Thursday, May 6, 2010

KES TEMBAK LAGI....


Nampaknya saya terpaksa menulis lagi pasal tragedi tembakan di Shah Alam.

1) Dalam Sinar Harian hari ini peguam kepada saksi yang terselamat iaitu Latifah KoyaK P*ki mempertikaikan lawatan yang dilakukan oleh panel khas pada malam hari. Katanya kenapa tidak lakukan lawatan siang hari.

Minah ini bodoh sebenarnya. Awal-awal lagi Pengerusi Panel Khas sudah beritahu, lawatan dilakukan pada waktu malam kerana mereka hendak mendapatkan gambaran yang sebenar tragedi berkenaan. Ini kerana tragedi berlaku di malam hari. Difahamkan juga Panel Khas akan meninjau semula lokasi kejadian pada waktu siang.

2) Pada pandangan saya kes ini sudah rosak. Ini kerana saksi dan keluarga mangsa banyak diganggu oleh iblis-iblis dan syaitan dari PAS,PKR dan DAP. Awal-awal lagi Khalid Samad sudah ganggu saksi sepertimana yang saya katakan disini.

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Unspinners , iaitu tahap kepercayaan kepada saksi utama boleh diragui. Sini, sila baca dengan teliti yang bertulisan merah.

3) Berita yang saya dapat daripada beberapa rakan yang pergi melawat keluarga mangsa. Kata mereka kakak mangsa yang berlebih-lebihan beremosi kepada polis. Dia berulang-ulang kali mengatakan adiknya seorang yang baik.

Nampaknya kakak mangsa cuba mengalihkan kecuaian dia menjaga kunci keretanya dan adiknya kepada polis. Kalau saya nak tulis banyak lagi yang saya boleh tulis pasal kakak mangsa disini, tetapi sengaja saya tidak mahu menulis disini demi menjaga perasaan keluarganya.

4) Daripada cakap-cakap kedai kopi,di dalam pejabat, di tangga surau, di taman-taman permainan dan di kalangan ahli mesyuarat tingkap sudah kedengaran masyarakat menyebelahi polis dalam hal ini.

Pada peringkat awal masyarakat turut marah dengan polis, tetapi setelah mereka tahu kisah sebenar dan mereka nampak keluarga mangsa membenarkan politikus-politikus mempolitikan kes ini, maka masyarakat mula kembali menyokong polis.

Seperti yang saya kata sebelum ini, rasa simpati masyarakat sudah bertukar menjadi rasa meluat. Semuanya kerana kesilapan keluarga mangsa yang memilih jalan mempolitikan kes ini dengan melantik Pengerusi DAP sebagai peguam.

5) Kepada anggota polis pula, teruskan tugas suci anda dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara. Tidak usah terasa hati dan kecewa dengan tuduhan-tuduhan liar. Saya secara peribadi tetap menyanjung dan menghargai jasa polis. Sebaik sahaja saya memulakan hidup di dunia ini polis dicari terlebih dahulu, begitu juga apabila mati kelak, polis juga yang dicarikan.

Penjelasan

Lahir cari polis : Zaman dulu, setiap kelahiran perlu dilaporkan kepada polis. Polis yang akan mengeluarkan surat beranak (tulisan tangan).

Mati cari polis : Apabila saya meninggal dunia kelak pun kena lapor kepada polis juga untuk dapat permit mengubur.



Wednesday, May 5, 2010

KENALI PEMIMPIN PA-KHATAN RAKYAT

Peliwat@bekas banduan dilantik sebagai pemimpin umum

Tokoh koporat menjadi MB
Penyebar ajaran sesat menjadi MB dan pemimpin agung
Baby sitter menjadi exco


Mafia menjadi exco


Penjual ikan menjadi Adun

Asal bar tender, kemudian bohsia, sekarang exco

WOW !!! AZMIN & NALLA BAKAL BERDEBAT

Saya menerima satu kiriman email dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairul Nahar.

Beliau meminta saya mengwar-warkan perkara ini di dalam blog saya dan beliau mohon juga rakan-rakan blogger yang lain turut sama mengwar-warkannya di blog masing-masing.

Katanya, Azmin bakal menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau selama ini oleh Datuk Nalla dan blogger-blogger.

Debat ini bakal dipengerusi oleh Dr Mohd Agus Yusof.

Antara tuduhan yang sering dilemparkan oleh Nalla kononnya Azmin membiarkan isterinya digunakan oleh Anwar. Itulah antara sebab yang membuatkan Nalla memanggilnya dayus.

Manakala Nalla pula akan menjawab tohmahan Azmin yang pernah mengatakan dia seorang yang gila.

Dalam hal ini saya mengucapkan tahniah kepada YB Azmin Ali kerana sanggup bersemuka dan berdepan dengan Nalla bagi menjawab tuduhan dayus yang dilemparkan olehnya.

