Tuesday, April 9, 2013

Dah Terang-Terang Menipu Namun Pas Masih Kebal Dari Tindakan Pihak Berkuasa

Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.

Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil,  nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.

Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.

Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.

Begitu jugalah dengan parti Pas....


Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.

Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.

Dengan sokongan orang putih maka lahirlah Pan Malaya Islamic Party yang kini namanya Pas. Kelulusan penubuhannya ditandatangan oleh pegawai pendaftar pertubuhan berbangsa india yang bekerja dengan orang putih, Nadarajah.

Yang luluskan parti tersebut orang india. Hari ini mereka meletak parti mereka setaraf dengan agama islam. Sedangkan islam itu adalah wahyu yang diturunkan Allah. Parti islam pula diluluskan oleh orang india. Yang ini yang orang Pas bodoh tak faham-faham sampai hari ini. Mereka tak pandai bezakan yang mana agama dan yang mana parti.

Pan Malaya Islamic Party pada masa itu menggunakan lambang bulan bintang. Tidak berapa lama kemudian lambang itu diharamkan kerana mendapat tentangan orang-orang islam. Mereka diminta menukar lambang lain. Ketika itu juga mereka akan bertanding dalam satu pilihan raya kecil di Kelantan. Mereka diminta mendaftar lambang baru sebelum jam 10 pagi pada satu tarikh yang ditetapkan. Jika gagal mereka tidak boleh bertanding.

Esoknya tempoh yang diberikan untuk mereka mendaftar lambang baru akan tamat. Malam sebelumnya mereka mengadakan satu mesyuarat di rumah salah seorang pemimpin mereka. Semasa mesyuarat mereka dihidangkan kopi o dan satu tin besar biskut tawar.

Mesyuarat punya mesyuarat sampai ke tengah malam mereka masih gagal menyediakan lambang. Tiba-tiba seorang ahli mesyuarat bersuara, "kita ni mesyuarat selepas isyak, sekarang dah nak subuh, lambang tak siap-siap lagi, esok pagi nak daftar".

Salah seorang ahli mesyuarat yang berada berhampiran dengan tin biskut telah mengambil tudung tin biskut tersebut dan letak atas kertas, lalu membuat bulatan ikut bulatan tudung tin biskut itu. Dia pun bersuara, "nah ini lambangnya" . Hari sudah menghampiri subuh, tiada pilihan lain lagi. Yang itu kata setuju, yang ini kata setuju, maka semua setuju. Maka lahirlah lambang Pas dari tudung tin biskut pada malam tersebut dan kekal sehingga kini. Hari ini dia kelentong orang kononnya lambang mereka bulan mengambang. Padahal lambang dari tudung tin biskut tawar.

Ini bukan cerita lawak atau main-main. Ini kisah benar. Kalau tanya Nik Aziz dia tak akan mengaku punya. Dia pun belum Pas lagi waktu itu.

Berbalik kepada asal usul tertubuhnya Pas kerana kecewa, marah dan dendam akibat kalah dalam pemilihan Umno.

Parti tersebut lahir dari perasaan kecewa, marah dan dendam. Maka sebab itulah dari tertubuhnya parti sampai ke hari ini Pas masih mengamalkan perkara-perkara tersebut. Dendam dan marah kepada Umno tak usah nak cakaplah. Semua orang dah tahu apa yang mereka buat pada Umno. Mereka kafirkan Umno dari makcik saya bergigi susu sampai sekarang makcik saya dah bergigi palsu. Doa pecah perut, orang Umno tak masuk syurga, orang Umno sembahyang tak dapat pahala, berkerjasama dengan syaitan untuk hancurkan Umno, orang Umno lawan Nabi dan macam-macam lagi. Malah ada yang kata mereka lebih rela makan babi dengan DAP daripada minum teh dengan Umno. Begitulah gambarannya bagaimana benci, marah dan dendam Pas kepada Umno.

Seperti yang saya katakan di awal tulisan ini , apabila sesuatu itu berasal dari yang tidak baik, maka sampai bila-bila pun perjalanan mereka tidak akan betul dan mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak baik, atau pun dalam bahasa kasar dipanggil perkara-perkara jahat. Menipu pun tergolong dalam perkara jahat.

