Tuesday, June 12, 2012

Tun Dr M Terus Jadi Produk Kebanggaan Malaysia dan Video Anwar Marah Tun Dipuji

Berita negara Yaman mempelawa Tun Dr M menjadi penasihat ekonomi negara tersebut adalah satu berita yang menggembirakan majoriti rakyat Malaysia. Tidak lupa, ada juga yang sakit hari dengan perkembangan berkenaan. 

Ketika kebanyakkan negara-negara di dunia ini masih lagi menganggap orang puteh sebagai kuasa, jaguh dan hero ekonomi, tiba-tiba Yaman memilih seorang rakyat Malaysia sebagai penasihat ekonomi mereka. Sudah tentu ianya membanggakan kita. 

Yaman mengganggap kejayaan Tun Dr M sepanjang pemerintahannya 22 tahun dengan mengubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

Berita dipetik dari Sinar Harian Online
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
   
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan  serta seorang pegawai Bank Dunia.
   
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
   
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
    
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
   
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
   
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi.
Nik Aziz pun dah 22 tahun jadi MB Kelantan, apa yang dia berjaya ubah ?

Nak ubah air supaya jadi bersih dan rakyat dapat bekalan air pun tak mampu ?

Ada hati nak perintah Malaysia....

Selama 22 tahun, sikit-sikit sembahyang hajat, sikit-sikit munajat dan keluarkan dua tiga titis air mata buaya untuk dapat undi.

Sembahyang hajat , doa munajat tidak akan mengubah nasib atau keadaan jika tidak disusuli dengan usaha. Sembahyanglah sampai bengkak kaki dan lekuk dahi sekali pun, hasil, kejayaan atau duit tak akan turun dari langit jika tiada usaha yang dilakukan.

Kehebatan , jasa dan sumbangan Tun Dr M memang tiada tolok bandingnya, dan sebab itulah sampai ke hari ini Allah SWT masih mengurniakan kesihatan yang baik dan akal yang tajam kepadanya walupun usianya telah menghampiri 90 tahun.

Kerana apa ?

Kerana sepanjang hidupnya dia banyak berbakti dan berjasa kepada orang ramai sehingga membuatkan ramai orang gembira dengannya. Hidup ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi jika kita disukai orang ramai. Seorang puji Tun bagus, dua orang puji Tun hebat, tiga orang puji Tun bijak, empat orang puji Tun kacak. Semua itu doa dari orang ramai. Maka sampai ke hari inilah beliau sihat, hebat, bijak dan kacak.

Zaman awal reformasi tahun 98 satu stadium penuh orang buat sembahyang hajat minta jatuh bala kepada Tun Dr M. Tapi sampai hari sembahyang hajat dan doa mereka tidak dimakbulkan dan berpatah balik kepada mereka sendiri. Sebab itu sampai hari ini orang itu masih lagi bertarung dengan pelbagai masalah.Tun pula dengan senang hati boleh bergembira bersama anak cucu dan tunggang kuda.

Lihat video dibawah bagaimana Nik Aziz puji Tun Dr M. Nik Aziz puji beb......

Ulang lagi, Nik Aziz puji........dan jangan lupa juga lihat bagaimana Anwar marah apabila Tun Dr M dipuji.


Sebagai penutup, 

Ya Allah  Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa , teruslah kurniakan kesihatan yang baik , akal yang bijak dan panjangkanlah usia pemimpin kami Tun Dr Mahathir Mohamad. Ya Allah kurniakanlah kejayaan kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Yaman....

Amin....Amin....Ya Rabbal Alamin.......

Monday, June 11, 2012

Arah Ahli Tangguh Ibadah Bukti Pas Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Politik


Untuk politik Pas sanggup buat sahaja...

Untuk undi Pas sanggup lakukan apa jua....

Cuba rakan-rakan semua renungkan ayat dibawah ini....

Beza Pas dan Umno. 

UMNO - Menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa

PAS - Menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik

Sejarah telah membuktikan Pas sanggup lakukan apa sahaja demi untuk keuntungan politik mereka. Dah berkali-kali saya pernah catatkan diblog ini tentang isteri pun Pas sanggup jadikan taruhan politik.

