Tuesday, April 23, 2013

Ding...Dong...Ding...Dong...Ding...Dong...SPR Juga Yang Jadi Mangsa


Perbalahan pembangkang mengenai kawasan yang ingin dikuasai sehingga menyebabkan pertindihan kerusi menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat tidak serius ketika memilih calon.

Bagi melindungi kelemahan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pemansuhan 'tempoh bertenang' dalam proses pencalonan yang berlangsung Sabtu lalu.

Ia dipercayai rentetan isu pertindihan tujuh kerusi antara PAS dan PKR di beberapa kawasan seluruh negara.

Anwar dalam sidang media sebentar tadi menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa yang secukupnya untuk membatalkan nama calon yang mengisytiharkan tarik diri.

Beliau berkata proses pilihan raya adalah 'hanya' untuk memilih calon.

"Saya tak faham kenapa SPR tak boleh nak batalkan kerana pilihan raya adalah soal calon yang diumum oleh parti dan SPR mempunyai masa yang cukup untuk dibatalkan," kata beliau.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu kenyataan sebelum ini berkata tempoh tersebut dimansuhkan "bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan".

Justeru nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima, tetap dikira.
Peruntukan terdahulu memberi tempoh tiga hari untuk sebarang perubahan di kertas undi sebelum ia dicetak.

PKR dan PAS sebelum ini bertelagah untuk meletakkan calon masing-masing di kerusi parlimen Labuan dan enam kerusi DUN. Kerusi-kerusi DUN adalah Sungai Acheh, Panti, Seberang Takir, Bukit Besi, Kota Putera dan Kota Damansara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam dalam ceramahnya kelmarin mengakui meletakkan calon PAS di kesemua kerusi berkenaan bertujuan untuk "menyelamatkan" Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa PKR meletakkan calon 'tangkap muat' yang dipercayai terdedah dengan unsur-unsur penyelewengan dan dadah.

Malah Hadi turut mendakwa Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang akan meletakkan calon di kerusi Kota Damansara atas tiket PKR sebagai berpaksikan komunis, justeru ahli PAS tidak boleh bekerjasama untuk berkempen.

"PAS bertindak bertanding di beberapa tempat (yang) berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan. Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, (hanya) memerintah sekejap," kata Hadi.

Namun dalam sidang media semalam, kedua-dua parti bersetuju untuk membahagikan kesemua kerusi berkenaan kecuali Kota Damansara yang masih dalam perbincangan.

Kerusi Labuan, Sungai Acheh dan Panti diserahkan kepada PKR, manakala tiga kerusi DUN Terengganu: Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi diserahkan kepada PAS.

Anwar dalam masa sama mengumumkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan membatalkan surat watikah yang telah diberikan kepada calon.

"Presiden parti akan membatalkan surat watikah kepada calon-calon di kerusi-kerusi tersebut," katanya.

Susulan itu katanya, kesemua jentera parti di kawasan yang terlibat, termasuk calon sendiri, diarahkan untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Di kawasan yang ditandingi PAS di Terengganu, kita telah arahkan jentera dan calon itu untuk sertai kempen PAS," kata Anwar lagi.


Esok RBF pula sambung pasal isu pertindihan kerusi mereka....

17 comments:

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com25

Anonymous said...

web papagomo.com dah x ke kena serang

Anonymous said...

tu la lain kali bila nak pilihan raya kena la pakat baik2 sesama pakatan kamu tu, bila dah bermuafakat soal calon barulah umum siapa calon dan siapa yang bakal mendaftkan hari penamaan calon, ini tidak, semua pakat nak jadi calon, mana tak bertindihnya

Anonymous said...

blog papagomo dan rockybru tak boleh buka lg???

Anonymous said...

Super PUKIMAK punya Anwar Al JUBO ni..dia tak penah salah..org lain juga yg salah...bangsat...

Anonymous said...

Aduh, SPR buat pindaan pada peraturan perjalanan pilihanraya 1981 berkenaan penarikan diri calon pilinraya selepas terima maklum balas dari Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang antara ahlinya adalah MADU ko juga la wahai Al-Juburi, sape lagi kalau bukan Assmin Jamban.

