut keluar seorang demi seorang.

Harap-harap jangan tibai balak di atas nama PMBK sudah . yang lepas tu lepaslah, jangan lah pakat-pakat nak ungkit dan menuduh yang itu dan yang ini pula.Bukan apa,takut-takut yang tak sepatutnya keluar akan keluar.Lagi jahanammmm

2) bukan soal menzalimi sheikh tapi pasal dia tak datang kerja bertahun lamanya.Tak kan pmbk nak bayar gaji pada orang yang tak buat kerja.pejabatpun tak masuk.pergi ke hulu ke hilir buat kerja lain.ini namanya makan gaji buta, Allah marah kalau kita menjahanamkan duit rakyat bagi gaji pada orang yang tak datang kerja dan tak buat kerja.Sila rujuk pada pentadbiran pmbk sendiri untuk pastikan punca pemecatannya.

Kickdefella tidak akan berani membuat kenyataan mencabar menantu Nik Aziz meletak jawatan di PMBK atau beliau akan membongkarkan penyelewengan menantu Nik Aziz jika tidak mendapat lampu hijau dari dajal tersebut. Dajal tersebut bos dia,jadi apa-apa yang beliau hendak buat dia mesti beritahu dajal tersebut terlebih dahulu. Kalau benar-benar dajal tersebut tiada niat hendak memalukan Nik Aziz atau niat tersembunyi,maka beliau tidak akan benarkan kickdefella membuat kenyataan sedemikan. Semuanya ada udang di sebalik batu.

Kita semua boleh mengukurnya melalui blog dia. Kebanyakan yang ditulis di blog dia ada kaitan dengan dajal tersebut. Royalti minyak,kenyataan media si dajal,pemilihan jawatan Timb Presiden PAS dan lain-lain lagi. Anda rujuklah balik blog dia. Maaf ,saya tak boleh letak link dia disini nanti blog saya kena virus.

Dajal tersebut yang berusaha meletak menantu Nik Aziz di PMBK ,kemudian dia masukan pula mamat kickdefella. Selepas itu menantu Nik Aziz pula diumpan dengan habuan-habuan yang lumayan supaya kelabu mata,manakala budak suruhan beliau pula memainkan peranan belakang tabir. Sampai masanya ianya meletup, imej Nik Aziz tercalar. Inilah dia perangkap halus yang dipasang oleh dajal tersebut untuk mengenakan Nik Aziz sehingga dia meletak jawatan sebagai MB. Jangan lupa yang di gambar nombor satu pun tidak kurang hebat juga memainkan peranan menjatuhkan Nik Aziz.

Nasib yang menimpa Nik Aziz sekarang lebih kurang sama dengan yang menimpa Dr.Mahathir di tahun 97/98 yang lalu. Mereka sama dicucuk oleh orang yang dibawah mereka,tetapi berlakon baik depan mereka.

Bukan niat saya nak membela Nik Aziz pula,pada saya lagi cepat Nik Aziz dan PAS layu lagi bagus. Cuma saya nak memberitahu kepada anda sebuah parti yang katanya Islam tetapi permainan politik mereka mengalahkan jin tanah.

Kepada Tok Guru Nik Aziz,benar ulama pewaris Nabi, tapi ulama bukan Nabi. Ulama pun boleh kena tipu dengan anak buah sendiri. Ulama pun bernafsu juga. Menantu ulama pun bernafsu juga. Besar mana serban,berapa labuh jubah sekali pun ,nafsu tetap nafsu, duit tetap duit.

Anda boleh rujuk link dibawah untuk melihat antara kes yang melibatkan menantu 'ulama' tersohor di negara kita sekarang terutamanya di Kelantan. Rujuk di sini

Akhir kalam,PAS sekarang ibarat pokok yang sedang layu menunggu masa untuk reput. Selamat tinggal PAS. Hi Hi Bye Bye....

