Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor,
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu
“tentunya sama-sama akan bimbang” jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.
“Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Hadi menjadi
Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah
sama-sama akan bimbang…terhadap apakan yang beliau akan lakukan kepada
kita semua. Betul, tidak?’ kata Kit Siang di ceramah dekat sini malam
tadi.
Tindakan meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu
dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat
mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.
Dakwaan itu diambil serius oleh pengundi kerana PAS adalah parti paling
besar dalam gabungan pembangkang, selain bertanding jumlah kerusi yang
jauh lebih tinggi berbanding DAP.
Hadi sebelum ini menyifatkan PAS sebagai tulang belakang pembangkang yang diperlukan oleh DAP untuk menubuhkan kerajaan.
“Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh
membentuk kerajaan kerana yang menjadi tulang belakang Pakatan ialah
PAS, parti Melayu Islam," katanya.
Bagaimanapun, semalam Kit Siang menegaskan DAP tetap menyokong Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang sungguhpun
penyokong Pakatan Rakyat di Johor cenderung kepada Hadi.
Kit Siang berkata belia mengutarakan persoalan itu kepada hadiran di
ceramahnya di Gelang Patah dan Muar susulan kenyataan Datuk Ghani Othman
bahawa Hadi akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menawan
Putrajaya.
“Saya tanya beribu-ribu hadirian semua kaum di Muar dan Geang Patah siapa menjadi pilihan mereka Najib ataupun …Hadi.
“Mereka jelas mahukan Hadi menjadi Perdana Menteri jika terpaksa
memilih di antara beliau, Muhyiddin Yassin atau Mahathir,” kata Kit
Siang kepada pemberita.
Ini kali pertama Kit Siang menyuarakan kecenderungan rakyat mahupun
Hadi menjadi PM dan bukannya Anwar, sekiranya pembangkang menang PRU ke
13.
Sungguhpun pilihan yang ditawar oleh Kit Siang hanya merujuk kepada
Hadi dan pemimpin BN, namun pemimpin DAP itu mengakui Hadi mempunyai
sokongan besar di kalangan penyokong pembangkang untuk jawatan tertinggi
itu.
Bagaimanapun Kit Siang terus mematikan sebarang ruang untuk menimbang
sokongan terhadap Hadi itu apabila menegaskan DAP tetap menyokong Anwar
untuk jawatan tertinggi itu.
Beliau menegaskan partinya tidak berganjak daripada keinginan mahukan Anwar dan bukannya Hadi sebagai calon Perdana Menterinya.
Gelang Patah menyaksikan pertarungan dua penjuru diantara Kit Siang dan Menteri Besar Johor Ghani Othman.
Ghani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi
Cina itu untuk menangkis apa yang dlilihat beliau sebagai cubaan DAP
“mengimpot” politik perkauman ke negeri itu.
Semalam, Kit Siang mendakwa pengundi Johor mempunyai peluang bersejarah
untuk menukar haluan negara dan menggesa mereka untuk menyokong beliau
dan politik yang diperjuangkan oleh partinya.
Kah....kah....kah....kah....padan muka juak-juak Pas yang hidung tak mancung pipi terserong-serong nak berkawan dengan DAP. Sedangkan DAP tak pandang pun presiden dan parti mereka.....
8 comments:
I have no comment......sah kafir harbi bapak babi nk kawan dgn anjing
Pengundi Gelang Patah mempunyai peluang terbaik bagi menamatkan masadepan politik Lim kit Siang
kalu syg islam lks oiii bg lah PAS jadi PM...
BARULAH PAKATAN BERWAJAH ISLAM SEMULA...
Bye bye Kit Siang. Sila naik roket dan pergi (ke balik?)....
Kenapa dap nak sangat anwar jadi pm dan bukan hadi. Penyokong pas sila fikir-fikirkan!
Hahaha..'baca ni 5:53pm'...kepala hotak hang...
Hahaha...baca ni 5:53pm...kepala hotak hang..kumpulan pengganas ialah pas
macai2 terhormat yg komen di atas pergi mampus semuanya..
Post a Comment