Udah la tu, pindaan ni DILULUSKAN di PARLIMEN pada 27 April 2012 tanpa sebarang bantahan dari ahli parlimen. Dimana anda sebagai KETUA PEMBANGANG berada waktu pindaan ini dibentangkan diParlimen? Berada dalam bilik hotel sedang menikmati apam chinadoll lagi ke???

Memalukan la ada pemimpin sebegini, udah la peraturan digubal oleh MADU sendiri, kemudian diluluskan diParlimen tanpa sebarang bantahan. Kemudian ada masalah nak letak calon hingga bertindih di banyak tempat, akhirnya SPR jadi kambing hitam. Memang celako betul peliwat dan penzina tegar ni....!!!!!!!!!!!

paktam said...

1. Pindaan atas desakan sekutu dia, ie Bersih.
2. Ada yang kata, create problem, solve it and then control. Satu daripada protocol of zion.
3. Di US ada yang sebut, the counter is more powerful than the voters. Anwar cuba menguasai SPR.

Anonymous said...

Dap buat taie dalam pemilihan CEC, Ros depa kenakan.

Pas dan PKr berantakan calon, SPr depa salahkan.

Selepas ini:

PR tertiarap dalam PRU, rakyat dipersalahkan!

percayalah

Anonymous said...

Nuar ni bkn apa,dia MEROYAN sebab dah lama x dapat bontot...

Anonymous said...

korang yg bodoh sombong..spr pulak korang salahkan? tumbang...tumbang...tumbang pakatan!!!

Anonymous said...

Nuar akan spin masalah ni berterusan sehingga rakyat betul betul percaya especially ahlul bahalol Parti Anugerah Spender & keldai keldai keadilan....yg tukang sorak seronok tengok melayu sesama melayu bergaduh ialah ahli ahli parti Dog And Pig

Anonymous said...

Lain kali gunakan satu parti je bertanding; PAKATAN HAPRAK ke, baru tak de masaalah timbul

Anonymous said...

Mereka tidak pernah sepakat untuk bekerja sama...tapi sentiasa sepakat untuk untuk sama-sama menjahanamkan negara. Asyik menuding jari kepada org lain atas semua masalah yg wujud sesama mereka.
Depan penyokong tunjuk baik..belakang bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Allah SWT punya kuasa, dalam PRU13 kita boleh nampak mereka bertanding sesama sendiri...bukti jelas bahawa tiada kesepakatan antara mereka.

Anonymous said...

If dh jadi gomen nanti (Nauzubillah), konpem depa ni asyik salahkan org lain je..pada hal sendiri yg salah.. yg herannya ada gak pengikut yg percaya.. kenapa la x nak pikir???

Anonymous said...

Harap PRU kali ini SPR tidak lagi buat kesilapan dan umumkan PR sebagai pemenang sesebuah negeri jika jumlah kerusi yg dimenangi oleh DAP, PAS dan PKR mengatasi jumlah kerusi yg dimenangi oleh calon2 BN, kerana PR adalah gabungan yg tidak berdaftar, bermakna sebuah pertubuhan yg tidak diiktiraf disisi undang2 atau lebih mudah difahami sebuah PERTUBUHAN HARAM.

Hanya bila ada satu2 parti dlm PR mengatasi jumlah kerusi yg dimenangi BN, baru sepatutnya diisytihar sbg kemenangan berpihak kpd pembangkang.

Mengapa perlu iktiraf PR kalau pemimpin2 pakatan tersebut pun tidak ambil kisah mahu mendaftarkannya?

Anonymous said...

papagomo dan rockybru masih tak leh bukak...celako,celako,celako Anwar

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHA..

BARU JE CALON2 PR (DAP & PKR) DATANG TEMPAT AKU BUAT KEMPEN, SIAP CAKAP INI KALI LAH TUKAR..

SELAMBA JE AKU DAN STAF AKU CAKAP..OK OK..LAIN KALI LAH TUKAR YA..

MERAH PADAM MUKA DORANG..

HAHAHAHAHAHA