Di Malaysia apa yang Pas tidak tipu orang islam ?

Bukan setakat tipu orang islam, jenis mereka ini tuhan pun mereka tipu. Dulu siang malam mereka berdoa minta tuhan berikan kemenangan kepada mereka demi untuk menubuhkan negara islam. Apabila nak tubuh negara islam termasuklah sekali nak laksanakan hudud.

Tuhan uji mereka dengan berikan sedikit kemenangan kepada mereka pada tahun 2008. Apa dah jadi selepas itu ? Negara islam tidak ada dalam Quran, kata Haji Hadi. Presiden sebuah parti islam dah tua-tua  baru habis baca Quran. Negara islam entah ke mana, hudud ghaib ditelan DAP dan kalimah Allah digadaikan. Tidakkah itu menipu tuhan ? Dulu doa lain, sekarang buat lain.

Apabila Pas dilahirkan dari asal usul yang tidak baik, maka perjalanan mereka sentiasa tidak betul dan asyik nak menipu saja kerja mereka, termasuklah menipu duit orang ramai.

Tabung Memali yang dikutip berjuta-juta ringgit untuk anak yatim apa yang dah jadi ? Sampaikan anak yatim Memali nak belajar ibu terpaksa jual tanah.

Koperasi Kohilal yang mengutip pelaburan dari orang ramai berjuta-juta ringgit, apa dah jadi ?

Kutip derma dengan orang ramai tempat ceramah dah berapa banyak Pas kutip ? Pernah anda dengar Pas laporkan ke mana pergi hasil kutipan ?

Tabung itu, tabung ini, dah bermacam-macam tabung yang Pas tubuhkan, mana pergi semua wangnya ?

Terbaru adalah Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang ditubuhkan oleh Pas. Tahukah anda ke mana wang tersebut dimasukkan ?


Lihat anak panah di atas dan perhatikan tulisan kuning. Ianya ditulis nombor akaun 5640 2540 0414 dan nama TABUNG RAKYAT PRIHATIN.

Namun apa yang mengejutkan seperti yang telah didedahkan oleh rakan-rakan blogger sejak beberapa hari lepas nombor akaun berkenaan bukannya di atas nama TABUNG RAKYAT PRIHATIN atau TABUNG PERAJURIT TRAGEDI LAHAD DATU, sebaliknya nombor akaun berkenaan atas nama PARTI ISLAM SE MELAYSIA .

Bukti-bukti telah ditunjukkan oleh rakan-rakan blogger sejak beberapa hari yang lepas.



Pihak yang pertama melancarkan Tabung Lahad Datu adalah Media Prima. Kemudian Pas pun ikut serta. 

No 1: Iklan oleh Pas dan Media Prima

No 2: Nombor akaun tabung yang dikendalikan oleh Pas dan tabung yang dikendalikan oleh Media Prima.

No 3: Paparan dari mesin cash deposit Maybank. No akaun yang diiklan oleh Media Prima atas nama TABUNG WIRA LAHAD DATU. Manakala nombor akaun yang diiklan oleh Pas atas nama parti mereka. 

Kalau dah dimasukkan ke dalam akaun PAS, bagaimana mereka tahu untuk mengasingkan mana duit yang dimasukkan untuk sumbangan Lahad Datu dan mana duit yang dimasukkan untuk PAS ? 

Apa yang Pas lakukan itu adalah terang-terang satu penipuan. Mereka mengambil kesempatan diatas keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu keluarga mangsa-mangsa peristiwa Lahad Datu. Perkara ini telah beberapa hari diperkatakan, namun sampai ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang berani tampil menjawab.

Mana pihak berkuasa yang berkenaan ? Apakah Pas kebal sangat sehingga pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka ? 

Pas sering menuduh TV 3 penipu, pembelit dan sebagainya. Nah ! Sekarang siapa yang penipu dan pembelit? Siapa yang jujur ? 