Kafir mengkafir, perpecahan umat, jaja Quran dan hadis, gadai kalimah Allah , janji syurga,halalkan rusuhan ganas dan doa pecah perut. Banyak lagi kalau kita nak senaraikan satu persatu kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas sejak tertubuhnya sehingga ke hari ini.

Minggu lepas sekali lagi Pas membuktikan yang mereka lebih mementingkan politik dari tuntutan agama.


Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji. 

Namun lain pula bagi Pas....

Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Dipetik dari selangorku.com

SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.

“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.

“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.

“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.

Dasyat kan ?

Sampai ahli nak buat ibadah yang wajib pun mereka minta tangguh kerana lebih pentingkan politik.

Perlu diingat ibadah haji adalah rukun islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dan haji.

Kalau Pas secara terbuka boleh keluarkan arahan kepada ahlinya supaya menangguhkan perkara yang wajib, agak-agaknya selama ini berapa banyak ibadat wajib seperti sembahyang , puasa dan zakat yang pemimpin Pas tangguhkan kerana nak utamakan politik ?

Tidak mustahil jika bulan Ramadhan nanti Pas keluarkan pula arahan supaya ahli-ahlinya menangguhkan pembayaran zakat kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar zakat diminta di dermakan untuk tabung PRU 13 Pas. 

Kalaulah ada ahli mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini menangguhkan pemergian mereka kerana arahan dari Pas dan orang itu meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji , Pas tanggunglah dosa itu .

 Eh...eh...lupa pula....Pas mana ada dosa dan mereka dah dijamin syurga. Betul kan ?

Semoga ramai yang akan buka mata dengan perkara ini. Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa atau luar kenormalannya untuk mengejar kepentingan politik sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal.

Setakat hari ini PM tidak pernah katakan yang beliau akan bubarkan parlimen pada musim haji. Pas yang memandai-mandai mengalahkan PM. Soal tarikh PRU yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat 5 tahun selepas dari tarikh kali pertama parlimen bersidang selepas sesuatu PRU. Untuk penggal ini (penggal 12) parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013.

Maka pada 28 April 2013 parlimen akan terbubar dengan sendiri dan SPR perlu adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari. Dari hari ini ada setahun lagi tempoh untuk adakan pilihanraya.

Cuma terpulang kepada PM samada beliau hendak bubarkan lebih awal dari tarikh berkenaan atau tidak. Kalau Pas nak kata PM tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan parlimen. Bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat ? Adakah Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Guan Eng dan Azizan telah umumkan bila mereka nak bubarkan dun negeri-negeri mereka ?

Sunday, June 10, 2012

Cerita Bab Penipuan Pilihanraya

Dah naik muak dengar cerita bab daftar pemilih dan penipuan pilihanraya yang dimainkan pembangkang saban masa.

Tujuan mereka supaya masuk dalam kepala rakyat BN dan SPR bersekongkol menipu daftar pemilih.

Cerita bab bilangan pengundi baru yang tinggi bertambah di Selangor sejak akhir-akhir ini.

Keputusan PRU 2008 telah membuka mata dan menarik perhatian orang ramai untuk meminati politik. Baik yang menyokong pembangkang atau yang menyokong BN. Yang tak pernah ambil tahu pasal pilihanraya pun dah mula pergi daftar mengundi.

SPR sendiri pun saban masa mengadakan kempen untuk orang ramai mendaftar sebagai pengundi. Parti-parti politik juga termasuklah PAS,PKR dan DAP juga giat cari pengundi baru sampaikan buka meja di pasar malam.

Ramai orang-orang cina yang dulu tak pernah ambil tahu pasal politik dan pilihanraya,kini berduyun-duyun mendaftar jadi pengundi kerana mereka bagi kuasa kepada DAP.

Sekarang bila bilangan pengundi baru meningkat mereka bising. Mereka tak ingat ke yang mereka juga turut menyumbang kepada peningkatan pengundi baru ?

Soal kekeliruan atau kesilapan dalam daftar pemilih. Perkara ini juga rancak dimainkan oleh mereka untuk memberi gambaran jahat kepada SPR.

Setiap nama pengundi baru yang telah didaftarkan SPR akan dipamerkan kepada umum setiap suku tahun (3 bulan) untuk bantahan jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuashati sebelum daftar tersebut disahkan. Boleh lihat di sini

Parti-parti politik pula boleh dapatkan salinan daripada SPR. Ada yang tak puas hati boleh bantah.....SPR sentiasa terbuka.

