Thursday, April 25, 2013

Syukur Alhamdullillah, Rafizi Bersihkan Nama Kerajaan BN, PM dan Isteri Menjelang Hari Mengundi


Rafizi lembu sedang menggelebah teruk sekarang apabila kisah anak ikannya mula menjadi perbualan. Semalam dia muncul dengan satu pendedahan yang sangat-sangat MENGGEMPARKAN untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu moralnya yang mula menjadi perbualan. 

Dia mendedahkan pasal isteri PM ada dua saman AES yang belum dibayar. Sini dan sini

Kah...kah....kah....kah....kah...kah....

Setelah gagal dalam siri fitnah yang lepas-lepas, isu saman pula yang dibangkitkannya....

Apa-apa pun kita perlu ucapkan terima kasih kepadanya.Dalam banyak-banyak pendedahan yang Rafizi lakukan, pendedahan semalamlah yang membuatkan kita betul-betul happy. Kita patut happy kerana pendedahan semalam membantu kita di tengah-tengah kempen pilihan raya yang sedang rancak sekarang.


Pendedahan semalam juga sekali gus menafikan apa yang mereka tuduh dan fitnah terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah selama ini.

Selama ini mereka menuduh kerajaan BN mengamalkan undang-undang yang tidak adil, undang-undang rimba, double standard, salah kuasa guna dan sebagainya.

Selama ini mereka menuduh Datin Seri seorang yang boros, suka bermewah-mewah , Rosmah paling berkuasa dan sebagainya. Last-last semalam Rafizi telan balik segala kahak mereka.

Jika Rafizi tidak dedahkan kita pun tak tahu yang Datin Seri Rosmah ada kereta Proton Waja. Dan apa yang di dedahkan oleh Rafizi semalam membuktikan bahawa undang-undang atau peraturan yang ada di Malaysia tidak mengenal siapa dan siapa pun tidak boleh terlepas.Sekali gus membuktikan ketelusan kerajaan BN yang memerintah negara.  Bukan seperti Rafizi lembu yang bodoh tahap gaban. Mengaku diri seorang akauntan tetapi undang-undang BAFIA pun tak tahu. Bila kena dakwa pertikai undang-undang pula.

Sekarang kita tidak perlu bersusah payah lagi hendak menerangkan kepada rakyat tentang ketelusan yang di amalkan oleh kerajaan BN. Rafizi dah tolong jawab dan siap bagi bukti lagi.

Soal saman yang belum dibayar oleh Datin Seri Rosmah, kita cuba korek-korek semalam tentang perkara itu. Daripada maklumat yang kita dapat mengatakan Datin Seri Rosmah tidak menyedari kesalahan tersebut kerana belum menerima saman berkenaan sehingga kini.

Rosmah pakai kereta Proton Waja dan ada 2 saman dijadikan isu besar. Bagaimana dengan Pesuruhjaya Pas Perlis yang pakai kereta Porshce dan ada 3 saman AES serta 4 saman trafik yang belum dibayar sehingga kini ?

Semakan di laman MyeG menunjukkan diatas nama Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin ada 18 saman yang belum dibayar sejak 11 tahun lalu. Sebanyak 7 saman untuk kereta Porshce dan 8 saman untuk sejenis kenderaan lain.

Amacam Rafizi, yang ini tak mau panggil sidang media ke ?

WWF 3000

Tiga saman AES untuk kenderaan bernombor WWF 300 milik Hashim Bin Jasin, Pesuruhjaya Pas Perlis yang belum dibayar

Porshce WWF 3000 - Empat saman polis trafik yang belum dibayar



Jumlah keseluruhan saman trafik sebanyak 15 saman untuk Pesuruhjaya Pas Perlis yang belum dibayar sejak tahun 2002

Jom kita intai saman seterusnya...