Kesimpulannya, kalau kita nak kahwin kita akan cari pasangan orang yang berasal usul atau dari keturunan baik-baik supaya hidup menjadi bahagia. Begitulah juga apabila kita nak mengundi nanti. Janganlah pilih parti yang asal usul atau keturunannya lahir daripada sifat dendam, kecewa dan marah. Kalau mereka jadi kerajaan kelak hidup kita tidak akan bahagia.

Umno lahir untuk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan tanah air. Lahirnya untuk tujuan dan niat yang baik dan Insyallah ia akan sentiasa berada dalam perlindungan yang maha berkuasa. Pas lahir hasil dari perasaan kecewa, marah dan dendam. Sebab itulah sampai ke hari ini kerja mereka dendam , benci membenci , memecah belah masyarakat serta menipu.

Semoga rakyat Malaysia dapat menggunakan akal dan fikiran yang waras dan janganlah sesekali tertipu dengan ayat tok guru, ulama dan islam yang mereka sering pakai. Orang-orang yang mengejar kuasa dengan memakai gelaran-gelaran sedemikian serta menggunakan agama, kita tak boleh percaya beb. Ulama yang betul mereka akan ikut ciri-ciri Nabi. Tidak riak, tidak sombong, tidak fitnah orang, caci mencaci dan sebagainya. 

Tak payah pergi jauh, ambil contoh negara yang dekat dengan kita, Indonesia. Susah payah Sukarno dan Suharto membina negara dan bangsa Indonesia. Sampaikan masa itu cina tak boleh pakai nama cina, sekolah cina tiada, bercakap bahasa cina tak boleh dan perayaan tahun baru cina pun tidak dibenarkan. Apatah lagi membenarkan Kalimah Allah digunakan agama lain.

Tetapi masuk Gus Dur beberapa tahun sahaja hancur habis semuanya. Bukan main lagi dulu rakyat Indonesia teruja dengan Gus Dur, kononnya dia seorang ulama besar. Ada rakyat Indonesia masa itu yang teruja dengan ulama Gus Dur berkata "walaupun matanya buta tetapi hatinya terang kerna diterangi cahaya-cahaya iman dari ilahi". Perghhhhh....dengar pun meremang bulu roma beb. 

Last-last ulama Gus Dur itulah yang menggadaikan Kalimah Allah kepada agama lain, dan hari ini hasilnya beribu orang Indonesia murtad setiap tahun. Kemudian keluar pula gambar siapa di atas ribanya ? Malas nak tunjuk sebab dia dah mati. Carilah sendiri di google.

Sebab itu saya kata, orang-orang yang pakai gelaran ulama, tok guru dan sebagainya dalam mengejar kuasa kita tak boleh percaya. Mereka menipu. Mereka bukannya nak membetulkan kita , tetapi mereka nak kuasa. Dan untuk mereka dapat atau pertahankan kuasa mereka sanggup buat apa sahaja. Contohnya macam Gus Dur. Dia nak dapat kuasa dia guna nama ulama. Bila dah menang nak pertahankan kuasa dia beri segala kebebasan. Kerana dia tahu dengan berbuat begitu dia akan lebih popular. Bila popular dia akan menang lagi dan terus berkuasa. Peduli apa dia dengan bangsa atau negaranya hancur. Yang penting dia dapat kuasa.

Perkara sedemikian juga berlaku di Kelantan. Waktu zaman BN perintah (1978-1990) orang siam tak boleh bina patung-patung yang melebihi ketinggian masjid. Sebab itu ada satu patung di Tumpat yang dibina pada tahun 80an (zaman BN) sepatutnya dibina berdiri tetapi tidak dibenarkan kerana ketinggiannya melebihi kubah masjid, yang mana akhirnya patung itu terpaksa di tidurkan. Kerajaan BN Kelantan masa itu tidak bagi kerana menghormati majoriti orang Kelantan yang beragama islam. 

Masuk Pas perintah segala jenis patung mereka benarkan. Yang duduk, yang bersila semuanya ada. Besar mana, tinggi mana Pas tak peduli. Semua mereka benarkan. Sampaikan hari ini ada patung terbesar di asia tenggara terletak di Bachok. Logik ke sebuah negeri yang lebih 90 peratus rakyatnya beragama islam, digelar serambi Mekah dan bumi tadahan wahyu ada berpuluh patung-patung besar dan patung terbesar di asia tenggara ? Sebab itu orang siam di Kelantan sokong Pas kaw-kaw. Mereka tahu hanya Pas yang boleh deliver apa yang mereka nak.