Semua itu dilakukan bagi membolehkan parti-parti politik atau orang awam melihat sendiri daftar pemilih bagi memuaskan hati semua pihak. Ada yang tak betul dan yang tak puas hati tolong beritahu mereka. Tidak ada apa yang hendak disorokkan oleh mereka.

Kalau SPR itu jahat dan nak menipu serta bersekongkol dengan BN apa ke jadahnya mereka nak pamerkan kepada umum ?

SPR pun manusia juga, dalam berjuta-juta mestilah ada kesilapan atau kesalahan. Itu antara sebab mereka buat pameran. Ada yang tak betul,adulah kepada mereka. Mereka akan perbetulkan atau beri penjelasan. SPR sentiasa terbuka dan telus dalam hal daftar pemilih. Di laman web mereka 24 jam sehari , 7 hari seminggu , 31 hari sebulan dan 365 hari setahun sesiapa sahaja boleh semak daftar pemilih.

Tak cukup dengan itu boleh pula pergi beli di pejabat mereka senarai daftar pemilih.

Kalau SPR itu jahat atau menipu, mereka tak akan lakukan semua itu.

Masuk hari mengundi pula, bagaimana mungkin SPR nak menipu kerana setiap saluran mengundi ada wakil parti yang bertanding.

Petugas-petugas SPR kebiasaannya cikgu-cikgu. Maknanya SPR kena ajar cikgu-cikgu itu semua untuk menipu bagi membolehkan BN menang.

Setakat hari ini belum ada satu cikgu lagi pun yang muncul mendedahkan SPR mengajar mereka menipu. Baik cikgu pencen atau cikgu yang masih bertugas.

Pas sering mendabik dada cikgu-cikgu bersama mereka. Tak kan sampai hari Pas tak boleh tarik seorang cikgu pencen untuk mendedahkan taktik SPR menipu. Sedangkan bini orang pun Pas boleh jerumuskan dalam kancah politik masa PRK Permatang Pasir.

Bila kita masuk pusat mengundi atau lebih tepat lagi saluran mengundi kita, langkah pertama kita adalah memberi kad pengenalan kepada petugas. Mereka cari nama kita dan mereka akan sebut nombor dan nama kita kuat-kuat supaya didengari oleh wakil-wakil calon yang ada disitu bagi membolehkan mereka memotong nama kita sebagai tanda kita telah masuk untuk membuang undi.

Kita masuk kertas undi dalam peti selepas memangkah, wakil parti nampak juga. Kita melangkah keluar pun mereka nampak.

Tamat waktu mengundi..... Kotak undi akan dibuka depan wakil-wakil parti. Ketua-ketua setiap saluran akan angkat satu-satu kertas undi depan wakil parti. BN,maka kertas undi akan dimasukkan dalam kotak BN. Pas, maka kertas undi akan dimasukkan dalam kotak Pas. Undi rosak pula masuk dalam kotak rosak.

Tamat asingkan kertas undi mengikut parti bertanding, proses pengiraan pula dilakukan. Semua proses diatas dilakukan depan wakil atau pun ejen parti bertanding.

Bila sudah dapat keputusan satu borang akan dikeluarkan dan disahkan (tandatangan) oleh ejen-ejen parti bertanding berapa undi yang parti mereka dapat. Sepanjang proses berlangsung tidak ada ruang untuk bermain silap mata. Melainkan sekiranya ketua saluran berkenaan ada ilmu pukau yang boleh memukau setiap ejen-ejen parti bertanding yang didepannya supaya tak nampak apa yang dipangkah di kertas undi.

Sebab itu kebiasaannya kita tahu lebih awal keputusan satu-satu pilihanraya sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh SPR. Parti-parti bertanding akan ada sebuah pusat pengumpulan keputusan, dimana setiap ejen akan melaporkan kepada pusat berkenaan keputusan setiap saluran.


Contoh....

Ejen PAS yang berada di saluran 1 pusat mengundi A akan melaporkan melalui telefon kepada ketua pusat pengumpulan keputusan mereka.

Hello.....saluran 1 pusat A - Pas 121 / BN 133

Ejen saluran 2 pula telefon

Hello.....saluran 2 pusat B - PAS 145 / BN 120

Begitulah seterusnya.....dan dikumpul-kumpul lalu dikira-kira, maka keluarlah keputusannya...

