Hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (UMCEDEL), yang antara lain menyatakan 54% orang Melayu memilih
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya 38% memilih Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak sebagai Perdana Menteri, merupakan satu perancangan licik oleh
Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Kaji selidik ini dilakukan oleh para pelajar fakulti tanpa pengawasan
harian daripada pensyarah mahu pun penyelaras yang berwibawa dalam
bidang kajian. Para pelajar diberi borang kaji selidik untuk diisi dalam
temu bual mereka bersama responden di kawasan asal mereka dan tiada
pengawasan dilakukan setiap hari selama kaji selidik dilakukan.
Menurut maklumat daripada seorang pensyarah kanan Universiti Malaya,
separuh daripada 1407 borang yang dikeluarkan tidak diisi oleh
responden. Bagi mencukupi jumlah responden yang diperlukan, para pelajar
tersebut telah diarahkan mengisinya di dalam bilik kuliah.
Terdapat juga cakap-cakap di Universiti Malaya sekarang ini bahawa
pelajar yang terbabit juga dikatakan dipilih secara khusus berdasarkan
kecenderungan politik mereka dan kawasan-kawasan yang merupakan kubu
kuat Anwar brahim.
Sementara itu Utusan Malaysia semalam melaporkan, Timbalan Yang
Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad
Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui
kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.
“Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah
pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita
tahu macam mana rapatnya mereka.
“Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak
kepada seorang individu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di
sini hari ini.
Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira
sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.
Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur
dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu
yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).
“Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan,” katanya.
Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia
(PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana
Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.
Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin
ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat
banyak menyebelahi Anwar.
“Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan,” katanya.
Mykmu.net
RBF: Biarkan mereka syok dengan hasil kajian mereka. Kalau boleh kita tambah lagi angkanya sampai jadi 99 % Anwar akan menang. Buka peti undi nanti mereka tahulah langit tinggi atau rendah....
18 comments:
Malam tadi aku telek dekat mangkuk tandas PKR menang besar.......sekali dengan taik2
6 hari lagi
yahu
segala teka teki akan dijawab
gua masih undi bn
Kawe undi BN, kawe nk pertahan Kalimah Allah dari diberi kepada bible sebagai ganti perkataan Tuhan. Kalu ikut Haji Hadi, dia yg mula2 sign membenarkan kalu PR menang putrajaya.
memang betul pun, pengarahnya sendiri tak tau etika dalam kaedah kuantitatif - sungguh memalukan
Kami sanggup balik kampung untuk mengundi termasuk seluruh keluarga dan sanak saudara semua akan keluar awal untuk mengundi dikawasan masing-masing.
Undi kami hanya untuk BN. Lain boleh blahhhhh.
Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman ini ada kepentingan peribadi dan patut disingkirkan dari perkhidmatan.
ni la prof kangkung yg rafizi ckp kn nie...
temuramah 20 ribu orang konon, konsep temuramah yang macam mana dan siapa yang ditemuramah tak dijelaskan, tutup aje laa umcedel tu
nak harap apa kajian budak2 UM ni...prof depa ni pencacai anwar yang x leh pakai ni. .nanti 5hb rakyat bg undi...itu br kajian sebenar..hidup BN
ni juak2 pencacai PR pakar seronok la bila hasil keputusan ni...padahal indah kabar dr rupa...kajian penipu yang patut ditongsampahkan
BN jgn pakai la umcedel ni, penipu tong sampah, sama taraf dengan kajian prof goggle, mana dia pegi sekarang lama tak nampak??
Yg mengisi borang kajian semua pengundi hantu PKR mana tak berat sebelah.
Selalunya tahi judi akan beli nombor. Lepas beli nombor, dia akan kata "ini kali lah!"
Tiru macam saya. dulu pas kini BN. dont play play...PAS pelawok kering. maso rintah teganung gomo balak.
kajian dilakukan oleh orang yg rendah mentalitinya!!!!
Mohamaf redzuan adalah contoh Professor kangkung seperti yang disebut anwar....amat memalukan seorang ilmuan membuat soal selidik secara tangkap muat....agaknya masa buat tesis dulupun palagiat.....memalukan universiti malaya juga....padanlah ranking um tak naik2....professor kangkung harus disingkir dari um...biar dia balik kampung tanam kangkung
prof tu mmg kwn karib dia doh...muat malu jabatan sejarah dan fklti sastera UM je..aku stdy situ grd 2010..knl sgt la...x boleh pakai la prof nii...aku ingat dia btnding Pkr pru ni...rupanya x plak...syg jawatan bsr kat um la tu...haahaha...letak jwtan jela...
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
Post a Comment