Monday, April 8, 2013

Ng Yen Yen Digugurkan Di Raub


KUALA LUMPUR: MCA hari ini mengesahkan Datuk Seri Ng Yen Yen telah digugurkan daripada senarai calon Raub.
 
 
Menteri pelancongan telah menyandang kerusi itu selama tiga penggal.
 
Perkara itu disahkan Ketua MCA Raub Datuk Seri Lam Kang Sang, hari ini.
 
Lam berkata beliau telah bertemu dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak sebanyak dua kali dan mendapat signal agar perlu meletak “calon boleh menang” di kerusi itu.
 
Sabtu lepas, Nanyang Siang Pau melaporkan MCA Raub berkemungkinan meletak ADUN Bilut Datuk Ho Khai Mun di Raub.
 
Yen Yen sebelum ini menewaskan calon DAP di Raub, memenangi dengan 9,822 majoriti pada 2004 tetapi pada 2008 memperoleh majoriti lebih kecil sebanyak 2,752 undi pada Pilihan Raya 2008.
 
Sumber: Antara Pos

 
Bye-bye Yen Yen

Terima kasih atas khidmat anda selama tiga penggal....

1 comment:

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.