Ikuti ulasan Agenda Daily di sini

Wednesday, November 11, 2009

NIZAR SIPLIS ! SPRM PERLU SIASAT HARGA KERUSI STADIUM

RM 500 sebiji kerusi ini...tak masuk otak langsung
Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit

Terkejut beruk saya bila membaca berita di Utusan Malaysia hari ini. Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit ,Shabery Chik memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa harga kerusi tempat duduk penonton di Stadium Bukit Jalil RM 500.00 sebiji (rujuk di sini)

Gila,tak masuk akal langsung. Kerusi plastik yang hanya boleh dilipat berharga sedemikian. Duduk tengok bola pun punggung naik kematu,RM 500.00 apa kejadahnya ?

Oleh yang demikian kita berharap agar Ketua Audit Negara dan SPRM dapat melakukan siasatan dengan segera terhadap harga kerusi berkenaan.

Jika siasatan mereka mendapati harga sebenar tidak sampai RM 500.00 maka Dewan Rakyat harus mengambil tindakan terhadap Menteri berkenaan kerana menipu di dalam Dewan Rakyat.

Saya pun sebenarnya dah lama dengan meluat dengan Menteri ini. Meluat bukan kerana apa ,kerana sudah lapan bulan menjawat jawatan berkenaan ,saya tidak nampak lagi usaha beliau untuk menolong belia-belia dan membantu menaikan sukan tempatan. Yang saya nampak beliau sering memberi tumpuan kepada sukan-sukan elit , sukan antarabangsa dan menukar nama gelanggang sukan kepada nama bintang sukan.

Saya amat-amat berharap Menteri sukan-sukan elit ini digugurkan dalam rombakan kabinet yang akan diadakan nanti. Hantar saja dia pulang ke Kemamang biar dia main sukang dam. Dia kena belajar-belajar main sukan tradisional kembali.

Nantikan posting saya seterusnya tentang Menteri sukan-sukan elit ini. Kenapa beliau perlu digugurkan dari kabinet. Dalam masa yang sama sesiapa yang ada info tentang Menteri ini sila hantar kepada saya.

ANUAR MUSA PERLU PANGGIL SPRM SIASAT PEMAIN KELANTAN



Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA kerana berjaya mengubah landskap bolasepak Kelantan dalam masa yang singkat semenjak beliau mengambil alih KAFA beberapa tahun lalu.

Hasil daripada usaha beliau lah pasukan Kelantan yang sering menjadi pasukan belasahan sebelum ini berjaya masuk ke perlawanan akhir sebanyak dua kali tahun ini,Piala FA dan Piala Malaysia.

Rentetan daripada itu, maka sukan bolasepak sudah mula hidup kembali dan berkembang dengan baik di Kelantan sekarang. Semua orang nak main bola,cakap bola,makan bola,tidur bola dan segala-galanya bola.

Pembaca sekalian jangan terkejut, dalam tahun ini di kedai-kedai pakaian sukan di Kelantan, jersi pasukan Kelantan lebih mahal daripada jersi MU atau Liverpool. Itulah hebatnya penangan bolasepak di Kelantan.

Saya tidak mahu mengulas tentang insiden keganasan di Stadium Bukit Jalil ,kerana semua orang telah tahu.

Apa yang saya ingin beritahu disini ialah,saya merasa amat hairan dengan permainan pasukan Kelantan dalam perlawanan akhir sabtu lepas. Seolah-olah ada yang tidak kena.

Saya dan keluarga juga bertandang ke 'medan perang Bukit Jalil' sabtu lepas. Kami berada di tingkat tiga. Daripada sana saya dapat melihat dengan jelas corak permainan pasukan Kelantan. Ianya di luar jangkaan sama sekali. Tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini. Amat jauh berbeza.

Dapat dilihat dengan jelas pemain-pemain seolah-olah sengaja melakukan kesilapan. Hantaran tidak tepat dan sebagainya. Mereka bermain tidak sepenuh hati. Jika hendak dikatakan pemain Kelantan gugup kerana jumlah penonton terlalu ramai,saya rasa tidak logik. Kerana beberapa bulan sebelum ini pemain Kelantan ada pengalaman bermain dalam perlawanan akhir menentang Selangor dalam siri Piala FA. Jumlah penonton sama juga dengan perlawanan sabtu lepas.

