Wednesday, April 24, 2013

Khalid Ibrahim Kata Hudud Pas Tak Sesuai Untuk Malaysia

 
PKR hari ini menyatakan persetujuan dengan DAP bahawa undang-undang hudud PAS tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak serasi dengan perlembagaan negara yang ada sekarang.

"Kita mempunyai perlembagaan yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang," Khalid memberitahu sidang akhbar di sini hari ini.

"Perlaksanaan hudud yang melebihi apa yang ditetapkan perlembagaan perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia dan saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” tegas Khalid.

DAP hari ini sekali lagi tampil untuk menegaskan ia tidak akan menyokong undang-undang hudud PAS setelah Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Haron Din berkata PAS tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang memenangi PRU ke 13.

Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong undang-undang hudud PAS, namun beliau akur kepada keputusan DAP untuk menolaknya. 
 

13 comments:

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

kau punya portal tak laku ke bhai? hari2 duk promote portal sampah kau kat semua blog ..

Anonymous said...

bijak dia ni bro ambik kesempatan...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18635-pr-perintah-pertukaran-guru-mesra-keluarga-husam

Anonymous said...

gua ada dekat 100 blog tapi dh lama tak aktif...
Lagipun "modal" dan masa tak mengizinkan.
Jadi pembaca blog rakan2 jer yg terbaik rasanya....lagipun blog gua satu apa link "kesempatan" pun takder...semua blog sendiri jer - "plain" tanpa iklan sana sini...

hehe...sorry yer...

Anonymous said...

mana puak2 pas nih? tak nak hentam kawan korang tu ke? tuduh umno kafir..menentang islam...solat tak dpt pahala...ni kwn korang pun sama. apehal beb? pas mmg bodoh lagi mudah diperbodohkan!

Anonymous said...

kesian Dato Haron Din klu mcm ini gayanya.

Anonymous said...

Siapa nak baca harakahdaily. Muka depan je dah psycho. Ingat rakyat bodoh mcm korang ke. Aku bersyukur aku orang islam dan bukan islam parti ajaran sesat.

Anonymous said...

Baca harakahdaily mcm baca tabloid fitnah. Ingat ke rakyat bodo ke nak telan fitnah kamu bulat2? Sedar diri laa parti pembunuh!

Anonymous said...

Timbalan mursyidul am Pas forever alone . kasihan sy kpd tuan guru dato harun din .

Itulah harga yg harus dibayar , bila mana kerjasama yg terjalin dengan pihak2 yang memang jelas anti islam , seperti parti cauvinis cina itu .

Anonymous said...

org pas buat2 x dengar dan x baca lah...2 parti dah luahkan pendapat mereka..dalam pas pun puak erdogan x setuju dengan hudud....

tokgaru said...

Saya sokong bila Kahalid Ibrahim kata Hudud tak sesuai untuk Malaysia. Syabash Khalid, awak bercakap betul2 menggunakan kepala yang berotak. Sedangkan para pemimpin dan ulamak Pas bercakap menggunakan kepala lutut. Sebab itu mereka di hina oleh pemimpin DAP tak habis2. Nik Aziz sebut Hudud, Karpal Singh kepak macam tu saja. Hadi Awang sebut Hudud, Lim Kit Siang kepak macam dia kepak batang keladi saja. Terbaru Haron Din tersebut Hudud, Anthony Siew Fook, sergah terus diam.

Itu pun mereka muka tak tahu malu masuk kampong duk bohong lebai2 kampong kononnya DAP terima islam sebab tu DAP sanggup guna lambang bulan dalam PRU13 ini.

Apa nak buat lebai2 kampong yang sememangnya jumud kepala otaknya boleh percaya.

tokgaru said...

" Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya " Karpal Singh.

Syabash Karpal. Anda berani. Anda Jujur. Anda berterus terang.

Sedangkan para pemimpim Pas dan para ulamak Pas menjelajah segenap kampong memberitahu lebai2 kampong bahawa " DAP sanggup guna lambang bulan dalam PRU13 menandakan DAP menerima islam yang diperjuangkan oleh Pas "

Lebai2 kampong pun percaya kerana mereka tak tahu apa satu berkenaan Perlembagaan Negara Malaysia.

Kasihan lebai2 kampong ..

Anonymous said...

23 tahun memerintah Kelantan. Deraf pun takde. Paling ramai penghidap HIV. Paling ramai kes cerai berai. Pelacuran wujud. C'mon la PAS. Jangan kasi orang gelakkan awak la. Awak tiada kredibiliti bercakap soal2 ini. Tutup kedai lah