WPN 9094-pemandunya nampak seperti lembut-lembut begitu. Siapa agaknya ya ?
Patutlah lembut, rupanya si pemandu adalah Rafizi Ramli. Ada 3 saman AES yang belum dibayar
Sebanyak 9 saman trafik yang belum dibayar oleh si pemandu lembut tersebut.


Perhatian, lagu dibawah khusus untuk Rafizi. Pembaca lain dilarang sama sekali untuk klik butang PLAY.



Wednesday, April 24, 2013

Khalid Ibrahim Kata Hudud Pas Tak Sesuai Untuk Malaysia

 
PKR hari ini menyatakan persetujuan dengan DAP bahawa undang-undang hudud PAS tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak serasi dengan perlembagaan negara yang ada sekarang.

"Kita mempunyai perlembagaan yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang," Khalid memberitahu sidang akhbar di sini hari ini.

"Perlaksanaan hudud yang melebihi apa yang ditetapkan perlembagaan perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia dan saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” tegas Khalid.

DAP hari ini sekali lagi tampil untuk menegaskan ia tidak akan menyokong undang-undang hudud PAS setelah Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Haron Din berkata PAS tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang memenangi PRU ke 13.

Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong undang-undang hudud PAS, namun beliau akur kepada keputusan DAP untuk menolaknya. 
 

Ronda-Ronda Gelang Patah

Suasana nampak tidak cukup panas lagi. Hasil perbualan dengan orang tempatan laluan Kit Siang tidak semudah yang dijangka gara-gara tindakan BN menurunkan Ghani Othman. 

Hasil perbualan dengan orang-orang tempatan, rumusan yang boleh dibuat adalah 50-50.










UBAH KIT SIANG-dah lama dah....

DAP Warning Pas - Jangan Sebut Hudud


Jangan Sebut Pasal Hudud, Kata DAP

Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS.
Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.
Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.
"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.
Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Antara Pos


Semakin hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP.

Waktu SPR Buat Peraturan Anwar Sibuk Layan China Doll

Di hari penamaan calon Sabtu lepas kita dikejutkan dengan berita Pas berentap dengan PKR di tujuh kerusi. Pas letak calon, PKR pun letak calon di kerusi yang sama. 

Ding...dong....ding...dong....selepas dua hari Haji Hadi buat kenyataan Pas akan tarik balik bertanding di tiga kerusi, manakala PKR tarik balik di empat kerusi. 

Bagaimanapun keputusan itu tidak memberi apa-apa makna kerana peraturan baru SPR telah menetapkan bahawa calon-calon yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai calon, tidak boleh lagi menarik diri. Walaupun mereka mengumumkan telah menarik diri , deposit tidak akan dipulangkan balik dan nama mereka tetap akan dicetak di kertas undi.

Tujuan SPR membuat peraturan sedemikian adalah untuk memastikan pilihan raya tidak dijadikan tempat untuk calon bermain-main. Mereka mahu pastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius menyertai pilihan raya. 

Perkara ini telah pun dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya, yang mana ahli-ahli parlimen pembangkang turut sama berada dalam jawatankuasa itu. 

Waktu jawatankuasa buat peraturan, buat undang-undang dan luluskan peraturan, Anwar sibuk melayan china doll dan pasangan lelakinya. Dia tak ambil berat dan tak ambil tahu. Bila timbul masalah , SPR pula yang disalahkan. 

Anwar dalam satu kenyataan semalam menyalahkan SPR berhubung penarikan balik calon-calon Pas dan PKR di kawasan yang mereka berentap sesama mereka. Lihat sini

Mereka yang salah , SPR yang menjadi mangsa...

Setiap calon yang nak masuk bertanding perlu membawa watikah yang dikeluarkan oleh parti masing-masing untuk dikemukakan kepada SPR pada hari penamaan calon.