Tidak ada ruang....memang tidak ada ruang untuk melakukan penipuan, semuanya berlaku dengan telus dan disaksikan oleh ejen-ejen parti yang bertanding. Kalau ada ruang untuk melakukan penipuan tahun 2004 lagi BN dah rampas Kelantan dari Pas.

Pas hanya menang dengan kelebihan 2 kerusi dan salah satu kerusi yang dimenangi Pas hanya dengan majoriti 1 undi sahaja. Tak kan itu pun tak boleh nak buat silap mata ? Nak buat silap mata bagaimananya kalau ejen Pas ada depan mata.

Contoh kedua, PRK kecil Manek Urai 2009, BN kalah 61 undi sahaja. Tak kan itu tak boleh buat silap mata ? Nak buat silap mata bagaimananya kalau ejen Pas masih waras dan bernyawa depan mata.

Jadi cerita-cerita tentang SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan sebagainya hanyalah propaganda jahat pembangkang untuk mendoktrinkan pemikiran rakyat kononnya BN menang dengan cara menipu dan untuk menutup malu mereka kerana tewas...

Friday, June 8, 2012

Jangan Beri Pinjaman PTPTN Selagi Khalid Ibrahim Tidak Benarkan Pembinaan Loji Langat 2

Sepertimana yang saya katakan semalam punca utama kepada penangguhan pemberian pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru UNISEL kerana pihak PTPTN kekurangan dana selepas kempen jangan bayar pinjaman dilakukan oleh PKR.

Dalam masa yang sama, ini juga peluang terbaik untuk kerajaan PKR di Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dijanjikan. Dan dalam masa yang sama juga dapat membuka mata masyarakat terutamanya pencacai-pencacai Anwar, betapa pentingnya PTPTN itu.

Apa-apa pun saya tetap berkeyakinan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat tidak akan lama. Silap-silap esok atau lusa pinjaman yang ditangguh akan diberikan semula. 

Macam saya kata semalam, itu baru menteri masuk gear 1 dan belum lagi gear 2-5, mereka dah meroyan bagai orang mabuk todi.

Pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang melalak berkata jangan politikkan pendidikan, menteri berdendam dan sebagainya.

Laman twitter menteri diserang kononnya menteri tak cerdik, menteri hilang akal dan macam-macam lagi.

Bila Khaled BN (Menteri Pendidikan Tinggi) buat sikit atau pun kita masuk gear 1 pandai pula mereka kata jangan politik, dendam, tak cerdik dan pelbagai lagi.

Tapi bila Khalid PKR (MB Selangor) enggan beri kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2 bagi merawat air bersih kepada penduduk Lembah Klang, mana suara puak-puak yang meroyan tersebut ?

Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan tindakan politik ?

Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan dendam ?

Harus diingat tindakan yang dibuat oleh Khalid PKR akan memberi kesan yang jauh lebih besar kepada rakyat berbanding dengan tindakan Khaled BN menangguhkan pemberian pemberian pinjaman PTPTN kepada beberapa kerat pelajar baru UNISEL.

Sekarang ramai pelabur yang cabut lari kerana tiada jaminan bekalan air mengcukupi untuk beberapa tahun lagi, dan penduduk Lembah Klang sendiri akan menghadapi masalah air dalam beberapa tahun lagi. Apa yang dilakukan oleh Khalid PKR jauh lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Khaled BN. 

Itu pasal saya kata, kita baru masuk gear 1 mereka dah meroyan.

Sekarang adalah masa terbaik untuk kerajaan pusat tekan Khalid Ibrahim untuk memberi kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2. Selagi dia tidak beri kebenaran untuk pembinaan loji tersebut, jangan beri PTPTN kepada mana-mana pelajar yang institusi pendidikannya terletak dibawah Kerajaan Selangor. Dia bagi kebenaran , kerajaan pusat bagi PTPTN.

Apa yang diperjuangkan oleh kerajaan pusat jauh lebih besar dari apa yang diperjuangkan PKR. Kerajaan pusat memperjuangkan air untuk kegunaan jutaan penduduk Lembah Klang dan seperti yang kita tahu air adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita. 

Dah bertahun-tahun Khalid Ibrahim menahan pembinaan Loji Langat 2, yang itu semua tak buka mata. Tapi bila kerajaan pusat baru tangguh pinjaman kepada PTTPN , gegak gempita jadinya.....