Soal kalah menang dalam debat itu perkara ke dua. Yang penting berani bersemuka dan berdebat. Berani kerana benar, takut kerana salah. Betul tak YB ?

Kepada rakan-rakan blogger, jom kita pakat hadir ramai-ramai pada tarikh berkenaan. Yang tinggal jauh tidak perlu risau, RBF akan dapatkan pas masuk untuk anda.

Inilah perkara yang kita sudah tunggu lama. Ianya bakal menjadi kenyataan. Jangan lepaskan peluang ini.

Tuesday, May 4, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA IBU AMINULRASHID



Kepada:
Puan Norsiah Mohamad
Seksyen 11, Shah Alam
Selangor D.E

Assalamualaikum WBT

Menemui ibu Norsiah yang dihormati lagi diingati, saya berharap ibu berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Ibu ,
Saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia sungguh terkejut dan sedih dengan apa yang terjadi pada anak ibu. Kami turut sama merasai apa yang ibu rasa. Ibu tidak keseorangan dalam mengarungi kesedihan ini.

Ibu ,
Dengarlah teguran ikhlas dari saya demi untuk memastikan proses untuk menuntut keadilan bagi pihak ibu sekeluarga berjalan lancar dan tidak dimanupulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan politik mereka.

Ibu ,
Sebaik sahaja kematian adik Aminulrashid pelbagai pihak, pelbagai orang dan pelbagai pemimpin yang telah menziarahi ibu untuk menunjukan rasa simpati mereka kepada ibu sekeluarga. Dalam soal ini ibu perlu berhati-hati. Setakat mereka hendak melawat boleh melawat, nak hulur sumbangan boleh ambil tetapi ibu jangan terperangkap dengan mainan politik pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ibu ,
Mereka semua tidak pernah ikhlas dalam menolong seseorang. Mereka akan memastikan yang mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari apa yang mereka labur. Sebab itu saya kata ibu jangan terperangkap dengan mereka. Saya tidak mahu melihat ibu digunakan sebagai alat oleh mereka-mereka ini yang ibarat musang berbulu ayam. Saya rasa ibu lebih arif dalam hal ini kerana ibu adalah orang lama dalam UMNO.
Ibu ,
Saya sungguh terkejut dan sedih rasanya bilamana semalam Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP Malaysia mengumumkan bahawa ibu telah melantik beliau sebagai peguam yang mewakili ibu dalam menuntut bela kematian adik. Sini

Ibu ,
Bagaimana perkara ini boleh terjadi ? Mengapa ibu tergamak melantik dia ? Sampai hati ibu. Saya sungguh sedih ibu....sungguh sedih dengan tindakan ibu. Sedihnya tidak terkata. Hati saya masih lagi diselebungi rasa sedih dengan apa yang terjadi pada adik Aminulrashid, sekarang ditambah lagi pula dengan berita perlantikan Karpal Singh. Sedih bertukar menjadi pedih dan pedihnya kian bertambah, ibarat diletak garam kunyit di luka saya.

Ibu ,
Minggu lepas ibu berkata yang ibu tidak mahu kematian adik dipolitikan dan jangan dicampuradukan dengan politik (video diatas). Saya sungguh teruja dengan kata-kata ibu. Tetapi semalam lain pula jadinya. Ibu berubah secara tiba-tiba, kenapa ibu ? kenapa ? kenapa jadi begitu ? adakah selama seminggu ini, iblis dan syaitan dari PKR, PAS dan DAP tidak pernah putus-putus berbisik di telinga ibu dan menggoda ibu? jika benar begitu nampaknya ibu tidak memiliki sifat keimanan yang tebal. Ibu tidak tahan dengan bisikan dan godaan syaitan serta iblis. Saya berharap ibu banyakan membaca ayat Qursi untuk menjauhi gangguan iblis dan syaitan.

Ibu ,
Ibu berkata tidak mahu ada pihak yang mempolitikan kematian adik. Tetapi tahukah oleh ibu yang Karpal Singh adalah orang politik. Saya masih tidak kisah jika ibu melantik peguam lain dari parti pembangkang asalkan bukan Karpal Singh. Tidak kenalkah ibu siapa Karpal Singh ? Seorang yang anti Islam dan anti melayu sehinggakan beliau pernah berkata "langkah mayat saya dulu sebelum tubuh negara Islam".

Ibu ,
Jika niat ibu ikhlas tidak mahu ada orang mempolitikan kes ini ibu tidak sepatutnya memilih Karpal Singh. Masih ada ribuan lagi peguam-peguam di negara kita yang bebas politik. Kenapa ibu tidak memilih mereka ? Banyak lagi cara untuk mencari keadilan bagi keluarga ibu dalam hal ini. Kita ada Majlis Peguam, Persatuan Peguam Muslim , Suhakam dan lain-lain badan lagi. Ibu tidak sepatutnya membiarkan pemimpin-pemimpin politik pembangkang menjadikan ibu sebagai alat untuk mereka.