Bagi calon-calon dari parti Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, SUPP, PPP dan beberapa parti komponen BN yang lain, mereka akan membawa watikah yang dikeluarkan BN. Tidak ada watikah Umno, watikah MCA atau watikah MIC. Semuanya dalam satu watikah sahaja yang dikeluarkan BN dan ditandatangani oleh Pengerusi BN. 

Bagi parti pembangkang pula, memandangkan mereka tidak ada gabungan atau perikatan yang sah seperti BN, maka watikah mereka dikeluarkan oleh parti masing-masing. Pas keluar watikah mereka sendiri, PKR keluar watikah sendiri , dan DAP juga keluarkan watikah mereka sendiri. Yang tandatangan watikah mereka samada presiden atau setiausaha agung parti masing-masing. Calon tak boleh keluarkan watikah sendiri. Calon bebas tidak ada watikah dan mereka kena pilih lambang yang telah disediakan SPR sahaja.

Soal pembahagian kerusi pilihan raya ianya bukan dibincangkan antara calon sesama calon. Semuanya diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP. Calon hanya mengikut arahan parti. Apabila diberi watikah dan diminta bertanding, maka calon pun pergilah ke pusat penamaan calon untuk mendaftarkan diri mereka. 

Calon Pas pergi ke pusat penamaan calon dengan membawa watikah yang dikeluarkan oleh Pas yang ditandatangani oleh presiden atau setiausaha agung parti mereka sahaja. Calon PKR pun begitu juga. 

Saya ambil contoh untuk Dun Sungai Acheh.

Dalam hal ini calon Pas untuk kerusi berkenaan tidak akan pergi mendaftarkan diri mereka sebagai calon jika Haji Hadi atau Mustafa Ali tidak keluarkan watikah untuknya.

Begitu juga dengan calon PKR. Calon itu tidak akan pergi mendaftarkan dirinya sebagai calon jika Wan Azizah atau Saifuddin Nasution tidak keluarkan watikah untuknya.

Pas keluar watikah, PKR pun keluar watikah untuk kerusi yang sama. Kata pak-khatan rakyat, ada persefahaman, ada keserasian, utuh, kukuh dan jitu. Tapi kau keluar watikah, aku pun keluar watikah. Tak ke gila namanya itu ? Isu bertindih kerusi ini tidak akan timbul jika mereka jujur dan saling percaya mempercayai satu sama lain.

Masalah sekarang ini adalah masalah sesama pemimpin atasan mereka yang berebut kerusi, tidak percaya satu sama lain dan tikam belakang . Bukannya lagi masalah SPR. Isu pembahagian kerusi pilihan raya pun mereka tidak percaya satu sama lain dan tidak boleh selesaikan sehingga berentap sesama sendiri. Apakah kita nak percaya orang-orang begini untuk perintah negara ?

Calon DAP Kena Balun Dengan Apek


PANTAI REMIS: Calon Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas sebaik beliau datang berkempen di sebuah kedai kopi di Pantai Remis Lama, di sini.

Lebih memalukan, pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan yang sedang minum di kedai kopi itu.
 
Nelayan warga emas berkenaan dikenali sebagai, Lim Pek Liang, 60, itu bukan sahaja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan lain sebaliknya enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi parlimen itu.

Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.
 
"Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat namun,saya menepis tangannya.


"Ada sebab kenapa saya menolak tangan dan memarahinya kerana sejak menyandang kerusi parlimen itu, saya tidak pernah lihat dia turun padang apatah lagi mengambil tahu masalah rakyat di sini," katanya.

Katanya, dia mengakui menyimpan dendam kepada Ngeh kerana tidak membantunya untuk mendapatkan lesen baru menangkap ikan.

Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula.

Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikannya kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.

Katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak selama 11 bulan, dia pernah memohon Ngeh untuk menyediakan surat bagi permohonan lesen itu.

Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong namun, Wong sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.

"Akibat itu, permohonan saya tidak dapat dipanjangkan kepada jabatan itu sebelum Ngeh dan Wong bertindak lepas tangan dan enggan membantunya.