Tun M pernah kata, demi undi Pas sanggup lakukan apa sahaja....

Akhir kata, ingat balik ayat yang sering saya gunakan sejak mula saya berblog sehingga kini tentang perbezaan Pas dan Umno. 

UMNO - Menggunakan politik untuk kepetingan agama dan bangsa....

PAS - Menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik.....

18 comments:

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Far Lungeng said...

Apa jer yang diaorang tak tipu. Parti Islam ni patutnya didaftarkan sebagai PIS bukannya PAS. Tapi diaorang daftarkan atas nama PAS. Nak tau kenapa? Cuba bunyikan PIS tu...apa dia? Cer ulang? Haaaaaa..klau dlm bahasa inggeris maknanya kencing. Ada tak diaorang kencing? Kencing brooo. Duit tabung Memali mana gi? KENCING..Pecah Tanah nak wat Jambatan dan Lebuhraya? Dah menaun.. KENCING..Undi PAS masuk syurga, tampal poster PAS dpt pahala? KENCING..Koperasi KOHILAL? KENCING.. Ladang Rakyat? KENCING.. Projek Kambing? KENCING...U turn isu nama Allah dlm kitab Injil? KENCING..Tuhan pun mencarut? KENCING..Nabi Muhammad sewaktu kanak-kanak sama dgn kanak-kanak biasa? KENCING..Maulud Nabi bidaah..tapi bawa kek harijadi jumpa Karpal? KENCING..Dulu Negara Islam, la Negara Kebajikan? KENCING..Pencerobohan Lahad Datu Sandiwara,tapi kutip derma? KENCING.. So tau sekarang kenapa guna nama PAS instead of PIS..

Mama Carrie said...

Salam Far Lungeng. Best comment u. Kalau mama ni doktorlah... mama diagnos member2 parti politik ni mengidap penyakit "bese". Tak ade ubat. Hanye kene kepit, itu pun kalau dpt tahan. Kalau x, kene pakai pampers nampaknye..

tapikan, selalunye kalau tahan dgn berkepit lama2 nnt kene batu karang... hehehehehe.

Mmg puak2 penyokong parti PIS ni berpenyakit. Selain dari sakit hati dan mental akan dpt penyakit physical pulak.. gi mane berubat? hospital kerajaaaaaaan jugak. Bayar singgit je. Mmg muka2 x malu. dah ludah jilat balik...

Anonymous said...

http://azlishukri.blogspot.com/2013/04/ya-allah-selamatkan-malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29

kalau anda sayangkan agama islam sebarkan maklumat dr blog ini

Rashid Ali said...

Amat bijak sekali minda manusia bernama Mahathir bin Mohamad. Orang biasa mungkin nampak nombor 2020 sebagai tahun yang kalau dihitung kurang lebih ada 6 tahun lebih dari sekarang. Namun pada analisa seorang doktor mata 20/20, 10/10, atau 6/6 adalah kejituan deria penglihatan, tiada kabur dekat atau jauh, tiada silau meaning your sight or vision is perfectos!!!

Pada pagi yang indah dan insyaAllah harinya pun kan indah ini, aku ingin memperkatakan tentang minda negara maju. Paling penting adalah ciri2 kehidupan manusia yang tinggal di negara maju. Sebelum itu izinkan aku pilih senarai negara2 maju, negara suam kuku, dan negara tak maju maju walaupun tamaddun awal bermula di situ. Ok, negara maju yang pernah aku singgahi; Amerika Syarikat (4.5 tahun), United Kingdom (1.5 tahun), Canada (2 wks), Perancis (1 wk), Germany (1 wk), Jepun (1 wk), Singapura (countless), Hong Kong (2 wks), Belanda (1 wk). Yang belum singgah adalah Ozzie and NZ plus few more. Then yang tak maju maju adalah seluruh benua Arab dan Afrika. Malaysia kategori suam2 kuku...work in progress.

