Saturday, April 6, 2013

Nepotisme: Anak Nik Aziz Ambil Kerusi Muslimah Pas


Berita anak Nik Aziz, Nik Abduh akan bertanding dalam PRU kali ini telah lama kedengaran. Sebelum ini dia dikatakan akan bertanding di Parlimen Pasir Mas. Kemudian baru-baru ini dikatakan dia akan bertanding di Pasir Putih pula. 

Mungkin kerana tidak mendapat tempat di kedua-dua kerusi berkenaan dia dihantar ke Jeli untuk berentap dengan Tok Pa. Difahamkan dia tidak berani untuk bertanding di kerusi berkenaan dan kini difahamkan dia diletak pula di kerusi Parlimen Rantau Panjang. 


Sedangkan kerusi Rantau Panjang telah ditetapkan untuk Ketua Dewan Muslimah Pas Pusat, Siti Zailah yang juga penyandang kerusi berkenaan. 

Untuk pengetahuan , Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron adalah besan kepada Nik Aziz yang juga bapa mertua kepada Nik Abduh. Abdul Fatah mahu menantunya dicalonkan di kerusi berkenaan dan mahu menendang keluar Siti Zailah. Permusuhan antara Abdul Fatah dan Siti Zailah bukan rahsia lagi. Banyak pihak yang telah mengetahui perkara itu. Sampaikan papan tanda pejabat ahli parlimen Rantau Panjang yang terletak di pusat tarbiah Pas Rantau Panjang pun telah dicabutkan oleh pihak-pihak tertentu. Lihat di sini.

Kita bukan nak bercakap pasal mereka bergaduh. Cuma kita nak tunjuk kepada rakyat Malaysia wajah orang yang selama ini 24 jam sehari dan 365 hari setahun bercakap menuduh Umno mengamalkan nepotisme dan kronisme..

Sekarang siapa yang mengamalkan kronisme dan nepotisme ?

Biar gambar di bawah ini menjawab segala-galanya.


Siti Zailah kini dihantar ke Jeli untuk bertanding melawan Tok Pa.Dan difahamkan Siti Zailah menolak untuk bertanding di sana kerana tahu dia tidak akan menang. 

Malulah Nik Abduh, sanggup rampas kerusi wanita kerana takut nak berentap dengan Tok Pa, kemudian hantar wanita pergi lawan Tok Pa. 

Soal pembahagian kerusi pun mereka dah berebut-rebut dan sanggup bergaduh. Cuba anda bayangkan jika mereka menjadi pemerintah ? Tak mustahil mereka sanggup berparang kerana nak berebut harta negara.
 

12 comments:

Anonymous said...

Yang situa bangang tu tak tahu, Rantau Panjang pun akan tumbang di PRU13 nanti, kalau menang pun tipis.

Calonkan lah Nik Abduh mana2 pun, pasti TEWAS.

Takbir! x3

Anonymous said...

JIJIK LAGI MENJIJIKKAN.......

Anonymous said...

Kalau anak jantan, pergi lawan Ku Li

Anonymous said...

Mana ada dalam dunia ni anak beranak menantu bertanding dlm p/raya

Anonymous said...

bro,jgn lupa menantu Hj.Hadi Presiden Pas yg namanya Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak djngka mnjd calon DUN Selama Parlimen Larut.

Anonymous said...

Calun Parlimen Rantau Panjang?

Aku pun kurang setuju dgn Nik Abduh ni walaupun dia nak TGNA dan menantu ADUN Bukit Tuku Fatah Harun (bekas MP R/panjang yg tak mesra rakyat).... Nik abduh ni ada ilmu, orang baik, tapi kurang hemah politik & tidak mesra rakyat berbanding Ustazah Zailah yang terbukti gigih, berintegriti & cemerlang di Parlimen Rantau Panjang selama ini.

Ustazah Zailah bekerja untuk parti dan rakyat melebihi dayausaha wakil2 rakyat kaum lelaki yang lain, orang Kelantan kata bagaikan “Bapak Jantan” ..... bahkah berani aku katakan prestasi Ustazah Zailah dalam mendekati & menjaga kebijakan rakyat lebihi bekas MP Rantau Panjang Hj Fatah Harun atau ADUN Meranti, YB Dato' Speaker DUN Kelantan!

Diharap pimpinan PAS Negeri & Pusat dapat mempertimbangkan semula sebagai calun MP yang berkaliber dan berwibawa seperti Zailah di RP.

Begitu juga Bekas Senator Muntaz di ADUN Tendung/ Kelaburan atau Parlimen Pasir Mas atau Bekas ADUN Pengkalan Pasir HJ HANIFA AHMAD di Parlimen Pasir Mas, dll.....

-Pengundi setia Parlimen Rantau Panjang

Anonymous said...

Anon 11.57 Saya maksudkn tmpt lain dlm dunia cuma ada kt malaysia jer yg ada puak pr ni jer.......

ex SMRP said...

Pada dok berebut nik abduh dengan zailah ..
Lebih baik Pas letak .. penduduk tetap Parlimen Rantau Panjang .. iaitu saudara MOHD SAYUTI OMAR ( MSO) ..Beliau telah masak dengan asam garam politik dari zaman persekolahan lagi...lagi pun kampongnya GUAL PERIOK ..
Rakyat parlimen RANTAU PANJANG .. Dapat menilai KHIDMAT yang DIBERIKAN BERBANDING DENGAN TULISAN BELIAU ..merah tinta

Anonymous said...

mahathir, mukhriz, najib, arwah tun razak, arwah tun hussein onn, hishamuddin ni bukan anak beranak kot?? bakpola bodos serupo lembu dia nih....

Anonymous said...

April 6, 2013 at 4:50 PM ,

mu ni mcm keldai,
mahathir dah berhenti, dua lagi dah arwah slps tu anak mereka jd menteri.
tunggu nik ajis arwah baru nik abduh bole jd menteri, bengong!!!

Anonymous said...

anon April 6, 2013 at 4:50 PM ,

mu ni mcm keldai,
mahathir dah berhenti, dua lagi dah arwah slps tu anak mereka jd menteri.
tunggu nik ajis arwah baru nik abduh bole jd menteri, bengong!!!

Anonymous said...

yg lagi best,kapal sink dengan anaknya...lim kit sial dengan anaknya....

yg terbest plak satu rumah famili smua ada jawatan mcm nuwar berahim,wan jijah,ijah,assmin..opppss.....