"Saya sangat perlukan surat permohonan itu kerana tanpanya saya tidak boleh memulakan tangkapan di laut," katanya.

Katanya, berang selepas permohonan tidak dilayan oleh Ngeh, dia kemudian mendapatkan bantuan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn sebelum permohonannya diterima.

"Saya amat berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya. Saya tidak menyangka dilayan buruk oleh Ngeh namun, pada masa sama percaya BN mampu lakukan sesuatu kepada penduduk di sini berbanding parti pembangkang," katanya.

Katanya, dia mengakui penyokong kuat DAP namun, bukan ahli parti itu.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan Ngeh yang jarang turun ke parlimen itu terutama bagi menyelesaikan masalah penduduk.

"Saya tidak pernah melihatnya sejak lima tahun lalu, tapi tiba-tiba muncul hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum hujung minggu depan.

"Saya mahu rakyat tolak pemimpin sedemikian kerana tidak komited sebagai ahli parlimen serta mengabaikan rakyat," katanya.

My Metro
 

Tuesday, April 23, 2013

Ding...Dong...Ding...Dong...Ding...Dong...SPR Juga Yang Jadi Mangsa


Perbalahan pembangkang mengenai kawasan yang ingin dikuasai sehingga menyebabkan pertindihan kerusi menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat tidak serius ketika memilih calon.

Bagi melindungi kelemahan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pemansuhan 'tempoh bertenang' dalam proses pencalonan yang berlangsung Sabtu lalu.

Ia dipercayai rentetan isu pertindihan tujuh kerusi antara PAS dan PKR di beberapa kawasan seluruh negara.

Anwar dalam sidang media sebentar tadi menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa yang secukupnya untuk membatalkan nama calon yang mengisytiharkan tarik diri.

Beliau berkata proses pilihan raya adalah 'hanya' untuk memilih calon.

"Saya tak faham kenapa SPR tak boleh nak batalkan kerana pilihan raya adalah soal calon yang diumum oleh parti dan SPR mempunyai masa yang cukup untuk dibatalkan," kata beliau.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu kenyataan sebelum ini berkata tempoh tersebut dimansuhkan "bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan".

Justeru nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima, tetap dikira.
Peruntukan terdahulu memberi tempoh tiga hari untuk sebarang perubahan di kertas undi sebelum ia dicetak.

PKR dan PAS sebelum ini bertelagah untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi parlimen Labuan dan enam kerusi DUN. Kerusi-kerusi DUN adalah Sungai Acheh, Panti, Seberang Takir, Bukit Besi, Kota Putera dan Kota Damansara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam dalam ceramahnya kelmarin mengakui meletakkan calon PAS di kesemua kerusi berkenaan bertujuan untuk "menyelamatkan" Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa PKR meletakkan calon 'tangkap muat' yang dipercayai terdedah dengan unsur-unsur penyelewengan dan dadah.

Malah Hadi turut mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan meletakkan calon di kerusi Kota Damansara atas tiket PKR sebagai berpaksikan komunis, justeru ahli PAS tidak boleh bekerjasama untuk berkempen.

"PAS bertindak bertanding di beberapa tempat (yang) berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan. Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, (hanya) memerintah sekejap," kata Hadi.

Namun dalam sidang media semalam, kedua-dua parti bersetuju untuk membahagikan kesemua kerusi berkenaan kecuali Kota Damansara yang masih dalam perbincangan.

Kerusi Labuan, Sungai Acheh dan Panti diserahkan kepada PKR, manakala tiga kerusi DUN Terengganu: Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi diserahkan kepada PAS.

Anwar dalam masa sama mengumumkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan membatalkan surat watikah yang telah diberikan kepada calon.

"Presiden parti akan membatalkan surat watikah kepada calon-calon di kerusi-kerusi tersebut," katanya.