Oleh yang demikian,di sini saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan kepada Tan Sri Anuar Musa agar dapat meneliti balik rakaman video perlawanan tersebut. Selepas menyaksikannya ,jika Tan Sri merasa ragu dengan pemain-pemain tertentu ,Tan Sri bukalah pintu kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Kita tidak boleh berkompromi lagi dengan rasuah bolasepak. Penyakit inilah yang menghancurkan bolasepak negara di tahun 90 an dulu. Kita kena memastikan agar ianya tidak berulang kembali.

Bukan niat saya untuk melakukan tuduhan sembrono terhadap pemain-pemain Kelantan. Saya hanya ragu-ragu dan mengesyaki sahaja. Mereka juga yang membuatkan saya ragu-ragu. Jika mereka tidak bersalah tidak mengapa. Oleh yang demikian saya berharap agar Tan Sri dapat membersihkan jika ada anasir-anasir yang cuba kembali menjijikan arena bolasepak negara.

Sesungguhnya jika benar ada berlaku rasuah dalam perlawanan tempohari maknanya pemain-pemain yang terlibat telah mengkhianati sokongan puluhan ribu rakyat Kelantan yang datang ke Bukit Jalil dan terpaksa mengharungi perjalanan 450 km,habis wang ringgit,habis masa, tinggal rumah dalam banjir dan mungkin ada yang terpaksa menjual lembu dan kambing untuk datang ke Bukit Jalil.

Jauh di lubuk sanubari saya , saya masih mengharap tidak ada berlaku rasuah dalam perlawanan akhir sabtu lepas. Jika tidak berlaku rasuah ,saya kena terima hakikat bahawa sukan bolasepak kita masih lagi berada di tahap yang teruk. Maka saya boleh takrifkan perlawanan sabtu lepas bukan perlawanan akhir Piala Malaysia,tetapi perlawanan akhir Majlis Sukan Sekolah Malaysia sepertimana yang ditulis oleh seorang pembaca dalam Utusan Malaysia semalam (rujuk di sini).

Akhir kalam, saya berharap agar Tan Sri dapat membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat.






Tuesday, November 10, 2009

NIZAR BARAH OTAK ! ZUL NORDIN SAHKAN PKR NAK LANCARKAN SERANG PM



Awas kawan-kawan sekalian ! Perang akan meletus. Apa nama perang ini saya tidak tahu.

Terkejut saya bila membaca blog Zulkifli Nordin sekejap tadi. Katanya Anwar memanggil mesyuarat semua Ahli Parlimen PKR semalam untuk membincangkan strategi baru bagi melancarkan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meremang bulu roma saya hingga ke bulu tengkuk dan segala jenis bulu yang ada di badan bila membacanya. Rasanya seolah-olah kita bakal berada di medan perang.

Ini tidak boleh dibiarkan rakan-rakan sekalian. Kita juga harus bersedia dan memanggil mesyuarat secepat mungkin bagi memikirkan strategi bagaimana hendak menangkis serangan mereka.

Terima kasih di ucapkan kepada Zul Nordin kerana telah memberi isyarat awal kepada kami. Jasamu dikenang.

Rujuk di sini untuk membaca artikel penuh yang ditulis oleh Zul Nordin.

AMK SELANGOR ANJING MENYALAK BUKIT

Wuk..wuk...wuk....anjing menyalak bukit

Sebagaimana yang diketahui, semalam sekumpulan anak-anak muda gay yang menggelarkan diri mereka Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mengadakan demonstrasi di Bangunan DUN Selangor bagi menuntut Adun Pelabuhan Klang,Badrul Hisham meletak jawatan sebagai Adun kerana tindakan beliau keluar dari PKR baru-baru ini.