Ibu ,
Saya bimbang, terus terang saya katakan saya bimbang dengan tindakan ibu ini. Saya bimbang rasa simpati masyarakat kepada ibu bertukar menjadi rasa meluat. Ibu harus ingat, ibu tinggal di kawasan yang majoriti melayu dan kebanyakan melayu memang anti dengan Karpal Singh. Saya tidak mahu melihat ibu dipulau, diherdik dan diperlekeh oleh masyarakat. Itulah yang saya katakan, rasa simpati masyarakat kepada ibu bertukar menjadi rasa meluat.

Ibu ,
Ibu sebagai seorang ahli UMNO di Cawangan Sri Kayangan dalam Bahagian Shah Alam sudah tentu ibu masak dengan perangai pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka semua adalah politikus yang rakus. Mereka cukup rakus dengan perkara-perkara begini. Ibu percayalah cakap saya setelah mereka mendapat keuntungan untuk mereka, maka ibu akan ditinggalkan terkontang-kanting, ibarat habis madu sepah dibuang. Sudahlah pada masa ibu juga telah dipinggirkan oleh masyarakat, ditinggalkan pula oleh mereka-mereka yang rakus. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pada masa itu kemana ibu hendak tuju ? sudah tentu kerajaan juga yang ibu cari. Tidak malukah ibu pada masa itu hendak meminta tolong kerajaan ?

Ibu ,
Dengan pegumuman oleh Karpal Singh semalam bermakna ibu melengkapkan sudah masakan kari yang cuba dimasak oleh juak-juak pembangkang sejak seminggu yang lepas. Setelah seminggu mereka bersusah payah menyediakan bahan-bahan, kupas bawang ,memerah santan , menggiling rempah, menumis sampai pecah minyak dan sebagainya, tetapi masakan mereka tidak sempurna kerana tiada daun kari. Akhirnya ibu setuju menjadi daun kari kepada mereka, maka lengkaplah sudah masakan mereka. Dapatlah mereka menjamu selera untuk mengisi perut bodoh mereka diiringi ketawa-ketawa berdekah-dekah sambil membuang daun kari ketepi pinggang. Ingat ibu, sepenting-penting daun kari dalam masakan kari, tetapi ianya tetap tidak dimakan oleh manusia. Ianya tetap dibuang ketepi. Oleh yang demikian tidak perlulah ibu menjadi daun kari.

Ibu ,
Oleh yang demikian saya merayu kepada ibu agar mengubah pendirian ibu. Sedarlah ibu bahawasanya ibu sedang ditipu oleh iblis-iblis dan syaitan yang ingin memesongkan pendirian ibu. Oleh yang demikian saya memohon maaf kepada ibu jika ibu ada terasa hati dengan surat saya ini. Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati ibu. Saya hormat ibu sebagaimana saya menghormati ibu saya, apatah lagi usia dan cara berpakaian yang sama dengan ibu saya. Carilah peguam yang bebas politik. Jangan biarkan orang-orang politik dari apa parti sekalipun menjadi peguam kepada keluarga ibu. Ibu akan disanjungi dan disokong oleh semua lapisan masyarakat tidak kira apa pegangan politik mereka jika ibu memilih sikap berkecuali dari politik dalam hal ini.

Ibu ,
Saya ulang sekali lagi, saya tidak berniat untuk menyakitkan hati ibu, tetapi niat saya adalah untuk menyedarkan ibu. Tidak lebih dari itu. Saya kasihan melihat ibu, sudahlah kehilangan suami, selepas itu kehilangan anak tersayang pula dan sekarang digunakan pula oleh politikus-politikus yang rakus.

Sekian

Salam kesedaran penuh ikhlas
RBF
Puchong Selangor.

Perhatian : Saya merasakan yang Puan Norsiah tidak ada masa untuk membaca blog ini disaat beliau masih diselebungi kesedihan. Oleh yang demikian jika ada pembaca yang mengenali beliau dan bersetuju dengan pendapat saya, sila cetak dan sampaikan surat ini pada beliau. Bersamalah kita selamatkan beliau dari gangguan iblis serta syaitan yang setiap hari berkeliaran dirumahnya.

MANA KHALID SAMAD ? KENAPA DIAM ?

Roslan Bachik yang patah kaki kanan akibat dirempuh motosikal kelmarin menerima kunjungan rakan-rakan setugas di Hospital Serdang, Serdang, semalam.