Thursday, June 7, 2012

Penjelasan Kenapa Pinjaman PTPTN Unisel Dibekukan...

Isu PTPTN kembali hangat sehari dua ini gara-gara pengeluaran pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL, sebuah universiti di bawah Kerajaan Selangor dibekukan sementara waktu.

Melalak-lalak pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PKR mempertikaikan langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 

Yang pemimpin sibuk membuat kenyataan kepada media-media pro mereka , manakala yang penyokong pula sibuk menyerang menteri di laman twitter. 

Sungguh melucukan melihat gelagat mereka, bagaikan orang yang mabuk todi....

Menteri baru masuk gear 1, belum lagi gear 2 sampai 5 mereka dah meroyan.....

Itu baru dibekukan, belum lagi dimansuhkan, pun sudah ramai yang meroyan. Apa agaknya akan jadi jika PTPTN dimansuhkan ?

Mengikut maklumat yang saya terima, PTPTN ada sebab yang munasabah berhubung tindakan yang diambil itu.

Beberapa bulan kebelakangan ini Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya meminta supaya peminjam-peminjam tidak membayar hutang PTPTN.

Kesan daripada gesaan Anwar dan kuncu-kuncunya telah menyebabkan kutipan bayaran balik yang diterima oleh PTPTN merosot.

Sedangkan wang dari bayaran balik peminjam-peminjam yang telah tamat belajar setiap bulan digunakan semula untuk pinjaman kepada pelajar-pelajar baru.

Jika wang bayaran yang diterima PTPTN merosot bagaimana mereka hendak beri pinjaman kepada pelajar-pelajar baru ?
Hasil didikan PKR, PAS dan DAP
Saya difahamkan, oleh kerana kekurangan wang maka PTPTN terpaksa membekukan sementara waktu pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL yang dibawah PKR dan mengutamakan IPTA serta IPTS yang lain terlebih dahulu. 

Lagi pun PKR berjanji hendak beri pendidikan percuma. Apa salahnya sebagai bukti sebuah kerajaan negeri yang dikatakan mencipta sejarah kerana berjaya meningkatkan simpanan paling tinggi menanggung pendidikan percuma untuk sebuah universiti sahaja. 

Bagaimana nak tanggung beratus IPTA dan IPTS jika memerintah Malaysia , sedangkan satu universiti pun sebuah negeri maju tak boleh tanggung ?
Muslimah solehah angkat jari tanda bagus sokong tindakan kalung bunga pada gambar PM dan Menteri
Kepada para pelajar dan penjaga-penjaga pelajar-pelajar baru UNISEL, tolong jangan salahkan Menteri Pendidikan Tinggi dan Perdana Menteri dalam hal ini. Tolong salahkan Anwar dan kuncu-kuncunya. Kerana Anwar dan kuncu-kuncunya menyebabkan PTPTN mempunyai wang yang terhad untuk mengeluarkan pinjaman dan anda atau anak anda yang menjadi mangsa.

Insyallah selepas kutipan kembali meningkat , anda atau anak-anak anda akan kembali mendapat pinjaman. Sekarang kita kena giatkan kempen agar peminjam-peminjam membayar balik pinjaman kerana ramai pelajar-pelajar baru memerlukan wang untuk belajar.

Wednesday, June 6, 2012

Terbaru:Derma Lebuh Raya Prepaid Diminta Masuk Ke Dalam Akaun Peribadi


Minggu lepas saya telah dedahkan kisah tentang nama pemegang akaun yang berbeza dengan yang diiklankan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk tujuan memungut derma bagi pembinaan lebuhraya prepaid Kota Bharu - Kuala Krai. Sila rujuk di sini

Kemudian dijawab oleh puak-puak Pas yang mengatakan itu nama lama sebelum ditukar kepada nama baru. Jawapan itu menambahkan satu lagi koleksi lawak jenaka Pas dalam soal pembinaan lebuh raya prepaid mereka. 

Sebagai sebuah kerajaan sepatutnya segala-gala telah siap sebelum pelancaran kutipan derma dilakukan. Nampak sangat apa yang dilakukan secara tergesa-gesa untuk tujuan politik bagi mengejar masa sebelum pembubaran parlimen dan dun dibuat. 