Demontrasi diketuai oleh Ketua AMK Selangor yang bernama Khairul Anwar. Beliau lebih dikenali dengan nama timang-timangan , Jonah. Mengikut cerita daripada ahli keluarga beliau semasa kecil emak beliau menukar nama panggilan beliau daripada Khairul kepada Jonah kerana beliau kerap menangis dan kencing malam. Setelah ibu beliau berjumpa bomoh kampung, maka bomoh meminta emak beliau memanggil dengan panggillan nama Jonah. Selepas tukar nama beliau tidak lagi menangis dan kencing malam sehingga sekarang.
Inilah dia Ketua AMK rampasan kuasa Selangor. Khairul Anwar @ Jonah
(berdiri di tengah,memegang kertas di tangan)

Tetapi sekarang ini pula apabila tidak kencing malam, beliau 'mengencing' pula rakan-rakan beliau dalam PKR. Habis rakan-rakan dikencingnya,janji nak bagi projek itu,projek ini,tapi habuk pun tarak. Termasuklah Ketua AMK Pusat,Shamsul Iskandar yang dikencing olehnya. Itu pasal lah Shamsul terkencing dalam seluar tempohari(rujuk di sini). Nampaknya dalam pemuda PKR memang terkenal dengan sifat kencing mengencing.

Berbalik kepada demontrasi semalam. Tindakan mereka tidak ubah seperti anjing menyalak bukit. Tindakan mereka itu sedikit pun tidak menggetarkan Badrul. Malah makin menguatkan semangat Badrul untuk terus menyertai persidangan Dun. Yang malunya mereka sendiri kerana ditempelak oleh Speaker Dun Selangor,iaitu Maharaja Teng (rujuk di sini).
Badrul rilek dalam dewan dengan kerusi yang selesa dan penghawa dingin yang nyaman. Tapi mereka diluar berpeluh-peluh,meraung-raung bagai anjing menyalak bukit. Akhirnya 'dihentam' pula oleh Maharaja Teng. Malang sungguh nasib Jonah. Hajat nak menjadi YB tidak kesampaian.

Alangkah baik mereka membuat demontrasi begitu di waktu Khalid meminggirkan Badrul sewaktu dalam PKR. Ke mana menghilang semua wajah-wajah anjing yang menyalak bukit di masa itu. Bila orang dah keluar baru nak tunjuk lagak hero. Semuanya kerana nak bodek Khalid dan Anwar Ibrahim. Nak tunjukk mereka lah kononnya jaguh. Podahhhh chit....

Untuk pengetahuan pembaca sekalian,demontrasi yang diadakan semalam adalah untuk memenuhi agenda peribadi Jonah. Beliau telah memasang impian untuk bertanding di Dun Pelabuhan Klang sekiranya Badrul mengosongkannya. Itulah matlamat beliau semalam. Si Jonah walaupun berbadan seperti kubing,tapi bercita-cita tinggi. Dalam p/raya umum 2008 beliau bertanding melawan Datuk Seri Najib di Pekan. Tapi 'dibungkus' hidup-hidup saja oleh BN Pekan. Beliau amat-amat kecewa kerana tidak bertanding di Selangor pada masa itu. Itu sebab dia berusaha untuk bertanding sekarang.

Tindakan dia mengadakan demonstrasi semalam tidak mendapat sambutan daripada Ketua-ketua AMK bahagian-bahagian di Selangor. Ini kerana mereka telah tahu itu semua agenda peribadi Jonah. Daripada 22 bahagian AMK di Selangor,hanya 6 sahaja yang datang memberi sokongan kepada dia semalam. Itu pun pencacai-pencacai dia sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua juga,si Jonah ini tidak memegang jawatan Ketua AMK Selangor pada p/raya umum 2008. Pada masa itu jawatan berkenaan dipegang oleh saudara Halimey Abu Bakar. Selepas pru 2008 beliau dengan bantuan Shamsul Iskandar telah melakukan rampasan kuasa terhadap saudara Halimey. Sehingga berlaku pergaduhan dalam mesyuarat. Shamsul memberi sokongan kepada dia kerana dia telah berjanji akan menolong Shamsul mendapat peluang-peluang projek di Selangor sekiranya dia dilantik sebagai Ketua AMK.

Saudara Halimey Abu Bakar. Orang yang menjadi mangsa rampasan kuasa oleh Jonah dan Shamsul Iskandar

Akhirnya saudara Halimi mengaku kalah kerana tidak mahu kekecohan berpanjangan ,dan akhirnya beliau mengundurkan diri. Sebaik sahaja menjawat jawatan Ketua AMK Selangor ,perkara pertama yang dilakukan Jonah ialah melobi jawatan ahli majlis MBSA dan beberapa jawatan di agensi kerajaan negeri. Katanya aku Ketua AMK negeri ,jadi Khalid mesti lantik aku.