MANA KHALID SAMAD@KHALID GEREJA ?
MANA LIM KIT SIANG ?
MANA LIM GUAN ENG ?
MANA KHALID IBRAHIM ?
MANA MAJLIS PEGUAM ?
MANA LATIFAH KOYAk p*ki ?
MANA SEMUA BARUA-BARUA PKR ,PAS DAN DAP PERGI MENIKUS ?




Berita dibawah dipetik dari Utusan Online

SERDANG 2 Mei - Tindakan seorang lelaki dan anaknya yang menaiki sebuah motosikal melarikan diri dari satu sekatan jalan raya, memberi impak yang cukup menyeksakan seorang anggota polis trafik apabila dia patah kaki kanan akibat dirempuh oleh motosikal itu.

Hanya kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan cukai jalan, penunggang berusia 30 tahun itu sanggup menggadaikan nyawanya melarikan diri dari satu sekatan polis di Lebuh Raya Damansara Puchong petang semalam.

Akibatnya, dalam kejadian yang berlaku pukul 5.10 petang, Sarjan Roslan Bachik, 49, cedera di kaki kanan setelah dilanggar oleh motosikal jenis Honda EX-5 dinaiki dua beranak terbabit.

Roslan yang kini dirawat di Hospital Serdang berkata, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia bersama lima rakan sejawatnya sedang mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya itu.

"Tiba-tiba muncul sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang budak dipercayai anaknya menuju ke arah saya dan terus merempuh kaki kanan saya.

"Berikutan kejadian itu, saya terus terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya yang bertugas di Cawangan Trafik, Balai Polis Seri Kembangan sejak tahun 2004.

Roslan, yang mula menyertai Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1981 kini stabil dan dirawat di Wad Ortopedik hospital tersebut.

Beliau akan menjalani beberapa pembedahan selepas ini akibat kaki kanannya patah dan dijangka terpaksa terlantar di hospital selama enam bulan.

Penunggang motosikal terbabit ditahan oleh polis sejurus selepas kejadian itu.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Supritendan Tengku Anuar Raja Husin turut mengunjungi Roslan di hospital itu hari ini.

Beliau ketika ditemui menasihatkan orang ramai supaya jangan lari daripada sekatan jalan yang dilakukan pihak polis bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Monday, May 3, 2010

EZAM SENATOR,PKR GELABAH DAN SUKMA BOCORKAN RAHSIA

Hari ini saudara Ezam Mohd Noor secara rasminya telah dilantik sebagai senator . Pelbagai versi cerita yang kita dengar dari minggu lepas semenjak tersebarnya berita yang beliau akan dilantik. Ada cerita negatif, ada cerita positif.

Bagaimanapun secara keseluruhan saya dapat simpulkan perlantikan Ezam diterima baik oleh majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau ada yang tidak setuju pun sikit-sikit sahaja. Itu perkara biasa dan sudah menjadi adat dalam kita berparti , berkumpulan atau berpersatuan .

Pendapat saya pula senang sahaja. Tidak perlu nak pening-peningkan kepala. Ezam sudah bersama UMNO sekarang. Sudah dua tahun. Apa salahnya jika beliau diberi jawatan tersebut.

Kita sepatutnya menghargai apabila orang bersama kita, bukannya kita ketepikan mereka. Kalau kita tidak menghargai orang-orang yang bersama kita, bagaimana kita nak tarik musuh-musuh menyertai kita.

Bukan maksud saya bila musuh menyertai kita maka kita perlu bagi jawatan. Kita perlu menilainya juga.Tetapi orang seperti Ezam kita tidak perlu pertikaikan lagi keupayaannya. Muda, berpontesi, bervisi, ada tokoh, bertenaga, bijak berpidato dan mempunyai pengalaman politik tersendiri.


Jika ada orang berkata “baru saja menyertai UMNO, sudah dapat senator”. Saya nak tanya balik kepada orang itu Rais Yatim dan Shaberry Chik apa cerita ?

Bukan lagi dapat senator malah dapat jadi Menteri. Rais Yatim tinggalkan UMNO dan BAKAR JAMBATAN lalu menyertai Semangat 46. Manakala Shaberry Chik pula bekas Ketua Pemuda Semangat 46.

Rais Yatim tinggalkan S46 pada tahun 1996 dan dilantik menjadi menteri pada 1999. Manakala Shaberry Chik pula dilantik sebagai S/usaha Parlimen Kementerian Luar pada 2004 dan Menteri 2008.

Jika Rais Yatim dan Shabery Chik boleh diterima, mengapa bila giliran Ezam ianya menjadi pertikaian ? Kerana apa , kerana ada yang sakit hati semasa Ezam mengetuai pemuda PKR.