Tapi apapun aku nampak Malaysia ada masalah selagi ada makhluk kaki putar alam (globe-trotters) spin agama untuk tujuan politik and furthermore mengambil contoh "arab spring" untuk main lompat2 atas tilam dreamland. Tak ke bendul namanya sebab ikut contoh negara yang ada duit tapi bazirkan buat kereta bertatah berlian, lepas tu macam orang buat joke (no pun intended) mengenai isi neraka dan siapa di sana; dikatakan dalam ramai2 adalah yang sudah habis tempoh pembalasan dan sedia keluar untuk masuk ke syurga. Malangnya tiada seorang pun yang dapat keluar; sebab dekat nak sampai tebing kawah, ada yang pakat2 tarik kaki nak ikut juga pi syurga. Last2 sapa pun tak tutuh apa!

Negara maju manusianya berusaha untuk memajukan diri tanpa sentimen negatif. Dunia yang dikejar akhirat juga diperolehi sekali. Negara maju hakikatnya bersih dan indah, tidak kira di mana sekalipun malah di seluruh ceruk rantau selagi manusia ke situ ataupun mendirikan habitat baharu. Negara maju takut kepada rasuah, malah jika ada sekalipun ia adalah kes-kes yang terpencil. Negara maju kakitangannya tidak mudah korup dan hidup melebihi kemampuan atau pendapatan. Dalam kes Malaysia ramai yang menganggap orang politik atau pemimpin politik korup sedangkan ramai yang tidak tahu si korup dan kurap tu adalah pejawat awam yang tewas kepada para kontraktor dan pembekal. Jadi selagi perkara ini tidak ditangani sesiapapun yang membentuk kerajaan akan menghadapi situasi dan helah yang sama. So jika anda kata Barisan Nasional korup dan gagal bendung rasuah, anda salah! Yang perlu ditekan kepada semua adalah tentang hakikat beragama; berusahalah mencari rezeki yang halal, di mana saja anda bekerja. Mahu hidup dalam negara maju, minda anda mesti maju. Jangan jadi penipu kelas satu waima anda seorang hakim, ketua setiausaha negara, ketua polis negara, KSU2, Ketua2 Pengarah seterusnya sehinggalah tukang cuci tandas.

Minda manusia negara maju tidak memenangkan perbahasan dengan caci-maki, fitnah dan adu domba. Persaingan politik hanya berlaku dengan hujah2 yang bernas tanpa putar dan belit. Persaingan politik jugak bukan atas dasar borong habis; menjual pegangan agama pada peringkat yang nilainya sepuluh sen cuma.

So let's look at ourselves now. Argumen yang dibentang tanpa kualiti, memudaratkan orang lain serta mengelirukan. Setiap satu jari ditunjuk, 4 lagi menghala ke diri sini.

Just so sad to see stupidostos politician still around barking everywhere like a mad dog.

me signing off

rashidali 09042013@1117hours

Anonymous said...

tunggu sahaja seksaan Allah yang amat pedih bagi mereka yang tahu soal hukum agama tapi tetap berdusta...biarkan Allah yang uruskan.kita sama-sam berdoa...bukan untuk kemusnahan mereka tetapi semoga Allah menterbalikan hati-hati mereka agar memilih mereka yang berbuat kebajikan

Kday Khairuddin said...

dah baca ttg pngakuan razali rahman ex dap mengenai kristianisasi kepada umat islam di malaysia. kepada muslimin muslimat sekalian marilah kita ambil iktibar dan pngajaran akibat memberi ruang kepada dap berkuasa......islam dulu kini selamanya......

Anonymous said...

mana boleh dikenakan tindakan diorg ni RBF, nnt akan dipolitikan, mula la polis, sprm dianjingkan oleh puak2 pemakan dedak ni... nanti demo sana sini.. sudahnya menyusahkan rakyat MAJORITI jer..

tokgaru said...