Sebelum pilihanraya 2004 pun sama juga. Tergesa-gesa mereka ingin membina Bazar Tok Guru. Apabila siap ianya dipanggil lubang kubur tok guru. Bukan setakat menjadi lubang kubur, rakyat Kelantan juga kerugian RM 50 juta dari projek yang dibuat tergesa-gesa itu untuk memancing undi pada PRU 2008. Semuanya boleh dirujuk di sini dan di sini.

Samalah juga menjelang PRU 13 ini, tergesa-gesa mereka nak bina lebuh raya. Awal bulan umum dan hujung bulan pecah tanah. Sebelum BN masukkan dalam manifesto PRU mereka kena potong dulu.

Hari ini pula kita nak berbicara kisah seorang individu yang pernah menjadi rakan Husam yang kemudiannya bergaduh pasal kambing dan kini berkawan semula. 

Laman selangordaily menulis mengenai individu tersebut yang menyiarkan nombor akaun peribadinya di blog beliau dan meminta orang ramai memasukkan wang derma untuk pembinaan lebuh raya prepaid tersebut ke dalam akaun beliau. Lihat di sini.....

Maknanya sekarang ini siapa yang nak kutip derma untuk tujuan pembinaan lebuh raya boleh kutip sesuka hati.  

Jangan terkejut jika esok lusa anda pergi ke pasar malam ada individu yang mengambil kesempatan bawa kantung untuk memungut derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya. 

Selepas itu ada pula yang datang ke rumah kita nak minta derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya. Orang melayu pantang dengar wakaf, mereka hulurrrrrrr......

Soalnya , sampaikah duit itu kepada sasaran ?

Jika sampai pula, betulkah jumlahnya ?

Lagikan tabung dalam masjid pun ada manusia yang sanggup pecahkan untuk curi wangnya, setakat berlakon kutip derma wakaf ? Kacang jaaaa.......

Undang-undang yang ada hari ini, sebarang kutipan derma perlu kebenaran dari polis terlebih dahulu. Adakah puak-puak ini mendapat kebenaran polis ?

Jika tiada maka polis kena tegas sebelum lebih ramai lagi yang muncul untuk mengutip derma wakaf bagi pembinaan lebuh raya dan sebelum orang ramai tertipu.

Bukan niat kita nak menghalang orang ramai dari menderma. Benda yang baik dan jika patut derma  maka dermalah. Lagi pun derma atau sedekah jariah itulah salah satu dari tiga perkara yang tidak akan putus apabila kita mati kelak.

Tetapi kita perlu bijak menilai sebelum melakukan derma supaya kita tidak tertipu dengan manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan dengan kelebihan yang bakal kita nikmati dari sedekah jariah apabila kita mati kelak. 

Kita semua harus jadikan Tabung Memali sebagai iktibar. Jangan kita mudah terpesona dengan kopiah serban, jubah, tasbih, Quran kecil dalam poket, tanda hitam di dahi, serta mulut manis yang pandai membaca Quran , menyusun Hadis, berselawat, berzanji dan bermunajat.

Kepada yang belum mengetahui kisah Tabung Memali anda boleh membacanya di sini, sini, sini,  dan sini.

Tuesday, June 5, 2012

Hadi: Daripada Presiden Kepada Maskot

Dah lama orang bercakap tentang Presiden Pas, Hadi Awang.

Dalam Pas ada orang kata dia presiden yang tak berfungsi dan adanya dia hanya sebagai patung sahaja.

Dalam pak-khatan rakyat pun dia pun tidaklah berfungsi sangat. Hanya menyambung atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh Anwar atau Lim Kit Siang.

Dia sendiri kalau buka mulut, pasti akan kena dengan Karpal Singh....

Bila dah kena sound dengan Karpal Singh dia akan diam dan tarik kepala sepertimana kura-kura menarik kepalanya apabila terserempak musuh.

Itulah Haji Hadi....

Mungkinkah kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai sebagai tukang angguk atau pak turut oleh Haji Hadi, Jumaat lepas pemuda Pas telah menterjemahkan apa yang terpendam dihati mereka selama ini dengan melancarkan satu maskot Pas yang bernama Hadi dalam perhimpunan di Kedah ???


Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan 

ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.

 Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.

Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.

Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.