Apabila seseorang itu berjaya membuatkan musuhnya sakit hati, maknanya seseorang itu orang yang hebat dan dibimbangi musuh. Maknanya Ezam seorang yang hebat dalam menyerang musuhnya. Jadi apa lagi yang nak dibimbangkan ? Gunakan Ezam sebaik mungkin untuk menyerang Anwar dan PKR habis-habisan, seterusnya melemahkan mereka agar terus pupus. Jika dulu orang-orang UMNO sakit hati dengan Ezam, nah.....ambil sekarang . Giliran juak-juak PKR pula yang sakit hati dengan Ezam.

Jika ditanya pada pendapat saya, saya masih tidak berpuashati dengan perlantikan Ezam hanya sebagai senator. Sebabnya senator hanya berbahas di Dewan Negara. Manakala Anwar dan Azmin berada di Dewan Rakyat. Sepatutnya Ezam perlu diletakkan di Dewan Rakyat agar berdepan dengan pasangan 2A yang pernah bergilir isteri .

Tapi tak mengapalah, itu hak PM. Siapalah kita yang nak mengajar PM. Sudah tentu PM ada strateginya yang tersendiri.

Mengikut kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain “saya yakin dengan perlantikan Ezam sebagai senator sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa depan PKR dan Anwar Ibrahim”-Sinar Harian 01.Mei.2010.

Oleh yang demikan kepada ahli-ahli UMNO yang rasa berat hati, terimalah ini dengan hati yang terbuka. Orang sudah sedar dengan kesilapan silam dan datang hendak membantu kita , maka kita terimalah dengan hati yang terbuka.

Tidak perlu lagi kita nak ragu-ragu itu dan ini. Jangan pula kita yang terlebih pandai dari PM dan hendak mengajar PM. Kalau kita lebih pandai dari PM sudah tentu kita yang jadi PM.

Janganlah kita termakan dengan kata-kata pembangkang. Mereka tidak senang duduk dengan perlantikan itu. Sebab itu mereka canang cerita kononnya orang-orang UMNO tidak senang dengan perlantikan Ezam sebagai senator. Itu adalah strategi mereka. Kita jangan terperangkap. Musuh memang mahu melihat kita lemah.

Ada orang kata “kita tidak boleh percayakan Ezam, kerana dia berusaha membawa Anwar balik ke dalam UMNO” . Tak betul….tak betul. Itu tak betul. Saya berani bagi jaminan yang itu tak betul.

PM tidak semudah itu boleh diperdayakan oleh Ezam. PM tentu sudah tahu semuanya. Jika tidak, mustahil dia sanggup beri senator kepada Ezam.

Saya difahamkan detik-detik Ezam mula meragui Anwar ialah selepas beliau berada di penjara Kajang bersama dengan Sukma. Mereka ditempatkan dalam satu blok. Sel lain-lain. Tapi dikira ‘berjiranlah’.

Bila sudah ‘berjiran’ dan mengadap ‘jiran’ yang sama setiap hari selama setahun, sudah tentulah macam-macam yang dapat dikorek.

Korek punya korek, dipadankan pula apa yang pernah diingati olehnya dan apa yang pernah terjadi, selepas itu minta pula Hamdan Taha yang berada diluar penjara siasat itu dan ini, akhirnya Ezam menemui jawapannya. Rupanya selama ini dia ditipu oleh Anwar.

Maknanya ada rahmat tersendiri bila Allah hantar Ezam masuk penjara. Rupa-rupanya dari dalam penjara beliau dapat temui sebuah kebenaran dan mengenali syaitan yang bertopengkan manusia.

Akhirnya atas dasar prinsip saya tidak boleh bersama dengan Anwar Ibrahim, kata Ezam.

Bukan senang tuan-tuan sekalian oiii untuk orang percaya tabiat buruk Anwar. Tun Dr M sendiri pun berbelas tahun baru percaya. Cuba bayangkan berapa lama Tun ditipu oleh Anwar. Orang yang mudah percaya yang Anwar kaki buntut ialah Mat Sabu dan Karpal Singh. Mereka lebih awal tahu dari Tun, tapi masa itu Tun tak percaya. Apa nak buat ?

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada saudara Ezam, teruskan perjuangan anda. Bersama kita hancurkan PKR dan Anwar Ibrahim.

Sunday, May 2, 2010

Rombakan Kabinet Semakin Hampir

Saya meramalkan rombakan kabinet akan dilakukan dalam masa seminggu dua ini iaitu sebelum parlimen mula kembali bersidang pada 7 Jun 2010.

Ini kerana apabila dewan bersidang kelak susunan tempat duduk baru telah siap disusun. Menteri yang gugur akan duduk di bahagian penyokong kerajaan, manakala yb yang baru dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri akan berpindah ke blok tempat duduk yang berkenaan.

Yang pastinya kerusi Hulu Selangor akan kembali ke blok BN, manakala kerusi Sibu terbang melayang ke blok pembangkang. Manakala kerusi ketua pembangkang pula mungkin kosong kerana tuan punya punggung digantung. Kerana apa ? Kerana Apco...apco...apco.... ha...ha..ha apco oh apco. Hidup apco !