Saudara Lungeng

Kalau Pas nak Kencing pun, yang kena Kencing orang2 dia saja, orang yang pro Umno tak ada hari Pas nak boleh kencing. Tu fatwa Hadi Awang kata orang Umno kafir .. tak dak siapa pun orang pro Umno yang ambil peduli. Fatwa Nik Aziz kata orang Umno sembahyang tak dapat pahala .. saya gi sembahyang Jummat ditempat saya hari Jummat lepas .. ramai jemaah terpaksa bentang sejadah dalam bangsal parkir motor kerana dalam mesjid dah penuh.

Dia buat lah apa fatwa pun, sebesar kuman pun tak terniat di hati orang pro Umno nak pangkah Pas pada PRU13 ni.

Ada lagi kah fatwa yang tak keluar dari bank fatwa Nik Aziz. Haa keluarkan semua jangan simpan2 sebab selepas PRU13 ni dah tak ada value lagi dah.

Fatwa Pok Nik jange tak Fatwa tumpang mu masih bernafas.

tokgaru said...

Dalam blog Gomo keluar cerita RBF nak bertanding lawan Nik Aziz. Bior betul bro. Soal RBF kalah atau menang saya tak nak sebut, bior pengundi yang tentukan.

Kalau Gomo berlawan di Permatang Pauh, saya kata Gomo sebenarnya nak tolong bagi Anwar menang mudah. Maka bila RBF berlawan Nik Aziz secara 3 penjuru, saya nak kata RBF sebenarnya tak nak bagi Umno menang.

Betul tak analisis saya ni ????

Anonymous said...

Agama Islam pun depa sanggup tipu... ini kan pula wang ringgit.. kalo tak camana nak pakai Vellfire ngan Porche... ye dak.. nak bg kursus 2-3 pagu lagi..

Anonymous said...

simpan patung dalam rumah xelok nanti malaikat xmasuk.. Malaikat xsuke patung..

tokgaru said...

Bila Cikgu Nik Aziz kata pangkah Pas masuk syurga, korang pertikai. Dia kata tampal poster Pas dapat pahala pun korang pertikai juga. Pening Cikgu Nik Aziz. Nape la korang tolak peluang keemasan ni, ni offer tau yang bukan selalu datang, 4 atau 5 tahun sekali baru Cikgu Nik Aziz buat offer.

Nak tanya korang. Larat kah korang nak sembahyang tongang terbalik, puasa sebulan sampai badan jadi melengkong. Korang terpaksa buat tu semua kerana nak kan pahala supaya dapat masuk syurga kan. So bila Cikgu Nik Aziz offer hanya dengan tampal poster Pas dah dapat pahala, hanya dengan pangkah Pas dah boleh masuk syurga. Tunggu apa lagi, sauk saja lah bro… tak kan korang nak bior Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng senang2 saja masuk dalam syurga kerana mereka bertanding guna lambang Pas. Sedangkan korang sembahyang bagai nak mampus, puasa bagai nak mati .. belum tentu dapat pahala lagi, bila dah tak ada pahala dengan apa korang nak beli tiket untuk masuk syurga.

Ikut jer la fatwa Cikgu Nik Aziz tu .. selesai masalah pahala dan syurga kita. Amacam ?????

Anonymous said...

Tak nk aku..dia bkn tuhan nk tentu pahala orang..pigi dah

Anonymous said...

PAS.. PIS apa beza dia? PIS terkencing.. PAS dok bukan main melepas! Samalar. Full of shit

Anonymous said...

Terbaek RBF..... menyeluruh .. tapi jangan la bertanding ... biar Nik Aziz kalah 1 vs 1 di Kelantan..

Anonymous said...

Kelas kau rbf far lungeng....baru aku tau ce citernya lambang bulat tu ropanye dari tin biskut tawar.....yg aku tau lambang pkr tu ilham dari biji mata anwar yg lebam kena tumbuk dulu tu.... roket pulak ilham dari peluru yg digunakn utk memburu khinzir liar (aku agak je..)...hanya umno lahir di istana johor bahru dengan doa harapan dan linangan air mata.....barangkali pasaltu lah ia terpelihara hingga kini wallahualam

Anonymous said...

Please vote bn, and please ...please n please reject pakatan especially DAP..coz DAP wanna cause chaos, instability to my beloved Tanah Melayu. Hidup Melayu ...Allahuakbar.