“baju macam tadika PASTI bEStari,” kata Rosnain Romli di Facebook.

Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.

Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda  seperti cerita Upin Ipin.

“Mesti ramai yg suka,” kata beliau.

Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.

“blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT,” tulis beliau.


Jutaan nama lain lagi yang ada untuk menamakan maskot berkenaan, kenapa nama presiden mereka yang Pemuda Pas pilih ?

Mungkinkah benar ada maksud yang tersirat disebalik pemilihan nama tersebut ?

Apa-apa pun ianya satu penghinaan kepada Presiden Pas oleh orang mereka sendiri kerana memilih nama presiden untuk dijadikan nama maskot.

Kita tunggu dan lihat berapa lama maskot dan nama itu akan bertahan......

Monday, June 4, 2012

Video:Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajal-Jemaah Tabligh


Daripada dulu lagi saya pernah kata bahawasanya orang yang berjuang mengajak umat mendekati dan menghayati Islam yang sebenarnya bukanlah Pas, sebaliknya jemaah tabligh.

Cara mereka berdakwah bezanya bagaikan langit dengan bumi dengan cara Pas berdakwah.

Mungkin ada diantara kita yang tidak berapa gembira apabila ada orang-orang tabligh datang ke rumah kita untuk bersembang pendek dengan kita dan ajak kita ke surau atau masjid. Tetapi tidak bagi saya.....

Saya amat-amat menghargai mereka kerana bagi saya kita sendiri tak mampu buat apa yang mereka lakukan (dakwah), kalau kita menghargai mereka pun sudah cukup besar maknanya.

Jika ada jemaah tabligh ke rumah saya, saya akan panggil mereka masuk kedalam rumah dan hidangkan minuman. Kebiasaannya mereka menolak. Tapi tak mengapa kita hidangkan juga. Mereka juga tidak menerima sumbangan wang ringgit dari orang ramai. Mereka sudah cukup segala bekalan sebelum keluar berdakwah.

Itulah bezanya mereka dengan Pas. Kalau Pas siap-siap arak kantung ke sana-sini minta duit dengan orang ramai. Suruh orang keluarkan duit dalam poket lagi dengan diiringi selawat dan alunan ayat-ayat Quran.

Mungkin ada yang kata saya jemaah tabligh....

Tidak , saya bukan jemaah tabligh setakat hari ini. Tapi saya tidak menafikan saya ada minat ke arah itu. Mungkin satu hari nanti saya akan menyertai mereka.

Jemaah tabligh juga tidak berpolitik dan tidak mengambil tahu hal-hal politik.

Tetapi kali ini lain macam cara salah seorang jemaaah tabligh bersuara. Mungkin mereka pun sudah tidak tahan dengan kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas.

Selamat menonton video dibawah....



Saturday, June 2, 2012

Gambar-Gambar Jijik Selepas Program Pas

Warna hijau sering dikaitkan dengan penjagaan alam sekitar dan alam semula jadi.

Namun lain pula jadinya dengan perhimpunan hijau sebuah parti hijau yang selama ini kononnya merekalah jaguh Islam.

Kebersihan juga menjadi kayu ukur untuk kita menilai sesuatu atau seseorang.

Islam sangat mementingkan kebersihan , menuntut umatnya supaya menjaga kebersihan dan kebersihan sebahagian daripada iman.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan oleh seorang pembaca dari Kedah kepada saya malam ini. Katanya gambar-gambar dibawah dirakamnya olehnya petang tadi di kawasan Stadium Darulaman dimana tempat Pas mengadakan perhimpunan hijau ke Putrajaya malam tadi.


Lagi gambar-gambar di dalam.....

Klik link dibawah


Friday, June 1, 2012

Lebuhraya Prepaid

Kerjasama rakyat dan kerajaan negeri untuk kemudahan bersama.

Cantik kan kata-kata di banner tersebut ?

Kata kerajaan kebajikan....

Sekarang ni nak buat lebuh raya minta duit dengan rakyat. Kerajaan kebajikan atau rakyat yang kebajikan ?

Masa nak kutip duit dengan rakyat pandai menyusun ayat dan kata-kata manis.

Masa dapat gaji atau dapat kawasan balak tak ingat pula untuk 'berkerjasama' dengan rakyat...

Masa itu sibuk nak tambah bini sampai ke Kemboja. Kah...kah...kah.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.