Daripada apa yang saya tahu ada beberapa menteri yang bakal digugurkan kerana tidak 'berprestasi tinggi'.

Yang hampir pasti ialah Nor Mohamed Yakcop. Menteri yang dua orang setpolnya pernah ditangkap oleh SPRM. Dua bulan lepas setpolnya Hasbi Satar ditahan bersama sejumlah wang tunai melebihi RM2.0 Juta yang telah dijumpai di apartmen kepunyaan isteri Pak Menteri NMY. Sebelum itu Norza Zakaria yang juga setpolnya pernah ditahan oleh SPRM. Klik sini

Saya tidak pelik apabila mendengar setpolnya ditahan bersama wang tunai melebihi dua juta ringgit. Ini kerana bosnya memang seorang yang kaya. Pernah ada orang memberitahu saya yang kekayaan beliau mengalahkan Tun Daim Zainuddin.

Selain NMY, terdengar juga yang Menteri Belia dan Sukan, iaitu Shaberry Chik juga akan digugurkan. Jika yang ini berlaku saya sungguh gembira. Saya memang tak berkenan dengan menteri ini. Dia gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Sehingga ke hari ini belum nampak apa perancangan beliau mengenai belia. Beliau hanya sibuk dengan sukan-sukan elit dan makan angin ke luar negara untuk mencari pasukan bolasepak. Klik sini

Antara menteri yang kedengaran bakal digugurkan juga ialah Khalid Nordin, Rais Yatim, Ong Tee Keat.

Manakala Timbalan Menteri pula yang dijangka gugur ialah Noriah Kasnon, Hassan Malek dan Saifuddin Abdullah.

Yang bakal masuk atau naik pangkat akan menyusul kemudian.

KHALID IBRAHIM TINGGALKAN PKR ?

Khalid Ibrahim dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi seorang seorang tokoh koporat. Bukannya untuk menjadi seorang tokoh politik. Dua bidang ini ada perbezaannya.

Seseorang yang dilahirkan untuk menjadi tukang masak tidak boleh dipaksa bertukar bidang menjadi mekanik. Sudah tentu tidak sesuai dengan jiwanya. Kalau tak percaya sila tanya kepada Jaafar Onn. Cuba ajak Jaafar jadi mekanik, melompat si Jaaffar...Auw....auw....tak boleh u.....tak boleh u...

Penglibatan Khalid Ibrahim dalam dunia politik hanya kerana Anwar Ibrahim. Bukannya ikhlas dari hati atau minatnya. Hanya kerana memberi sokongan kepada kawan yang banyak membantunya semasa beliau dalam dunia koporat. Tidak lebih dari itu.

Asalnya hanya kerana memberi sokongan kepada kawan, tanpa diduga tiba-tiba dapat jadi MB. Khalid tidak cekap dalam politik. Sebab itu apabila diserang bertalu-talu oleh musuh politik dia akan menjadi gelabah, kelam-kabut dan gagap.

Saya difahamkan yang Khalid semakin tertekan di Selangor sekarang. Beliau tidak tahan lagi dengan ragam orang-orang PKR yang semakin rakus ingin membolot projek-projek di Selangor. Di dalam PKR beliau ditikam kiri dan kanan oleh orang-orang yang kecewa kerana tidak mendapat projek. Kemudian ditambah pula serangan oleh BN.


Ditambah lagi dengan serangan-serangan Khir Toyo. Khalid memang fobia dengan nama Khir Toyo. Sampai tidur malam pun mengigau sebut nama Khir Toyo. Pendek kata dari makan, minum , tidur , kerja dan sebagainya dia sering terbayang-bayang wajah Khir. Oleh kerana tidak tahan dengan Khir dimintanya kepada Speaker agar menggantung Khir selama setahun.

Dari cakap-cakap yang saya dengar sekarang mengatakan yang Khalid Ibrahim sudah merungut dan menyesal kerana menceburi bidang politik. Katanya dunia koporat lebih baik dari dunia politik.

Sosek....sosek yang mengatakan Khalid akan meletak jawatan sebagai MB dan meninggalkan PKR ada juga kedengaran. Kalau begitu baguslah Khalid.

Mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk mempercayainya kerana alasan Khalid adalah kawan rapat Anwar, tetapi tidak bagi saya. Dalam dunia politik macam-macam boleh jadi.

Sebagai contoh anda boleh lihat Nallakaruppan, Datuk Zahrain, Datuk Salahuddin dan terbaru Dr.Halili .

Semua mereka ini adalah kawan-kawan rapat Anwar berpuluh-puluh tahun kecuali Dr.Halili sebagai doktor peribadi Anwar.