Takdir Allah maha kaya,dia mampu merancang,Allah jua yang menentukannya. Orang yang busuk hati kebiasaannya tidak mendapat rahmat daripada Allah. Jonah tidak dilantik sebagai ahli majlis di MBSA tetapi ditawarkan sebagai ahli majlis di Kuala Langat (Banting),manakala Halimey yang hilang jawatan kerana dirampas oleh Jonah telah dilantik sebagai ahli Majlis MBPJ sehingga sekarang. Jonah dan Shamsul Iskandar amat kecewa dengan Khalid Ibrahim. Lantas Shamsul menghantar satu sms kepada Khalid Ibrahim yang berbunyi "Jonah tolak tawaran ahli majlis Kuala Langat. Satu penghinaan bila melantik seorang ketua pemuda negeri sebagai ahli majlis di luar bandar"

Kenapa mereka tolak jawatan berkenaan. Tak lain tak bukan kerana di Banting apa yang boleh diharap untuk masyukkkk. Jika di Shah Alam peluang masyukkkk cerah dan lumayan.

Itulah serba sedikit kali ini kisah siapa dia dalang demontrasi di Bangunan Dun Selangor semalam. Banyak lagi akan menyusul selepas ini termasuk kisah beliau buruk-burukan MB Selangor kepada orang-orang Umno,kisah beliau kecewa kerana tidak dapat projek dan kisah hubungan beliau dengan ####.
Hati-hati Nik Nazmi,nanti terkena virus anjing gila. Gila nak jadi calon dan YB

Sampul mengandungi memorandum diserah kepada pembantu Maharaja Teng. Tetapi Maharaja Teng menolak sampul tersebut kerana bimbang virus anjing gila akan berjangkit kepadanya. Jonah ditengah-tengah.

Monday, November 9, 2009

NIZAR PARPU ! LIHAT SINI,ANWAR MARAH NIK AZIZ PUJI MAHATHIR

Selama ini kita sering mendengar Pas mengatakan yang Kerajaan Pusat sering menyekat bantuan kepada Kelantan. Ternyata itu semua adalah fitnah semata-mata.

Pas dan fitnah bagai irama dan lagu. Rosak irama pincanglah lagu. Tanpa fitnah rosaklah Pas.

Lihat video pertama ini bagaimana Nik Aziz puji Tun Dr.Mahathir dan dua kali beliau mengulangi ayat Dr.M luluskan peruntukan RM 600 juta kepada Kelantan. Lihat juga berapa ramai orang-orang Pas yang datang memberi sokongan terhadap Dr.M dalam program tersebut. Nik Aziz kata perbalahan politik Umno dan Pas pasti ada titik pertemuan.



Lihat video kedua ini pula bagaimana marahnya Anwar Ibrahim bila Nik Aziz puji Dr. M







NIZAR PK ! CALON WANITA PAS BERTAKLIK CERAI SUAMI

Sebaik sahaja seseorang menjadi calon Pas maka dia harus berbai'ah bahawa akan gugur talak tiga terhadap isterinya jika dia meninggalkan Pas selepas menang dalam p/raya. Itu bagi calon lelaki.

Bagaimana pula dengan calon wanita. Apa bai'ah mereka ? Adakah mereka bertaklik menceraikan suami mereka ? Manalah tahu takut-takut dalam Pas ada nas yang mengatakan wanita boleh ceraikan lelaki. Pas kan serba boleh. Asalkan membawa keuntungan kepada mereka.

Satu perkara lagi yang menjadi persoalan dalam benak fikiran saya ialah apa pula bai'ah calon Pas dibawah ini.Wanita india ini bernama Kumutha Raman adalah calon Pas dalam p/raya umum 2008 di Dun Ulu Tiram,Johor.

Agak-agak anda apa bai'ah wanita india ini ?