Susulan itu katanya, kesemua jentera parti di kawasan yang terlibat, termasuk calon sendiri, diarahkan untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Di kawasan yang ditandingi PAS di Terengganu, kita telah arahkan jentera dan calon itu untuk sertai kempen PAS," kata Anwar lagi.


Esok RBF pula sambung pasal isu pertindihan kerusi mereka....

Apa Pendapat Anda Bila Lihat Gambar Ini ?


Pendapat saya pula, tak tahu apa nak dikata....

Susah nak diluah untuk diterjemah menjadi perkataan....

Senang cerita beginilah....

Nak kata sakit nampak seperti sihat...

Nak kata sihat nampak macam tak berapa segar....

Tuhan Kabul Permintaan - Ali Rustam


Cayalah Tok Ali....

Semanis gula

Semasin garam

Selemak santan

Selicin ky jelly

Seputih spender Stopa....

Kit Siang Bimbang Jika Hadi Jadi PM

Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu “tentunya sama-sama akan bimbang” jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
“Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Hadi menjadi Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah sama-sama akan bimbang…terhadap apakan yang beliau akan lakukan kepada kita semua. Betul, tidak?’ kata Kit Siang di ceramah dekat sini malam tadi.
Tindakan meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.
Dakwaan itu diambil serius oleh pengundi kerana PAS adalah parti paling besar dalam gabungan pembangkang, selain bertanding jumlah kerusi yang jauh lebih tinggi berbanding DAP.
Hadi sebelum ini menyifatkan PAS sebagai tulang belakang pembangkang yang diperlukan oleh DAP untuk menubuhkan kerajaan.
“Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang menjadi tulang belakang Pakatan ialah PAS, parti Melayu Islam," katanya.
Bagaimanapun, semalam Kit Siang menegaskan DAP tetap menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang sungguhpun penyokong Pakatan Rakyat di Johor cenderung kepada Hadi.
Kit Siang berkata belia mengutarakan persoalan itu kepada hadiran di ceramahnya di Gelang Patah dan Muar susulan kenyataan Datuk Ghani Othman bahawa Hadi akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.
“Saya tanya beribu-ribu hadirian semua kaum di Muar dan Geang Patah siapa menjadi pilihan mereka Najib ataupun …Hadi.
“Mereka jelas mahukan Hadi menjadi Perdana Menteri jika terpaksa memilih di antara beliau, Muhyiddin Yassin atau Mahathir,” kata Kit Siang kepada pemberita.
Ini kali pertama Kit Siang menyuarakan kecenderungan rakyat mahupun Hadi menjadi PM dan bukannya Anwar, sekiranya pembangkang menang PRU ke 13.
Sungguhpun pilihan yang ditawar oleh Kit Siang hanya merujuk kepada Hadi dan pemimpin BN, namun pemimpin DAP itu mengakui Hadi mempunyai sokongan besar di kalangan penyokong pembangkang untuk jawatan tertinggi itu.
Bagaimanapun Kit Siang terus mematikan sebarang ruang untuk menimbang sokongan terhadap Hadi itu apabila menegaskan DAP tetap menyokong Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
Beliau menegaskan partinya tidak berganjak daripada keinginan mahukan Anwar dan bukannya Hadi sebagai calon Perdana Menterinya.
Gelang Patah menyaksikan pertarungan dua penjuru diantara Kit Siang dan Menteri Besar Johor Ghani Othman.
Ghani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina itu untuk menangkis apa yang dlilihat beliau sebagai cubaan DAP “mengimpot” politik perkauman ke negeri itu.
Semalam, Kit Siang mendakwa pengundi Johor mempunyai peluang bersejarah untuk menukar haluan negara dan menggesa mereka untuk menyokong beliau dan politik yang diperjuangkan oleh partinya.
Kah....kah....kah....kah....padan muka juak-juak Pas yang hidung tak mancung pipi terserong-serong nak berkawan dengan DAP. Sedangkan DAP tak pandang pun presiden dan parti mereka.....