Lihat juga contoh Ezam Md.Nor, orang yang mempertahankan Anwar habis-habisan. Sanggup ke penjara, sanggup ke ISA dan sebagainya demi Anwar. Tetapi Anwar ditinggalkan juga olehnya.

Kesimpulannya, saya tidak pelik jika Khalid Ibrahim juga bakal tinggalkan Anwar. Dalam dunia politik macam-macam boleh jadi. Zaid Ibrahim yang dibenci habis-habisan oleh PASrael satu masa dulu boleh menjadi rakan baik Nik Aziz sekarang.

Cuma satu sahaja yang saya pening sekarang jika Khalid tinggalkan PKR dan menyertai UMNO.
Sekarang saya dan rakan-rakan blogger memanggilnya dengan gelaran Khalid Gagap. Tetapi jika dia menyertai UMNO apa yang kita nak panggil pada dia ?

Khalid Lancar ? Khalid Lancer ? Khalid Petah ? atau Khalid apa ?

Harap rakan-rakan blogger dan pembaca dapat fikir-fikirkan...

Kepada Datuk Seri Khir pula bersiap sedialah menerima rakan baru dalam Dewan Undangan Negeri nanti. Harap dapat jaga dan bantu dia. Maafkan dia atas persengketaan silam. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Saturday, May 1, 2010

JANGAN BUNUH NIK ABDUL AZIZ MB KELANTAN


Saya pun tak tahu samada perkara ini benar atau lakonan. Ada kawan-kawan kata ini adalah lawak terbaru daripada PAS. Sini

Mungkin juga lawak dan mungkin juga benar....

Yang membuatkan saya 'konpius' ialah siapakah yang nak dibunuh oleh Mohd Safuan Hilmi ? Nik Aziz yang mana satu ?

Jika nak diikutkan kepada keratan FB yang telah di print screen dan disiarkan oleh Topeng Perak di blog Perisik Rakyat, saya tak nampak Safuan Hilmi kata yang dia nak bunuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS.

Yang dikata olehnya dalam FB seperti dibawah

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”…

Dipetik dari blog perisik rakyat

Nik Aziz mana yang dimaksudkan olehnya ? Kita pun tak tahu. Mungkin Nik Aziz yang dimaksudkan olehnya itu seorang zionis yang kebetulan namanya sama dengan MB Kelantan. Atau mungkin juga Nik Aziz itu orang yang cuba meliwatnya. Atau juga perompak yang merompak masuk rumahnya bernama Nik Aziz.

Lainlah jika Safuan Hilmi berkata seperti dibawah ini,

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Abdul Aziz MB Kelantan. Tunggu aku pi bunuh Nik Abdul Aziz MB Kelantan dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

Tanpa usul periksa, seolah-olah terasa pedas memakan cili, tiba-tiba Pemuda PAS melompat pergi membuat laporan polis kononnya lelaki berkenaan hendak membunuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , MB Kelantan. Di sini

Hello bro Nasaruddin Tantawi, jangan melompat tak tentu hala. Jangan nak perasan yang MB Kelantan seorang sahaja bernama Nik Aziz. Periksa betul-betul dulu. MB Kelantan bernama Nik Abdul Aziz , bukannya Nik Aziz. (Lihat perbezaanya di bahagian bawah) Sebab itu kawan-kawan saya kata ini adalah lawak terbaru daripada PAS. Jangan menyusahkan polis dengan perkara yang remeh temeh.

Jika sudah betul-betul sah yang Safuan Hilmi mengugut hendak membunuh Nik Abdul Aziz MB Kelantan , saya sendiri pun menyokong tindakan anda membuat laporan polis.

Saya pun tidak mahu Nik Abdul Aziz MB Kelantan mati dibunuh. Saya suka Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan dan kalau boleh saya nak minta dia lagi panjang umur dan lagi lama jadi MB Kelantan. Sesungguhnya dia membawa seribu satu rahmat kepada Umno dan BN.

Kepada Safuan Hilmi, jika benar Nik Aziz yang anda maksudkan ialah MB Kelantan, saya mohon anda batalkan hasrat anda. Saya tidak bersetuju. Kehilangan dia menyusahkan kerja Umno dan BN.

Lainlah jika Nik Aziz yang anda maksudkan itu Nik Aziz yang bukan MB Kelantan. Itu pun saya tidak setuju, jangan membunuh orang, nanti anda akan dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Banyak lagi ada cara lain. Serahkan kepada undang-undang negara yang menentukan hukumannya. Jangan bertindak sendirian.

Perbezaan

Nama MB Kelantan tanpa gelaran : Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Nama MB Kelantan dengan gelaran : YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Nama yang digunakan dalam FB oleh Safuan Hilmi : Nik Aziz dan Nik Aziz Al Dajal


KICKDEFELLA SEPATUTNYA TAK LAYAN TULANG BESI


Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada saudara Kickdefella kerana saya pernah mengata dan mengutuk saudara sebelum ini. Dulu lain, sekarang dah lain. Harap bro kick sudi memaafkan saya.