Tinggalkan komen....

Sunday, November 8, 2009

NIZAR PARPU ! KELANTAN DAN PAS SUDAH SINONIM DENGAN KEGANASAN

KALAH P/RAYA DIA MENGGANAS...

KALAH BOLA PUN DIA MENGGANAS

KEMENANGAN HANYA UNTUK MEREKA DARI HIDUP SAMPAI MATI

ITULAH DIA PAS DAN KELANTAN
Ini bukan perlawanan bolasepak,tapi pesta mercun dan bunga api....
Pasukan lain main bola hanya polis dan bulan sabit merah sahaja yang ada. Tetapi bila Kelantan main , bomba pun turut sama ada...
Kanak-kanak dan wanita turut sama lemas dalam kepulan asap ini
Bravo The Red Warrior ! Main banjir lebih baik dari main bola
Lagak gedebe penyokong Red Warrior
Wajah-wajah ganas,lihat lambang apa atas kepalanya....
Sukan dan politik dicampur aduk. Hasilnya ialah keganasan...

TAKBIR !

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Friday, November 6, 2009

NIZAR PK ! HJ.HADI DIHENTAM TANPA BREK...

Hebat !

Satu percaturan politik yang baik dirancang oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa menjelang seminar politik Pas di Taman Melewar esok (sabtu).

Segala-galanya 'dikeluarkan' hari ini,supaya suasana panas tidak menjadi suam atau sejuk menjelang seminar esok.

Malaysiakini digunakan sebaik mungkin oleh Anwar dan Husam sebagai tempat menghentam Hj.Hadi. Tidak cukup dengan itu seorang betina cina kristian (Joceline Tan) juga digunakan untuk menghentam Hj.Hadi dalam The Star , baik dalam akhbar 'kertas' dan akhbar online.

Kebiasaannya di Malaysiakini wawancara yang ekslusif hanya boleh dilihat oleh pelanggan berbayar sahaja. Tetapi tidak hari ini. Wawancara ekslusif Aziz Bhari menghentam Hj.Hadi diberi 'percuma' sahaja. (Rujuk di sini ) . (Saya sarankan anda melihat video ini sampai tamat) Hj.Hadi tiada kelas katanya.

Tidak cukup dengan itu artikel bertajuk Hadi umpama Pak Lah versi Pas juga diletakan sebagai tajuk utama daripada pagi tadi hingga sekarang dalam edisi BM. (Rujuk di sini )

Tidak cukup lagi dengan itu,Anwar dan Husam menggunakan pula Joceline Tan untuk menulis di The Star perkara yang hampir sama dengan apa yang Aziz Bhari kata di Malaysiakini.(Rujuk di sini)

Siapa dia kristian ini yang berani menghentam seorang yang bergelar 'Tuan Guru' ? Untuk pengetahuan anda betina kristian ini adalah wartawan yang memang dibela oleh Anwar dan Husam. Samalah seperti Aziz Bhari yang dibela oleh Khalid Jafar. Aziz banyak terhutang budi kepada Khalid Jafar kerana Khalid melalui Institut Kajian Dasar (IKD) banyak menolong Aziz melalui 'projek buku'.

Melihat kepada yang terjadi pada Hj.Hadi hari ini hampir sama situasi yang terjadi semasa Anwar menentang Ghaffar Baba dalam Umno dulu. Media diguna sebaik mungkin. Inilah kebijaksanaan Anwar. Bijak menggunakan media.

Apa pun,selamat maju jaya terhadap Pas dalam seminar esok. Kalau boleh biarlah ada bergaduh atau kerusi terbang. Barulah seronok.

Tuesday, November 3, 2009

NIZAR PENIPU !!! TAK SALAH JAIS TAHAN DR.ASRI


Negara menjadi gempar dalam dua hari ini. Semuanya gara-gara penahanan bekas Mufti Perlis oleh JAIS. Beritanya bukan saja menghiasi muka depan dada-dada akhbar utama dan peti-peti televisyen,malah turut sama menghiasi perut-perut blog serta hangat dibincangkan di kedai-kedai kopi.

