Sunday, April 28, 2013

Pemimpin DAP Kata Pas Tak Layak Dapat Undi Bukan Muslim



Apa dah jadi wehhhhh ???

Makin dekat hari mengundi mereka makin bergolak nampaknya....

.................................................................................................................................

JOHOR BHARU: Pemimpin nombor dua DAP Johor menggesa rakyat di Johor tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez juga mendesak DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang selagi PAS menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa PAS tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pimpinan tertinggi PAS-DAP berganding bahu untuk menawan Johor dalam cubaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Kedua-dua parti itu meletakkan pemimpin kanan untuk bertanding di negeri itu, termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob.

Kemungkinan Hadi menjadi perdana menteri jika Pakatan menawan Putrajaya meresahkan pengundi Cina dan menjadi isu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Malah Kit Siang dipetik berkata semua pihak harus bimbang dengan kemungkinan sebegitu kerana katanya “kita tidak tahu apa yang akan dilakukan” oleh beliau kepada rakyat bukan Muslim.

Norman bagaimanapun, tidak membataskan isu itu kepada soal siapa akan menjadi perdana menteri tetapi membidas dasar-dasar PAS keseluruhannya.

Norman berkata, tindakan-tindakan yang diambil oleh PAS secara bersendirian dan keengganan menerima secara mutlak manifesto Pakatan Rakyat harus meyakinkan bukan Muslim bahaya memberikan undi kepada PAS.

“DAP mesti sedar bahawa PAS bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” kata beliau.
 
 

11 comments:

Anonymous said...

Aku ada terbaca benda ni , dalam fb kawan aku semalam . kawan aku tu org muar (cina ) , aku org batu pahat . risalah DAP tu , ada gambar . dia letak gambar hotel , tesco , panggung wayang , dewan perniagaan cina dan ade 2 bangunan lagi yang aku tak cam sangat , bagunan apa . ada diselitkan kata2 dalam bahasa cina . aku tanya kawan aku ni , apa maksud risalah ni , sebab , semua gambar dalam bangunan tu di PALANG merah . di tengahnya pula , ada dieltakkan logo PAS ( yang kononnya rakan pakatan DAP) .Kawan aku (cina) tu menjelaskan , makna risalah tu , KALAU KAMU (ORG2 CINA , TIDAK MAHU SEMUA KEMUDAHAN INI HILANG , JANGAN BERI WALAU 1 UNDI PUN KEPADA PARTI INI.(Merujuk logo PAS !!) ) Walaweh ,,,, apa sudah jadi skrg kan ? mengaku pakatan , tapi depan bangsanya , spin cerita lain (matlamat asal DAP , anti islam & melayu ) . aku syukur kerana dapat seorang rakan baik (cina ) yang masih perrcaya kepada polisi kongsi kuasa yg diamalkan oleh kerajaan BN . kami org2 johor(melayu , cina , india & dll ) sudah lama hidup harmoni , duduk bekerja , melepak ,bersukan bersama2 . ini semua hasil kejayaan BN (khususnya BN johor) yang sentiasa menyemai benih perpaduan antara kaum sejak zaman Perikatan lagi . Kawan aku ini juga berkata , dia menolak fahaman politik melampau tajaan DAP , sebab dia dan keluarga memilih hidup sederhana & politik jenis 'cakap & buat kerja' . bukan seperti DAP , yang hanya pandai menipu & menggalakkan perpecahan di antara kaum dalam negara kita ini.

Anonymous said...

Sebab perjuangan mereka berlainan teras. Depa hanya ada one thing in common, iaitu jatuhkan umno. Kalau org2 melayu tak sedar lagi tak tau la...

Anonymous said...

Anon. 12.39 pm ..itulah realitinya.
Melayu dalam Pakatan tolonglah buka minda anda......

IShafiq95 said...

Risau dengan belia-belia yang semakin percayakan dengan kata-kata manis Pakatan Rakyat, semua hendak main 'ubah' tanpa mempedulikan kerajaan yang sedia ada. Saya sebagai remaja masih mempercayai kerajaan dan saya takut sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 ni, akan berlaku perubahan pemimpin iaitu kaum Cina atau India akan menjadi perdana menteri selepas Anuar Ibrahim. Jelaslah bahawa Melayu dan agama Islam dalam ancaman sekiranya membiarkan kaum lain menjadi perdana menteri kerana bila-bila masa sahaja mereka dapat memansuhkan kedudukan istimewa kaum Melayu. Kita ikut hukum RAHMAN. R ialah Rahman (PM yang 1) , A ialah Abdul Razak (PM yg 2) , H ialah Hussein Onn (PM yg ke 3) , M ialah Mahathir (PM yg ke 4) , A ialah Abdullah Ahmad Badawi (PM yg ke 5) , dan akhir sekali N iaitu Najib (PM yg ke 6). Siapakah agaknya yang bakal menjadi perdana menteri yang ke-7 ?? Kemungkinan Anuar Ibrahim ataupun kita bakal menyaksikan kejutan iaitu Lim Guan Eng atau kaum bukan Melayu menjadi perdana menteri. Wahai kaum ku, sesungguhnya Pakatan Rakyat cuba sedaya upaya mereka untuk memerintah negara kita yang tercinta ini. Janganlah kerana BN tidak boleh memberi bulan dan bintang seperti PR kita mendabik dada begitu sahaja. Ingatlah hukum RAHMAN yang telah saya terangkan sebentar tadi. Oh sebelum saya lupa, sekiranya PR tak dapat majoriti 2/3 kerusi semasa PRU13 nanti kemungkinan mereka cuba pula untuk menggabungkan Malaysia dengan Singapura supaya PR dapat 2/3 kerusi untuk menggubah Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Wahai orang muda, kembalilah kepada jalan yang benar kerana ada mata-mata yang sedang menanti peluang untuk memusnahkan masa depan anda semua wahai orang Melayu muda. Yakinilah BN Dan UMNO.

Anonymous said...

Video ucapan penuh Tun M diputrajaya sila ke ohbulan-pilihanku

Anonymous said...

Betul..jiran aku cina pun tak suka dap sebab dia kata dap terlalu memainkan sentimen kecinaan dan racist.

Anonymous said...

Kita umat islam percaya kepada qada dan qadar Allah...kan itu rukun iman..kalau teori rahman tu benar2 berlaku ia secara kebetulan.....selepas rahman ada PUTRA....adakah P mewakili pembangkang....wallahualam

Md Zull Jaafar said...

aku rasa cina2 dap sekarang ni dah kenal islam lebih dari melayu umno kenal islam. jadi cina2 mca patut masuk dap. org umno kalau hak tak sembayang pun kena masuk dap dulu. kalau hak sembahyang marilah pakat2 masuk pas semoga dapat berkat

Anonymous said...

Oh takpe. Puak pas dengan bangangnya akan tetap undi Dap laknatullah. Aku rasa ada puak pas sanggup jadi bodyguard LKS di Gelang Patah biarpun nyawa jadi galang gantinya. Take beer!

Anonymous said...

Ingatlah juak2 Fuckatan (Aljuburi + Spender Stopa) kamu dipergunakan & ditonggeng oleh DAPig. Janganlah menngadai maruah kamu demi anak cucu kamu dimasa hadapan

Abulkhoyr said...

Pembangkang ni lawan pimpinan umno ke atau ahli umno semuanya di borong..bagaimana org kafir pulak lebih faham islam dari orang islam..? Dia cebok pun Tak tahu weyy..
Http://simkadtonebiz.blogspot.com