Berhubung dengan kisah antara kickdefella dan tulang besi....

Kickdeffella sepatutnya tidak perlu melayan kanak-kanak istimewa seperti tulang besi. Kickdefella perlu tahu siapa dirinya sebelum melayan seseorang.

Kickdefella harus tahu bahawa dirinya umpama singa, manakala tulang besi hanya anak berudu. Singa lawannya bukan anak berudu. Lawannya adalah harimau, singa, beruang atau serigala.

Kickdefella adalah nama besar dalam dunia blog dan setaraf dengan Rocky Bru, A.Kadir Jasin , Sayuti Omar dan beberapa nama besar lagi.

Manakala tulang besi pula pula adalah kanak-kanak yang kencingnya pun masih berbuih lagi. Orang seperti tulang besi lawan parpukari pun masih tak padan lagi. Parpukari lagi gah. Tempohari dia pernah berdebat dengan parpukari dan my anger secara online, tak sampai lima minit terus cabut lari. Bercakap dan badan saja besar, tetapi pengecut nak mampus.

Tulang besi adalah kanak-kanak kecil yang cuba bermain di padang orang dewasa. Orang seperti ini tidak perlu dilayan. Makin dilayan makin menjadi ragamnya. Anda semua mestilah tahu macamana perangai kanak-kanak kan ?

Tetapi tak mengapalah, mungkin kickdefella nak menghilangkan kebosanannya, maka sekali-sekala dia melayan kanak-kanak tiada salahnya. Nak bagi kanak-kanak gembira dan geli-geli.

Layan punya layan akhirnya dapat penampar sebiji dari kickdefella. Jika kes empat juta itu terbongkar habis, mampuslah tulang besi kali ini dalam PAS. Semuanya kerana dia , kerana dia cuba menjolok sarang tebuan. Elok-elok kickdefella duduk diam-diam dia pergi cucuk. Baguslah juga, boleh kita semua tahu.

Dulu dia bukan main lagi nak tunjuk hero kononnya dialah yang menjadi juara melaporkan salah laku pemimpin-pemimpin yang dikatakan ingin membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Kemudian dihebohnya, selepas buat laporan dia akan buat sidang media tentang aduan tersebut. Ptuihhhh...naik loya aku mendengarnya. Padahal dia sendiri yang merayu-rayu pada Jimadie Malaysiakini agar membuat temuramah dengannya. Sini & Sini

Bukan kita tak tahu semua itu, malah kita terlebih tahu segalanya. Diheret dan dihasuti olehnya beberapa orang blogger-blogger PAS agar menyokong langkahnya menentang beberapa pimpinan PAS.

Salah seorang yang terpengaruh dengan adalah blogger ZainulFaqar yang juga wartawan haramkah. Akibat telah dihasut oleh tulang besi, maka pada satu hari ZainulFaqar telah 'menyerang' Nasaruddin Mat Isa semasa beliau sedang berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Dia punya pasal orang lain jadi mangsa. Bila orang dah kena buang kerja, bukan dia ambil tahu pun. Dia peduli apa samada orang itu makan minum atau tak ? Yang penting matlamat dia nak jadi hero berjaya. Sini

Sebab apa saya kata mamat tulang besi ini kanak-kanak istimewa ? Sebabnya, dia selalu inginkan perhatian. Semasa PAS memerintah Trengganu dulu, dia pernah pohon jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri. Selepas gagal , dia hentam PAS Trengganu. Bila PAS membentuk kerajaan campuran di Selangor, dia jumpa Hassan Ali pula, minta pegang jawatan utama dalam GLC kerajaan Selangor pula. Selepas gagal dia hentam Hassan Ali pula dan beberapa orang kanan Hassan Ali.

Siapa nak bagi jawatan kepada dia, kerana semua orang tahu tahu yang kepala otaknya putus wayar hijau. Sebab itu dalam kepimpinan PAS Pusat semua orang tak layan dia. Ini kerana orang tahu dia istimewa kerana wayar hijau dia putus.

Sebab itu saya kata mamat ini istimewa kerana dia tak tahu nak ukur baju di badannya sendiri. Dia tak pandai nak lihat cermin siapa dirinya. Cita-citanya cukup tinggi. Nak pegang jawatan tinggi-tinggi, nak berlawan dengan orang hebat-hebat.

Nak tahu siapa lebih lanjut kanak-kanak istimewa tersebut sila klik link dibawah. Bukan ditulis oleh orang-orang Umno tetapi ditulis oleh orang PAS sendiri.

Sini
Sini
Sini
Sini