Wednesday, April 10, 2013

PAS dan PKR Kelantan Bergolak Sakan Akibat Hilang Kepercayaan

Hari penamaan calon dah umum, hari mengundi pun dah umum, tetapi masalah pembahagian kerusi Pas dan PKR di Kelantan masih bergolak teruk. Semuanya berpunca dari sikap tidak percaya orang-orang Pas terhadap orang PKR.

Sebelum ini dan sekarang Anwar menjelajah dari satu negeri ke satu negeri. Dan di setiap negeri yang dia pergi dia akan umumkan calon PKR. Di Johor Anwar dijadikan hamba oleh DAP untuk umumkan nama Kit Siang sebagai calon Gelang Patah, di mana kerusi itu sepatutnya milik PKR. 


Pada hari Sabtu 6 April Anwar ke Kelantan. Mengikut perancangan Anwar akan umumkan senarai-senarai calon PKR yang akan bertanding di Kelantan dalam satu programnya di negeri itu. Namun begitu hingga ke program terakhir di Jeli, tidak ada seorang pun nama calon yang diumumkan. 

Antara kerusi DUN yang sepatutnya ditandingi PKR adalah, Guchil, Paloh, Kuala Balah, Nenggiri dan Pengkalan Kubor. Kerusi parlimen pula Tanah Merah, Ketereh dan Jeli.

Rupa-rupanya Anwar tidak boleh umum nama calon kerana pergaduhan antara Pas dengan PKR Kelantan tidak selesai lagi. Punca pergaduhan kerana orang-orang Pas tidak mahu memberi kerusi kepada PKR. Mereka nak semua kerusi-kerusi PKR ditandingi calon Pas. Pilihan terakhir yang mereka berikan adalah calon-calon yang diletakkan adalah orang Pas , tetapi bertanding guna lambang PKR.

Mesyuarat PKR Kelantan yang diadakan pada 7 April memutuskan mereka menolak cadangan Pas dan mereka tidak akan berganjak. Jika Pas tidak mengalah mereka akan boikot pilihan raya.

Daripada maklumat di atas apa yang kita boleh rumuskan adalah, Pas tidak yakin mereka dapat mempertahankan Kelantan dengan kemenangan besar. Mereka bimbang sekiranya mereka menang tipis , adun-adun PKR akan 'demand' pelbagai perkara termasuk jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri. Jika tuntutan itu tidak dipenuhi adun-adun PKR boleh keluar parti dan memberi sokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan. 

Cakap-cakap yang mengatakan mereka akan menang dan sebagainya adalah pembohongan. Hakikatnya sekarang mereka pun tidak yakin akan menang . Di Kelantan sekarang Pas semakin terdesak dan guna agama kaw-kaw untuk takutkan pengundi. Hingga ke tahap mereka ugut siapa yang runtuhkan kerajaan islam Pas akan terima pembalasan di hari akhirat kelak. 

7 comments:

Anonymous said...

Lingkup la pakatan jamban. Dah tiba masa untuk BN menang besar.

tokgaru said...

Akhir2 ni nampak sangat Pas dengan PKR ni tak berapa nak ngam. Tapi Pas dengan DAP elok pula pakatnya.

Orang Pas nak tunggu apa lagi. Korang pangkah DAP saja lah gerenti dapat pahala dan dapat masuk surga. Bila PKR berlawan dengan Umno, korang pangkah saja Umno, bukannya berdosa dan akan masuk neraka kalu pangkah Umno. Bila Umno lawan Pas lawan PKR, korang pangkah lah Pas, aku pangkah Umno, PKR bukan ada berapa orang pun pengundi dia, dia cuma harap undi dari orang Pas jer.

Pas kalah kah atau Umno menang, nasib ler. Janji PKR tak menang.

Bukan kah Fatwa Mawas yang dibuat oleh Nik Aziz dah kata macam tu. Sokong DAP dapat pahala boleh masuk syurga. Sokong Umno tak dapat apa2, tapi dia tak ada kata sokong Umno dapat dosa boleh masuk neraka.

Tak berani orang tua Nik Aziz tu nak kata macam tu. Karang tak pasal2 kerana sekel kepala dengan Tan Sri Datok Harusani dan Datok Noh Gadut (keramat hidup yang tak masuk belah mana2, Umno idak Pas pun idak)

Anonymous said...

Makin bnyklah dosa nik aziz pd pru ni...

Pak Tam said...

Jika UMNO/BN tak boleh menang dlm PRU kali ini eloklah bubarkan UMNO di Kelantan selepas PRU13. Jangan bergaduh sesama sendiri wahai pemimpin UMNO/BN, aku yakin TG Nik Aziz akan bersara dari MB Kelantan. InsyaAllah!

Rashid Ali said...
This comment has been removed by the author.
PAPA GOMO said...
This comment has been removed by the author.
PAPA GOMO said...

mantap lah RBF.... ehh jadi ke Demo tanding lawan Nik Aziz di PRU 13 ni? Kalau jadi kawe akan pastikan demo menang.