Tuesday, April 9, 2013

Welcome To Putrajaya: Kemana Pun Husam Pergi Kickdefella Tetap Akan Buru Dia


KUALA LUMPUR - Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.



Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad  diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.



Agak-agak anda adakah Husam akan bertanding satu kerusi sahaja, iaitu di Putrajaya ? 

Bagi saya pula, saya tidak yakin dia hanya bertanding satu kerusi. Anda percayalah cakap saya dia akan bertanding dua kerusi. Parlimen di Putrajaya dan salah sebuah kerusi DUN di Kelantan. 

Ulasan selanjutnya kita tunggu selepas nama-nama calon Pas di Kelantan....

Mana-mana sekali pun Husam pergi Kickdefella tetap akan memburunya sampai ke lubang cacing. 

4 comments:

Anonymous said...

Husam tahu ramai org Kelantan kerja d Putrajaya jd harapanya mereka akan menyokongnya tp dia tak kaji cara teliti org2 Kelantan d Putrajaya tu bijaksana lako lbih bijak dari dia.demo tak nak kena tipu la wei.klo dia anak jantan tanding d Putrajaya jer...

Anonymous said...

Mat Sabu BARUA DAP di Pendang ? yg sanggup makan babi dgn DAP dari makan ayam dgn Umno.....kalu orang Pendang Pangkah Mat Sabu....aku tak tau nak cakap apa Dah!...malang sungguh!

Anonymous said...

laaaaaaaaa

ingatkan nak umumkan skali ostazah abby sbg calon..

kuciwa lagi la minah tu..

Anonymous said...

b0doh puak2 melayu pas yg memilih mat sabu syiah ni..hoi..!! Org pendang buka mata la buka hati la jgn jadi barua mat syiah tu.