Daripada pemimpin atas hingga ke pemimpin bawah dari semua parti-parti politik semuanya mempertikai tindakan JAIS. Malah ada yang menghubungi Dr.Asri untuk melahirkan rasa simpati dan berjanji akan menolong beliau. Menurut beliau hanya seorang sahaja yang tidak menghubungi beliau,iaitu Anwar Ibrahim. Kenapa ? Fikirlah sendiri ! Sila rujuk di sini

Beruntung sungguh nampaknya jadi Dr.Asri, semua orang sayang dan semua orang melahirkan simpati.

Kepada rakan-rakan blogger , terlebih dahulu saya minta maaf jika pandangan saya tidak sama seperti anda semua.

Saya berpandangan,tidak menjadi kesalahan JAIS menahan Dr.Asri kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah. JAIS adalah sebuah badan yang bertindak melaksanakan undang-undang atau peraturan yang ada.

Kenapa perlu ada tauliah untuk menyampaikan kuliah agama di Selangor ?

Di Selangor ada banyak kumpulan ajaran sesat yang sering memberi 'kuliah agama' kepada pengikut-pengikut mereka. Di Selangor juga banyak masjid-masjid dan surau yang sering disalahguna untuk kepentingan politik tetapi menggunakan lesen kuliah agama.

Itulah salah satu sebabnya mereka-mereka yang hendak menyampaikan kuliah agama di Selangor harus ada tauliah daripada JAIS. Perkara ini sebenarnya senang sahaja,bukannya terlalu susah. Ianya menjadi susah kerana sikap kita semua yang suka melanggar peraturan.

Peraturan yang ada pada JAIS sudah molek, ianya untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan serta memastikan penceramah agama tulen yang menyampaikan ceramah,bukannya penceramah palsu. (Bukan maksud saya Dr.Asri penceramah palsu)

Dalam peraturan JAIS jelas, sesiapa nak menyampaikan kuliah agama harus ada tauliah, tidak kira siapa dia. Mufti,bekas Mufti,pemimpin politik atau sesiapa sahaja. Malah Nik Aziz sendiri pernah diharamkan daripada menyampaikan sebarang ceramah agama di Masjid atau Surau di Selangor di waktu zaman Khir Toyo mula-mula menjadi MB dahulu.

Sebab itu saya kata,benda yang mudah tetapi kita yang susahkan. Sepatutnya Dr.Asri sebagai bekas Mufti atau tuan rumah tempat Dr.Asri menyampaikan ceramah agama,memohon kebenaran atau tauliah daripada JAIS terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah. Bukan susah sangat pun.

Contohnya begini, undang-undang jalan raya di Malaysia, pemandu harus berhenti jika lampu isyarat berwarna merah. Maka sesiapa yang melanggar lampu merah harus disaman oleh polis. Tiba-tiba satu hari ,kenderaan yang dinaiki oleh bekas Ketua Polis Negara melanggar lampu isyarat merah. Adakah boleh anggota polis yang melihat kejadian itu tidak menahan dan menyaman kenderaan tersebut kerana beliau bekas KPN ? Tidak boleh ,kerana undang-undang tidak mengira siapa.

Kita harus hormat kepada undang-undang yang kita buat. Bukannya kita sendiri yang melanggarnya atau kita yang membela orang yang melanggar undang-undang.

Sebab itu saya tetap mempertahankan tindakan JAIS menahan Dr. Asri tidak salah. Mereka melaksanakan undang-undang yang ada tanpa mengira kedudukan. Cuma caranya adalah sedikit tidak kena, ianya nampak kasar.

Apabila saya berkata begini tidak bermakna saya tidak menyokong atau menghormati Dr.Asri. Saya tetap menghormati beliau sebagai seorang cerdik pandai agama. Cuma dalam masa yang sama kita juga perlu hormat pada undang-undang. Undang-undang tidak mengira siapa,yang salah tetap salah. Jadi tidak perlulah kita semua menghentam JAIS semaksimum mungkin. Mereka hanya menjalankan amanah yang telah diberi kepada mereka.

Ulasan terbaik dari rakan blogger X-PKR. Rujuk di sini